Tuesday, January 1, 2013

Arsene Wenger | Azam 2013, Tawar Striker Sepanyol £10 Juta


Arsene Wenger berharap tahun 2013 bakal menjadi sesuatu yang lebih baik buat Arsenal. Kemenangan sulung ke atas Southampton dijangka mampu menjadi tonik terbaik bagi The Gunners untuk meningkatkan kepercayaan diri, konsisten dan punya daya keinginan untuk menang.

Wenger dan anak buahnya akan bertandang ke St Mary's Stadium, Rabu (01.02.2012), dengan bermodal empat kemenangan dalam empat pertandingan terkini di Premier League. Dengan kemenangan terkini 7-3 ke atas Newcastle.

Menentang Saints nanti, Wenger dijangka akan kekal mempercayai Theo Walcott untuk bermain sebagai central attacker sepertimana ketika menentang Newcastle, dimana Walcott mencatatkan hat-tricknya.

Berita lain, Arsenal dikhabarkan sudah memulakan langkah awal dengan membuat tawaran rasmi kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan striker antarabangsa Sepanyol Adrian Lopez Alvarez dengan nilai £10 Juta pada tingkap transfer Januari ini.

Adrian, 24, telah berada dalam radar Arsenal sejak beberapa bulan terakhir ini. Selain Walcott, hanya ada Olivier Giroud yang kini cergas sebagai striker The Gunners. Oleh itu, tambahan pemain seperti Adrian diharapkan mampu menjadikan suntikan tenaga jentera serangan Arsenal nanti.
Related Posts with Thumbnails