Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Arsenal 1 : 0 West Ham United Alex Song ('88) : - Vanue: Emirates Stadium, London Referee: Mike Jones
Match Report | Arsenal vs West Ham, English Premier League
Tandukan minit ke-88 ALEX SONG menjadi pemisah membawa tiga mata berharga sekaligus membenamkan West Ham terdampar di dasar liga - setelah Rob Green mencabar Arsenal dengan mempamerkan tidak kurang empat aksi menyelamat hebat.
Menarik sungguh, sejak tiga perlawanan terakhir Arsenal menjaringkan gol pada minit ke-88, bermula kemenangan ke atas Manchester City hasil jaringan Bendtner, diikuti perlawanan menentang Newcastle hasil jaringan Walcott dan malam semalam menentang West Ham dari Song.
Jika tidak kerana ketangkasan yang di pamerkan Rob Green; Arsenal pasti memperolehi jumlah jaringan yang lebih selesa, antaranya cubaan dari Fabregas pada minit ke-23 selepas berlaku kombinasi menarik yang dijelmakan Song dan Sagna sebelum dilepaskan kepada Fabregas, sepakan deras Fabregas tepat menemui gawang tetapi Green ternyata lebih pantas bertindak balas.
Green terus bertindak cemerlang menyangkal sepakan jarak dekat Song dan kemudian menyelamatkan tandukan kebelakang Squillaci yang berpunca dari sepakan sudut Nasri. Arsenal terus kempunan memecah kebuntuan jaringan sehinggalah tamat babak pertama. West Ham pula semakin konfiden dengan permainan mereka dan cuba mencari gol dengan beberapa cubaan serangan balas, tetapi benteng Arsenal kekal berdisplin menyekat. Dengan Fabianski dilihat semakin jelas tingkat keyakinan diri dari arahan-arahan yang diberikan kepada benteng pertahanan. - Teruskan Fabianski! Arsenal kini mengekalkan rekod bersih tidak bolos dalam tiga perlawanan terakhir! - Green pula pastinya berharap dengan prestasi yang ditonjolkan mampu membuka mata Fabio Capello supaya tersenarai dalam skuad kasta rendah England.
Namun tembok kebal Green akhirnya berjaya dirobohkan dengan hanya berbaki dua minit sebelum perlawanan bakal ditamatkan, Song meluru pantas menanduk hantaran silang dari Gael Clichy.
Jadi kemenangan ini menunjukkan bahawa kita dengan jelas berada pada landasan yang tepat. Walaupun kita tidak menampilkan permainan terbaik kita malam semalam tetapi kemenangan itu lebih penting. Kita masih dianggap calon favorite hari ini walaupun tidak disokong oleh jaringan gol, Dengan musuh terdekat seperti Chelsea dan MU telah memenangi perlawanan masing-masing mereka. Maka sebiji dari Song itu sangat tinggi nilainya.
Dominasi Arsenal: Gambaran perbandingan sasaran ke arah gol antara Arsenal dan West Ham
Sementara Wenger ketika ditanyakan wartawan mengenai prestasi Song berkata:
"Song is amazing, he has added something to his game - he came as a centre back, becomes a defensive midfielder and now he's playing like a striker,"
Dengan kembalinya Jack 'Boy' Wilshere selepas selesai menjalani tiga pergantungan, barisan tengah Arsenal kini dilihat cukup mantap dengan dibarisi Cesc, Nasri, Arshavin, Rosicky, Song, Denilson yang semua bebas dari sebarang kecederaan. Dengan Ramsey pula semakin hampir untuk cergas selepas lama berehat panjang akibat patah kaki, tapi pastinya ia perlukan masa untuk mengembalikan ke prestasi asal!
Sementara itu khabar kecederaan mula kedengaran selepas perlawanan menentang West Ham melibat Fabregas, tapi tiada berita sahih mengenai situasi kecederaan sebenar setakat ini, menurut Wenger Fabregas cukup cergas untuk pertembungan di Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk. Tapi kalau pada pandangan aku, Fabregas tidak perlu dipaksa sangat untuk diturunkan pada perlawanan tersebut kerana kita masih memiliki barisan back-up yang cukup baik untuk memberikan tiga mata ketika berkunjung menentang Eduardo dan rakan-rakannya di Ukraine. Tak berbaloi untuk Fabregas tercedera pada perlawanan 03 November itu.
Preview Match | Arsenal vs West Ham, English Premier League
Emirates Stadium, London Sabtu, 30 Oktober 2010 Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832 Online: 2155-0000 hrs (waktu Malaysia)
* Pengadil Perlawanan: Mike Jones * Pertemuan terakhir: Arsenal 2-0 West Ham * Pertemuan kedua pasukan: 52 kemenangan berpihak Arsenal, 33 kemenangan berpihak West Ham, 38 berkesudahan Seri * Prestasi terkini Arsenal: M-K-M-M-M-M * Prestasi terkini West Ham: M-M-S-S-K-M M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
Newcastle United 0 : 4 Arsenal - : Tim Krul (og '45), Theo Walcott ('53 & '88) , Nicklas Bendtner ('83) Vanue: St James Park Stadium, England Referee: Andre Marriner
Match Report | Newcastle United vs Arsenal, English Carling League Cup 4th Round
Newcastle United ditunjukkan jalan keluar dalam perebutan ke suku akhir Piala Carling ditangan Arsenal malam kelmarin St James Park.
Sebiji gol bunuh diri dari keeper Tim Krul, dua datangnya dari usaha Theo Walcott, dan satu dari Nicklas Bendtner membukukan Arsenal untuk layak ke peringat seterusnya dengan 4-0.
Pengurus Newcastle Chris Hughton telah melakukan sembilan perubahan dalam kesebelasan pemainnya untuk melayan kunjungan anak buah Wenger, pilihan pasukannya telah menunjukkan dengan jelas keutamaannya adalah pertembungan minggu ini menentang Sunderland bagi mengukuhkan kedudukan Newcastle dalam carta liga musim ini, memandang jurang diantara pasukan-pasukan bawahan dan pertengahan dan top 4 di EPL semakin mengecil dan setiap pasukan agak sukar untuk mendapat permainan yang mudah dalam setiap perlawanan.
Namun, para pemerhati juga penyokong-penyokong Newcastle yang mengerumuni stadium St James Park dianggarkan sekitar 33,157 meninggalkan stadium dengan tanda-tanya apakah yang mampu Hughton lakukan dengan menamakan kesebelasan sedemikian rupa.- hanya cabaran Piala Liga inilah sesatu kejuaraan logik yang mampu diterima akal untuk digapai seandainya mampu mengejutkan The Gunners.
Perlawanan semalam bermula dengan kedua pasukan mempamerkan gerakan pantas dengan beberapa ancaman yang mampu menghadirkan gol, Walaupun permainan semalam tidak cukup menarik perhatian seperti perlawanan menentang Tottenham di pusingan ssebelumnya, tetapi di kem Arsenal terdapat banyak hal positif dan menarik dipertonton oleh beberapa anak muda Wenger yang diberikan kesempatan menonjolkan kemampuan, antaranya prestasi keeper muda Poland Wojciech Szczesny, yang juga merupakan rakan senegara Lukasz Fabianski, ia merupakan aksi keduanya untuk pasukan utama musim ini, juga menghasilkan beberapa aksi hebat untuk 'menyimpan' clean sheet. Nampaknya Wojciech Szczesny, tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, dan ini pasti menjadi tanda positif di bahagian keeper Arsenal di mana Wenger akan mendapat manfaat dari persaingan yang sihat dari kedua-dua keeper berbangsa Poland ini. Dan kedudukan Almunia yang kini dilanda kecederaan pasti sangat terancam dengan prestasi yang ditunjukkan Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny ketika ini.
Wenger kelihatan suram, kedudukan masih berkesudahan 0-0
Bagaimanapun prestasi di awal permainan pemain muda [Szczesny] agak membimbangkan, Setelah dia tersilap percaturan dengan mengambil keputusan kurang tepat bergegas keluar dari kubunya dalam usaha untuk menyangkal gerakan yang dihadirkan Nil Ranger, selepas itu, ia mula fokus dan bertindak baik dengan aksi yang lebih segar dan cemerlang berikutnya antaranya menghalang sepakan kencang dari Alan smith dari luar kotak penalti dan menidakkan usaha Andy Carroll dari jarak dekat.
Berikut klip video kompilasi Szczesny di St James Park
Johan Djourou dan Laurent Koscielny juga dilihat kental mengunci serangan dari tuan rumah - terutamanya Djourou yang aku nampak semakin baik persembahannya dari satu game ke satu game! Craig Eastmond pula berjaya untuk bermula pertama kalinya musim ini, aksi awalnya kelihatan agak lambat dalam menyalurkan bola kepada rakan sepasukan, tapi pulih sedikit di babak kedua sebelum terpaksa mengalah akibat kecederaan.
Di awal minit ke-19, Wenger kehilangan Kieran Gibbs akibat kecederaan dan digantikan Bacary Sagna. - Wenger pasti sedikit resah dengan keadaan Gibbs yang merupakan back-up terbaik Clichy
Sebuah sepakan sudut lambung yang diambil Walcott berlaku sedikit kucar-kacir di dalam kotak penalti dari tandukan Bendtner, Krul yang terhalang teraba-raba untuk gagal menyekat, tapi Ryan Taylor berada pada situasi yang tepat malangnya dari clearance yang ingin dilakukan Ryan Taylor dari situasi merbahaya memakan diri apabila terkena bahagian belakang kepala Krul dan melantun semula ke dalam jaring. Babak pertama tamat dengan kedudukan terus kekal 1-0 memihak Arsenal.
Masuk babak kedua, Newcastle segera melancarkan serangan balas untuk mencari gol penyamaan, tapi tuan rumah tidak dibiarkan bebas untuk sewenang-wenangnya bermain, Arsenal juga bertindak balas dengan mempertingkat serangan, tekanan yang dikenakan ke pertahanan tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-53, apabila Walcott pantas memanfaat dari satu serangan balas melepasi dari kedudukan offside menjadikan kedudukan Arsenal semakin kukuh 2-0, walaupun berlaku sedikit kontroversi dari gol tersebut. - yang penting gol sudah dikira. huhu!
