Friday, August 28, 2009

Match Report | Arsenal Terus Melangkah

Arsenal 3 : 1 Celtic
Eduardo (28' pen), Emmanuel Eboue (53'), Arshavin (74') : Massimo Donati (90')
Venue: Emirates Stadium


Berikut Match Report yang lambat menyusul akibat penjadualan tugas-tugasan peribadi hakiki yang tidak teratur.

Bertelur sebijik, Riuh sekampung! itu la perumpaan yang wajar untuk Scottish Football Association chief executive Gordon Smith, apabila berusaha bersungguh memperbesarkan isu Edurdo supaya diban oleh UEFA untuk beberapa perlawanan gara-gara membuat rebahan yang penuh nilai keseniaan di kotak penalti Celtic sehingga pengadil perlawanan jelas sekali terpesona lalu memberikan kredit terhadap krebiliti Eduardo yang hebat itu yang menjurus kepada hadiah 'sepakan penalti' yang berpihak kepada Arsenal. Ia jelas cuba 'mengover-shadow' kehebatan anak buah Arsene Wenger yang berjaya melayakkan diri ke Peringkat Kumpulan Champions League dengan aggregat 5-1, setelah membawa modal awal dengan kelebihan 2-0 ketika bertandang di Celtic Park.

Ketika sepak mula, Celtic yang kelihatan lebih cuba mendominasi perlawanan bagi mencari gol awal melalui trio mereka Shaun Maloney, Scott McDonald dan Marc-Antoine Fortune namun segala bentuk serangan itu berjaya diserap dan dipatahkan oleh tembok Arsenal yang diterajui Gallas dan Vermelen. Secara beransurnya "The Gunners" semakin mula mengimbangi tempo perlawanan walaupun tanpa kelibat kapten darah muda, Fabregas yang jelas dirindui tetapi penguasaan tengah gelanggang masih berjaya ditampung oleh Emmanuel Eboue dan Abou Diaby. Eboue jelas mula memikat perhatian fan--fan Arsenal dan menunjukkan dirinya begitu berharga buat Arsenal walaupun pernah dirumous bakal meninggal emirates dan akan berkelana ke Fiorentina.

Kira-kira dalam awal minit ke-9, Arsenal nyaris-nyaris mendahului melalui ancaman dari serangan berkembar Eduardo dan Bendtner, apabila Bendther berjaya melepaskan remabatan dan tidak mampu ditangkap kemas, Eduardo yang beusaha memanfaatkan bola muntah itu gagal menemui sasarannya apabila bola melecong sedikit di sudut kiri gawang Celtic.

Tekanan demi tekanan "The Gunner" terhadap kubu Celtic makin terus diperhebatkan sehingga pada minit ke-25, Eduardo yang 'unggul' merempit terus maju ke kotak penalti Celtic sehingga keeper Celtic, Boruc yang tidak sanggup menanti saja di gawangnya terus keluar untuk memberhentikan larian dari Eduardo dengan melakukan rebahan badan, Eduardo yang bijak terus mengaplikasi dan bertindak balas terhadap aksi Buroc itu lalu 'jatuh' di kotak penalti. 'Adegan' itu telah mencuri perhatian pengadil perlawanan Manuel Enrique Mejuto Gonzalez yang tanpa berlenggah terus meniup wisel dan membuat isyarat penalti yang berpihak kepada Arsenal. Eduardo yang bertanggungjawab terus menyempurnakan sepakan penalti tu dengan penuh sentimental dan memberikan kelebihan 1-0 kepada Arsenal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Celtic jelas tidak mengalah mula ghairah 'menongkah arus' untuk mencipta gol secepat mungkin. Tetapi Arsenal yang tidak hanya berpuashati dengan keputusan sedia ada terus mengekalkan fokus kepada perlawanan dan Emmanuel Eboue 'Si rajin Arsenal' berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol pada minit ke-53 dan terus menutup pintu buat Celtic untuk mara ke peringkat Kumpulan Champions League.

Selepas itu, Celtic mula berkubu di tempat sendiri dengan sekali-sekala melakukan serangan. Melihat senario itu, Pengendali "The Gunners" bingkas mengeluarkan Eduardo pada minit ke-72 dan memasukkan Andrei Arshavin untuk mengukuhkan terus penguasaan Arsenal di tengah gelanggang. Arshavin yang masuk bukan sekadar untuk 'bertemu mesra' dengan pemain Celtic dalam baki perlawanan, selang beberapa minit Arshavin berjaya mencipta gol yang merupakan gol sulung peribadi untuk aksi di Champions League bersama Arsenal. Ia hasil umpanan cantik Aoran Ramsey yang dipercantikkan lagi Arshavin melalui gerakan putaran 180% tubuh badan yang mengelirukan pertahanan Celtic lalu merembat terus menuju ke sudut kanan gawang tanpa mampu diselamatkan Buroc.

Kelekaan pertahanan Arsenal di lewat perlawanan yang sering berlaku di beberapa perlawanan awal musim ini, berlaku sekali lagi apabila Massimo Donati berjaya mencuri gol saguhati buat Celtic.Hal ini diharapkan dapat diambil perhatian sewajarnya dari pengendali Arsenal, Arsene Wenger supaya pemain-pemain Arsena dapat fokus sehingga wisel penamat dibunyikan walaupun sedang mendahului perlawanan.

Berikut susunan kesebelasan terjemahan Arsene Wenger:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-----Eboue (Wilshere'72)-----Song-----Denilson-----Diaby (Ramsey'62)-----
----------Bendtner-----Eduardo (Arshavin'72)----------

Next game: Manchester United (Old Trafford)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails