Friday, September 18, 2009

Match Report | Keranamu Kepala Lutut...

Standard Liege 2 : 3 Arsenal
Eliaquim Mangala ('2), Milan Jovanovic (pen '5) : Nicklas Bendtner ('45), Thomas Vermaelen ('78), Eduardo ('81)
Venue: Stade de Sclessin
Pengadil: Eduardo Iturralde González


Match Report yang basi gara-gara sibuk persiapan raya dan memenuhi undangan berbuka puasa...huhuh

Striker Arsenal yang 'terlepas dari hukuman pelik UEFA' Eduardo telah membantu Arsenal keluar dari Belgium sebagai pemenang pada pembukaan perlawanan Champions League Group H.

Bintang Croatia itu layak beraksi setelah berjaya dalam rayuan, hasil usaha gigih para peguam yang berjaya menampilkan bukti-bukti konkrit kepada UEFA yang sebelum ini jelas 'dungu' mengambil tindakan tergesa-gesa dengan mengharamkan Eduardo untuk beraksi pada dua perlawanan diperingkat Eropah.

Di minit-minit awal, anak buah Arsene Wenger dijangka bakal mencipta kekalahan ke-3 berturut-turut berdasarkan kepada 2 gol pantas yang dijelmakan pasukan tuan rumah, Standard Liege yang masing-masing daripada Eliaquim Mangala pada minit ke-2 sebelum Milan Jovanovic menambah luka Arsenal dengan jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke-5, selepas kaki Jovanovic disauk oleh top scorer Arsenal ketika ini, William Gallas dan pengadil perlawanan tanpa ragu-ragu terus menghadiahkan sepakan penalti.

Dengan kemampuan memuatkan kapasiti 27,000 penonton di Stade de Sclessin, rata-rata penonton sebahagian besarnya dipenuhi dari 'sedara-mara' Vermaelen sendiri yang bagai menyambut pesta apabila berpusu-pusu memenuhi ruang stadium mereka meraikan kemunculan pertama Standard Liege di kancah peringkat-peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Secara tidak langsung suasana demikian telah membuatkan pemain-pemain Standard Liege kelihatan bersemangat untuk memperagakan aksi mereka di pertingkat tertinggi ini, manakala Arsenal yang lebih 'senior' di peringkat ini pula kelihatan agak tertekan apabila beraksi di par mereka.

Babak awal seperti tidak menjadi buat pasukan pelawat apabila mereka gagal menyesuaikan tempo perlawanan dengan cepat, lantas Eliaquim Mangala pantas mengambil kesempatan dan mengembirakan penyokong mereka dengan melakukan kejutan awal dalam hanya aksi baru berusia 2 minit, Jaringan itu telah menyentak dan meningkatkan 'nafsu syahwat' pemain tuan rumah, dalam keadaan pemain-pemain Arsenal yang masih dalam trauma gara-gara gol pantas itu, detik-detik hitam hadir apabila William Gallas yang berusaha mengekang asakan pasukan tuan rumah telah dikenalpasti melakukan kekasaran dengan menyadung kaki Milan Jovanovic, dan pengadil dari Sepanyol Eduardo Gonzalez tidak berlengah menunjukkan isyarat penalti dan terus disempurnakan sendiri Jovanovic.

Ketinggalan dengan 2 gol, Ia meletakkan maruah anak buah Arsene Wenger semakin 'tercalar' dan berada dalam situasi menekan untuk menterbalikkan kedudukan demi menjaga reputasi Arsenal sebagai salah satu kelab besar di Eropah. Ini juga menjadi memori luka buat penjaga gol muda gelabah Arsenal, Vito Mannone secara peribadi, yang membuat penampilan pertama di Liga Juara-Juaranya selepas kecederaan yang dialami 2 penjaga gol utama Arsenal.



Namun usaha Arsenal untuk bangkit tidak pernah pudar, Ia berbaloi-baloi sebelum berakhir babak pertama, Bintang muda yang kerap merengek-rengek pada Arsene Wenger untuk diberikan posisi striker tengah, Nicklas Bendtner hadir memberi sinar cahaya kepada Arsenal apabila berjaya merembat kencang dari sudut kiri selepas menerima lorongan cantik daripada bintang 'yo-yo' Arsenal, Abou Diaby.

Babak pertama berakhir dengan Arsenal ketinggalan 2-1, Usaha untuk mencari gol penyamaan terus dipergiatkan Arsenal dan berbaki 20 minit perlawanan bakal berakhir, akhirnya muncul anak jati peribumi Belgium sendiri, Vermaelen memberikan gol yang dicari-cari pada minit ke-77 dalam suasana huru-hara yang berlaku di kotak penalti tuan rumah. Sebelum Eduardo muncul wira untuk memberikan mata kemenangan kepada Arsenal hasil sentuhan kepala lututnya dan bola terus bergolek masuk ke gawang Standard Liege yang di kawal Si Bolat, kedudukan tersebut bertahan sehingga ke wisel penamat yang membuatkan pasukan tuan rumah terpaksa berputik mata untuk berkongsi mata.

Next game: Premier League vs Wigan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails