Tuesday, September 15, 2009

Keratan Kosmo | Adebayor lupa daratan - Wenger

LONDON - Arsene Wenger menganggap Emmanuel Adebayor sebagai pemain yang berbahaya dan tidak mengenang budi di atas tindakannya memijak kepala Robin van Persie.

Penyerang Manchester City itu berdepan penggantungan enam perlawanan di atas insiden itu dan juga tindakannya ketika meraikan jaringan di hadapan peminat Arsenal yang mencetuskan kekecohan di Eastlands. [ selanjutnya ]


Match Report | Arsenal hanyut terkulai

Manchester City 4 : 2 Arsenal
Manuel Almunia (20' own gol), Craig Bellamy (74'), Emmanuel Adebayor (80'), Shaun Wright-Phillips (84') : Robin Van Persie (62'), Tomas Rosicky (88')
Venue: City of Manchester Stadium


"In Arsene We Frust"

Laporan lewat-Kekalahan kali ke-2 ke atas Manchester tetapi kali ini kepada Manchester City, kelab kepunyaan Jutawan Arab yang terlebih-lebih kaya-rayanya dan telah meng'kaya'kan kelab Inggeris ini yang dahulunya miskin hina ini.

Kekalahan ini memang agak menyayat hati dan mengecewakan jiwa raga fan susah hati Arsenal, kerana Arsenal kalah dengan jaringan yang agak besar seperti 'The Professor' telah meletakkan hanya 'setunggul kayu' yang mengawasi gawang Arsenal. Perlawanan kedua pasukan ini kelihatan agak tegang kerana ia menemukan pemain Arsenal dan bekas pemain Arsenal yang dijual ke pasukan lawan dengan nilai 40mil iaitu Adebayor dan K Toure.

Perlawanan ini telah dicemari aksi 'kurang ajar' tindakan bekas pemain Arsenal, Adebayor yang semakin liar selepas keluar dari asuhan Arsene Wenger, Dia telah dikatakan cuba mencederakan Robie van Persie dengan sengaja dengan memijak mukanya juga meraikkan jaringannya 'tahap melampau' ke arah penyokong-penyokong Arsenal, tindakan mungkin bertujuan untuk mem'provokasi' itu akan menghangatkan keadaan suasana dalam stadium dan luar stadium juga boleh membahayakan diri Adebayor sendiri. Tapi, Kemungkinan aku rasa Adebayor terlupa yang dia dah bertukar pasukan...huhuh.






Walaubagaimanapun, disebalik yang kurang enak ini, sekalung tahniah buat pemain Arsenal yang berjaya membolosi gawang Manchester City yang sebelum ini kelihatan kebal, tetapi ia tidak menghalang anak buah Arsene Wenger untuk memusnahkan rekod kebal itu. Kepulangan semula Tomas Rosicky selepas berehat panjang akibat kecederaan juga sangat 'menyejukkan hati' apabila berjaya melakukan asist kepada Robie van Persie untuk jaringan pertama Arsenal dan Rosicky juga berjaya melakar jaringan peribadi, Sayangnya kemunculan cemerlang ini tidak dapat membantu Arsenal untuk mencipta kemenangan.

Berikut adalah barisan yang diturunkan Arsene Wenger:-

------------Almunia------------
----Sagna(E.Eoue'77)----Gallas----Vermaelen----Clichy----
--------Song(Eduardo'77)-------Denilson(Rosicky'53)--------
-----Bendtner----Fabregas----Abou Diaby----
------------RvP------------

Subs: V Mannone, Eduardo, E Eboue, T Rosicky, M Silvestre, A Ramsey, K Gibbs

Next game: UEFA Peringkat Kumpulan vs Standard Liege

UEFA U-turn

Tindakan digantung 2 perlawanan ditarik balik terhadap Eduardo...


Berikut adalah kenyataan UEFA;

"Following examination of all the evidence, notably the declarations of both the referee and the referees' assessor, as well as the various video footage, it was not established to the panel's satisfaction that the referee had been deceived in taking his decision on the penalty."

Dengan keputusan itu, Bintang Croatia, Eduardo kini boleh beraksi dengan 'hati yang tenang' bagi menghadapi Standard Liege pada hari Rabu dan Olympiakos dalam dua minggu berikutnya.

Nampaknya semenjak berlakunya insiden ini, berkemungkinan ia menyebabkan fokus di kem Arsenal sedikit sebanyak terganggu, kerana secara tidak sengaja semenjak 'hangat'nya insiden ini selepas itu Arsenal terus mengalami 2 kekalahan berturut-turut. Harap selepas perlawanan dengan Standard Liege Arsenal akan kembali ke landasan asal.

