Tuesday, December 28, 2010

Match Report | The Gunners Tumbangkan The Blues, Drogba Tidak Skor lagi

Arsenal 3 : 1 Chelsea
Alex Song ('44), Cesc Fabregas ('51) & Theo Walcott ('53) : Branislav Ivanovic ('57)
Vanue: Emirates Stadium
Kehadiran: 60,112
Referee: Mark Clattenburg



Match Report | Arsenal 3 vs 1 Chelsea, English Primier League

Arsenal menamatkan igauan hitam 'sukar menang ketika bertembung tim berkelas besar', setelah hampir tiga tahun gagal meraih kemenangan katas skuad julukan the Blues ini! Kemenangan Arsenal pagi ini juga sekaligus menambah burukkan lagi krisis dalaman yang menimpa skuad bimbingan Blues Carlo Ancelotti. Itu aku tak pedulik hal-ehwal dalaman kain skuad tua Chelsea ini. Yang aku tahu! Arsenal Menang!

Kedua-dua belah pihak memulakan aksi dengan masing-masing menyimpan azam untuk meraih mata untuk terus memperkasakan kedudukan pasukan masing-masing dalam liga bagi mengelakkan keciciran mata terlalu jauh dengan pendahulu liga terkini, Manchester United.

Tangkas: Petr Cech melonjak tinggi mengagalkan cubaan Nasri

Chelsea yang hadir bertandang ke Emirates bersama reputasi 'suam-suam kuku' setelah gagal mengecap nikmat kemenangan sejak pertengahan November, sedangkan di kem Arsenal, Cesc Fabregas mula perangat rakan-rakan dibawah bimbingannya dengan lantang bersuara bahawa Arsenal kini sangat berbeza kerana memiliki 'mental hurdle' untuk turun dan memberikan saingan terhadap kejuaraan musim ini dan bersedia melupakan kegagalan ke atas Manchester United dua minggu lalu. Ia diperkuatan lagi dengan kenyataan Arsene Wenger lebih awal turut declare, perlawanan pagi tadi 'wajib menang' dan hasilnya ia disambut oleh anak buahnya dengan memberikan persembahan terbaik dan meraih kemenangan 3-1 ke atas Chelsea.

Walau bagaimanapun, Perlawanan semalam Chelsea yang dilihat mula-mula memberikan ancaman awal melalui Frank Lampard yang kali pertama diturunkan sejak Ogos, Dengan pendekatan untuk menang dengan cara apa sekalipun, Wenger telah melakukan beberapa percaturan awal dengan menurunkan kedua tonggaknya untuk kali pertama musim ini dalam kesebelasan utama, Robin van Persie dan Fabregas, dengan menolak Chamakh di bangku simpanan. Sementara di bahagian pertahanan tengah, Wenger lebih selesa mengunakan gandingan Koscielny dan Djourou, nyata persembahan dari Djourou sangat tidak mengecewakan dengan dipakej bentuk fizikal yang ada, dia adalah pilihan tepat untuk mengimbangi fizikal dari Chelsea.

Pada setengah jam pertama, hasil paduan Robin van Persie, Samir Nasri dan Theo Walcott di barisan depan mula menampakkan 'bunga-bunga' awal dengan mereka mula menekan Terry dan Ivanovic, sehingga Terry dilihat mulai goyah dengan melakukan kekasaran terhadap van Persie. Dilihat pengadil perlawanan, Clattenburg juga tidak mengizinkan kelakuan sebegitu telah memberikan amaran awal kepada Terry, walau bagaimana pun! segala usaha yang dilakukan masih belum mampu menghasilkan produk 'gol'.

Didier Drogba nyaris menambah koleksi golnya dari 13 gol ketika melawan Arsenal, ketika dia yang ditinggalkan sendirian berjaya melepaskan rembatan deras dari 20 meter, namun nasib tidak berapa baik pagi tadi apabila tendangannya meliar.

Selepas itu beberapa usaha dari Nasri dan Walcott yang memungkin jelmaan gol berjaya dihalang oleh Keeper Chelsea Petr Cech. barisan serangan dilihat buntu untuk menembusi kawalan Cech, Tibalah pada minit ke-44, kekebalan Cech akhirnya berjaya dirobohkan sebelum berhenti rehat, tidak ada keajaiban yang mampu dilakukan Cech untuk menghentikan Song bagi mencetak nama selaku penjaring gol pembukaan selepas Song berjaya mencuri kesempatan didalam kotak penalti Chelsea yang sedang caca-marba. Gol Song cukup untuk meletakkan Arsenal keluar menamatkan babak pertama dengan mendahului Chelsea.

Padu: Rembatan rendah Song yang menghasilkan gol pembukaan perlawanan


Selesai babak pertama: Arsenal memimpin perlawanan 1-0 hasil sumbangan Alex Song

Chelsea yang ketinggalan, memulakan babak kedua dengan memasukkan Ramires bagi menggantikan John Mikel Obi, Sementara Wenger masih terus selesa dengan kesebelasan yang ada! Enam minit selepas wisel babak kedua bermula, bermula dari kegagalan cabaran yang mahu dilakukan Essien terhadap Walcott, Walcott bertindak bijak melorongkan bola selepas melihatkan Fabregas yang jelas tidak dikawal, Fabregas yang hanya berhadapan jaring kosong berjaya mencetak gol kedua, selepas Cech yang keluar untuk cuba menghalang kemaraan Walcott.

Selang dua minit kemudian, Walcott kembali memperagakan kelicikan pecutan F1nya, kali ini kapten, Fabregas pula membalas budi dengan melorongkan umpanan sebelum Walcott melepaskan rembatan rendah tanpa mampu dihalang Ivanovic dan digapai Cech. Ia berpunca dari hantaran John Terry yang kurang kemas kepada Florent Malouda berjaya dicuri Walcott yang melebar kepada Fabregas.

Tak tercapai: Ivanovic dan Cech hanya mampu melihat bola sepakan Walcott menerjah jaring gol untuk gol ke-3 Arsenal

Selesa dengan tiga gol, Arsenal seperti biasa masih gagal mematikan cubaan dari 'set-piece'. Kali ini berpunca dari satu sepakan percuma dari Drogba tepat menuju ke Branislav Ivanovic yang menanduk masuk untuk menewaskan Fabianski dan ini sekaligus menaikkan semangat melawan pasukan pelawat. Tapi itulah! Drogba tetap Drogba, "tak dapat melantak nasi sepinggan sorang-sorang share sepinggan pun jadi la", dia tetap menyumbangkan kepada gol ketika menentang Arsenal.

Cubaan antara beberapa cubaan: Nasri cuba memperdayakan Cech, sayangnya gagal

Carlo Ancelotti selepas itu mula membuat beberapa pertukaran untuk menekan benteng Arsenal dengan memasukkan tenaga baru Gael Kakuta dan Bosingwa menggantikan Malouda dan Ferreira. Tapi Koscielny, Djourou, sambil dibantu Clichy dan Sagna kental mempertahankan kedudukan 3-1 sehingga wisel penamat. Kemenangan pagi ini, meletakkan Arsenal berada di kedudukan kedua dengan mata keseluruhan 35 mata bersama 1 perlawanan dalam tangan ketinggalan 2 mata kepada pendahulu liga, Machester United yang berkelebihan 2 perlawanan.

Dua minit masa kecederaan: Jurang Indon nak menang Piala AFF Suzuki 2010 besarlah! begitulah agaknya kata-kata Wenger kepada van Persie, yang mula santai dan tidak lagi fokus kepada perlawanan

Kapten Arsenal, Cesc Fabregas ketika ditemubual Sky Sports selepas perlawanan dipetik berkata:-

"Belief was the difference,"

"The difference between a good team and a great team is very little. We did what a great team does. We were fantastic."

