Monday, September 19, 2011

Preview Match | Arsenal vs Shrewsbury; Pembuka Tirai Piala Carling


Ramalan Line-Up Arsenal (4-2-3-1)

Fabiański
Jenkinson - Djourou - Miquel - Gibbs
Ozyakup - Coquelin
Oxlade-Chamberlain - Benayoun - Miyaichi
Chu-Young

: Vermaelen, Squillaci, Abou Diaby & Jack Wilshere
: Rosicky & Sagna



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Terkini, tiada sebarang berita kecederaan baru di kem Arsenal, namun yang benar-benar pasti Wenger akan membuat perubahan secara borong dengan menampilkan wajah-wajah lebih fresh untuk kesebelasan yang bakal menghadapi kempen pembuka tirai Piala Carling menentang Shrewsbury nanti...keep forward!

  • Wenger pasti mengharapkan anak-anak mudanya akan menggunakan segenap peluang yang diberikan untuk membuktikan diri, kelibat bintang remaja tengah Ryo Miyaichi dan Alex Oxlade-Chamberlain pasti bakal menarik perhatian. Adakah apa yang dicanangkan Wenger, mereka ini bintang dunia masa depan benar-benar seperti apa yang diperkatakan? Kegagalan Ryo Miyaichi dan Alex Oxlade-Chamberlain untuk menampilkan aksi terbaik nanti andai diturunkan pastinya akan membuka peluang pula untuk pihak luar menghentam dan menekan The Prof . Itu pasti!

  • Apa pun seperti biasa! Wenger dijangka akan menyelitkan beberapa pemain berpengalaman di dalam pasukan nanti seperti Djourou, Gibbs, Benayoun, Park Chu-Young dan Chamakh bagi menyeimbangkan pasukan, ini sekaligus bagi memastikan kita tidak akan menambah aib yang menghina tika ini sekiranya berada dalam situasi mendesak.

  • Fakta perlawanan


    Kadar Debaran Perlawanan Arsenal vs Shrewsbury:
    Sederhana
  • Untuk rekod; Anak-anak muda Arsenal tidak pernah mengecewakan kita dalam pusingan awal Piala Carling. Tapi apalah ada pada rekod, dengan sezen yang tak berapa nak mesra musim ini, segala kejutan tak mustahil berlaku. Keadaan di malam selasa lalu pasti terus menjadi igauan buat kita, kita jangka tidak menghadapi masalah untuk membawa 3 mata, namun kita dipaksa menelan kepahitan kalah pada Blackburn yang belum lagi menang sebelum perlawanan menentang kita, dan kita mangsa pertama skuad bimbingan Steve Kean.

  • Persiapan terakhir: Di London Colney sebelum menanti kunjungan Shrewsbury Town selasa ini

  • Dalam League Two, Shrewsbury kini dalam 'mood sedap' denga form mereka yang memberangsangkan selepas mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Port Vale, ia sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-3 liga. Perjalanan Shrewsbury di Piala Carling ini direkodkan selepas mereka berjaya menyingkirkan Derby 3-2 dan Swansea 3-1.

  • Tenaga baru yang dibawa anak muda Arsenal ini juga diharapkan bakal membawa nafas baru buat Arsene Wenger dan peminat selepas menempuh musim muram di Emirates.

  • PenCinta Arsenal FC (Malaysia) meramalkan kemenangan Arsenal 2-0
  • 2 comments:

    Sofea said...

    ini pendapat aku:

    http://saedramadhan.blogspot.com/2011/09/not-so-sweet-17.html

    Anonymous said...

    game ada tunjuk kt astro tk? channel pe, what time?

    Related Posts with Thumbnails