Kemudian dari serangan di sebelah sayap kiri dimulakan Cesc Fabregas yang menggantikan Carlos Vela, melepaskan ke Nicklas Bendtner, striker antarabangsa Denmark melepaskan satu sepakan walaupun dalam keadaan ruang kelihatan sempit, percubaannya nyata membuahkan hasil untuk memberikan gol terkumpul peribadi keduanya dalam 2 perlawanannya setakat ini tidak sampai 150 minit.
Dengan di minit-minit akhir perlawanan bakal ditamatkan. Walcott menambah derita skuad bimbingan Hughton apabila mengesahkan gol keduanya pada malam itu dengan memanfaatkan kuasa torpedonya melarikan bola dan meninggalkan dua pertahanan tuan rumah terkapai-kapai mengejarnya, memberikan kedudukan penuh 4-0 memihak Arsenal.
Wenger masih kelihatan suram, kedudukan sudah 4-0, Nak berapa ekk?
Preview Match | Newcastle United vs Arsenal, English Carling League Cup 4th Round
Dalam tiga game terakhir ini ketika menentang bekas pemain Arsenal (Hleb-Birmingham; Eduardo-Shartak Donestk, Adebayor-Manchester City) nampaknya Arsenal memiliki rekod yang baik setakat ini, Kali ini kita akan sekali lagi dipertemukan berdepan seorang lagi bekas pemain 'Invisible' Arsenal yang masih aktif bermain, Sol Campbell; dan harapan tetap sama, rentetan dan rekod kemenangan yang baik menentang bekas-bekas Arsenal ini dapat diteruskan. Sekaligus meneruskan langkah kepada peringkat seterusnya dalam kempen Piala Liga ini, dan kita bakal mempunyai peluang yang cerah untuk mengakhiri penantian mengenggam Piala utama selepas ketandusan selama 5 tahun terakhir ini.
St James 'Park, Newcastle upon Tyne Rabu, 27 Oktober 2010 Astro (SuperSport 2) - Channel: 816 Online: 2.40 am LIVE (waktu Malaysia)
* Pengadil Perlawanan: Andre Marriner * Pertemuan terakhir: Newcastle 1 - 3 Arsenal; 21 Mac 2009 * Pertemuan keseluruhan kedua pasukan: 64 kemenangan berpihak Arsenal, 65 berpihak Newcastle, 36 berkesudahn seri * Pertemuan keseluruhan kedua pasukan di Piala Liga: 3 kemenangan berpihak Arsenal, tiada kemenangan buat Newcastle, tiada juga keputusan seri * Prestasi terkini Arsenal: M-S-K-K-M-M * Prestasi terkini Newcastle: M-M-K-K-S-M M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal
Fakta perlawanan kedua pasukan
Info menarik pengadil perlawanan
Sekitar lain-Lain perlawanan dan keputusan di Pusingan ke-4 Piala Liga
(Liga Perdana = LP, Championship = C, Liga Satu = L1, Liga 2 = L2)
Fabianski Kamu kini dari Flappyhandski bertransfomasi ke Safehandski? Syabas!
Sejujur-jujur kata; Apakah ada PenCinta Arsenal di luar sana yang boleh dengan jujur mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengkritik, mengkondem, mencaci-caci sayang Lukasz Fabianski sejak akhir musim lalu? Semua orang tahu samada kawan lawan mahupun lawan, sering kita tidak pernah mempercayai apa yang istimewa pada pada Lukasz Fabianski ini, serius la aku katakan, aku sendiri tak nampak! walaupun Wenger sering mengatakan ketika training mamat ini sering memberikan aksi-aksi 'berkelas dunia' tapi tu la dia bila bagi main, cuma bayangan kelas Tadika yang dihidangkan kat aku? Mau tak mensirap aku! huhuh...Yang jelas kelihatan aku nampak muka gelabah, cuak, ragu-ragu, serba salah, sindrom down, goyang, gigil dan pelbagai lagi sehingga ada PenCinta Arsenal yang mengelarkannya dengan pelbagai nama samaran seperti Flappyhandski, Flipskipping, Silap-silap Tak Skit banyak itu Fabianski.
Tapi itulah hukum dunia begitu dalam sukan bola sepak kan, "bila di atas kau akan sering diangkat dan dipuji, tapi apabila dibawah kau akan dipijak dan dihina nestapa". sama ketika Almunia ketika ingin merampas jersi no.1 dari Jens Lehman, memang terbaik hanya dari Almunia, dah tak nampak sapa dah! tapi sekarang sudah ada suara-suara yang kedengaran, Almunia harus dilepaskan pergi pada tertingkap perpindahan Januari yang bakal dibuka nanti untuk memberikan jersi no.1 secara tetap kepada wira baru Lukasz Fabianski.
Sebelum ini, Walau dengan azimat "In Arsene We Trust" terpahat dijiwa raga - untuk hal ini, Aku juga payah sangat nak percayai dengan kenyataan penuh muka yakin Wenger yang sering berulang tayang menegaskan penjaga gol berbangsa Poland itu ber"Kelas Dunia" dan mengatakan bahawa ia akan membuktikannya satu hari nanti. Bahkan ketika Wenger mengatakan Lukasz akan berada di gawang menggantikan Almunia samada kerana kecederaan atau untuk direhatkan terutamanya selepas Wenger memberikan kesempatan pada Fabianski selepas aksi lunyai dari Almunia dengan West Brom.
