Monday, August 31, 2009

Rumours | Rangers Berkenan Wilshere


Gossip liar terbaru yang mengejutkan dalam tingkap perpindahan di akhir-akhir garisan ini adalah mengenai bintang remaja yang bakal bercahaya, Jack Wilshere telah dirisik-risik oleh pihak Rangers. Mereka bercadang untuk menawarkan kontrak 'secara pinjaman' kepada pemain attacking midfield berusia 17 tahun itu.

Kelab gergasi Scotland itu amat tertarik selepas Ranger Manager Walter Smith juga terasyik menyaksikan aksi Wilshere ketika kejohanan Emirates Cup.

Untuk rekod, Wilshere baru saja menampilkan aksi 18 minit musim ini di Arsenal ketika beraksi dalam perlawanan dengan Celtic minggu lepas.

Profile: Jack Wilshere

Lahir: January 1, 1992, Stevenage, Hertfordshire, England
Ketinggian: 170cm
Berat: 10st 3lbs
Posisi: Attacking midfielder

Penampilan pertama Premier League: September 13, 2008 vs Blackburn
Best Goal: Arsenal Reserves v West Ham, April 2008.

Selingan: Antara aksi terbaik Wilshere dari youtube, Selamat menonton!



Match Report | Diaby ranapkan rekod bersih Arsenal

Manchester United 2 : 1 Arsenal
Rooney (59' pen), Abou Diaby (64' own gol) : Arshavin (41')
Venue: Old Trafford


Hasil satu penalti dan satu gol ihsan dari Abou Diaby, rekod bersih Arsenal tercalar di Old Trafford. Kemenangan tuan rumah sabtu lepas lebih banyak berpihak atas faktor 'luck' semata-mata. Ini jelas sepanjang perlawanan berlangsung serangan dan mutu yang ditonjolkan skuad kendalian Arsene Wenger lebih mengancam dan menghiburkan, tetapi untuk meraih kemenangan itu bukanlah faktor utamanya. Walaubagaimanapun, Manchester United dilihat seperti 'kehilangan sesuatu' dalam permainan mereka selepas kehilangan bintang mereka, Cristano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid di awal musim ini.

"Hero to Zero"-sesuai benar buat Abou Diaby, selepas menampilkan permainan yang memikat minggu lepas dan menyumbang kepada gol menarik dari Andrei Arshavin yang melakukan rembatan bak bedilan meriam kira-kira 20m dari luar kotak penalti seterusnya menerjah jaring tanpa mampu dikuis keluar oleh Ben Foster, meletakkan Arsenal di depan memimpin perlawanan pada minit ke-41. Selepas itu, Diaby menjadi petualang pula dengan mencetakkan gol ke gawang sendiri.

Perlawanan ini juga 'dicemari' oleh tindakan 'berat sebelah' dari pengadil perlawanan Mike Dean, apabila ada beberapa keputusan yang dilakukan nampak tidak tepat. Antaranya terjahan yang dilakukan Darren Fletcher ke atas Arshavin yang sepatutnya dihadiah sepakan penalti tapi dipandang sepi seperti wisel itu telah ditelannya. Agak meriah dan berwarna-warni perlawanan sabtu lepas, apabila Mike Dean juga tidak kedekut dengan menawarkan 6 kad kuning berpihak kepada pemain Arsenal manakala 3 untuk pemain Manchester United.

Bersambung babak kedua, Manchester United mula mengiatkan serangan untuk mencari gol penyamaan, tetapi Arsenal juga melalui Robin van Persie terlebih dahulu memperolehi peluang, namun masih gagal mencetak nama sebagai penjaring sehingga setakat ini apabila peluang yang terhidang dihalang oleh Ben Foster dan palang 'durjana'.Sehingga pada minit ke-59, Rooney yang cuba melarikan bola masuk ke kotak penalti Arsenal telah cuba dihalang oleh Manuel Almunia dan dalam situasi 50-50 itu menyebabkan Rooney 'terjatuh'. Situasi itu terus mendapat sepenuh perhatian dari Mike Dean apabila wisel yang aku jangkakan sudah ditelan rupanya berbunyi pula dan isyarat penalti telah diberikan. Rooney berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil bantuan 'pemain Manchester United yang ke-12' itu.

Hari malang terus menimpa skuad Arsenal pada minit ke-64 apabila, berpunca dari sepakan lambung dari pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs ke kubu Arsenal, Diaby yang tidak dicabar ataupun disergah oleh mana-mana pemain 'setan merah' telah mengelabah menyondol masuk bola ke gawang sendiri yang seterusnya mengembirakan pemain-pemain Manchester United dan gol tersebut meletakkan Arsenal ketinggalan 2-1.

Skuad muda Arsenal tidak mudah mengalah apabila terus membedil ke kubu 'Setan Merah' sehingga pada 5 minit masa kecedaraan, Robie van Persie akhirnya berjaya menyumbat gol, namun gol itu tidak disahkan Mike Dean kerana Galas dikenalpasti berada pada kedudukan offside terlebih dahulu. Keputusan 2-1 yang berpihak kepada skuad 'Setan Merah' membolehkan mereka mendaki takhta liga ke kedudukan ke-3.

Kesebelasan yang diturunkan Arsenal yang diturunkan saling tak tumpah dengan kesebelasan yang aku bayangkan, manakala predict aku tepat angka cuma terbalik jer. huhu!

Next game: Adebayor dan Toure

Selingan: Tayangan dari youtube yang menunjukkan Wayne 'Shrek' Rooney yang 'dijatuhkan' Manual Almunia. saksikan! huhu


Sunday, August 30, 2009

Hightlights | Man. United vs Arsenal : 2-1 Goals

Selamat Menonton : Man. United vs Arsenal | English Premier League

GOALS:
min'41 (0-1) Arshavin
min'59 (1-1) Rooney [pen]
min'64 (2-1) Diaby [own goal]


Saturday, August 29, 2009

Pre-Match | Gempur Old Trafford

Pertembungan dua musuh tradisi dalam English Premier League antara Manchester United dan Arsenal sentiasa menjanjikan perlawanan yang mendebarkan dari kedua-dua pasukan, malam ini (jam 12 malam waktu malaysia) walaupun ia tidak lagi se'gah' ketika di zaman Patrick Vieira dan Roy Keane.

Prestasi tidak menyakinkan yang dipersembahkan skuad bimbingan Alex Ferguson ketika ini tetap diberikan perhatian serius pengendali Arsenal, Arsene Wenger apabila berkunjung menentang skuad 'Red Devils' itu di Old Trafford malam ini.

Sehubungan itu, pemain 'The Gunners' perlu memberikan komitmen 100 peratus bagi menyekat kegarangan jentera serangan 'Red Devils' yang dikepalai Wayne Rooney yang pastinya mahu menyakinkan status mereka sebagai juara musim lepas. Untuk itu pada masa yang sama, barisan pertahanan yang ditunjangi William Gallas dan Thomas Vermaelen harus kental menjaga kubu dan jangan sekali-kali melakukan kesilapan mudah hingga memberikan ruang untuk Rooney dan rakan-rakan menjaringkan gol. Berkenaan 'isu Eduardo' yang sedang hangat sekarang ini, ia tidak seharusnya menjejaskan fokus keseluruhan pasukan Arsenal yang perlu berusaha mengekalkan rekod 100% setelah memenangi semua perlawan di awal musim ini.

Ketiadaan Cesc Febregas yang disahkan Arsene Wenger tidak akan turun di Old Trafford, diharapkan tidak akan melemahkan pasukan kerana dengan kemunculan beberapa pemain seperti Denilson, Eboue, Ramsey, dan Diaby yang mula mempamerkan peningkatan dalam permainan masing-masing seperti apa yang ditonjolkan ketika perlawanan dengan Celtic rabu lepas. Mereka dijangka sekali lagi akan dikerahkan memainkan peranan penting untuk menguasai kawasan tengah Arsenal nanti dan membawa pulang tiga mata ke Emirates.

Berikut adalah kesebelasan bayangan aku:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-------------Song-------------
-----Denilson-----Diaby-----
-----Bendtner-----RvP----Arshavin-----

Predict: 2 - 1

Selingan, Detik-detik hangat pertembungan lalu antara kedua-dua pasukan ketika di era Patrick Vieira dan Roy Keane. Teruja siot time ini! Kedua-dua bekas kapten ini dah pun membawa haluan masing-masing dengan Vieira yang masih aktif bermain bersama Inter Milan di Serie A, manakala Roy Keane sudah berkecimpung dalam bidang kejurulatihan, tak silap aku sekarang jadi pengendali kepada kelab Ipswich Town






Friday, August 28, 2009

UEFA 'Bias' terhadap Eduardo

Arsene Wenger terus percaya yang Arsenal telah dijadikan subjek 'kambing hitam' oleh UEFA, apabila striker kelahiran brazil, Eduardo itu bakal dikenakan tindakan displin dengan pergantungan untuk dua perlawanan selepas 'insiden' dimana Eduardo dikatakan 'berlakon' untuk mendapat penalti ihsan dari pengadil ketika 2nd leg Champions League play-off dengan Celtic.

Berikut adalah statement yang dikeluarkan UEFA mengenai insiden yang melibatkan Eduardo:

"Having studied video evidence of the incident in question, the UEFA disciplinary inspector decided to charge the player concerned. The UEFA control and disciplinary body will examine the case on September 1."

Seandainya disahkan badan tatatertib bahawa Eduardo bersalah. Eduardo akan dikenakan Hukuman 'berat sebelah' pergantungan untuk dua perlawanan di peringkat Kejohanan Eropah, yang akan menyebabkan Arsene Wenger akan kehilangan khidmatnya untuk perlawanan menentang Standard Liege pada 16 September dan Olympiakos pada 29 September.

Pendapat aku, "Ini adalah sesuatu yang sering berlaku dalam dunia bola sepak dan bukan satu benda yang terpencil. This is stupid, how many, many, many times has players­ dived tanpa dikenakan apa-apa tindakan, kenapa? apabila ia berlaku pada Eduardo ia mula diperbesar-besarkan seperti ia adalah merupakan 'penemuan' baru. Dengan Eduardo yang baru pulih dari kecederaan yang nyaris meragut kariernya dalam bola sepak selepas menerima terjahan keras sehingga mematahkan kakinya.

Ketika perlawanan dengan Celtic, insiden yang berlaku pada minit ke-25 itu, Dalam keadaan Eduardo yang sedang memacu bola dengan laju kemudian penjaga gol Celtic, Buroc yang cuba memberhentikan ataupun merampas bola tersebut dari kakinya. Tindak balas apa yang perlu dilakukan Eduardo ketika itu? Dia perlu bingkas berfikir dalam beberapa saat untuk membuat satu tindakan yang tepat. Ia berkemungkinan bakal di rempuh atau dibentis atau juga diterjah. Keadaan itu hanya akan difahami oleh mereka yang pernah mengalami apa yang Eduardo alaminya. Fobia terhadap kecederaan memungkin tindak balas seperti .menjatuhkan badan' terpaksa diambil dengan Piala Dunia yang semakin tiba, semua pemain tidak mahu kehilangan tempat dalam kesebelasan untuk menyarung jersi kebangsaan negara masing-masing begitu juga Eduardo. Bagaimana pula pendapat anda?

Melalui temubual dengan pengendali Arsenal, Arsene Wenger telah membangkitkan isu yang menarik untuk diulaskan yang juga melibatkan Eduardo yang tidak mendapat perhatian sewajarnya:

'It's funny in football because you can break the legs of players [and] it doesn't make a debate for anybody but this case has been treated all over the world like Eduardo has killed somebody.'

Dibawah ini anda boleh membuat perbandingan sewajarnya, insiden mana perlu diberikan perhatian sewajarnya dan diperdebatkan?




UCL : Kumpulan H | Arsenal, AZ Alkmaar, Olympiakos, Standard Liege


Undian 2009-10 UEFA Champions League telah selesai di adakan di Monaco, Keputusannya Arsenal telah digolongkan dalam Kumpulan H bersama dengan AZ Alkmaar, Olympiakos & Standard Liege. Di atas kertas, Arsenal kelihatan unggul dan dijangka memiliki kelebihan dari pelbagai segi untuk mendominasi kumpulan H ini tanpa masalah, tetapi walaubagaimanapun, Arsenal tetap perlu berwaspada dan jangan terlalu 'over-confident'.

Arsenal’s Chief Executive Officer, Gazidis yang berada di Monaco ketika pengundian dijalankan, telah memberitahu Arsenal.coml:-

“We feel confident in our team and our ability to progress to the Knockout Stage,”

Sedikit info mengenai pasukan pesaing Arsenal yang menghuni kumpulan H:

AZ Alkmaar
Ini adalah merupakan penyertaan kali pertama AZ Alkmaar di dalam kancah Champions League Group Stage. AZ Alkmaar hadir dengan reputasi selaku juara Belanda musim lepas.
Rekod pertemuan dengan Arsenal:
Aug 2006 : Arsenal (3-0) AZ Alkmaar (Pre-season Friendly)

Olympiacos FC
Juara dari Greece adalah muka lama yang kerap kali layak dalam Champions League Group Stage. Untuk layak ke peringkat ini Olympiacos FC telah menumpaskan FC Sheriff dengan aggregat 3-0 ketika pusingan Play-Off.
Rekod pertemuan dengan Arsenal: Tiada


Standard Liege
Juara dari Belgium ini juga tampil di Champions League Group Stage untuk kali pertama
Rekod pertemuan dengan Arsenal:
Nov 1993 : Standard Liege (0-7) Arsenal
Oct 1993 : Arsenal (3-0) Standard Liege

Berikut adalah keputusan penuh setiap kumpulan 2009-10 UEFA Champions League:

Kumpulan A: Bayern Munich, Juventus, Bordeaux, Maccabi Haifa.
Kumpulan B: Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, Wolfsburg.
Kumpulan C: AC Milan, Real Madrid, Marseille, FC Zurich
Kumpulan D: Chelsea, Porto, Atletico Madrid, APOEL Nicosia
Kumpulan E: Liverpool, Lyon, Fiorentina, Debreceni
Kumpulan F: Barcelona, Inter Milan, Dynamo Kiev, Rubin Kazan
Kumpulan G: Sevilla, Rangers, Stuttgart, Unirea Urziceni
Kumpulan H: Arsenal, AZ Alkmaar, Olympiakos, Standard Liege

Match Report | Arsenal Terus Melangkah

Arsenal 3 : 1 Celtic
Eduardo (28' pen), Emmanuel Eboue (53'), Arshavin (74') : Massimo Donati (90')
Venue: Emirates Stadium


Berikut Match Report yang lambat menyusul akibat penjadualan tugas-tugasan peribadi hakiki yang tidak teratur.