BARISAN KEDUA PASUKAN:
Arsenal (4-3-3): Fabianski 7 - Sagna 6, Koscielny 8, Djourou 6, Clichy 7 - Song 7, Fabregas 9 (Rosicky 86), Wilshere 8 - Nasri 7, Van Persie 8 (Chamakh 76), Walcott 8 (Diaby 74)
Subs (tidak digunakan): Szczesny, Squillaci, Arshavin, Bendtner

Chelsea (4-3-3):
Cech 5 - Ferreira 6 (Bosingwa 61, 6), Ivanovic 6, Terry 5, Cole 6 - Mikel 6 (Ramires 46, 7), Lampard 6, Essien 6 - Kalou 6, Drogba 7, Malouda 6 (Kakuta 55, 6)
Subs (tidak digunakan): Turnbull, Van Aanholt, Bruma, McEachran










Saturday, December 25, 2010

Preview Match | Hentikan Pesta Liar Bung Drog


Preview Match | Arsenal vs Chelsea, English Premier League

Emirates Stadium, London
Isnin, 27 Disember 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832
Online: 0330-0600 hrs (Selasa - waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg
* Pertemuan terakhir: Chelsea 2 - 0 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: Arsenal 69 menang, Chelsea 54 menang, 51 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-K
* Prestasi terkini Chelsea: M-S-S-K-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabianski
Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
Song - Denilson
Nasri - Fabregas - RvP
Chamakh

Subs: Szczesny, Eboue, Djourou, Diaby, Wilshere, Arshavin, Walcott, Rosicky, Bendtner, Vela
Kecederaan: Gibbs (pergelangan kaki), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Lukasz Fabiański (pinggul) dan Abou Diaby (pergelangan kaki) kembali ke dalam skuad selepas pulih dari kecederaan masing-masing. Kedua-duanya dijangkakan sudah boleh diturunkan. Diaby masih belum merasai nikmat bermain sejak awal Oktober.

  • Johan Djourou yang mengalami masalah paha juga dijangka akan muncul di bangku simpanan.

  • Kembali semula dua tonggak utama Cesc Fabregas dan Robin van Persie yang sudah fit dan mampu untuk dimulakan dalam kesebelasan utama.

  • Kieran Gibbs akan kekal keluar dengan kecederaan pergelangan kaki sampai awal Januari. Mungkin sampai pertengahan atau akhir Januari untuk Thomas Vermaelen, namun kalau lebih awal siapa tahu kan!.

  • Namun situasi Manuel Almunia masih terus samar, mungkin kita tidak akan melihat kelibat Almunia menyarung jersi Arsenal lagi?

  • Paling tak menariknya, dalam Liga Perdana yang berlangsung di Emirates, Arsenal gagal untuk menang dengan selesa kecuali bertemu Blackpool (6-0) dan Bolton (4-1), Sementara kita dimalukan dengan tewas ditangan West Brom (2-3), Newcastle (0-1) dan Spurs (2-3) dan kemenangan yang diraih dengan penuh azab ketika bertemu Birmingham (2-1), West Ham (1-0) dan Fulham (2-1). Situasi ini perlu kita pulihkan segera!

  • Apa-apa pun yang tetap ada yang membanggakan, Arsenal meraih 10 kemenangan di Liga Perdana setakat ini dan merupakan yang terbanyak berbanding semua pasukan.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Chelsea

  • Arsenal nampak berterusan memiliki nasib yang kurang baik ketika bertemu Chelsea, apabila setiap kali berjumpa, pasukan Chelsea sering pula mendapatkan kembali pemain mereka yang sihat! Chelsea pasti kembali terdorong dengan kembalinya Didier Drogba dan paling penting lagi Frank Lampard. Tapi tak per? untuk menjadi pasukan yang baik kita mesti menempuh juga pasukan yang baik, jangan menang esok dikatakan pasukan lawan tidak lengkap kerana pemain utama ramai yang cedera, itu pasal kita menang...takmo! takmo! huhuh

  • Yuri Zhirkov terus diragui untuk pulih dari kecederaan betis. Jose Bosingwa (hamstring) juga mungkin masih samar-samar untuk diturunkan.

  • Antara yang tersenarai dalam koleksi kecederaan jangka panjang termasuk Alex (lutut) dan Yossi Benayoun (Achilles.)

  • Kali terakhir, Chelsea mencatatkan gagal meraih lima kemenangan berturut-turut di Liga Perdana adalah pada akhir musim 2006/07, bermula tewas kepada Everton dengan 2-3, berterusan tewas 2-3 kepada Wigan, Seri dengan Reading, Fulham dan Aston Villa.

  • Dalam empat perlawanan terakhir ini disemua kejohanan, Chelsea hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Chelsea memenangi pertemuan awal pada bulan Oktober musim ini di Stamford Bridge 2-0, gol-gol disumbangkan Didier Drogba dan Alex.

  • Musim lalu, Arsenal telah tumbang dari kedua-dua perlawanan selain gagal juga untuk mencatatkan sebarang gol! Oit! ngeri nengok statistik ini! Dan kedua pertemuan tersebut kita masih kehilangan khidmat Robin van Persie, kali ini RvP mungkin dijangka memiliki peluang diturunkan.

  • Memang tak menarik langsung kalau nak tengok rekod-rekod lampau kedua pasukan ini, bengkek aku! Sejak musim 2005/06 dalam semua kejohanan kompetitif, semua Chelsea sapu, mereka mencatatkan 10 menang, Arsenal hanya mencatatkan 2 menang dan 2 lagi berkeputusan seri.

  • Didier Drogba sering 'berhantu' ketika bertemu Arsenal apabila telah mencetak 13 gol dalam 11 perlawanan terakhir kompetitif melawan Arsenal. Dia telah mencetak empat gol tahun lalu di dua pertemuan dan mencetak satu gol di Stamford Bridge awal tahun ini.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Mark Clattenburg (Tyne & Wear).

  • Clattenburg telah mengendalikan dua perlawanan melibatkan Arsenal musim ini: menang 3-0 ke atas Manchester City dan menang 4-2 ke atas Aston Villa.

  • Untuk Chelsea, Clattenburg juga mengendali dua perlawanan: menang 6-0 ke atas West Bromwich Albion dan menang 4-0 ke atas Blackpool.

  • Semua perlawanan yang dikendalikannya musim ini, Clattenburg telah mengeluarkan 59 kad kuning dan 3 kad merah. Salah satu kad merah untuk Dedryck Boyata pada awal lima minit di Manchester City ketika bertemu Arsenal.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

    Semua perlawanan lain akan berlangsung pada hari Ahad.

  • Fulham vs West Ham United, Craven Cottage, London
  • Blackburn Rovers vs Stoke City, Ewood Park, Blackburn
  • Blackpool vs Liverpool, Bloomfield Road, Blackpool
  • Bolton Wanderers vs West Bromwich Albion; Stadium Reebok, Bolton
  • Everton vs Birmingham City, Goodison Park, Liverpool
  • Manchester United vs Sunderland, Old Trafford, Manchester
  • Newcastle United vs Manchester City; St James 'Park, Newcastle
  • Wolverhampton Wanderers vs Wigan Athletic; Molineux, Wolverhampton
  • Aston Villa vs Tottenham Hotspur, Villa Park, Birmingham
  • Wednesday, December 22, 2010

    Video | "Jingle Bells" Mesej Untuk Semua PenCinta Arsenal

    Nampaknya dengan cuti bencana yang Wenger dan anak buahnya perolehi, digunakan dengan perkara-perkara yang bermanfaat! Mereka bergabung dalam satu video untuk menyampai ucapan sempena Hari Natal kepada seluruh PenCinta Arsenal seantero dunia dan Malaysia yang merayakannya. Kepada yang tidak merayakan! Anda perolehi nikmat cutinya!

    Arsenal Shareholders News | Usmanov Plan Kuasai Arsenal


    Billionair Rusia Alisher Usmanov bersedia meningkatkan pemilikan pegangan sahamnya di Arsenal Football Club.