Berikut adalah antara kata-kata Wenger mengenai Fabianski yang akan diberikan kesempatan bermain menentang Partizan Belgrade, ketika PenCinta Arsenal terus ragu-ragu untuk mempercayai krebiliti yang ada pada anak buahnya itu: -
"Dia mendapat kesempatan lagi untuk menunjukkan betapa baiknya dia.
"Hanya ada satu cara untuk menunjukkan kepercayaan pada seorang pemain itu dengan menempatkan dia bermain dan memberinya kesempatan. Saya mempunyai keyakinan dalam dirinya.
"Sebagai pengurus, anda dapat memberikan peluang untuk pemain yang cukup baik - saya percaya bakatnya.
"Ini adalah kesempatan besar tetapi anda ingin kiper atau lain-lain pemain untuk diberikan kesempatan sedangkan anda sudah memilikinya."
Aku membalas "Ahhh! Bagi peluang pada Vito Mannone & Wojciech Szczesny la, alang-alang nak bagi kesempatan...sama rata laa....Aku tak nampak sesuatu apa kat Lukasz Fabianski ini...huhuh!" (pada suatu masa dulu la!)
Sekarang aku harus segera segan dan tersipu-sipu malu bak kumbang yang ingin dilamar rombangan sang bunga ke rumah...huhuhu! Permohonan kesilapan aku secara terbuka buat Wenger dan Fabiański, sama juga apa yang berlaku pada pemain kepercayaan Arsene Wenger sebelum ini seperti Diaby, Song. Denilson dan Eboue, The Professor tahu apa yang terbaik! Apa pun jika aku masih ada mengkritik pemain kepercayaan Wenger pada masa depan, itu hanyalah kritik-kritik sayang - dengan sekali nafaz, aku lafaz "In Arsene I Trust U Plus-Plus" huhuhu!
Sementara buat Fabianski, aksi ketika ini harus terus konsisten untuk terus menyakinkan aku dan PenCinta Arsenal yang dah mula berputik sayang ni kat ko! huhuhu
Jadi Ku Dendangkan Lagu ini, Untuk Wenger dan Fabianski Khasnya...huhuhu
Manchester City 0 : 3 Arsenal - : Samir Nasri ('20), Cesc Fábregas (pen miss '40), Alex Song ('66) & Nicklas Bendtner ('88) Vanue: City of Manchester Stadium, England Referee: Mark Clattenburg
Match Report | Manchester City vs Arsenal, English Premier League
Aksi dua budak nakal Samir Nasri dan Alex Song pedajal Emmanuel Adebayor...huhu
Samir Nasri, Alex Song dan Nicklas Bendtner masing-masing menghentam sasaran gol memberikan kelebihan buat Arsenal ke atas 10 pemain Manchester City, 3-0 di Eastlands.
Money City yang turun dengan reputasi tinggi sebagai pasukan di kedudukan kedua di Barclays Premier League, kelihatan seperti 'tidak boleh dihalang' untuk terus kekal mengapit rapat Chelsea yang terlebih awal memulakan aksi dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, Harapan mengunung setinggi duit Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, City tiba-tiba dikejutkan 'taufan megi kari' saat kad merah yang diterima Dedryck Boyata di awal 5 minit permainan selepas melakukan kekasaran terhadap Marouane Chamakh saat dia sedang berlari mengejar bola hantaran Cesc Fabregas.
Keadaan itu, terus memaksa City mengubah taktikal dengan ketiadaan bek tengah mereka - dengan James Milner kelihatan turun ke bawah sedikit mengisi slot bek kanan dengan Micah Richards dan Yaya Toure kelihatan bertukar ganti mengisi ruang di bek tengah, dan kemudiannya dilihat Boateng beralih ke posisi bek kanan, dan Gareth Barry pula bermain di bek kiri. City dilihat mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah di posisi belakang mereka kerana seperti kita tahu pemain City nampak 'serbaguna' mampu bermain pelbagai posisi.
Kekurangan seorang pemain tidak menunjukkan tanda-tanda Money City mengangkat bendera putih, mereka masih menawarkan ancaman dengan beberapa serangan dengan formasi 4-3-1-1, David Silva dilihat kunci kepada nakhoda untuk mengerakkan enjin City bersama Milner, Taktikal Mancini nampak berjaya apabila dilihatkan Arsenal yang dikepalai Cesc Fabregas, Alex Song dan Denilson dilihat sukar untuk bergerak, ia nampak sulit apabila jentera tengah Arsenal dikenakan kad kuning masing-masing Denilson di minit ke-8, Cesc Fábregas minit ke-27 dan Alex Song minit ke-33.
Arsenal selepas itu secara beransur-ansur mengatur gerak dan akhir Samir Nasri membuat The Gunners unggul 20 minit selepas bermain satu-dua dengan Andrey Arshavin sebelum melepaskan rembatan padu tanpa mampu dihalang Joe Hart. Gol itu ternyata mula memberikan 'nyawa' kepada permainan Arsenal secara keseluruhan dengan anak buah Wenger mula memperlihatkan hantaran yang menarik. Jelas berdasarkan gambaran dibawah Arsenal dilihat menguasai hantaran-hantaran bola penuh berbanding tuan rumah.