Bertelur sebijik, Riuh sekampung! itu la perumpaan yang wajar untuk Scottish Football Association chief executive Gordon Smith, apabila berusaha bersungguh memperbesarkan isu Edurdo supaya diban oleh UEFA untuk beberapa perlawanan gara-gara membuat rebahan yang penuh nilai keseniaan di kotak penalti Celtic sehingga pengadil perlawanan jelas sekali terpesona lalu memberikan kredit terhadap krebiliti Eduardo yang hebat itu yang menjurus kepada hadiah 'sepakan penalti' yang berpihak kepada Arsenal. Ia jelas cuba 'mengover-shadow' kehebatan anak buah Arsene Wenger yang berjaya melayakkan diri ke Peringkat Kumpulan Champions League dengan aggregat 5-1, setelah membawa modal awal dengan kelebihan 2-0 ketika bertandang di Celtic Park.

Ketika sepak mula, Celtic yang kelihatan lebih cuba mendominasi perlawanan bagi mencari gol awal melalui trio mereka Shaun Maloney, Scott McDonald dan Marc-Antoine Fortune namun segala bentuk serangan itu berjaya diserap dan dipatahkan oleh tembok Arsenal yang diterajui Gallas dan Vermelen. Secara beransurnya "The Gunners" semakin mula mengimbangi tempo perlawanan walaupun tanpa kelibat kapten darah muda, Fabregas yang jelas dirindui tetapi penguasaan tengah gelanggang masih berjaya ditampung oleh Emmanuel Eboue dan Abou Diaby. Eboue jelas mula memikat perhatian fan--fan Arsenal dan menunjukkan dirinya begitu berharga buat Arsenal walaupun pernah dirumous bakal meninggal emirates dan akan berkelana ke Fiorentina.

Kira-kira dalam awal minit ke-9, Arsenal nyaris-nyaris mendahului melalui ancaman dari serangan berkembar Eduardo dan Bendtner, apabila Bendther berjaya melepaskan remabatan dan tidak mampu ditangkap kemas, Eduardo yang beusaha memanfaatkan bola muntah itu gagal menemui sasarannya apabila bola melecong sedikit di sudut kiri gawang Celtic.

Tekanan demi tekanan "The Gunner" terhadap kubu Celtic makin terus diperhebatkan sehingga pada minit ke-25, Eduardo yang 'unggul' merempit terus maju ke kotak penalti Celtic sehingga keeper Celtic, Boruc yang tidak sanggup menanti saja di gawangnya terus keluar untuk memberhentikan larian dari Eduardo dengan melakukan rebahan badan, Eduardo yang bijak terus mengaplikasi dan bertindak balas terhadap aksi Buroc itu lalu 'jatuh' di kotak penalti. 'Adegan' itu telah mencuri perhatian pengadil perlawanan Manuel Enrique Mejuto Gonzalez yang tanpa berlenggah terus meniup wisel dan membuat isyarat penalti yang berpihak kepada Arsenal. Eduardo yang bertanggungjawab terus menyempurnakan sepakan penalti tu dengan penuh sentimental dan memberikan kelebihan 1-0 kepada Arsenal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Celtic jelas tidak mengalah mula ghairah 'menongkah arus' untuk mencipta gol secepat mungkin. Tetapi Arsenal yang tidak hanya berpuashati dengan keputusan sedia ada terus mengekalkan fokus kepada perlawanan dan Emmanuel Eboue 'Si rajin Arsenal' berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol pada minit ke-53 dan terus menutup pintu buat Celtic untuk mara ke peringkat Kumpulan Champions League.

Selepas itu, Celtic mula berkubu di tempat sendiri dengan sekali-sekala melakukan serangan. Melihat senario itu, Pengendali "The Gunners" bingkas mengeluarkan Eduardo pada minit ke-72 dan memasukkan Andrei Arshavin untuk mengukuhkan terus penguasaan Arsenal di tengah gelanggang. Arshavin yang masuk bukan sekadar untuk 'bertemu mesra' dengan pemain Celtic dalam baki perlawanan, selang beberapa minit Arshavin berjaya mencipta gol yang merupakan gol sulung peribadi untuk aksi di Champions League bersama Arsenal. Ia hasil umpanan cantik Aoran Ramsey yang dipercantikkan lagi Arshavin melalui gerakan putaran 180% tubuh badan yang mengelirukan pertahanan Celtic lalu merembat terus menuju ke sudut kanan gawang tanpa mampu diselamatkan Buroc.

Kelekaan pertahanan Arsenal di lewat perlawanan yang sering berlaku di beberapa perlawanan awal musim ini, berlaku sekali lagi apabila Massimo Donati berjaya mencuri gol saguhati buat Celtic.Hal ini diharapkan dapat diambil perhatian sewajarnya dari pengendali Arsenal, Arsene Wenger supaya pemain-pemain Arsena dapat fokus sehingga wisel penamat dibunyikan walaupun sedang mendahului perlawanan.