    Pemilik Red and White Holdings Group Usamanov ketika ini memiliki peratusan pegangan sebanyak 26.9% di Arsenal. Sudah heboh diperkatakan, yang beliau berkehendakkan untuk mempertingkatkan pegangannya ke 29.9% sekaligus menjadikannya sebagai pemilik terbaru di Arsenal dengan peratus pegangan tertinggi.

    Sementara, pemegang terbesar terkini, jutawan Amerika yang juga pemilik Kroenke Sports Enterprises, Stan Kroenke memiliki pegangan saham sebanyak 29.98%.

    Usamov dipetik berkata ketika ditemubual sebuah rangkaian TV Rusia:

    "I chose to invest significant money in Arsenal because I consider it to be one the world's most well-structured football clubs, with one of the best stadiums and led by a genius coach, Arsene Wenger.

    "I don't regret this investment. It's not dropping in value, it's rising only.

    "Today, we have 27%. Our objective is to bring that up to a blocking stake of 29.9% and afterwards, we'll see what to do further.

    "If all the shareholders are united by then like they are now, we'll keep it as that level."

    Selain Kroenke dan Usmanov, terdapat dua individu yang memiliki pegangan saham terbesar dalam Arsenal iaitu Lady Nina Bracewell-Smith sebanyak 15.9% dan Danny Fiszman sebanyak 16%. Ketika ini, kadar sesaham Arsenal berada pada paras £11,125 per unit, dan nilai kelab keseluruhan di anggarkan sekitar £692m.

    Kalau diikutkan aku tak peduli sangat siapa yang menguasai pegangan di Arsenal antara dua individu ini, tapi kalau dilihat pada latarbelakang, aku lebih tertarik dan lebih memilih Kroenke biar terus kekal sebagai pemilik di Arsenal kerana latarbelakangnya terhadap dunia sukan yang terbukti dengan pegangannya terhadap beberapa kelab sukan melibat pasukan Pro Bola keranjang Denver Nuggets, Kelab Bola Sepak Colorado Rapids, Pasukan Pro Hoki Colorado Avalanche dan sebuah Pasukan Pro American Football St. Louis Rams berbanding Usmanov yang lebih terarah kepada seorang businessman, itupun kerana menurut jejak rakan sebillionair nya juga dari Rusia, pemilik Chelsea Roman Abramovich.

    Monday, December 20, 2010

    Young Gun's Loanees News | Ramsey Berkarat

    Ada rakan kita 'ata' mohon entri mengenai Ramsey! Jadi alang-alang korek cerita pasal Ramsey saya terus tapaw sekali tentang bintang-bintang muda Wenger lain yang sedang diloankan keluar untuk menjelajah mencari ilmu sekaligus mendapatkan peluang bermain dan mengasah bakat di kelab 'angkat mereka di luar Arsenal. Berikut adalah analisis & buku laporan terkini tentang kemajuan bintang muda muda di luar Emirates:-

    Henri Lansbury bermain untuk 90 minit penuh untuk Norwich City sebagai ketika mengalahkan Coventry City 3-1. Lansbury juga menyumbang kepada gol pembukaan Norwich itu, terlibat dalam sebahagian daripada gerakan sebelum mengumpan kepada Grant Holt untuk gol pertama dari dua gol yang dijaringkan.

    Aaron Ramsey hanya sempat untuk bermain 16 minit terakhir ketika Nottingham Forest menang 3-0 atas Crystal Palace. Ramsey yang masuk sebagai pemain di bahagian tengah tetapi gagal membuat impak pada pasukan angkatnya. Billy Davies dipetik berkata kepada media selepas perlawanan, sebab beliau tidak memainkan Ramsey adalah kerana faktor padang yang buruk yang membahayakan Ramsey yang masih dalam proses pemulihan kaki.

    Vito Mannone terus diberikan kepercayaan penuh apabila bermain 90 minit penuh dan merekodkan 'clean sheet' ketika Hull City mengalahkan Bristol City 2-0. boleh dikatakan sebahagian besar kedudukan Mannone tidak dicabaran dengan cubaan yang cukup merbahaya, cuma hanya satu cubaan dari Jon Stead yang mampu mengancam tetapi masih belum cukup untuk menembusi kekebalan Mannone. Nampaknya Mannone juga tidak mahu ketinggalan dalam perebutan untuk mencabar kedudukan Keeper No.1 di Arsenal. Ini pastinya akan menambahkan pening kepala buat Wenger! huhu! Lantakkan...Go! Mannone

    Kyle Bartley bermain 90 minit penuh di barisan pertahanan Sheffield United dan berakhir dengan kemenangan 1-0 atas Swansea. Bartley dilihat menampilkan beberapa aksi pertahanan yang cemerlang dengan mengendali baik cubaan bola tinggi.

    Sanchez Watt tidak tersenarai dalam skuad United Leeds yang mengalahkan Queens Park Rangers 2-0.

    Benik Afobe tidak berkesempatan untuk turun bermain selepada perlawanan dengan Huddersfield Town ditunda akibat salji yang mengila ketika ini.

    Cédric Evina juga tidak turun bermain selepas perlawanan dengan Oldham Athletic ditunda juga akibat masalah salji.

    Thomas Cruise tidak terkecuali menerima nasib yang sama seperti Evia dan Cruise apabila perlawanan dengan Carlisle United juga ditunda.

    Mark Randall baru melaporkan diri kembali ke Rotherham pada hari Isnin selepas pulih kecederaan patah tulang pipi.

    Gavin Hoyte tidak turun bermain dalam perlawanan dengan Lincoln City ditunda kerana masalah salji.

    Francis Coquelin bermain 90 minit penuh untuk Lorient ketika dibelasah teruk 3-0 oleh Toulouse. Coquelin bertindak sebagai 'holding midfield' tetapi gagal memberikan aksi terbaiknya sekaligus memberikan kesan kepada permainan Lorient.

    Armand Traoré dimainkan saat-saat terakhir ketika seri 1-1 Juventus dengan Chievo. Traore, juga dilihat bermain baik ketika melawan Manchester City di Liga Europa di minggu lalu ketika menggantikan Simone Pepe.

    Nacer Barazite bermain untuk baki 21 minit terakhir dari ketika Vitesse Arnhem's 1-1 dengan NAC Breda. Barazite mengantikan striker Marcus Pedersen.

    Pedro Botelho bermain 90 minit penuh untuk FC Cartagena ketika mengalahkan Las Palmas 5-2. Botelho menampilkan prestasi yang cemerlang dan berperanan kepada dua gol yang terhasil pada perlawanan tersebut.

    Samuel Galindo tidak beraksi apabila masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami patah di pergelangan kaki. Oit! bila pula masanya Galindo kena patah kaki ini?

    Transfer News | Wenger - “I Might Sign Players In Jan”


    Payah sebenarnya nak baca pemikiran di kepala otak orang tua (wenger) ni? Kalau sebelum ini, dia awal-awal sudah declare yang tidak ada pemain baru akan di bawa pada jendela perpindahan pemain yang dibuka pada bulan januari ini. Tapi dengan kata kiasan-kiasan yang terbaru dari mulut Wenger ada nada-nada seperti kemungkinan untuk muka baru di bawa ke Emirates januari ini. Hish!

    Ini mungkin disebabkan tekanan tinggi dalam Liga Perdana musim ini yang dilihat agak sengit berbanding musim-musim yang terdahulu, selain pertembungan awal selepas diundi menentang Barcelona untuk Champions League.

    Dalam video terbaru ini, Wenger dipetik berkata:-

    “If we find the needed player who can give something to the team we will do it”

    Jadi kita tunggu dan lihat jer lah, mungkin esok kalau dah menang dengan Chelsea, mungkin akan ada nada baru pula kedengaran dari 'The Prof' kita ini? "Saya percayakan anak muda bimbingan saya" - kemungkinan nada sebegini yang bakal kita dengar nanti...huhu

    Sunday, December 19, 2010

    Match Report | Sukan 0 vs 1 Salji: Arsenal vs Stoke Postponed

    Sukan 0 : 1 Salji



    Match Report | Arsenal vs Stoke Postponed

    Perlawanan Liga Perdana di antara Arsenal menentang Stoke terpaksa ditangguhkan pada semalam selepas satu banjir salji melanda London.

