Saturday, December 25, 2010

Preview Match | Hentikan Pesta Liar Bung Drog


Preview Match | Arsenal vs Chelsea, English Premier League

Emirates Stadium, London
Isnin, 27 Disember 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832
Online: 0330-0600 hrs (Selasa - waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg
* Pertemuan terakhir: Chelsea 2 - 0 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: Arsenal 69 menang, Chelsea 54 menang, 51 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-K
* Prestasi terkini Chelsea: M-S-S-K-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabianski
Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
Song - Denilson
Nasri - Fabregas - RvP
Chamakh

Subs: Szczesny, Eboue, Djourou, Diaby, Wilshere, Arshavin, Walcott, Rosicky, Bendtner, Vela
Kecederaan: Gibbs (pergelangan kaki), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Lukasz Fabiański (pinggul) dan Abou Diaby (pergelangan kaki) kembali ke dalam skuad selepas pulih dari kecederaan masing-masing. Kedua-duanya dijangkakan sudah boleh diturunkan. Diaby masih belum merasai nikmat bermain sejak awal Oktober.

  • Johan Djourou yang mengalami masalah paha juga dijangka akan muncul di bangku simpanan.

  • Kembali semula dua tonggak utama Cesc Fabregas dan Robin van Persie yang sudah fit dan mampu untuk dimulakan dalam kesebelasan utama.

  • Kieran Gibbs akan kekal keluar dengan kecederaan pergelangan kaki sampai awal Januari. Mungkin sampai pertengahan atau akhir Januari untuk Thomas Vermaelen, namun kalau lebih awal siapa tahu kan!.

  • Namun situasi Manuel Almunia masih terus samar, mungkin kita tidak akan melihat kelibat Almunia menyarung jersi Arsenal lagi?

  • Paling tak menariknya, dalam Liga Perdana yang berlangsung di Emirates, Arsenal gagal untuk menang dengan selesa kecuali bertemu Blackpool (6-0) dan Bolton (4-1), Sementara kita dimalukan dengan tewas ditangan West Brom (2-3), Newcastle (0-1) dan Spurs (2-3) dan kemenangan yang diraih dengan penuh azab ketika bertemu Birmingham (2-1), West Ham (1-0) dan Fulham (2-1). Situasi ini perlu kita pulihkan segera!

  • Apa-apa pun yang tetap ada yang membanggakan, Arsenal meraih 10 kemenangan di Liga Perdana setakat ini dan merupakan yang terbanyak berbanding semua pasukan.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Chelsea

  • Arsenal nampak berterusan memiliki nasib yang kurang baik ketika bertemu Chelsea, apabila setiap kali berjumpa, pasukan Chelsea sering pula mendapatkan kembali pemain mereka yang sihat! Chelsea pasti kembali terdorong dengan kembalinya Didier Drogba dan paling penting lagi Frank Lampard. Tapi tak per? untuk menjadi pasukan yang baik kita mesti menempuh juga pasukan yang baik, jangan menang esok dikatakan pasukan lawan tidak lengkap kerana pemain utama ramai yang cedera, itu pasal kita menang...takmo! takmo! huhuh

  • Yuri Zhirkov terus diragui untuk pulih dari kecederaan betis. Jose Bosingwa (hamstring) juga mungkin masih samar-samar untuk diturunkan.

  • Antara yang tersenarai dalam koleksi kecederaan jangka panjang termasuk Alex (lutut) dan Yossi Benayoun (Achilles.)

  • Kali terakhir, Chelsea mencatatkan gagal meraih lima kemenangan berturut-turut di Liga Perdana adalah pada akhir musim 2006/07, bermula tewas kepada Everton dengan 2-3, berterusan tewas 2-3 kepada Wigan, Seri dengan Reading, Fulham dan Aston Villa.

  • Dalam empat perlawanan terakhir ini disemua kejohanan, Chelsea hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Chelsea memenangi pertemuan awal pada bulan Oktober musim ini di Stamford Bridge 2-0, gol-gol disumbangkan Didier Drogba dan Alex.

  • Musim lalu, Arsenal telah tumbang dari kedua-dua perlawanan selain gagal juga untuk mencatatkan sebarang gol! Oit! ngeri nengok statistik ini! Dan kedua pertemuan tersebut kita masih kehilangan khidmat Robin van Persie, kali ini RvP mungkin dijangka memiliki peluang diturunkan.

  • Memang tak menarik langsung kalau nak tengok rekod-rekod lampau kedua pasukan ini, bengkek aku! Sejak musim 2005/06 dalam semua kejohanan kompetitif, semua Chelsea sapu, mereka mencatatkan 10 menang, Arsenal hanya mencatatkan 2 menang dan 2 lagi berkeputusan seri.

  • Didier Drogba sering 'berhantu' ketika bertemu Arsenal apabila telah mencetak 13 gol dalam 11 perlawanan terakhir kompetitif melawan Arsenal. Dia telah mencetak empat gol tahun lalu di dua pertemuan dan mencetak satu gol di Stamford Bridge awal tahun ini.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Mark Clattenburg (Tyne & Wear).

  • Clattenburg telah mengendalikan dua perlawanan melibatkan Arsenal musim ini: menang 3-0 ke atas Manchester City dan menang 4-2 ke atas Aston Villa.

  • Untuk Chelsea, Clattenburg juga mengendali dua perlawanan: menang 6-0 ke atas West Bromwich Albion dan menang 4-0 ke atas Blackpool.

  • Semua perlawanan yang dikendalikannya musim ini, Clattenburg telah mengeluarkan 59 kad kuning dan 3 kad merah. Salah satu kad merah untuk Dedryck Boyata pada awal lima minit di Manchester City ketika bertemu Arsenal.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

    Semua perlawanan lain akan berlangsung pada hari Ahad.

  • Fulham vs West Ham United, Craven Cottage, London
  • Blackburn Rovers vs Stoke City, Ewood Park, Blackburn
  • Blackpool vs Liverpool, Bloomfield Road, Blackpool
  • Bolton Wanderers vs West Bromwich Albion; Stadium Reebok, Bolton
  • Everton vs Birmingham City, Goodison Park, Liverpool
  • Manchester United vs Sunderland, Old Trafford, Manchester
  • Newcastle United vs Manchester City; St James 'Park, Newcastle
  • Wolverhampton Wanderers vs Wigan Athletic; Molineux, Wolverhampton
  • Aston Villa vs Tottenham Hotspur, Villa Park, Birmingham
  • Related Posts with Thumbnails