Berikut susunan kesebelasan terjemahan Arsene Wenger:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-----Eboue (Wilshere'72)-----Song-----Denilson-----Diaby (Ramsey'62)-----
----------Bendtner-----Eduardo (Arshavin'72)----------

Next game: Manchester United (Old Trafford)

Thursday, August 27, 2009

Hightlights | Arsenal vs Celtic : 3-1 Goals

Selamat Menonton : Arsenal vs Celtic | 2nd leg of Champions League Play-Off

min 28' (1-0) Eduardo Da Silva (pen)

min 53' (2-0) Emmanuel Eboue

min 74' (3-0) Andrei Arshavin

min 90' (3-1) Massimo Donati

Wednesday, August 26, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Celtic

Arsene Wenger tegas mengingatkan anak buahnya supaya mengekalkan konsenterasi dalam baki 90 minit perlawanan untuk 2nd leg Champion League pagi nanti. Walaupun dengan kelebihan defisit 2 gol di tempat lawan, Arsene Wenger tidak mahu anak buahnya lalai mempertaruhkan nasib untuk turun dengan mengharapkan keputusan seri ketika menanti kunjungan skuad kendalian Tony Mowbray itu kerana apa yang menjadi taruhan adalah slot ke Peringkat Kumpulan Champions League. Ia jelas melalui kata-kata pengendali Arsenal itu mengenai perlawanan dengan Celtic:

The target is to win, it's a massive game for us. It's not 'job done', it's 'job to do'. We have done a big part but we have to get over the finishing line.

Ketiadaan kapten muda, Fabregas yang dilanda kecederaan, ia pantas membuka ruang untuk samada Diaby, Ramsey ataupun Merida untuk menampilkan aksi dalam Champion League. Dengan prestasi terkini yang diperagakan Diaby sabtu lepas, aku jangkakann yang dia akan diturunkan pagi nanti, Seandainya benar ramalanku, aku harap Diaby akan menampilan aksi yang memikat sekali lagi dan terus konsisten.

Berikut adalah skuad bayangan aku yang bakal diturunkan Arsene Wenger:


-------------Almunia-------------
---Eboue---Gallas---Vermaelen---Clichy---
-------Denilson----Song----Diaby-------
-------Arshavin------Eduardo-------
-------------RvP-------------

Predict: 2 - 1

Selingan: Sessi latihan untuk 2nd match dengan Celtic






Tuesday, August 25, 2009

Rumours: Blaise Matuidi dalam perhatian Arsenal Wenger

Kecederaan hamstring yang menimpa Cesc Fabregas ketika menewaskan Portsmouth 4-1 sabtu lepas, memungkinkan dia perlu diperistirehat selama 3 minggu. Jelas! Fabregas tidak akan diturunkan untuk 2nd leg Champions League play-off menentang Celtic, Langkah memperistirehatkan Fabregas itu, adalah wajar bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius memandangkan Rosicky, Nasri dan Walcott masih lagi dalam proses pemulihan. Kita tidak mahukan jemaah yang lebih ramai lagi di pusat perubatan Arsenal. Cukuplah setakat itu?

Berdasarkan kepada 1st leg yang lepas di Glasgow, jelas disaksikan yang player-player Celtic banyak melakukankan bentesan dan terjahan fizikal yang keras terutamanya terhadap Fabregas. Walaupun berbekalkan defisit 2-0, Arsenal akan berdepan tugas sukar sekiranya bahagian tengah yang ditinggalkan Fabregas tidak dapat digalas pemain yang akan memainkan peranan kapten Arsenal itu nanti.

Berita tentang kecederaan yang menimba Fabregas itu, menyebabkan rumours player St Etienne berusia 22tahun, Blaise Matuidi mulai hangat diperkatakan kembali dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £5million. Defensive Midfielder ini dikatakan sangat menarik minat 'The Professor' untuk dibawakan ke Emirates setelah direkomen oleh Arsenal Scout Gilles Grimandi.

Profil Blaise Matuidi
Tarikh Lahir: 09 April 1987
Warganegara: Toulouse, Perancis
Ketinggian: 175cm
Posisi: Defensive Midfielder

Berikut adalah petikan Matuidi ketika ditemuramah Sky Sports:-
“Playing for Arsenal would be fantastic but I can’t say anything about that yet.”
“Everyone knows their wonderful style of football.”
Dibawah ini aksi Matuidi, video dari youtube untuk tatapan anda. Selamat menonton.


Sunday, August 23, 2009

Match Report | Young Guns menambah luka Pompey

Arsenal 4 : 1 Portsmouth
Abou Diaby (17',20'), W.Gallas (50'), A.Ramsey (71') : Y.Kaboul (36')
Venue: Emirates Stadium


22hb Ogos 2009 - Abou Diaby yang memperagakan aksi pada penampilan pertama musim ini telah membayar kepercayaan Arsene Wenger dengan mengegarkan 2 gol yang masing-masing di minit 17 dan 20 sebelum Portsmouth memberikan sedikit tentangan dengan jaringan dari Y Kaboul pada minit ke-36 hasil umpanan Nadir Belhadj, Ia meletakkan Arsenal mendahului 2-1 di separuh masa pertama.

Sementara, Gallas sedang berada dipuncak kecemerlangan prestasinya terus meledakkan sentuhan jaringan pada minit ke-50, Ini menjadikan dia merupakan penjaring terbanyak Arsenal dengan menjaringkan setiap satu gol dalam semua 3 perlawanan awal ini, nampak sangat kegembiraan yang terpancar dari raut wajah Gallas selepas pemergian Kolo Toure ke Manchester City, melalui prestasi terkininya yang amat berkesan bersama Vermaelen ketika ini. Sebelum Aaron Ramsey menambah derita Pompey dengan satu gol lagi pada separuh masa kedua pada minit ke-71 yang masuk mengantikan Cesc Febregas yang dikhabarkan mengalami kecederaaan. Mengikut sumber, Cesc Fabregas dilaporkan mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan dia berehat untuk 3 minggu, dan dia dijangka gagal untuk beraksi ketika Arsenal melayan Manchester United pada perlawanan akan datang. Tetapi apabila dirujuk di laman web Arsenal.com laporan itu dapatlah kita sahkan tidak tepat kesahihannya kerana nama Fabregas tidak tersenarai dalam kelompok pemain yang mengalami kecederaan.

Kemenangan ke atas Portsmouth ini juga telah mengembalikan Arsenal kembali merajai mahkota Liga Perdana England. Pengendali Arsenal, Arsene Wenger jelas gembira dengan prestasi anak buahnya pada perlawanan awal musim ini.

“He (Abou Diaby) has great strength and is actually more offensive than Vieira.

“It was his 100th game and he has waited three years to make this impression.

“He has worked very hard during the summer and now this could be his season. He has all you can dream of to play in the Premier League.

“And this is a brilliant start to the season. We have scored 10 goals in the league and we could have had more.

“We have Celtic and Manchester United coming up. It is looking very exciting.”
Berikut adalah kesebelasan sebenar:-

--------------Almunia--------------
----Eboue----Gallas----Vermaelen----Gibbs----
-------Fabregas (Ramsey'45)--------Denilson-------
-------Arshavin(F.Merida'71)----Diaby----Eduardo (Bendtner'71)-------
---------------RvP---------------

Subs: Mannone, Sagna, Clichy, Ramsey, Song Billong, Merida, Bendtner

Hightlights | Arsenal vs Portsmouth : 4-1 Goals

min 17'( 1-0 ) Abou Diaby

min 22'( 2-0 ) Abou Diaby

min 36'( 2-1 ) Y.Kaboul

min 50'( 3-1 ) Gallas

min 71'( 4-1 ) A.Ramsey

Saturday, August 22, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Portsmouth


Menghasilkan 8 jaringan dari 2 perlawanan awal, memusnahkan Everton dengan 6-1 dan menewaskan Celtic 2-0 pada Champions League play-off yang mana kedua-dua kemenangan dicipta di gelanggang lawan.

Hari ini, 9.55 malam (waktu malaysia) - Emirates stadium akan menerima kunjungan pertama pihak lawan untuk musim baru ini, iaitu Portsmouth. Kehilangan ramai pemain-pemain tonggak yang berhijrah seperti Crouch, Defoe & Johson, Portsmouth dilihat terumbang ambing apabila memulakan langkah sumbang-mambang diawal musim ini dengan menerima kekalahan di kedua-dua perlawanan awal. Ditambah pula kecederaan hamstring yang memyelubungi trio mereka, Steve Finnan, Hermann Hreidarsson dan Papa Bouba Diop. Ia menambahkan lagi luka parah dalam skuad yang dikenali 'Pompey' ini.

Pertemuan dengan Arsenal hari ini akan terus menekan skuad kendalian Peter Hart, untuk keluar dari kelompok bawahan liga, Dengan suasana di kem Arsenal dalam keadaan amat baik sekali ketika ini dengan tidak ada kecederaan baru yang menimpa, nampaknya Arsenal sudah bersedia untuk meneruskan episod kemenangan ke-3 malam ini.

Menurut rekod, dari 19 pertemuan yang terakhir dengan Portsmouth, Arsenal kelihatan amat gagah apabila tidak pernah tewas. (Menang 11, Seri 8)