    Kira-kira setebal tiga inci salji meliputi keseluruhan bandar di London, pengadil Lee Mason telah mengambil keputusan untuk menanguhkan perlawanan ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

    Selain pembatalan perlawanan melibatkan Arsenal vs Stoke. Lain-lain perlawanan yang juga menerima nasib yang sama ialah Birmingham vs Newcastle, Liverpool vs Fulham, Wigan vs Aston Villa dan perlawnan yang menjadi tumpuan Chelsea vs Manchester United.

    Berikut adlah klip-klip di Emirates Stadium yang dilanda salji tebal - ihsan Arsenal.com:-







    Tuesday, December 14, 2010

    Match Report | Park Taji The Gunners

    Manchester United 1 : 0 Arsenal
    Park Ji-Sung ('41), Wayne Rooney (pen miss '73) : -
    Vanue: Old Trafford, England
    Kehadiran: 75, 227
    Referee: Howard Webb (South Yorkshire)



    Match Report | Manchester United 1 vs 0 Arsenal, English Premier League

    Arsenal terus membuat kita kempunan apabila memanjangkan kemarau tidak boleh nak menang di Old Trafford. Tandukan loop menarik; entah dirancang sebegitu atau dah nak jadi begitu oleh Park Ji-Sung menjadi tembok pemisah kedua pasukan dan ini sekaligus menyerahkan kemenangan buat Manchester United dengan rela hati Arsenal harus menghadiahkan kembali takhta liga ke tangan United selepas beradu untuk beberapa ketika di singgahsana

    Park Ji-Sung melakukan tandukan cantik yang membelok ke atas keeper muda Arsenal Wojciech Szczesny sebelum masuk menjunam ke jaring selepas menerima sepakan silang dari Nani. Memang satu jaringan gol yang sukar untuk dihalang oleh mana-mana keeper. Ini merupakan gol keramat keempat buat Park ketika menentang Arsenal dan gol minit ke-41 ini membuktikan perbezaan yang ada antara kedua pasukan - peluang yang diperolehi perlu di sudahkan dengan gol kerana kemenangan hanyalah ditentukan dengan gol. Pagi tadi Arsenal gagal mencari gol itu, dan kita tewas. dari prestasi dan kemampuan kedua pasukan kita setara saja dengan United. Kalau dihitung dari segi gunners ganas memang Arsenal mendahului tuan rumah dengan mengumpul 4 kad kuning, Tapi apalah gunanya ganas jika tidak ganas untuk menyekor gol. Kita sebenarnya lupa tentang kehadiran Park Ji Sung; kita tahu yang Park seorang pemain yang bertenaga yang mampu berlari segenap penjuru padang dengan tenaganya yang tak pernah habis! kita lebih nampak si "Sherk" Rooney! tapi sebenarnya rekod sudah menunjukkan Park lebih tajam dan lebih gemar menjaringkan gol ketika bertemu Arsenal.

    Sir Alex Ferguson memulakan perlawanan dengan meletakkan penjaring lima gol mereka Dimitar Berbatov di bangku simpanan dan meletakkan Wayney Rooney sebagai penyerang tunggal dengan menggunakan formasi 4-5-1. Sementara rakan sejawatnya, Bos Arsenal lebih mengejutkan apabila selesa memberikan debut pertama Liga Perdana buat Woijciech Szczesny dan meletakkan Lukasz Fabianski di bangku simpanan kerana masalah kecederaan selepas gagal untuk pulih tepat pada masanya.

    Aksi awal bermula dengan beberapa taktik yang diperlihatkan United yang cuba menguji keeper muda Arsenal dengan cubaan dari jarak jauh terutamanya melalui Nani dan Rooney. Yang nyata taktik awal United tidak membuahkan hasil kerana Szczesny tampak cukup bersedia dan konfiden di gawang gol Arsenal. Namun melalui satu serangan yang dimulakan Nani, Gael Clichy hanya membiarkan Nani menjalankan kerjanya masuk lebih rapat ke kotak penalti sebelum Clichy masuk melakukan halangan, bola sepakan Nani yang mengenai halangan Clichy dan ia menghala tepat ke arahs pemain sayap Korea Selatan, Park Ji-Sung yang kemudian mengimprovasi bola itu dengan tandukan loops melepasi atas Szczesny tanpa mampu dihalang lagi.

    Bermula babak kedua: Arsenal ketinggalan 1-0

    Manchester United walaupun tidak berada dalam prestasi seperti ketika adanya Ronaldo dan Teves tapi sesekali mampu memberikan ancaman bermakna di kubu kita - Anderson contohnya yang memiliki kesempatan terhidang untuk menjarakkan kedudukan tapi bersyukur kita dia gagal melepasi halangan bak jelmaan Peter Schmeichel dari Szczesny pada minit ke-54.

    Beberapa kesempatan Arsenal untuk membuahkan gol juga gagal, antaranya melalui cubaan dari Samir Nasri yang berjaya di selamatkan Edwin Van der Sar dan Nemanja Vidic menidakkan cubaan dari Chamakh pada minit ke-55. Selepas itu, serang-serangan dari Arsenal sentiasa gagal menemui sasaran gol dan kerap di patahkan benteng United samada Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand.

    Ayuh! buat kerja kita: Mungkin itu yang diucapkan Kapten Fabregas dan van Persie yang dimasukkan Wenger untuk menambah sengat di jentera serangan.

    Percaturan Wenger menghantar serangkai meriam besar Cesc Fabregas dan Robin van Persie untuk menyuntik serangan yang lebih padu juga tidak memberikan hasil, Fabregas gagal memberikan impak, jelas beliau tidak berada dalam kecergasan 100% untuk memberikan aksi yang berkualiti. Wenger dan Arsenal perlu memastikan Fabregas berada dalam tip-top 100% kerana kapten Arsenal mampu menyumbangkan sesuatu yang lebih baik sekiranya dia berada dalam keadaan cukup cergas. Jack Wilshere, Tomas Rosicky dan Andrei Arshavin pula dilihat gagal menyerlahkan prestasi sebenar mereka dalam perlawanan pagi tadi dan nampak jelas Edwin van der Sar jarang sekali diuji oleh barisan serangan Arsenal.

    Kena Tangan: Detik Clichy menghadiahkan penalti kepada Manchester United

    Arsenal seharusnya bungkus lebih awal saat Clichy memberikan sepakan penalti pada minit ke-73 setelah terjatuh ketika cuba menhalang gerakan Nani. Namun Rooney yang berkobar-kobar untuk menyegerakan dan mematikan semangat Arsenal gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut setelah sepakan nya melambung tinggi. Sebelum itu juga chamakh nyaris memberikan sepakan penalti tapi pengadil perlawanan Howard Webb tidak mengesahkannya! Kegagalan Rooney sepatutnya digunakan Arsenal untuk mencari gol penyamaan, tapi ia gagal dilaksanakan sehingga tamat permainanan. Kedudukan terus kekal meletakkan Manchester United mendahului tampok liga dengan 34 mata keseluruhan, meninggalkan Arsenal ditangga kedua kekal 32 mata.

    Debut Pertama yang tidak mengecewakan: Szczesny melakukan aski menyelamat pada akhir-akhir perlawanan

    Kesimpulannya:
    Arsenal masih gagal mencari ramuan terbaik untuk menewaskan Manchester United di Old Trafford. Manchester United tetap kebal dan tak terkalahkan lagi dan yang pastinya Arsenal telah diketuk dari posisi teratas dan kini Arsenal terpisah dua mata dari Manchester United dengan United masih berkelebihan satu perlawanan di tangan. Dengan keputusan ini, perebutan kejuaran masih terus terbuka dengan Manchester City dan Chelsea masih terus berpeluang. Bagi Arsenal, kita masih relevan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana berdasarkan Manchester United akan dipertemukan dengan Chelsea perlawanan akan datang.

    Perlawanan akan datang:

    - Manchester United vs Chelsea, Premier League, 19/12
    - Arsenal vs Stoke, Premier League, 18/12

    Kesebelasan Utama kedua-dua pasukan:
    Manchester United (4-5-1): Van der Sar; Rafael, Vidic, Ferdinand, Evra; Park, Anderson (Giggs '85,), Fletcher, Carrick, Nani, Rooney
    Subs (tidak digunakan): Kuszczak, Brown, Smalling, Hernandez, Obertan, Berbatov

    Arsenal (4-5-1): Szczesny; Sagna, Koscielny, Squillaci, Clichy; Song, Wilshere (van Persie '63), Rosicky (Fabregas '63), Nasri, Arshavin (Walcott '77); Chamakh
    Subs (tidak digunakan): Fabianski, Denilson, Djourou, Bendtner

    Monday, December 13, 2010

    Arsenal News | Szczesny Ambil Alih Tempat Fabianski di Old Trafford


    Menurut The Sun Uk, Arsenal berkemungkinan besar akan melakukan kejutan dengan menurunkan keeper muda Wojciech Szczesny di Old Trafford pagi esok.

    Bos Arsenal, Wenger dikatakan bersedia untuk mengambil risiko dengan melatakkan keeper Poland berusia 20 tahun itu di gawang gol untuk debut pertamanya di Liga Perdana, Ini selepas desas-desus menyatakan yang keeper utama Lukasz Fabianski sedang bergelut untuk pulih segera selepas mengalami kecederaan kaki. - tidak tahu pula seteruk mana kecederaan yang dialaminya, dan bila Fabianski mengalami kecederaan kaki ini?

    Ini pasti akan memberikan peluang yang diidamkan-idamkan si anak muda Szczesny ini; sekiranya keputusan ini dimuktamadkan Wenger; sudah pasti ia akan mendatang iri hati buat Manual Almunia yang semakin tersisih dari pemerhatian Wenger. Walau apa-apa pun, dengan Almunia masih dengan gelumang permasalahan kecederaan siku, Fabianski dijangka masih memiliki tempat untuk diletakkan di bangku simpanan.

    "Siapa pun yang diturunkan, kemenangan harus direalisasikan"

    Wenger juga tidak menolak kemungkinan untuk pergi ke Old Trafford dengan menerapkan corak serangan berhabis-habisan; beliau sempat mengulas mengenai perlawanan yang bakal berlangsung di Old Trafford dengan berkata:-

    "If you look at numbers this season, they are a team that has more draws and we win more games. That means we go there to win our game.

    "We have won seven of our last nine league games and, despite setbacks at home, we have been very consistent.

    "So, right now, we are in a strong position."

    Golden Oldies Video | Arsenal vs Manchester United – FA Cup Final (1979)

    Ayuh rilek sebentar sebelum perlawanan "clash of the Titans" esok! kita tonton nostalgia perlawanan akhir Piala FA tahun 1979 antara Arsenal vs Manchester United. Mungkin ada dari kita yang tidak lahir lagi ketika perlawanan ini berlangsung. Terima kasih kepada PenCinta Arsenal Tegar yang sudi upload video ini untuk kita kongsikan bersama. Enjoy it!

    Moga esok kita akan meraih kemenangan!

    Saturday, December 11, 2010

    Preview Match | Clash of the Titans - Manchester United vs Arsenal


    Preview Match | Manchester United vs Arsenal, English Premier League

    Old Trafford, Manchester
    Selasa, 14 Disember 2010
    Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832
    Online: 0354-0600 hrs (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Howard Webb
    * Pertemuan terakhir: Manchester United 3 - 1 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 78 - Arsenal menang, 86 - Manchester United menang, 46 - Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: K-M-M-M-M
    * Prestasi terkini Manchester United: M-M-M-K-S
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Fabianski
    Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
    Song - Wilshere
    Nasri - Rosicky - van Persie
    Chamakh

    Subs: Szczesny, Djourou, Eboue, Denilson, Walcott, Arshavin, Bendtner
    Kecederaan: Gibbs (pergelangan kaki), Fabregas (hamstring), Diaby (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles), Almunia (siku)

    Theo Walcott sudah pun menyuarakan hasrat untuk mendapatkan tempat khusus dalam perlawanan 'Clash of Titans" nanti.

    Selasa pagi waktu malaysia ini bakal meyaksikan pertemuan terbesar setakat musim ini di Liga Perdana. Mananya tak? dua pasukan di atas carta liga kini di satukan dan di pertemukan dalam padang untuk disabungkan! Tidak siapa yang mampu menidakkan atau meragui lagi, pemenang mutlak dari pertembungan ini akan terus mengukuhkan kedudukan di puncak takhta liga untuk seminggu lagi. Dan, seandainya seperti yang kita mahukan, jika Arsenal lah pemenangnya, maka kita akan memiliki kelebihan empat mata dari United yang masih akan mempunyai satu perlawanan di tangan selepas terbeku dari perlawanan dengan Blackpool tempohari. Yang pasti, kemenangan pasti akan meningkat reputasi kita selepas layak ke peringkat kalah mati di Champions League walaupun bukan sebagai juara kumpulan H.

    Boleh dikatakan pertembungan pada hari Selasa nanti sangat-sangat mendebarkan dan pasti akan membuatkan hamstring pada usus! Tidur pada Selasa nanti juga pasti akan terkorban juga ada kemungkinan besar sijil MC akan menyusul selepas itu. Tambah menarik lagi, minggu ini juga akan menyaksikan Chelsea perlu kembali meraihkan kemenangan selepas dilihat agak goyah sejak kebelakangan ini dan lawan mereka adalah Tottenham Hotspur yang semakin meningkat dan sedang enak bergembira selepas layak selaku juara kumpulan di Champions League.

    Apa yang menjadi tanda tanya, pastinya kelibat Cesc Fabregas samada akan bermain atau tidak, beliau masih terhambat dengan kecederaan hamstring berulang, yang kali pertama diperolehi sejak hampir setahun yang lalu di Burnley. Jika kita sorot kembali pada musim lalu, Arsenal juga bertandang ke Old Trafford tanpa Fabregas yang mengalami kecederaan yang sama. Seperti yang diberitakan Wenger memberikan komen Faberagas mungkin 50-50 akan diturunkan! Bagi pandangan aku, jika Fabregas tidak fit 100%, elok saja beliau direhatkan sehingga benar-benar pulih tidak perlu untuk mengambil risiko memainkannya. Pertemuan ini pastinya akan berlangsung dalam tempo tinggi dan sebagai playmaker beliau perlu ada dalam keadaan yang cukup cergas 100%, dan andainya beliau ada sekitar 80%, ditambah dengan kita akan berisiko kehilangannya untuk kecederaan yang sama. Memang tidak berbaloilah.

    Untuk di bahagian depan Arsenal, kita memiliki senarai kecederaan yang besar, sebahagian besar pemain kita semua cergas-bugas! Ia memberikan Wenger pilihan yang luas dan akan ada banyak pilihan yang cukup sesuai. Kita akan melihat apakah Andrei Arshavin diletakkan di bangku simpanan selepas aksi tidak bermaya pada hari Rabu. Tapi beliau adalah merupakan asisst tertinggi di Arsenal ketika ini. Walaupun ramalan line-up aku tidak meletakkan Arshavin dalam pilihan, tapi sekiranya ia di turunkan aku mengharapkan yang beliau akan turun pada prestasi yang terbaik, kerana kita pun tahu jika Arshavin berada pada permainan terbaiknya dia mampu memimpin corak permainan Arsenal ditengah padang.

