Sunday, November 15, 2009

Injury News | Sumpahan Antarabangsa - Robin van Persie


Itu dia sumpahan antarabangsa? Aku ini memang tidak gemar waktu international break ni? Sumpahan tersebut kali ini telah terpalit sekali lagi untuk Robin Van Persie, apabila RvP yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa dengan Itali hanya mampu beraksi lebih kurang 10 minit sahaja sebelum digantikan Hunterlaar semalam.

Setakat ini kecederaan yang dialami dalam keadaan tidak jelas dan perlu melakukan imbasan x-ray, menurut sumber awal ia merupakan kecederaan melibatkan 'ankle ligament', tetapi ianya kelihatan seperti sesuatu yang hampir buruk yang boleh menyebabkan RvP tidak mampu untuk beraksi di dalam jangka masa 2-3 bulan.

Ini sudah tentu akan mengusarkan Bos Arsenal, Arsene Wenger seperti yang sering beliau risaukan ketika anak buahnya melaksanakan tanggungjawab 'pertiwi', di ketika Arsenal perlu mengekalkan lajakan dan momentum di Liga Perdana, dengan bakal membuat pertembungan mendatang yang penting dengan Chelsea, hal ini mungkin menjejaskan sedikit sebanyak percaturan Arsene Wenger untuk melayan Chelsea tanpa kehadiran RVP.

Kadang kala aku rasakan eloklah RvP dan memana pemain Arsenal yang dikelaskaan dalam kategori 'berkaki kaca' ini ada sikap fobia naik kapal terbang macam lejen Arsenal, Dennis Bergkamp, Jadi tidaklah dia merayau jauh-jauh kalau ada perlawanan antarabangsa...huhuh! - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

Dengan Bendtner sudah disahkan akan berehat sekurang-kurangnya satu bulan atau lebih, Jadi siapakah yang harus dan layak mengepalai barisan pengempur Arsenal selepas ini?, Dengan deretan pemaian-pemain muda yang serba boleh dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab, kita perlukan pilihan yang tepat, jawapan mungkin Eduardo. Yang aku rasakan Eduardo perlu lebih pantas mencari 'aura pemusnahnya' dengan segera yang sedikit hilang kerana sejak tragedi 'dive' itu dia semacam slow dan segan-segan skit nak score?

Berikut adalah kenyataan dari Bos Belanda Bert van Marwijk:

“The first diagnosis is that Robin has a bad ankle injury. The seriousness of it we won’t know until we have the full X-rays in hospital. “It’s terrible for Robin and is not good for Holland or his club.”

Dibawah video ihsan dari youtube, saat Robin Van Persie rancak melarikan bola ketika mengetuai serangan Belanda sebelum ditackle lumat pemain pertahanan Itali Giorgio Chiellini seterusnya selamba meninggalkan Van Persie mengerang kesakitan dalam penderitaan.

Related Posts with Thumbnails