Dibawah adalah 19 pertemuan berikut:-

2008/2009 - Sat 02 May Portsmouth (0 - 3) Arsenal | Premier League
2008/2009 - Sun 28 Dec Arsenal (1 - 0) Portsmouth | Premier League
2007/2008 - Wed 26 Dec Portsmouth (0 - 0) Arsenal | Premier League
2007/2008 - Sun 02 Sep Arsenal (3 - 1) Portsmouth | Premier League
2006/2007 - Sun 13 May Portsmouth (0 - 0) Arsenal | Premiership
2006/2007 - Sat 16 Dec Arsenal (2 - 2) Portsmouth | Premiership
2005/2006 - Wed 12 Apr Portsmouth (1 - 1) Arsenal | Premiership
2005/2006 - Wed 28 Dec Arsenal (4 - 0) Portsmouth | Premiership
2004/2005 - Sat 05 Mar Arsenal (3 - 0) Portsmouth | Premiership
2004/2005 - Sun 19 Dec Portsmouth (0 - 1) Arsenal | Premiership
2003/2004 - Tue 04 May Portsmouth (1 - 1) Arsenal | Premiership
2003/2004 - Sat 06 Mar Portsmouth (1 - 5) Arsenal | F.A. Cup
2003/2004 - Sat 13 Sep Arsenal (1 - 1) Portsmouth | Premiership
1987/1988 - Fri 01 Jan Portsmouth (1 - 1) Arsenal | First Division
1987/1988 - Sat 29 Aug Arsenal (6 - 0) Portsmouth | First Division
1970/1971 - Mon 01 Feb Arsenal (3 - 2) Portsmouth | F.A. Cup
1970/1971 - Sat 23 Jan Portsmouth (1 - 1) Arsenal | F.A. Cup
1958/1959 - Sat 25 Apr Arsenal (5 - 2) Portsmouth | First Division
1958/1959 - Sat 06 Dec Portsmouth (0 - 1) Arsenal | First Division

Perlawanan hari ini akan diadili oleh Steve Bennett.

Dijangkakan 'The Professor' berkemungkinan akan menukarkan sedikit kesebelasan utama untuk pertemuan ini, dengan kembali beberapa pemain dari kecederaan dan cuba merehatkan beberapa pemain bagi mengelakkan dari risiko kecederaan. So! ini adalah skuad bayangan aku:-

-----------Almunia-----------
----Eboue----Gallas----Vermaelen----Clichy----
-------Fabregas----Song----Diaby-------
-------Ramsey----RvP----Arshavin-------


Predict: 3 - 0

Pesanan: Selamat mengerjakan ibadah puasa semua.

Friday, August 21, 2009

Theo Walcott + Tatoo

Nampaknya musim rehat akibat kecederaan telah dipergunakan budak 'lipas kudang' Arsenal dah dengan mencetak 'tatoo' di anggota badan seperti apa yang telah dilakukan kebanyakan player-player antarabangsa lain seperti Beckham, Cesc Febregas dll.

Pesanan Ikhlas: Pada yang beragama Islam, Sila jauhi perkara ini. haram!!!

Rumours | Budak Hungary Balazs Dzsudzsak


Belum reda lagi mengenai rumours | Rafael Van Der Vaart, muncul pula berita 'Arsenal sudah tangkap cintan' mahu melamar player muda berusia 22 tahun dari PSV Eindhoven, Balazs Dzsudzsak. Selepas melihat aksi menakjubkan dari pemain posisi midfield ini ketika perlawanan antara PSV dengan Ajax minggu lalu yang berkesudahan kemenangan ke atas kelab diwakili Balazs Dzsudzsak 4 -3.

Profil Balazs Dzsudzsak
Tarikh Lahir: 23 December 1986
Warganegara: Hungary
Ketinggian: 179cm
Berat: 71kg
Posisi: Midfielder

Sedikit tambahan, video dari youtube menunjukkan 2 jaringan pemain muda ini ketika perlawanan PSV dengan Ajax:


Thursday, August 20, 2009

Match Report | Arsenal tibai Celtic

Celtic 0 : 2 Arsenal
- : Gallas (43'), Gary Caldwell (own goal) (71')
Venue: Celtic Park


18hb Ogos 2009 - Celtic gagal menghalangkan rentak kemenangan Arsenal dipermulaan awal musim ini. Tatkala kebanyakkan pasukan dari England gagal menyerlah ketika bertandang di Celtic Park, tetapi tidak buat dari Utara London ini yang berjaya memusnahkan rekod baik Celtic di gelanggang mereka.

Di awal permainan diperlihatkan kedua-dua pasukan gigih untuk mencari gol awal bagi dijadikan bekalan untuk perlawanan timbal balik di Emirates 2 minggu akan datang. Terutamanya pasukan tuan rumah yang berusaha menampilkan permainan secara menyerang untuk tontonan didepan penyokong mereka.

Walau bagaimanapun, hasil usaha Arsenal hanya berbayar ketika beberapa minit separuh masa permainan akan ditamat, Ia berpunca dari sepakan percuma dari Cesc Febregas yang secara tidak sengaja telah mengenai belakang William Gallas yang seterusnya melantun menerjah jaring tanpa mampu diagak oleh penjaga gawang celtic.

Kelebihan satu gol dari separuh masa, Arsenal kelihatan tidak hanya berpuashati dengan kelebihan jaringan sedia ada, Arsenal terus melancarkan serangan ke kubu tuan rumah. Dengan kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang berperanan sebagai arkitek Arsenal di tengah padang yang bertanggungjawab melancarkan serangan telah mula dijadikan sasaran terjahan-terjahan keras pemain Celtic. Namun terjahan-terjahan trsebut, tidak langsung mendatangkan apa-apa pada Febregas yang terus menjalankan tanggungjawab sebagai jeneral Arsenal, hasilnya pada minit ke-71, berpunca dari keadaan kucar-kacir di depan kubu Celtic, Gary Caldwell yang cuba menyelamatkan gawang Celtic dari dibolosi telah tertampan ke gawang sendiri, yang seterusnya memberikan kelebihan kepada Arsenal untuk 2nd leg kedua nanti di Emirates.

