Saturday, September 12, 2009

Pre-Match | 'Selamat' buat Adebayor & Toure


Ini merupakan ujian sebenar untuk Mark Hughes dan pemain-pemainnya hasil dari duit jutawan Arab selepas menempuh perlawanan awal yang sempurna untuk musim ini.

Tiga kemenangan juga dari tiga perlawanan yang sering menyebelahi mereka hasil kemenangan satu gol sahaja. Manakala Arsenal lebih kelihatan bernafsu apabila sudah mencetak 11 jaringan gol setakat ini bakal menguji gawang Man City yang dikawal Shay Given yang jelas 'belum ternoda' apabila kekal belum bolos saat ini.

Untuk rekod Arsenal yang satu ketika berjaya mengungguli takhta Liga Perdana walaupun bermain kurang satu permainan daripada kebanyakan pihak. Sebelum dirosakkan oleh Wayne Rooney hasil 'dive yang tidak kurang menariknya, tapi UEFA masih diam membesi' yang membawa kejayaan kepada Manchester United untuk menundukkan Arsenal dengan 2-1.

Perlawanan malam ini juga menjadi fokus perhatian kearah Ex-Gunner Emmanuel Adebayor yang semakin cemerlang menjaringkan dalam semua tiga perlawanan untuk kelab barunya disebabkan 'hatinya yang gembira dan bahagia kerana fan-fan Man. city menghargainya' menurutnya.

Sementara di kem Arsenal, kehadiran ke City of Manchester Stadium itu sedikit kurang serinya tanpa disertai Andrey Arshavin yang cedera selepas perlawanan antarabangsa tempoh hari. Ini semua hasil 'kecerdikan' Guus Hiddink yang mengerah keringat Arshavin sehingga 90 minit walaupun telah disedari lebih awal yang Arshavin dalam kondisi kecerderaan ketika perlawanan Liga Perdana dengan Portsmouth. Yang akhirnya menyebabkan Arshavin perlu direhatkan untuk 3 minggu...Uhhh! Sangap punya Guus Hiddink! nak pakai pun pakailah sikit-sikit udahlah!

Berikut adalah kesebelasan bayangan aku:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-------------Song-------------
-----Fabregas-----Diaby-----
-----Bendtner-----RvP----Eduardo-----

Predict: 1 - 1

0 comments:

Related Posts with Thumbnails