Wednesday, February 16, 2011

Preview Match | Arsenal vs Barcelona, Clash of Mesti Tonton



Preview Match | Arsenal vs Barcelona, Clash of Mesti Tonton

Emirates Stadium, London
Rabu, 17 Februari 2011
Astro (ESPN Match) - Channel: 812
Online: 03:40am (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Nicola Rizzoli (Itali)
* Pertemuan kedua pasukan: 0: Arsenal menang, 3: Barcelona menang, 2: Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-S-M
* Prestasi terkini Barcelona: M-M-M-M-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Szczesny
Eboue - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Nasri
van Persie

Simpanan: Almunia, Gibbs, Squillaci, Rosicky, Arshavin, Bendtner, Chamakh
Denda: Sagna (pergantungan satu perlawanan)
Kecederaan: Diaby (betis), Fabianski (bahu), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Berita paling mengujakan, sudah pastinya tentang Samir Nasri yang di sahkan sudah kembali ke dalam pasukan, sudah kembali sepak-terajang dalam latihan selepas pulih dari kecederaan hamstring yang diterimanya pada 30 Januari di Piala FA. Aku pasti, tidak ada sebarang masalah Nasri akan dimulakan dalam game ini, sekiranya dia berkeadaan 100%.

  • Abou Diaby, yang semakin bengis, pantang diusik! sekarang ini dikhabarkan tidak tersenarai dalam pasukan malam ini, Ia dikatakan mengalami kecederaan betis pada tugasan antarabangsa lalu. Takde angin, takde ribut! injed pulak!

  • Bercakap pasal denda tak boleh main satu game melibatkan abang kachak kita, Sagna, Ia adalah kerana kad merah yang diterima Bacary Sagna ketika melawan Partizan? Aku hampir lupa tentang hal ini? Pastinya Emmanuel Eboue akan mengambil tempat diiringi sokongan 200% dari Sagna.

  • Tomas Rosicky juga akan turut tersenarai dalam pasukan, pastinya di bangku simpanan, Rosicky diharap bersedia untuk sebarang kemungkinan, Tolong, jangan nak cedera tak tentu pasal! Perabih mayonis!

  • Arsenal masih mengekalkan rekod bersih 'tidak terkalah' untuk lapan perlawanan yang dilalui setakat ini.

  • The Gunners juga sudah kembali kebal di Emirates, selepas tidak pernah kalah sejak kali terakhir 20 November.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Barcelona

  • Abang rambut ketak, Carles Puyol akan menonton dari luar padang selepas tidak mampu pulih lagi dari kecederaan lututnya, Eloknya tak boleh pulih sampai leg kedua sok! Ini memaksa bek kiri Eric Abidal ditarik untuk bermain di pusat tengah berpasangan Pique dan memaksa Maxwell untuk berhadapan dengan Theo Walcott. Maxwell pasti masih dihantui kenangan musim lalu, bertapa sukarnya beliau untuk menyaingi pecutan larian bertaraf F1 dari Walcott. Buat Walcott gunakan pecutan mu sebaiknya! Tapi pleaselah crossing jangan ke laut.

  • Setakat yang kita ketahui, hanya Puyol lah sesatu pemain dalam skuad Barcelona yang mengalami kecederaan serius! Ada lagi ker? Untung sungguh nasib Pep Guardiola!

  • Sporting Gijon nyaris berjaya memalukan kelab dari Catalan di perlawanan minggu lalu, untuk menamatkan rentetan kemenangan ke-16 perlawanan Barca. Nasib baik Villa buat jaringan penyamaan. Kita harap nasib mereka tidak terus baik seperti itu.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Ini adalah pertemuan keenam antara Arsenal dan Barcelona. Arsenal tidak pernah menang dari lima pertemuan sebelum ini.

  • Untuk rekod, Tidak ada mana-mana kelab asing yang mampu memenangi perlawanan Liga Champions di Emirates, sudah 27 perlawanan.

  • Musim lalu, Arsenal berjaya mengikat Barcelona 2-2 di Emirates pada leg pertama babak suku akhir. sebelum Nicklas Bendtner memberikan gol awal buat Arsenal di Nou Camp pada leg kedua, tapi entah camana Lionel Messi muncul dengan 'sakti'nya untuk mencetak empat gol sekaligus menamatkan perjuangan The Gunners.

  • Di pentas final Champion League tahun 2006. Sol Campbell memberikan gol pembukaan untuk Arsenal mendahului 1-0 ketika bermain dengan 10 orang, tapi Samuel Eto'o dan Juliano Belletti hadir mencetak gol di lima belas minit akhir perlawanan untuk memusnahkan defisit gol tersebut sekaligus menjulang gelaran juara buat Barcelona. Terlepaslah kita mengengam trofi bertelinga besar tu! skit jerk lagi! Sejarah biarlah! ayuh! kita cipta sejarah baru...mulai game ini.

  • Pada tahun 1999/2000, kedua-dua belah pihak juga dipertemukan, waktu itu di peringkat kumpulan. Arsenal mengikat keputusan seri 1-1 di Nou Camp, tetapi kemudian disental 4-2. game tersebut tak silap berlangsung di Wembley.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil yang bakal mengendalikan perlawanan ini datangnya dari liga Serie A Nicola Rizzoli. Ini juga adalah tugasan pertama Rizzoli melibatkan Arsenal.

  • Rizzoli mengendalikan final Liga Europa musim lalu, ketika Atletico Madrid mengalahkan Fulham dalam masa tambahan.

  • Untuk Barca, Rizzoli mengendalikan perlawanan mereka ketika Barcelona membelasah Panathinaikos 5-1 di babak penyingkiran kumpulan awal musim ini.

  • Sekitar keputusan dan jadual perlawanan lain Champion League

  • Selasa: AC Milan 0 - 1 Tottenham Hotspur
  • Selasa: Valencia 1 - 1 Schalke 04
  • Rabu: AS Roma vs Shakhtar Donetsk; Stadio Olimpico, Roma
  • Selasa (minggu depan): Copenhagen vs Chelsea, Stadium Parken, Copenhagen
  • Selasa (minggu depan): Lyon vs Real Madrid; Stade de Gerland, Lyone
  • Rabu (minggu depan): Inter Milan vs Bayern Munich, San Siro, Milan
  • Rabu (minggu depan): Marseille vs Manchester United, Stade Vélodrome, Marseille
  • 3 comments:

    azxej said...

    ayuh gunner... harap menang 1st leg ni.... kt bwk bekal y byk2 utk ke kem musim panas nou....

    Dial-Square said...

    dan barang diingat...Jangan ada yang pasal-pasal plak nak kolek kad merah....Jgn kaco daun

    alien said...

    menang !!
    mari kita kasi bom nou camp plak
    apedehal..

    Related Posts with Thumbnails