Fabregas hampir-hampir mengugurkan semangat Money City dengan lebih awal, apabila di hadiahkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Vincent Kompany pada minit ke-40, Nasib kurang baik buat Fabregas atau Joe Hart yang ketika itu berada dalam prestasi terbaik - gol gagal dijelmakan, bila Joe Hart bijak menghidu arah bola yang mahu ditujukan Fabregas. Bila dah jadi camni; aku mula teringatkan apa yang pernah diperkatakan Samir Nasir kenapa dia menolak untuk mengambil sepakan penalti ketika beliau dijatuhkan pada perlawanan dengan Sunderland (19 Sept 2010). Menurut Nasri; "kalau kita yang dijatuhkan guru bola dia pernah berpesan, jangan kita yang ambil sepakan penalti tersebut"; dan akhirnya Roscisky yang memikul tanggungjawab mengambil sepakan penalti tapi gagal. Aku rasa Fabregas patut memikirkan pendirian yang diguna pakai Samir Nasri ini. Aku juga merasakan Nasri wajib dikekalkan sebagai pengambil sepakan penalti no.1 Arsenal dan mungkin Fabregas ke.2. Tapi entahlah kan! kalau Nasri yang ambil sepakan itu dan kemudiannya gagal. Apa pulak ulasan aku ekk? huhuh!
Money City 0 - 1 Arsenal : Kedudukan selepas separuh masa pertama, hasil jaringan Samir Nasir yang merupakan gol ke tujuh peribadi dari sembilan penampilan.
Masuk babak kedua; Selepas dijampi Wenger di bilik persalinan, Arsenal mula menampakkan pengawalan bola yang besar, Dengan Tevez kelihatan kurang bermaya dan bernyawa! Jadi Mancini mengambil jalan mengeluarkan Tevez dan digantikan dengan Emmanuel Adebayor dengan harapan untuk mengulangi aksi berlari separuh gelanggang meraikan gol. huhu! Taktikal Mancini ini adalah sangat-sangat sesuai dengan situasi yang menimpa anak buahnya ketika itu selepas kekurangan seorang pemain, seperti yang kita ketahui type Tevez; dia ni striker yang perlukan sokongan tapi bilamana kekurangan seorang pemain Tevez sukar mendapat support untuk menembusi ke kubu Arsenal, sementara type Adebayor lebih kepada hold bola lebih kurang macam type Chamakh.
Leading time: Wenger...Wenger nengok tu kat skrin besar, gamba kita masuk TV la.....huhuhu!
Akhirnya gol kedua muncul yang dianggap sebagai gol pembunuh pemainan hadir pada minit ke-66 menerusi sepakan deras Alex Song, umpanan yang bermula dari Samir Nasri yang dituju buat Chamakh, ia tidak tepat ke arah Chamakh dan bola tersebut terkena halangan pertahanan City dan melantun, Song yang berada pada situasi tepat pantas memanfaatkan peluang tersebut. Pada kedudukan selesa 2-0 Arsenal mula mengubah gaya permainan yang lebih santai dengan banyak mengawal bola. Mancini jelas tidak seronok melihat permainan santai Arsenal itu, lalu mengambil langkah mengeluarkan Gareth Barry dan memasukkan bintang bernilai £23 juta Mario Balotelli bagi meningkatkan serangan City, keputusan mengikutkan hati Mancini itu itu memberikan kelebihan sebaliknya kepada Arsenal apabila ia membuka ruang tengah yang lebih luas untuk didominasi Arsenal.
WuYooo!!!! Fa'Best'ski : Salah satu aksi menyelamat tahap World Class daripada tiga aksi World Class Lukasz Fabianski yang diperkatakan di dada-dada akbar dan media massa dan mesia cetak. Konsisten Terus, Anda pasti mampu capai Keeper No.1. Terima kasih Fabianski! Kalau idak! pasti ada lagi aksi meraikan gol berlari separuh padang....huhu
Situasi itu jelas memberikan hasil buat Arsenal, hanya melalui satu hantaran dari Fabianski terus ke tengah ke arah Samir Nasri yang kemudian bijak mengawal bola dari garisan sebelum membuka ruang buat Nicklas Bendtner, Dengan ruang terbuka luas Bendtner hanya berdepan Joe Hart untuk ditewaskan, bintang Denmark itu mudah melorongkan bola ke ruang kiri Joe Hart untuk menempa nama sebagai penjaring gol ketiga Arsenal pada minit ke-88.
Hanya 5 minit: 1 peluang & 1 gol, satu comeback yang menarik Bendtner
Kesimpulan - Dengan prestasi Arsenal terkini kita masih belum boleh mengatakan yang kita sudah mempu untuk menakluki kejuaraan musim ini seperti yang diperkatakan Fabregas.
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Fabregas ketika ditemubual Arsenal TV Online:
"It looks like after every win you have to say 'oh, you are more mature than last year', but it is just one more game, let's not get carried away,"
"Now we have the [Carling Cup] game against Newcastle, which is the most important one at the moment.
"The time to talk about if we have matured or are better than before will be at the end of the season.
"In football, you know what people will say when you win, and you know what people will say when you lose.
"You just have to keep focused on what you do, in training and in the game, give everything for the team and the rest is not up to you.
"We have a very good team, with lots of young players. We have to make it a great time by winning things."