    Theo Walcott semakin frust dengan peranannya sebagai super-sub, tapi memandang form mencanak-canak dari Samir Nasri ketika ini yang telah bermain di sayap kanan, sukar pula untuk menyesuaikan keadaan Walcott di kanan kesebelasan utama mulai sekarang. Padahal, secara teorinya, kita boleh memindahkan Nasri ke peranan central dan kemudian memulakan Walcott di kanan dan Tomas Rosicky kekal dalam tempoh bersedia dibangku simpanan. Robin van Persie dan Marouane Chamakh tidak menampak ketajaman yang dimahukan apabila dipasangkan bersama pada hari Rabu lepas, tapi itulah adalah kali pertama mereka dipasangkan; kita perlu memberikan peluang untuk mereka menyesuaikan diri lagi. Untuk itu, eksperimen ini perlu kita gunakan terus walaupun di perlawanan sepenting ini.

    Memang menarik bila membicarakan mengenai peranan Alex Song sekarang, musim ini beliau membuktikan bagaimana dia boleh lebih maju ke depan dan banyak membantu serangan Arsenal. Ia nampak sebagai watak seorang "penyerang nakal." Seperti Rabu lalu, Ia bertanggungjawab mengatur situasi yang menjadi punca sepakan penalti di perolehi van Persie dan bermain satu-dua dengan Bendtner serta yang menyumbang kepada jaringan peribadi ke-12 Nasri. Jelas nampak Alex Song sekarang lebih kerap ke depan dan ia memang menarik! tapi apabila beliau kerap maju ke depan beliau dilihat lambat dan gagal untuk kembali kepada mood bertahannya bagi melindungi pertahanan Arsenal. Mungkin dengan Thomas Vermaelen kembali sihat nanti ia akan lebih mudah bagi Song memainkan peranannya sekarang! tapi buat masa ini, melihatkan kepada keadaan benteng kita yang boleh kita katakan agak lemah berbanding bahagian lain, eloklah Alex Song kekal dengan peranannya sebagai pemain tengah bertahan untuk menutup ruang-ruang yang ada di benteng kita.



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kembali ke ke pasukan pada Rabu ini selepas pulih Gael Clichy (penyakit) dan Johan Djourou (paha)

  • Cesc Fabregas kekal menjadi tajuk utama adakah akan diberikan bermain walaupun dikatakan sudah mampu kembali berlari di dalam latihan. Keputusan pada akan dilakukan pada saat-saat akhir perlawanan. Aku kekal dengan pendirian, lebih suka beliau bermain jika hanya dia berada dalam kecergasan 100%. Merugikan jika kehadirannya di atas padang ketika dia sedang off-form! Lebih baik kita meletakkan Nasri atau Rosicky di tengah.

  • Dibelenggu kecederaan yang kerap kali, Kieran Gibbs bakal kehilangan tiga minggu selepas masalah pergelangan kakinya pada hari Rabu.

  • Thomas Vermaelen akan menjadikan "signing" terbaru Arsenal pada tahun 2011. beliau diberitakan bakal muncul pada 2011, berita baik buat semua PenCinta Arsenal. Kembalikan Verminator!

  • Menurut John Cross The Daily Mirror, Manuel Almunia telah dibenarkan kembali ke Sepanyol untuk berehat dan mendapatkan rawatan pada siku tercedera. Hal ini menguatkan lagi rumour yang beliau akan dijual pada tetingkap transfer Januari ini.

  • Arsenal telah memenangi empat perlawanan berterusan dalam semua pertandingan, tapi kemenangan yang diraih Arsenal dalam situasi yang mendebarkan. Arsenal ditekan ketika Villa membuat comeback dua kali walaupun akhirnya menang 4-2, kemudian menunjukkan Wigan jalan keluar keluar dari Piala Carling dan menunggu sekitar minit ke-75 untuk mengalahkan Fulham dan Partizan Belgrade di Emirates.

  • Kemenangan terpanjang Arsenal di Liga Perdana adalah pada 16 hingga 30 Oktober, dengan menang atas Birmingham City, Manchester City, dan West Ham United.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Manchester United

  • Laporan hari ini menunjukkan bahawa Paul Scholes (pangkal paha) dan Rio Ferdinand (hamstring) telah lulus ujian kecergasan dan akan diturunkan.

  • Wes Brown dan Jonny Evans juga akan kembali dalam pasukan utama di Old Trafford.

  • Michael Owen (hamstring) sudah mula kembali dalam sesi latihan, tetapi tidak akan berada di skuad pada hari Selasa.

  • Owen Hargreaves (hamstring) dan Antonio Valencia (pergelangan kaki yang patah) kekal direhatkan dalam tempoh jangka panjang.

  • United tidak terkalah lagi dalam pertandingan Liga Perdana musim ini. Dengan 8 kemenangan dan 7 berkeputusan seri.

  • Musim ini, lapan perlawanan yang dimainkan di Liga Perdana yang berlangsung di Old Trafford, Mereka hanya mencatatkan satu saja berkeputusan seri 2-2 dengan West Brom yang selebihnya menang! Rekod yang baik yang perlu dirobohkan oleh anak buah Wenger.

  • Musim lalu - United hanya merekodkan kalah di Old Trafford sebanyak dua kali kepada Chelsea dan Aston Villa. Kekalahan ke atas Villa itupun berlaku pada 12 Disember 2009, kira-kira setahun yang lalu. Uiks! Cuak gak rekod dorang kat gelanggang sendiri!

  • United musim ini hanya dikejutkan dengan tewas 4-0 di tangan West Ham ketika di Piala Carling dua minggu lalu.




  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • United mengambil semua enam mata dari tahun lalu ketika bertemu Arsenal. Di Old Trafford pada bulan Ogos, Arsenal jelas menguasai sebahagian besar bermain dan memimpin 1-0 pada hasil kebijaksanaan Andrei Arshavin. Wayne Rooney menyamakan hasil sepakan penalti sebelum Abou Diaby memberikan gol sendiri kepada United. Moral of Story: Menguasai permainan tetapi tidak menjaringkan gol, tiada gunanya!

  • Arsenal kemudian tunduk 3-1 di Emirates, perlawanan di mana The Gunners hanya mula menampakkan saingan pada minit ke-80.

  • Arsenal belum pernah menang di Old Trafford dalam lima cubaan dalam semua pertandingan. Kemenangan terakhir yang diraih hanyalah pada tarikh 17 September 2006, 1-0. Emmanuel Adebongok memberikan gol pada minik ke-86.

  • The Gunners telah mengalahkan Manchester United hanya sekali dari sembilan pertemuan selama tiga musim terakhir. Adoi lamanya! Tapi dengan on-form dari Samir Nasri tika ini, kita mengharapkan 'magic' Nasri akan muncul pada Selasa ini.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Howard Webb.

  • Webb telah mengendalikan satu perlawanan Arsenal musim ini: menang 2-1 atas Everton pada bulan November.

  • Untuk United, Webb telah mengendalikan juga satu perlawanan musim ini: ketika United menang 3-2 mereka atas Liverpool.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Aston Villa vs West Bromwich Albion; Villa Park, Birmingham
  • Sabtu: Everton vs Wigan Athletic, Goodison Park, Liverpool
  • Sabtu: Sunderland vs Fulham, Craven Cottage, London
  • Sabtu: Stoke City vs Blackpool, Stadium Britannia, Stoke-on-Trent
  • Sabtu: West Ham United vs Manchester City, Ground Boleyn, London
  • Sabtu: Newcastle United vs Liverpool; St James 'Park, Newcastle
  • Ahad: Bolton Wanderers vs Blackburn Rovers; Stadium Reebok, Bolton
  • Ahad: Wolverhampton Wanderers vs Birmingham City; Molineux, Wolverhampton
  • Ahad: Tottenham Hotspur vs Chelsea; White Hart Lane, London
  • Friday, December 10, 2010

    Injury News | Nasib Gibbs & Almunia


    Berita kecederaan terkini hari ini hadir dari bek kiri Arsenal Kieran Gibbs selepas mengambil kecederaan pergelangan kaki ketika kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Partizan Belgrade dalam peringkat kumpulan H di Liga Champions rabu lepas.

    Melalui scan awal, Gibbs dijangkakan akan terlepas aksi selama tiga minggu dan terlepas bermula dari perjalanan hari isnin ketika bertandang ke Old Trafford.

    Wenger ketika mengulas di laman web rasmi dipetik berkata:

    "We have lost Kieran Gibbs from Wednesday night but he should be the only one. We think today that he will be out for three weeks,"

    "I am very disappointed (about it). I hope it will not put in his mind that he is an injured player. It was just an accident and you cannot do anything about it. Time will help him get over that and it is not major damage in his ankle"

    Untung sama sekali, apabila perkhabaran muncul tepat pada masanya, bek kiri utama Gael Clichy pula dilaporkan sudah kembali cergas untuk mengisi slot bek kiri yang ditinggalkannya kepada Gibbs pada perlawanan dengan Partizan Belgrade.

    Mengulas mengenai Clichy, Wenger berkata:-

    "We should have (Gael) back (for Monday). He was in today. He was very weak still but we hope he will progress well,"

    Desas-desus terbaru mengenai keeper Almunia No.1 yang sekarang seperti dipinggiran selepas kali terakhir diturunkan pada perlawanan dengan West Brom, selepas aksi yang mendukacitakan itu beliau direhatkan dan Fabianski mula mengambil alih dan mengukuhkan kedudukan di gawang gol Arsenal ketika ini dan mula mencuri perhatian dengan prestasi yang mengujakan secara automatik mula dilihat menjadi pilihan kesayangan Wenger, nasib Almunia bertambah suram apabila pada masa yang sama ditimpa kecederaan siku yang kita sendiri tidak tahu bertapa teruknya masalah kecederaan yang menimpanya.

    Dengan situasinya yang kian tidak menentu sebagai keeper No.1, Keluar kenyataan dari agen Almunia, yang penjaga gawang Asenal ini meluahkan isi hati untuk dihantar pulang ke Sepanyol. beliau juga dikatakan ada menerima tawaran kelab dari tuan rumah Piala Dunia 2022 Qatar.

    Tapi agennya, Joseba Diaz berkata:

    "We have still not finished negotiations but it is clear Manuel wants to return to Spain."

    Thursday, December 9, 2010

    Match Report | Layak Selaku Runners-up Kumpulan H

    Arsenal 3 : 1 Partizan Belgrade
    Robin Van Persie (pen '30), Theo Walcott ('73) & Samir Nasri ('77) : Cléo ('52)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Paolo Tagliavento (Italy)


    Match Report | Arsenal vs Partizan Belgrade, Champions League

    Arsenal mencari jalan sukar! perlu memastikan kemenangan sehingga perlawanan terakhir bagi memenuhi hajat mencuri salah satu slot dari kumpulan H sebagai 16 pasukan yang layak ke babak seterusnya di Liga Champions. Gol-gol sumbangan sepakan penalti Robin van Persie, Theo Walcott dan Samir Nasri akhirnya membantu The Gunners meraih kemenangan 3-1 atas Partizan Belgrade di The Emirates semalam sementara pasukan baru Eduardo Shakhtar Donetsk bangga mengungguli carta Kumpulan H selepas menumpaskan Braga.

    Kegagalan Arsenal untuk menempatkan diri selaku juara kumpulan H meletakkan Arsene Wenger berpotensi besar untuk bertemu dengan gergasi-gergasi eropah dengan lebih awal dan antara calon-calon pasukan yang dijangkakan bakal dihadapi nanti, ada kemungkinan seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich atau Schalke.

    Van Persie turun mengetuai pasukan diberikan lilitan kapten selepas tidak adanya Cesc Fabregas yang masih cedera, beliau ditempatkan dalam peranan di belakang Marouane Chamakh, dengan Nasri dilihat diberikan lasen lebih besar untuk berkeliaran diserata padang.

    Mudah sangat injed: Gibbs diberikan rawatan selepas mengalami kecderaan pergelangan kaki


    15 minit awal perlawanan berlangsung, full-back Kieran Gibbs memberikan kegelisahan pada Arsenal selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki dengan Clichy tiada dibangku simpanan, tapi mampu kembali masuk bermain walau bagaimanapun Wenger tidak berani mengambil risiko dan akhirnya Gibbs di keluarkan dan digantikan oleh Emmanuel Eboue.

    Berkampung: Setiap kali serangan dilakukan The Gunners, Partizan akan pantas berkubu di barisan pertahanan mereka


    Hampir mendekati setengah jam permainan, Arsenal yang bakal melakukan perjalanan ke Manchester United pada hari Isnin depan- dihadiahkan sepakan penalti selepas Marko Jovanovic didapati melakukan kekasaran terhadap Van Persie ketika beliau sedang meluru masuk ke kawasan penalti Partizan setelah menerima hantaran Alex Song. Van Persie sendiri juga melunaskan tanggungjawab dengan melakukan sepakan deras lebih dari jangkaun tangan kanan Vladimir Stojkovic untuk mencetak gol pertamanya untuk The Gunners sejak kali terakhir pada bulan Mei.

    Gol sendiri: Halangan kurang kemas dari Sebastien Squillaci menyebabkan bola membias dari rembatan Cleo


    Seperti biasalah, Arsenal tak pernah senang hati kalau tak membuatkan fan-fannya gelabah! Kali ini pun sama apabila Cordova Cleo mengejutkan PenCinta Arsenal di Emirates dengan meyamakan kedudukan 1-1 selepas tujuh minit memasuki babak kedua. Pemain Brazil Cleo berjaya melepaskan rembatan dan mengenai halangan kaki dari Sebastien Squillaci untuk menyebabkan bola membias dan melepasi agakan Lukasz Fabiański.

    Gol pulih semangat: Walcott muncul penjaring gol ke-2 untuk memberikan Arsenal memimpin semula permainan

    Buntu untuk memecahkan benteng Partizan yang mengamalkan corak berkerumun di kubu sendiri, Wenger memasukkan pemesit Walcott mengantikan Arshavin yang dilihat layu untuk memecah-belahkan benteng Partizan dengan kepantasan yang Walcott ada, nyata ia memberikan keputusan yang diinginkan, Arsenal kembali memimpin dengan hasil tendangan Walcott dari jarak dekat paras pinggang pada minit ke-73 sebelum Nasri sekali lagi mencipta nama selaku penjaring untuk membuatkan keputusan berubah ke 3-1 sebelum Bacary Sagna meletakkan Arsenal dalam risiko tinggi dengan perlu menghabiskan permainan dengan 10 orang, Sagna telah ditunjukkan jalan keluar pada minit ke -85 setelah melakukan cabaran yang diklasifikasikan kasar ke atas Aleksandar Lazevski.

    Monday, December 6, 2010

    Injury News | Bek Tengah Arsenal Parah?

    Akhirnya muncul juga kenyataan terbaru dari mulut Arsene Wenger mengenai bek kentalnya Thomas Vermaelen ke pangkuan pasukan utama apabila beliau mengesahkan yang Vemaelen dijangka akan akan membuat kemunculan paling tidak pun sehingga tahun baru.

    Bek antarabangsa Belgium ini telah menderita akibat kecederaan Achilles sejak awal September ketika bermain mewakili Belgium dalam kelayakan Euro 2012 menentang Turki.

    Berkenaan situasi kecederaan yang dialami Koscielny ketika perlawanan menentang Fulham, Pasukan Perubatan Arsenal mengesahkan Koscielny dijangka akan terlepas perlawanan sehingga tiga minggu, Ini bermakna bahagian bek tengah Arsenal ketika ini amat tenat berbanding bahagian lain apabila Wenger hanya mempunyai 2 pilihan pemain senior yang tinggal antara Squillaci dan Johan Djourou.

    Mengenai Vermaelen, bos Arsenal Arsene Wenger dipetik berkata kepada laman rasmi Arsenal:

    "Vermaelen is in a [protective] boot,".

    "We want him back and I hope he will be back soon, but not before January."

    Sunday, December 5, 2010

    Match Report | 'Lionel' Nasri Julang Arsenal ke Persada Liga

    Arsenal 2 : 1 Fulham
    Samir Nasri ('14 & '75) : Diomansy Kamara ('30)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Chris Foy



    Match Report | Arsenal 2 vs 1 Fulham, English Premier League

    Pemain tumpuan semalam pasti Samir Nasir, apabila beliau muncul wira membawa ceria buat Arsenal untuk merampas kedudukan memimpin takhta Liga Perdana. Seperti yang dijangka, anak buah Mark Hughes tidak memberikan jalan mudah buat Arsenal apabila hadir ke Emirates dengan cita-cita besar untuk menjadi pasukan keempat yang berjaya mencatatkan kemenangan di Emirates musim ini. Ia tidak seperti yang diharapkan Mark Hughes, Akhirnya keputusan memihak Arsenal dengan menjinak Fulham dengan 2-1. Kedua gol disumbangkan oleh Samir Nasri yang bertindak cemerlang dengan persembahan jelmaan Lionel Messi Arsenal. Beliau memperagakan aksi ibarat berlatih menggelecek kon kerana hampir 3 ke 4 pemain termasuk penjaga gawang digentelnya sebelum diakhiri dengan penyudah yang menarik.

    Barisan awal yang diturunkan Arsene Wenger

    Masa depan kedua-dua pengurus pasukan amat berbeza. Wenger mungkin boleh kembali mendabik dada buat sementara untuk menyelesaikan tugasnya di Liga Perdana sebelum beralih menumpukan tugas getir untuk layak ke pusingan seterusnya di Liga Juara-Juara yang masih belum dalam genggaman. Kini Arsenal hanya 1 mata dipisahkan dengan penghuni di tangga kedua Chelsea yang dipaksa berkongsi mata dengan Everton semalam dan Man U menyorot ke tangga ke 3 selepas gagal turun untuk perlawanan dengan Blackpool kerana faktor cuaca. Arsenal berjaya memanfaatkan peluang terhidang ini! Sementara Mark Hughes terus bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana.

    Rosicky bertindak sebagai ketua pasukan menggantikan Cesc Fabregas dengan Murphy untuk Fulham

    Gandingan Nasri dan Andrei Arshavin bertindak garang menghidupkan gaya pada awal pembukaan perlawanan di Utara London, dengan menghadirkan ancaman tetapi di gagalkan dengan kecemerlangan Mark Schwarzer yang pastinya mahu menunjukkan 'sesuatu yang spesel' kepada Wenger selepas memadamkan hasrat untuk membawanya ke Emirates pada musim perpindahan lepas. Tekanan demi tekanan yang digerakkan oleh jentera serangan dikepalai ketua pasukan, Rosicky akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-14 apabila gerak kerja yang dimulakan Arshavin bijak di selesaikan Nasri dengan penuh gaya dengan mengelecek Brede Hangeland dan Aaron Hughes sebelum melepaskan rembatan kaki kirinya menerjah jaring tanpa mampu dihalang Mark Schwarzer.

    Ia merupakan musim terbaik buat Samir Nasir apabila telah menghimpunkan sepuluh gol setakat ini, beliau juga bertindak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cesc Fabregas yang tercedera. Beberapa peluang terbaik yang hadir selepas itu dari Marouane Chamakh dan Alex Song gagal dimanfaatkan oleh keduanya untuk melebarkan kedudukan. Sekiranya ia mampu menjelmakan gol, saya pasti semangat melawan Fulham mampu kita matikan lebih awal.

    Gentel Arshavin: Peranan Arshavin mengucar-kacirkan benteng Fulham banyak membantu, Arshavin dilihat sudah semakin menampilkan aksinya seperti kemunculan awalnya di Arsenal

    Kegagalan Arsenal untuk menambah gol, memberikan semangat juang buat Fulham mencari gol penyamaan, Usaha mereka akhirnya berhasil pada 15 minit sebelum permainan babak pertama ditamatkan. Berpunca dari sedikit salah faham antara Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny yang berlaga ketika mahu mengeluarkan bola tinggi mengakibatkan kecederaan serius ke atas Koscielny sehingga diusung keluar dan digantikan Johan Djourou. Koscielny yang terganggu dengan kecederaan yang dialami gagal fokus dan striker Fulham berkelahiran Perancis dan bermain untuk negara Senegal Diomansy Kamara segera menggunakan peluang sebaiknya selepas menerima umpanan Clint Dempsey dengan mudah merembat kencang menewaskan Lukasz Fabianski memberikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

    Berakhir babak pertama: Kedudukan terikat Arsenal 1-1 Fulham

    Masuk babak kedua, Fulham cuba pula untuk mengancam benteng Arsenal bagi mencari gol kemenangan bagi mengeluarkan mereka dari zon penyikiran, Mungkin mengetahui yang pesaing terdekat Chelsea ketika itu masih kekal mendahului lawan di Stamford Bridge, Wenger bertindak mengeluarkan ketua pasukan Tomas Rosicky dengan menggantikan Robin Van Persie dan memasukkan pemecut Theo Walcott dengan menggeluarkan Jack Wilshere bagi memberikan ancaman yang lebih tajam di bahagian serangan Arsenal. Percaturan taktikal Wenger kali ini, nyata membuahkan hasil apabila kemasukan Robin Van Persie memberikan kualiti pada corak serangan Arsenal, berpunca dari Robin Van Persie, umpanan pendeknya yang membuka ruang buat Samir Nasri yang pantas membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dengan memperagakan kehebatan mengelecek dengan sekali lagi memperdayakan Hughes dan full-back John Pantsil termasuk penjaga gawang Fulham Mark Schwarzer. Ketika bola yang dibawa lari dari Schwarzer hampir ke satu ruang yang hampir tidak mampu memberikan gol, Nasri bijak membuat pusingan U menganggumkan dan menolak masuk bola ke dalam jaring dari ruang sempit. Menjadikan Nasri sebagai penjaring terbanyak di Arsenal dengan 11 gol setakat ini. Mabeles bro!

    Tergeliat Pinggang: Aksi menarik Nasri ketika melakukan pusingan U di sudut sukar untuk menghasil gol kemenangan Arsenal

    Ditanya mengenai prestasi yang ditunjukkan Nasri semalam, Wenger dipetik berkata:-

    "They were two exceptional goals from Samir,"

    "Touch, intelligence, special talent and calmness. He needed to be patient in both occasions and he did that well.

    "At the start his game was about coming onto the ball but now he has variation. His game is improving and he is more efficient.

    "It's difficult to compare him to other players but as a manager you want the best out of the player and I have been a strong believer in him.

    "People questioned me when I brought him here but he is an exceptional talent and I think there is more to come from him."

    Bos Fulham Mark Hughes juga bersetuju dengan kenyataan rakan sejawat di Arsenal apabila mengulas mengenai prestasi memukau Nasri yang membawa kepada kemenangan buat Arsenal:-.

    "That was the difference, Nasri is playing at the top of his form,"

    "There was little between the teams and we edged it in terms of chances but they have individuals, like top teams have, when the team doesn't function.

    "He is an excellent footballer, has great feet and in those areas in the penalty box it's difficult to stop him."

    Good save: Antara aksi menyelamatkan keadaan dari Fabianski yang juga menyumbangkan kepada kemenangan Arsenal. - Fabianski semakin boleh diharap!

    Fulham berterusan memberikan serangan balas dan saingan kepada Arsenal selepas itu, tapi gol penyamaan yang di cari-cari mereka gagal ditemui sehingga ke akhir wisel penamat dibunyikan. Keputusan kekal 2-1 memihak Arsenal dan menariknya kali ini diakhiri perlawanan kedua pengurus bersalam selepas kecoh musim lalu Hughes mengadu yang Wenger tidak mahu bersalam dengannya, sekarang sudah tutup kes yer! Hughes.

    Tambahan masa: Pembantu pengadil memperagakan sepanduk untuk 4 minit tambahan masa.

    Saya akhirnya dengan rentetan kesemua gol-gol yang dijaringkan; Enjoy! Waka-Waka Ehh! Ehh!






    Related Posts with Thumbnails