Berikut adalah kenyataan balas Eduardo selepas keputusan akhir UEFA itu;

“I’m very pleased that we have finally arrived at the truth. All we needed to do was to prove what happened and we have managed to do that. This decision makes me feel a lot better.

“I certainly feel relieved now. I have had great support from my family, friends and of course everyone at the club.

“Now I just want to forget about this and think about our match against Standard Liege on Wednesday. I was always prepared for the match in Belgium because I had good feeling and I always remained positive about the outcome. Now [that] we have a final result, I can now look forward to helping the team on Wednesday night.

“All I remember of the incident is that as soon as I had possession of the ball I headed towards goal at full speed. I was very close to the Celtic keeper and felt contact on my foot and then lost my balance. I know perhaps more than anyone else that when you have contact at speed it can be dangerous.

“I just want to say that I’m a fair player. To score goals you must take your opportunities and I’m not the type of player who needs to be dishonest to score goals.”

Saturday, September 12, 2009

Pre-Match | 'Selamat' buat Adebayor & Toure


Ini merupakan ujian sebenar untuk Mark Hughes dan pemain-pemainnya hasil dari duit jutawan Arab selepas menempuh perlawanan awal yang sempurna untuk musim ini.

Tiga kemenangan juga dari tiga perlawanan yang sering menyebelahi mereka hasil kemenangan satu gol sahaja. Manakala Arsenal lebih kelihatan bernafsu apabila sudah mencetak 11 jaringan gol setakat ini bakal menguji gawang Man City yang dikawal Shay Given yang jelas 'belum ternoda' apabila kekal belum bolos saat ini.

Untuk rekod Arsenal yang satu ketika berjaya mengungguli takhta Liga Perdana walaupun bermain kurang satu permainan daripada kebanyakan pihak. Sebelum dirosakkan oleh Wayne Rooney hasil 'dive yang tidak kurang menariknya, tapi UEFA masih diam membesi' yang membawa kejayaan kepada Manchester United untuk menundukkan Arsenal dengan 2-1.

Perlawanan malam ini juga menjadi fokus perhatian kearah Ex-Gunner Emmanuel Adebayor yang semakin cemerlang menjaringkan dalam semua tiga perlawanan untuk kelab barunya disebabkan 'hatinya yang gembira dan bahagia kerana fan-fan Man. city menghargainya' menurutnya.

Sementara di kem Arsenal, kehadiran ke City of Manchester Stadium itu sedikit kurang serinya tanpa disertai Andrey Arshavin yang cedera selepas perlawanan antarabangsa tempoh hari. Ini semua hasil 'kecerdikan' Guus Hiddink yang mengerah keringat Arshavin sehingga 90 minit walaupun telah disedari lebih awal yang Arshavin dalam kondisi kecerderaan ketika perlawanan Liga Perdana dengan Portsmouth. Yang akhirnya menyebabkan Arshavin perlu direhatkan untuk 3 minggu...Uhhh! Sangap punya Guus Hiddink! nak pakai pun pakailah sikit-sikit udahlah!

Berikut adalah kesebelasan bayangan aku:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-------------Song-------------
-----Fabregas-----Diaby-----
-----Bendtner-----RvP----Eduardo-----

Predict: 1 - 1

Thursday, September 10, 2009

Lagi Gol Bendtner untuk Denmark

Bintang muda Arsenal berusia 21 tahun, Nicklas Bendtner terus mengalami sindrom 'gatal' mencetak gol ketika menyarung jersi kebangsaan Denmark, ia berterusan ketika dalam kelayakan Piala Dunia semalam antara Denmark dengan Albania, tiga hari sebelum bertemu Albania, Bendtner juga menjaringkan golnya ketika bertemu Portugal. Harap sindrom ke'gatal'an ini akan berterusan ketika menyarung jersi Arsenal lepas ini.

Seperti Sabtu lepas, walaupun Bendtner menjaringkan gol, Denmark hanya mampu berkongsi mata dengan Albania apabila perlawanan berkesudahan dengan akhiran 1-1.

Selingan: Di bawah adalah petikan video yang dibawakan khas dari belas ihsan youtube yang menampilkan jaringan Bendtner. Selamat Menonton!


Wednesday, September 9, 2009

Cesc Fabregas Ulangi "Seronok di Arsenal"


Kapten Muda Remaja Gudang Senjata Cesc Fabregas sekali lagi yang entah berapa kali telah bersuara yang tidak membayangkan dirinya bakal pindah balik ke Sepanyol tidak lama lagi. Khabar-khabar angin terus-menerus bertiup dengan beberapa rumours yang pemain tengah Sepanyol yang dikaitkan dengan Real Madrid dan Barcelona, kelab dia sentiasa sokong dan kelab dimana dia memulakan kerjayanya sebelum berpindah ke Arsenal.

Berikut adalah petikan Fabregas ketika ditemubual Radio Marca

"I haven't spoken to anyone,". "Whatever happens, happens, but at the moment there is nothing.

"I don't know if I'll leave the Premier League next year. I'm happy there and it is an important year for the club.

"Two or three years ago there was some interest (from Real Madrid), but there has never been anything serious with another team since I joined Arsenal."

Thursday, September 3, 2009

Transfer Rumours 2009/10 | Akhirnya...

Berakhir sudah 'tingkap perpindahan' pemain untuk awal musim ini, manager-manger dan kelab-kelab semua telah memberhentikan urusan proses pembelian pemain. Di kem Arsenal tidak ada apa aktiviti pindah-randah yang berlaku, terkulat-kulatlah fan-fan susah hati Arsenal ingin melihat Arsene Wenger membawa masuk walaupun sorang pemain diakhir-akhir waktu tempoh 'tingkap perpindahan' ini.

Nampaknya Arsene sudah yakin sepenuh-penuhnya pada semua pemain dalam skuad yang ada sekarang. Selain tidak mahu membantutkan tumbesaran pemain-pemain muda seperti Denilson, Song, Diaby dan lain-lain. Walaupun dikantung Arsenal ketika ini agak berisi lebih kurang £40 million hasil jualan Emmanuel Adebayor and Kolo Touré ke Manchester City.

Cukuplah sekadar Thomas Vermaelen (gambar) satu-satunya yang dibawa masuk ke kem Arsenal untuk musim ini, yang aku fikirkan merupakan pembelian yang amat berbaloi, Walaupun ramai yang kurang percaya kepada pembelian Vermaelen ini termasuklah beberapa legend-legend Arsenal, antaranya disebabkan faktor Vermaelen yang kurang tinggi. Tapi faktor itu bukan alasan yang munasabah apabila Vermaelen menunjukkan kepada semua yang kurang percaya terhadap kemampuannya dengan menampilkan aksi yang mantap bersama Gallas.

Berikut adalah beberapa pemain yang dikaitkan bakal mengikat 'talian pernikahan' dengan Arsenal sepanjang tempoh 'tingkap perpindahan'. Boleh tahan ramai calon-calonnya? Tapi...sorang jer yang sangkut? Ayat tak power kot!

A. Akinsola. Akinfeev, Afellay
B. Barry , Bassong, Babel, Barnetta, Buffon, Boateng (From Hamburg), Benzema
C. Cana, Chamakh, Chiellini, Castaignos, Cabaye, Ciro, Costa, Cahill (from Bolton), Crouch, Cattermole, Campbell
D. Dzeko, De La Red, Delph, Dabo, Dindane, Dentinho, Dzsudzsak
E. Enyeama
F. Flamini, Fazio
G. Genter, Gomis, Gilardino, Gignac
H. Hangeland, Huntelaar, Henry (!), Hulk, Hitzlsperger, Hleb (menyesal ko!), Hazard, Higuain
I. Inler
J. Johnson , Jelen
K. Kalou, Krul
L. Ledley
M. Mbia, Melo de Carvalho, Matuidi, Maicon, Martins
N. Naughton, Naldo, Nouble
O. Owen , Obertan
P. Pandev, (Yohann) Pele, Pastore, Palladino
Q.
R. Rossi, Richards. Ribery
S. Santa Cruz , Sakho, Saviet, Shelvey, Schneider, Sessegnon
T. Toure (Yaya) , Thompson (from Swindon), Tuncay, Topcu, Tasci, Trezeguet
U. Upson
V. Veloso, Vermaelen , Villa, Vucinic, Vieira, Van der Vart
W. Wheater, Wellington
X. Xavi Alonso
Y.
Z. Zapata, Zigic, Zezinho

Biru - Sign dengan kelab lain/ Sambung kontrak dengan kelab yang diwakili.

Merah - Sign dengan Arsenal
Related Posts with Thumbnails