Tapi kedudukan awal ini sudah kira cukup baik kerana kita masih dalam posisi sebagai salah sebuah pasukan pencabar untuk menjuarai Liga Perdana musim ini. - Mari kita akhirnya musim kemarau tanpa piala! Berbanding rekod terdahulu, kini kita memiliki tujuh mata dari pertemuan terakhir dengan Blackburn, Sunderland, Chelsea dan Manchester City. Musim lalu dari empat pertemuan awal dengan pasukan terbabit kita hanya mampu memiliki tiga mata sahaja:- 12-09-2009 - Man City 4-2 Arsenal 04-10-2009 - Arsenal 6-2 Blackburn 21-11-2009 - Sunderland 1-0 Arsenal 29-11-2009 - Arsenal 0-3 Chelsea
Kemenangan ini bermakna lif buat Arsenal kembali melonjak kedudukan top 4 pada posisi kedua liga, dibezakan dengan jumlah gol dengan City dengan kutipan mata yang sama.
Full Match Extended Highlights – 18:22 minutes [HD Autoplay]
"Un dia en la vida de Cesc Fabregas" - Sehari dalam kehidupan kapten Arsenal Cesc Fabregas
Sekitar sedutan dari siaran sebuah stesen TV Sepanyol VEO 7 yang menayangkan sebuah filem dokumentari pendek mengenai perjalanan sehari dalam kehidupan kapten Arsenal Cesc Fabregas di ibu kota London.
Fabregas juga berbicara mengenai hubungannya dengan Bos Arsenal Arsene Wenger, ia menggambarkan yang 'ayah kandung ke-2nya' itu sebagai seorang cool, lucu (kat mana lucunya ni, cam Mr Bean ker? huhuh)dan sangat mudah mesra.
Kapten Arsenal juga menambah bahawa ia memiliki hubungan baik dengan Carlos Vela dan Tomas Rosicky dan menyatakan dia sangat mengemari makanan Jepun.
Preview Match | Manchester City vs Arsenal, English Premier League
Stadium City of Manchester, Manchester Ahad, 24 Oktober 2010 Astro (Stadium Astro) - channel: 817/831 Online: 2200-0130hrs (waktu Malaysia)
* Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg * Pertemuan terakhir: Manchester City 4 - 2 Arsenal * Pertemuan kedua pasukan: 91 kemenangan berpihak Arsenal, 45 kemenangan berpihak Manchester City, 39 berkesudahan Seri * Prestasi terkini Arsenal: M-M-S-K-K-M * Prestasi terkini Manchester City: K-S-M-M-M-M M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
Menurut The Sun, Eduardo telah memuji penCinta Arsenal kerana menyambut kehadiran semulanya ke Emirates dengan berdiri dan bertepuk tangan .
Striker berbangsa Brazil-Croatia, 27, yang diturunkan sebagai pemain simpanan pantas mencuri tumpuan untuk mencetak gol 'sentimental' memberikan Shakhtar Donetsk gol saguhati meletakkan kedudukan memihak Arsenal 5-1.
Meskipun beliau seperti sebelumnya ada menyatakan tidak akan meraya sakan sekiranya berkesempatan menjaring gol di Emirates, ia dikotakannya dengan sikapnya yang sangat bersahaja seperti sebelum-belumnya ketika menyarung jersi Arsenal, Eduardo tetap disambut dengan tepuk tangan dari semua PenCinta Arsenal di Emirates. - Tak macam Ade'Bongok'Bayor yang meraikan gol ketika menentang Arsenal cam 'orang tak siuman'...buduh!
Eduardo ketika diminta mengulas berkata:
"It was great to come back here. It was unbelievable — it was like I still play for Arsenal. They called my name and it was fantastic."
Ditanya pula tentang tindak balas dirinya untuk tidak meraikan jaringan golnya, Eduardo membalas:
"I had a great time with many of the players and supporters and I had to respect that."
Arsenal 5 : 1 Shakhtar Donetsk Alex Song ('19), Samir Nasri ('42), Cesc Fábregas (pen '60), Jack Wilshere ('66), Marouane Chamakh ('69) : Eduardo ('82) Vanue:Emirates Stadium, England Referee:Svein Oddvar Moen
Match Report | Arsenal vs Shakhtar Donetsk, Champions League Group Matchday 3
Aku percaya kebanyakan PenCinta Arsenal sebenarnya dalam diam-diam atau ada yang tidak diam-diam ingin melihat kelibat mantan striker kelahiran Brazil-Croatia Eduardo untuk mencetak gol ketika kembali untuk pertama kalinya ke Stadium Emirates selepas berhijrah ke Shakhtar Donetsk awal musim ini. Tentu saja, beliau sudah bermain untuk pasukan lain, tetapi kita semua ingin hal itu [jaringan gol dari Eduardo] terjadi sementara Arsenal sedang selesa mendahului. Semalam, perasaan aku bercampur baur memori-memori Eduardo di Arsenal mula berputar kembali. - Rasa sayang tu ada! huhuh! Sentimental tul la... Sementara itu, The Gunners kini tiga mata mendahului di puncak carta Kumpulan H.
Sementara kapitan muda Cesc Fabregas sudah kembali, sedikit mengejutkan kerana dia dibenarkan Wenger untuk bermula dalam kesebelasan, selepas diistirehatkan dari cedera hamstring yang dideritanya selepas mencetak gol hasil kerjasama dengan benteng pihak lawan, Anton Ferdinand di Sunderland bulan lepas. Tomas Rosicky juga terjebak sama masuk di kesebalasan, bererti Abou Diaby dan Andrei Arshavin jatuh terduduk berperanan memanaskan bangku simpanan. Dengan Fabregas kembali ke pasukan utama. Carlos Vela tercicir keluar dari pasukan 18-orang yang berada di Emirates.
Tepuk Ramai-Ramai Belalang Kupu-Kupu: Chamakh meraikan gol bersama teman-teman
Dengan reputasi terkini mengepalai carta liga di di Kumpulan H Liga Juara-Juara UEFA, ia bukan sesuatu yang dapat dimegahkan Arsenal kerana mungkin kerana pasukan yang diletakkan sekumpulan bersama Arsenal tidak berkemampuan untuk menyaingi mutu permainan yang dipamerkan oleh anak buah Wenger.
The Gunners kelihatan seperti cukup kejam dalam membenamkan Shakhtar Donetsk di Emirates, yang hadir dengan reputasi cukup baik apabila mereka telah mengalahkan Partizan 1-0 dan Braga 3-0 dan dengan kekalahan terbaru kepada Arsenal ia telah mencacat rekod baik mereka di dua perlawanan kumpulan sebelum ini.
Kemenangan itu bermakna Arsenal telah mempunyai rekod baru dicatatkan apabila berjaya layak di peringkat penyisihan kumpulan untuk 11 tahun berturut-turut. Dengan 14 gol yang dicetak dalam tiga perlawanan, Arsenal kini berada pada landasan yang tepat meneruskan kemaraan di kempen Liga Juara-Juara UEFA.
Korang enjoy jer lah gol-gol perlawana semalam ok!
Arsenal 2 : 1 Birmingham City Samir Nasri (pen '41), Marouane Chamakh ('47) : Nikola Zigic ('33) Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Martin Atkinson
Match Report | Arsenal vs Birmingham City, English Premier League Pusingan ke-8
Pembelian Berbaloi-baloi! Marouane Chamakh berikan gol kemenangan untuk membawa 'The Gunners' mendaki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris. Juga hadiah istimewa buat Arsene Wenger yang meraikan penglibatannya yang ke-800 sebagai Bos Arsenal selepas secara rasmi mula menjawat jawatan Bos Arsenal pada 10 Oktober 1996 ketika mengendalikan perlawanan menentang Blackburn Rovers. Kala itu hasil dua gol dari Ian Wright memberikan tiga mata pertama buat Arsene Wenger dan Arsenal.
Bukan satu corak permainan yang paling menyerlah musim ini di Emirates tetapi ia sudah cukup memberikan Arsenal memenangi tiga mata yang sangat berharga dengan musuh terdekat Manchester United dan Chelsea masing-masing keciciran dua mata apabila dipaksa seri dengan pasukan lawan masing-masing.
Arsenal dipaksa rela berkerja 'setengah nyawa' sebelum akhirnya menang dengan 2-1 ke atas Birmingham - tetapi diselubungi insiden terjahan keras 'hampir mampu mematahkan kaki' dari Jack Wilshere ke atas Nikola Zigic dan akibat dihadiahkan kad merah berserta pergantungan tiga perlawanan berikutnya melibatkan perlawanan dengan Manchester City, Newcastle dan West Ham. Juga kembalinya bekas jentera tengah 'The Gunners' Alexander Hleb ke Emirates selepas berkelana membawa diri ke Sepanyol mewakili Boocelona, tapi khidmatnya di sana hanya sekadar memanaskan bangku simpanan, dan kini kembali ke England menyarung jersi Birmingham City. - Menang pingat kejuaran dengan Boocelona tapi jiwa kosong! Untung makan gaji buta jer! huhu!
Berbalik kepada perlawanan semalam, Pasukan pelawat 'The Blues' bermula garang apabila berjaya melakukan kejutan awal memimpin perlawanan melalui tandukan pemain kelahiran Serbia Nikola Zigic yang berketinggian 202 cm, setara Peter Crouch pada minit ke-33. Gol yang berpunca dari sepakan lambung dari Keith Fahey tepat ke tengah kotak penalti yang sedia menanti Zigic menyambut cantik dan menghalakan tandukan ke penjuru bawah kanan Fabianski walaupun disaingi Djourou - Tiada pihak yang aku harus persalahkan; usaha Djourou dan Fabianski sudah ada tapi tidak cukup baik untuk menyekatnya. Tahniah buat Fabianski sejak 3 game terakhir ini, semakin menampakkan keyakinan yang membuak-buak! Konsisten please!
Hup! Hup! Lonjakan dari pemain berketinggian 202 cm: Djourou gagal menyaingi lonjakan Nikolas Zigic dari memberikan gol awal pasukan pelawat.
Arsenal sebenarnya hampir mengembirakan PenCinta Arsenal yang hadir di Emirates apabila tandukan pada minit ke-17 dari Sebastien Squillaci yang sudah menerjah jaring berpunca satu sepakan bebas Samir Nasri - tapi ia dibatalkan kerana dikatakan sudah berkedudukan offside.
