Friday, October 8, 2010

Injury News + International Break | Elak Injed Tak Pasal-Pasal

Dengan senarai panjang pemain utama yang mengalami kecederaan di kem Arsenal, hanya ada lapan pemain Gunners saja pasukan utama yang dipanggil untuk mengalas tugas di peringkat antarabangsa dengan beberapa pemain akan terus diistirahatkan dalam tempoh rehat perlawanan antarabangsa. Ini sebenarnya hal yang cukup baik apabila tonggak tongek Arsenal dapat peluang rehat yang secukupnya untuk menghabiskan tempoh pemulihan dari kecederaan di pusat pemulihan latihan di London atau berhibur menonton perlawanan pra-musim NBA, seperti yang ditunjukkan pada gambar diatas.

Dengan Cesc Fabregas tidak akan bermain untuk Sepanyol, masih dalam tempoh pemulihan dari kecederaan hamstring, namun hampir pasti cergas dan mampu kembali ketika bertemu Birmingham City. Manuel Almunia juga seharusnya kembali ketika menanti kunjungan Birmingham City di Emirates pada tarikh 16hb Oktober juga. Theo Walcott mungkin perlu seminggu lagi selepas itu, tetapi boleh kembali untuk perjalanan Arsenal ke Manchester City pada 24hb Oktober. Robin van Persie mungkin agak sedikit di belakang daripada jangkaan jadual awal tetapi boleh kembali pada awal bulan November. Nicklas Bendtner pula berharap mampu kembali ke pertarungan pada akhir bulan ini. Kieran Gibbs dijangka akan kembali selepas dua perlawanan seterusnya bagi Arsenal.

Walau bagaimampun, terdapat dua berita kecederaan yang kurang enak dan kedua-dua merupakan tonggak utama di benteng pertahanan Arsenal. Thomas Vermaelen yang mengalami cedera Achilles dikhabarkan akan lebih lambat proses pemulihan / penyembuhannya dari yang diharapkan dan belum ada apa-apa maklumat mengenai jadual muktamad beliau akan kembali. - Bahaya ni! Selain itu, Bacary Sagna turut menambah kegusaran di kem Arsenal apabila memuatkan kecederaan paha kiri semasa latihan dengan Perancis dan telah digugurkan dari pasukan kebangsaan untuk minggu ini dan dihantar kembali ke London. - Habis madu sepah dibuang, dah pakai kasi jahanam habis itu campak kat Arsenal suruh kasi baik pulih balik. Menyusahkan doktor Arsenal sungguh...huh

Juga, kes Carlos Vela, yang dilarang daripada menyertai pasukan Mexico selama enam bulan setelah ditangkap mengatur pesta hotel selepas perlawanan persahabatan dengan Colombia bulan lepas. Itu pasal lah si Arsene Wenger benci sangat masa tempoh perlawanan antarabangsa ini, kerana ia bakal kehilangan pemain akibat kecederaan!

Berikut senarai pemain Arsenal yang menyertai perlawanan antarabangsa:-

PERANCIS: SAMIR NASRI / ABOU DIABY / GAEL CLICHY
Sabtu v. Romania; Stade de France, Saint Denis
Selasa v. Luxembourg; Stade Saint-Symphorien, Metz

ENGLAND: JACK WILSHERE
Jumaat dengan U-21 v. Romania; Carrow Road, Norwich
Selasa dengan pasukan senior v. Montenegro; Wembley Stadium, London

REPUBLIK CZECH: TOMAS ROSICKY
Jumaat v. Scotland; Synot Tip Arena, Prague
Selasa at Liechtenstein; Rheinpark Stadion, Vaduz

RUSIA: ANDREI ARSHAVIN
Jumaat di Ireland; Aviva Stadium, Dublin
Selasa at Macedonia; Philip II Arena, Skopje

IVORY COAST: EMMANUEL EBOUE
Jumaat di Burundi; Prince Louis Rwagasore Stadium, Bujumbura

MAGRIBI: MAROUANE CHAMAKH
Jumaat di Tanzania; Benjamin Mkapa National Stadium, Dar-es-Salaam

ENGLAND U-21: HENRI LANSBURY
Jumaat v. Romania; Carrow Road, Norwich
Selasa di Romania; Stadionul Municipal, Botosani

0 comments:

Related Posts with Thumbnails