Friday, October 1, 2010

Preview Match | Menanglah Walau Dengan Sebiji Gol Sekalipun!


Preview Match | Chelsea vs Arsenal, English Premier League

Stamford Bridge, London
Ahad, 3 Oktober 2010
Astro (Stadium Astro) - channel: 813/832
Online: 2200-0130hrs (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mike Dean
* Pertemuan terakhir: Chelsea 2-0 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: 69 kemenangan berpihak Arsenal, 53 kemenangan berpihak Chelsea, 51 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M-S-K
* Prestasi terkini Chelsea: M-M-M-M-K-K
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up Arsenal di Stamford Bridge


Dalam Tanda Tanya: Almunia (siku), Fabregas (hamstring)
Kecederaan: Vermaelen (Achilles), Walcott (pergelangan kaki), Van Persie (pergelangan kaki), Bendtner (pangkal paha), Ramsey (kaki patah), Frimpong (lutut)

Macam-Macam Ada:Disebalik kehidupan dalam dan luar pemain-pemain kita dengan Pemain mereka



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Cesc Fabregas masih dalam samar-samar samada cukup cergas atau tidak untuk diturunkan di Stamford Bridge. Pada detik ini, dia hanya di katakan 50/50 (bermakna kemungkinan jadi bermain, 49%?)

  • Manuel Almunia akan dihantar di unit ujian kecergasan selepas kecederaan siku. Seandainya dia benar-benar cergas 100%, Wenger pastikan akan menggunakan khidmatnya kerana Almunia masih No.1 di Arsenal.

  • Thomas Vermaelen masih dibelenggu kecederaan Achilles, Ia berita yang kurang enak! Adoi malapetaka!

  • Nicklas Bendtner dijangkakan akan kembali ke latihan selepas international break. - Dia masih perlu bersaing dengan Chamakh, yang dilihat semakin serasi bersama rakan sepasukan di Arsenal.

  • Arsenal telah memusnahkan rekod tak terkalah di awal musim ini, selepas melalui enam perlawanan di Liga Perdana Inggeris, selepas kecundang di tangan West Brom.

  • Musim lalu, Arsenal tidak merekodkan kemenangan dalam lima perlawanan selepas tewas kepada Barcelona di Kempen Liga Juara-Juara, diikuti tewas di Liga Perdana Inggeris kepada Spurs 2-1, Wigan 3-2, terikat 0-0 dengan Manchester City, tewas kepada Blackburn 2-1, sebelum menutup tirai musim 2009/2010 dengan kemenangan ke atas Fulham 4-0.

  • Kali terakhir Arsenal menang di Stamford Bridge adalah pada bulan November tahun 2008 hasil dua gol Robin van Persie dan satu gol Chelsea dihadiahkan Djourou, Selepas itu Arsenal gagal memenangi perlawanan menentang Chelsea dan Manchester United, dalam sembilan cubaan - Adoi lama tu!



  • Info Terkini Disebalik Tabir Chelsea

  • Chelsea akan turun tanpa kelibat Frank Lampard selama dua minggu menderita kecederaan selepas pembedahan hernia.

  • Yossi Benayoun juga dilaporkan tidak dapat diturunkan selepas menerima rawatan tambahan pada betis yang tercedera.

  • The Blues juga akan kehilangan seorang lagi tonggak iaitu Salomon Kalou akibat kecederaan paha.

  • Pengurus Carlos Ancelotti kemungkinan akan mengekalkan pasukan yang sama seperti Ahad lalu, walaupun pasukan yang sama tewas kepada Manchester City .

  • Musim lalu Chelsea tidak ada mencatatkan tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut.

  • Sebelum mereka menang di Liga Champions pada hari Selasa menentang Marseille, Chelsea telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Newcastle (English League Cup) dan kepada Manchester City (Liga Perdana Inggeris).



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Chelsea mengutip semua enam mata dari musim lalu ketika menentang Arsenal. Arsenal pula tidak berjaya mencetak sebarang gol di kedua pertemuan itu apabila kalah 3-0 di Emirates dan tewas 2-0 di Stamford Bridge. - Mak aii! Seramnya statistik ni!

  • Pada era Liga Premier ini, tidak terdapat mana-mana pasukan yang mampu menandingi kemenangan yang dicipta Arsenal di Stamford Bridge. The Gunners telah memenangi enam kali sejak 1992.

  • Didier Drogba 'sangat berhantu' ketika bertemu Arsenal apabila telah mengumpul 12 gol dalam 10 perlawanan terakhir kompetitif melawan Arsenal. Dia telah mencetak empat gol dalam dua pertemuan musim lalu. - Fabianski, disini lah tempat sebenarnya kau harus pastikan kau hero bukan untuk sehari!



  • Info menarik pengadil perlawanan, Mike Dean.

  • Pengadi adalah Mike Dean.

  • Arsenal tidak memperolehi tiga mata penuh di bawah kendalian Dean di semua perlawanan empat musim lalu: tewas 2-1 di Old Trafford, seri 1-1 kepada Burnley di Turf Moor, tewas 2-0 kepada Chelsea, dan terikat 0-0 dengan Manchester City di Emirates.

  • Dean awal tahun ini mengendalikan perlawanan Chelsea ketika menang 6-0 ke atas Wigan Atheltic. Musim lalu, di samping mereka menang atas Arsenal, Dean mengendalikan perlawanan ketika Chelsea menang 2-1 Chelsea di Stoke, seri 1-1 di West Ham, menang 2-0 Piala FA ke atas Preston, tewas 4-2 kepada Manchester City, dan menang 2-1 di Old Trafford.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers Wigan Athletic v.; Stadium DW, Wigan

  • Sabtu: Birmingham City v. Everton; St Andrew, Birmingham

  • Sabtu: Stoke City Blackburn Rovers v.; Stadium Britannia, Stoke-on-Trent

  • Sabtu: Sunderland Manchester United v.; Stadium of Light, Sunderland

  • Sabtu: Tottenham Hotspur Aston Villa v.; White Hart Lane, London

  • Sabtu: West Bromwich Albion vs Bolton Wanderers, The Hawthorns, West Bromwich

  • Sabtu: West Ham United v. Fulham, Boleyn Ground, London

  • Ahad: Manchester City v. Newcastle United, City of Manchester Stadium, Manchester

  • Ahad: Liverpool v. Blackpool, Anfield, Liverpool
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails