Sunday, December 5, 2010

Match Report | 'Lionel' Nasri Julang Arsenal ke Persada Liga

Arsenal 2 : 1 Fulham
Samir Nasri ('14 & '75) : Diomansy Kamara ('30)
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Chris Foy



Match Report | Arsenal 2 vs 1 Fulham, English Premier League

Pemain tumpuan semalam pasti Samir Nasir, apabila beliau muncul wira membawa ceria buat Arsenal untuk merampas kedudukan memimpin takhta Liga Perdana. Seperti yang dijangka, anak buah Mark Hughes tidak memberikan jalan mudah buat Arsenal apabila hadir ke Emirates dengan cita-cita besar untuk menjadi pasukan keempat yang berjaya mencatatkan kemenangan di Emirates musim ini. Ia tidak seperti yang diharapkan Mark Hughes, Akhirnya keputusan memihak Arsenal dengan menjinak Fulham dengan 2-1. Kedua gol disumbangkan oleh Samir Nasri yang bertindak cemerlang dengan persembahan jelmaan Lionel Messi Arsenal. Beliau memperagakan aksi ibarat berlatih menggelecek kon kerana hampir 3 ke 4 pemain termasuk penjaga gawang digentelnya sebelum diakhiri dengan penyudah yang menarik.

Barisan awal yang diturunkan Arsene Wenger

Masa depan kedua-dua pengurus pasukan amat berbeza. Wenger mungkin boleh kembali mendabik dada buat sementara untuk menyelesaikan tugasnya di Liga Perdana sebelum beralih menumpukan tugas getir untuk layak ke pusingan seterusnya di Liga Juara-Juara yang masih belum dalam genggaman. Kini Arsenal hanya 1 mata dipisahkan dengan penghuni di tangga kedua Chelsea yang dipaksa berkongsi mata dengan Everton semalam dan Man U menyorot ke tangga ke 3 selepas gagal turun untuk perlawanan dengan Blackpool kerana faktor cuaca. Arsenal berjaya memanfaatkan peluang terhidang ini! Sementara Mark Hughes terus bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana.

Rosicky bertindak sebagai ketua pasukan menggantikan Cesc Fabregas dengan Murphy untuk Fulham

Gandingan Nasri dan Andrei Arshavin bertindak garang menghidupkan gaya pada awal pembukaan perlawanan di Utara London, dengan menghadirkan ancaman tetapi di gagalkan dengan kecemerlangan Mark Schwarzer yang pastinya mahu menunjukkan 'sesuatu yang spesel' kepada Wenger selepas memadamkan hasrat untuk membawanya ke Emirates pada musim perpindahan lepas. Tekanan demi tekanan yang digerakkan oleh jentera serangan dikepalai ketua pasukan, Rosicky akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-14 apabila gerak kerja yang dimulakan Arshavin bijak di selesaikan Nasri dengan penuh gaya dengan mengelecek Brede Hangeland dan Aaron Hughes sebelum melepaskan rembatan kaki kirinya menerjah jaring tanpa mampu dihalang Mark Schwarzer.

Ia merupakan musim terbaik buat Samir Nasir apabila telah menghimpunkan sepuluh gol setakat ini, beliau juga bertindak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cesc Fabregas yang tercedera. Beberapa peluang terbaik yang hadir selepas itu dari Marouane Chamakh dan Alex Song gagal dimanfaatkan oleh keduanya untuk melebarkan kedudukan. Sekiranya ia mampu menjelmakan gol, saya pasti semangat melawan Fulham mampu kita matikan lebih awal.

Gentel Arshavin: Peranan Arshavin mengucar-kacirkan benteng Fulham banyak membantu, Arshavin dilihat sudah semakin menampilkan aksinya seperti kemunculan awalnya di Arsenal

Kegagalan Arsenal untuk menambah gol, memberikan semangat juang buat Fulham mencari gol penyamaan, Usaha mereka akhirnya berhasil pada 15 minit sebelum permainan babak pertama ditamatkan. Berpunca dari sedikit salah faham antara Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny yang berlaga ketika mahu mengeluarkan bola tinggi mengakibatkan kecederaan serius ke atas Koscielny sehingga diusung keluar dan digantikan Johan Djourou. Koscielny yang terganggu dengan kecederaan yang dialami gagal fokus dan striker Fulham berkelahiran Perancis dan bermain untuk negara Senegal Diomansy Kamara segera menggunakan peluang sebaiknya selepas menerima umpanan Clint Dempsey dengan mudah merembat kencang menewaskan Lukasz Fabianski memberikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Berakhir babak pertama: Kedudukan terikat Arsenal 1-1 Fulham

Masuk babak kedua, Fulham cuba pula untuk mengancam benteng Arsenal bagi mencari gol kemenangan bagi mengeluarkan mereka dari zon penyikiran, Mungkin mengetahui yang pesaing terdekat Chelsea ketika itu masih kekal mendahului lawan di Stamford Bridge, Wenger bertindak mengeluarkan ketua pasukan Tomas Rosicky dengan menggantikan Robin Van Persie dan memasukkan pemecut Theo Walcott dengan menggeluarkan Jack Wilshere bagi memberikan ancaman yang lebih tajam di bahagian serangan Arsenal. Percaturan taktikal Wenger kali ini, nyata membuahkan hasil apabila kemasukan Robin Van Persie memberikan kualiti pada corak serangan Arsenal, berpunca dari Robin Van Persie, umpanan pendeknya yang membuka ruang buat Samir Nasri yang pantas membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dengan memperagakan kehebatan mengelecek dengan sekali lagi memperdayakan Hughes dan full-back John Pantsil termasuk penjaga gawang Fulham Mark Schwarzer. Ketika bola yang dibawa lari dari Schwarzer hampir ke satu ruang yang hampir tidak mampu memberikan gol, Nasri bijak membuat pusingan U menganggumkan dan menolak masuk bola ke dalam jaring dari ruang sempit. Menjadikan Nasri sebagai penjaring terbanyak di Arsenal dengan 11 gol setakat ini. Mabeles bro!

Tergeliat Pinggang: Aksi menarik Nasri ketika melakukan pusingan U di sudut sukar untuk menghasil gol kemenangan Arsenal

Ditanya mengenai prestasi yang ditunjukkan Nasri semalam, Wenger dipetik berkata:-

"They were two exceptional goals from Samir,"

"Touch, intelligence, special talent and calmness. He needed to be patient in both occasions and he did that well.

"At the start his game was about coming onto the ball but now he has variation. His game is improving and he is more efficient.

"It's difficult to compare him to other players but as a manager you want the best out of the player and I have been a strong believer in him.

"People questioned me when I brought him here but he is an exceptional talent and I think there is more to come from him."

Bos Fulham Mark Hughes juga bersetuju dengan kenyataan rakan sejawat di Arsenal apabila mengulas mengenai prestasi memukau Nasri yang membawa kepada kemenangan buat Arsenal:-.

"That was the difference, Nasri is playing at the top of his form,"

"There was little between the teams and we edged it in terms of chances but they have individuals, like top teams have, when the team doesn't function.

"He is an excellent footballer, has great feet and in those areas in the penalty box it's difficult to stop him."

Good save: Antara aksi menyelamatkan keadaan dari Fabianski yang juga menyumbangkan kepada kemenangan Arsenal. - Fabianski semakin boleh diharap!

Fulham berterusan memberikan serangan balas dan saingan kepada Arsenal selepas itu, tapi gol penyamaan yang di cari-cari mereka gagal ditemui sehingga ke akhir wisel penamat dibunyikan. Keputusan kekal 2-1 memihak Arsenal dan menariknya kali ini diakhiri perlawanan kedua pengurus bersalam selepas kecoh musim lalu Hughes mengadu yang Wenger tidak mahu bersalam dengannya, sekarang sudah tutup kes yer! Hughes.

Tambahan masa: Pembantu pengadil memperagakan sepanduk untuk 4 minit tambahan masa.

Saya akhirnya dengan rentetan kesemua gol-gol yang dijaringkan; Enjoy! Waka-Waka Ehh! Ehh!






1 comments:

alien said...

nice~
nice~
niCe~

beautiful fuuuutball
hahaha

Related Posts with Thumbnails