Namun untuk tewas sekali lagi di Emirates - Tidak sama sekali!, Samir Nasri nampak diberikan peranan dari Wenger untuk menjawat jawatan tetap sebagai pengambil sepakan penalti sejak kebelakangan ini, dan ianya nyata tidak mengecewakan. Kedudukan mula berubah apabila sepakan penalti Nasri jelas menjadi lagi untuk mengikat kedudukan selepas pengadil perlawanan Martin Atkinson menghadiahkan sepakan penalti buat Arsenal, Ia menjadi satu keputusan yang agak kontroversi dari tindakan rebah badan dari Marouane Chamakh dikatakan hanya berlaku sedikit sentuhan lembut dari Scott Dann, tapi Atkinson memutuskan ianya penalti.
Auww! auww! Ops! Patin: Kontroversi; Bentesan dikatakan lembut Scott Dann ke atas Marouane Chamakh yang harus dibayar mahal, membawa kepada sepakan penalti buat Arsenal.
Ermmm! Nah! Penuh Makrifat: Sepakan penalti dari penjawatan jawatan tetap Penyepak Sepakan Penalti 'The Gunners' Samir Nasri.
Selepas masuk babak kedua, satu gerakan pantas dari anak muda Wenger men'terencatkan' pasukan pelawat, hasil gerakan menarik di depan kawasan penalti Birmingham percaturan gerakan menarik Wilshere dan Song memberikan ruang buat Marouane Chamakh melakukan gerakan menarik disulami turning 360 darjah sebelum menewaskan Ben Foster, dan gol itu sudah cukup untuk menghadiahkan Arsenal tiga mata penuh.
Tidak Terkapai Tangan: Marouane Chamakh melarikan bola dari Ben Foster sebelum melepaskan rembatan, yang merupakan gol kemenangan Arsenal.
Dengan berbaki 20 minit, Arsenal mula membuat beberapa perubahan dengan mengeluarkan Andrey Arshavin yang dilihatkan kurang bermaya sepanjang 70 minit dan digantikan oleh pemain sayap antrabangsa Czech Tomas Rosicky.
Bendtner kemudian diberikan kesempatan membuat penampilan perdananya yang juga kali pertama musim ini mengantikan Chamakh pada minit ke-79 dengan selang seminit Garry O'Connor menggantikan Lee Bowyer untuk pasukan pelawat.
Kehadiran Striker Denmark itu kurang memberikan impak dengan tempoh singkat. Walau bagaimanapun, sesatunya kesempatan yang berpunca dari Rosicky hampir memberikan gol buat Bendtner tapi jelas Ben Foster berada dalam prestasi terbaiknya malam itu.
Kelebihan satu gol yang harus dipertahankan tiba-tiba diakhir-akhir perlawanan akan ditamatkan; hadir detik buruk dari tindakan yang kurang matang dari anak remaja Inggeris dengan melakukan asakan secara semberono ke atas Zigic yang jelas dan bersuluh membuatnya menerima kad merah.
Ouww! Ouww! Patah Kang!: Mungkin itu kata-kata dari Nikolas Zigic yang jelas sangat serius mengerang kesakitan dari asakan 'kamekazi' anak muda Arsenal Jack Wilshere yang membawa kepada kad merah.
Dipetik ketika ditanya tindakannya ke atas Nikola Zigic, Wilshere menjawab:
“I just want to say that I mistimed the challenge on Zigic and accept that I deserved to be sent off, I have no complaints about getting the red card and I will learn from this. I’m missing three matches now which I’m really disappointed about, but I just want to say that I deserved the red card.” – Jack Wilshere.
Bos Arsenal, Arsene Wenger dipetik berkata mengenai insiden melibatkan Wilshere:
“But it was his first tackle in the game and you have to acknowledge that he got a red card and he deserved it but he didn’t spend the whole game kicking people. He was one of the best players on the pitch, unfortunately it happened to him but I think it was more frustration. He didn’t want to harm the player. We do not complain about his red card but you cannot say he had a dirty game.”
"Wilshere is a complete player. He played defensively well, offensively well, and overall he had a very influential game."
Sementara Bos Birmingham, Alex McLeish dipetik mengulas:
“It was a bad tackle but we know Jack Wilshere is not a dirty player. For me, that should draw a line under the Martin Taylor tackle on Eduardo a couple of years ago because for weeks we bleated on that Taylor was innocent and he was not a nasty player and it’s the same as Jack Wilshere.”
Aku pula nak ulas sikit kata-kata si Alex McLeish:
Setuju dan sangat setuju terjahan Wilshere tu tersangat teruk dan merbahaya kesihatan!....tapi untuk menyamakan insiden Wilshere dengan insiden Edurdo yang patah kaki adalah kurang berotak dari McLeish! Dengan Eduardo dipaksa berehat hampir satu musim setengah dan hampir melumpuhkan kariernya! Manakala Jack tidak mematahkan kaki sesiaapa termasuk juga Zigic.
Buat Jack diharap insiden ini akan menjadi pengajaran yang baik untuk mematangkan kariernya supaya dapat menilai dimana dan bagaimana harus melakukan bentesan atau asakan? bila masa dan tempat yang tepat? Jangan main harung jer! - DS@pencintaarsenal
Seperti kebiasan, Mari kita tengok full highlights perlawanan semalam: