Presiden FIFA Sepp Blatter mengumumkan keputusan yang dinantikan di Zurich, Switzerland, pada awal pagi khamis waktu malaysia.
Rusia mengenepikan bidaan dari England, Belanda/Belgium dan Sepanyol/Portugal dan wakil Perdana Menteri Igor Shuvalov meraikan kejayaannya dipetik berkata:
"You have entrusted us with the FIFA World Cup for 2018 and I can promise, we all can promise, you will never regret it. Let us make history together.''
Sementara Qatar telah dianugerahkan untuk penganjuran pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2022 setelah menengelamkan cabaran dari Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat - menjadikan ia perlawanan di Timur Tengah untuk pertama kalinya.
Penawaran Qatar pada mulanya mendapat beberapa kritikan disebabkan faktor cuaca di negara itu sejak bulan Jun dan Julai yang suhunya mencecah naik setinggi 50 darjah Celsius - selain jarak antara stadium yang juga menjadi bahan persoalan, tetapi ternyata ia tidak mempegaruhi FIFA untuk memberikan hak penganjuran kepada Qatar.
England yang dilihat sangat terdesak untuk mendapatkan hak menjadi tuan rumah final 2018 gagal walaupun menampilkan tokoh berprofil tinggi seperti Prince William dan David Beckham bagi memancing undi saat akhir, dengan dengan beberapa kekalutan selepas tindakan siasatan rasuah yang melibatkan beberapa anggota FIFA dikaitkan dengan England selepas didedahkan oleh BBC Panorama dan Sunday Times, reputasi England sedikit tercalar yang membawa kegagalan untuk mendapatkan hak penganjuran.
Blatter hanya memberikan kenyataan ringkas terhadap penawaran England:
"Excellent and Remarkable".
2 comments:
feels sort of proud for russia. but sadly, i'l be graduating in 2014..
fuih! Assila now where u? good luck for ur studies
Post a Comment