Keputusan 2 - 0 terus bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan, Massimo Busacca.

Formasi dari Arsene Wenger seperti berikut:- (4-1-2-3)

-----------------Almunia----------------
Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy
-----------------Song----------------
--------Fabregas-----Denilson--------
-----Bentdner-----RvP-----Arshavin (Diaby'70)-----

Subs: Eduardo, Aaron Ramsey, Mikael Silvestre, Vito Mannone, Emmanuel Eboue, Kieran Gibbs, Abou Diaby

Wednesday, August 19, 2009

Hightlights | Celtic vs Arsenal : 0-2 Goals



min 43'( 0-1 ) Jaringan menggunakan tulang belakang William Gallas...huhu!


min 71' ( 0-2 ) Gary Caldwell (own goal)

Monday, August 17, 2009

Pre-Match | Champion League Celtic vs Arsenal


Pertembungan klasik yang diklasifikasikan sebagai "Battle of Britian" akan menemukan Arsenal dan Celtic, Ia adalah merupakan pertemuan secara kompetatif diantara kedua belah pihak untuk kali pertama.

Diatas kertas! Arsenal yang bakal bertandang di Celtic sudah tentu diletakkanan sebagai pasukan 'favourite' untuk memenangi perlawanan nanti, Ini berdasarkan kepada kejayaan yang masih segar di Goodison Park ketika menumpaskan Everton dengan jaringan besar 6 - 1 di EPL, Manakala Celtic juga telah melakarkan kejayaan 3 - 1, 2 hari lalu ketika menumpaskan Aberdeen dan sebelum itu telah menundukkan Dynamo Moscow 2 - 0.

Jadi sudah tentu kedua pasukan akan cuba berusaha untuk mengekalkan rentetan kemenangan masing-masing, terutamanya Celtic yang akan cuba memanipulasi kelebihan bermain dihadapan ribuan penyokong mereka. Menurut rekod, Celtic hanya mengalami 3 kekalahan dari 14 pertemuaan ketika bertemu dengan kelab dari England, Ia adalah merupakan satu rekod yang baik! Mantap tu beb! Itu sudah tentu menjadikan Arsenal perlu lebih hati-hati dan perlu mengelakkan dari melakukan kesilapan mudah yang boleh membawa padah.

Berikut adalah rekod penuh perlawanan Celtic ketika berhadapan dengan kelab dari England:-

2008-9 Champions League (Group)
Celtic ( 1 - 1 ) Manchester United
Manchester United ( 3 - 0 ) Celtic

2006-7 Champions League (Group)
Celtic ( 1 - 0 ) Manchester United
Manchester United ( 3 - 2 ) Celtic

2002-3 UEFA Cup
Celtic ( 1 - 0 ) Blackburn
Blackburn ( 0 - 2 ) Celtic
Celtic win 3-0 an aggregate

2002-3 UEFA Cup
Celtic ( 1 - 1 ) Liverpool
Liverpool ( 0 - 2 ) Celtic
Celtic win 3-1 an aggregate

1997-98 UEFA Cup
Celtic ( 2 - 2 ) Liverpool
Liverpool ( 0 - 0 ) Celtic
Aggregate score 2-2 - Liverpool win on away goals

1969-70 European Cup
Leeds ( 0 - 1 ) Celtic
Celtic ( 2 - 1 ) Leeds
Celtic won 3-1 on aggregate

1965-66 Cup Winners Cup
Celtic ( 1 - 0 ) Liverpool
Liverpool ( 2 - 0 ) Celtic
Liverpool won 2-1 on aggregate

Pertembungan di Celtic Park ini juga akan menampilkan Andrei Arshavin untuk debut kali pertama sebagai player Arsenal di Champions League, setelah bekas playmaker zenit itu kelihatan agak kurang efektif ketika di Everton tempoh hari. Ini adalah masa dan tempat yang sesuai untuk dia menonjolkan kemampuan sebenar yang ada padanya.

Di barisan kesebelahan Arsenal, aku yakin Arsene Wenger akan cuba mengekalkan keseluruhan player yang bermain ketika di Goodison Park, dimana barisan serangan akan terus dikepalai Robie van Persie. Berikut adalah skuad bayangan yang aku jangkakan akan bakal diturunkan 'The Professor' di Celtic Park:-

--------------Almunia-------------
---Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy---
-------------Song----------------
--------Fabregas---------Denilson----------
---Bendtner-----RvP------Arshavin------

Predict aku: 2 - 1

Sunday, August 16, 2009

Rumours | Rafael Van Der Vaart mau lepak dengan Robin van Persie


Tiada hujan, tiada ribut, tiba-tiba angin bertiup kencang dari satu sumber yang mengatakan Rafael Van Der Vaart antara player bintang buangan Real Madrid yang bakal angkat kaki meninggalkan barisan bintang 'Galacticos 2' yang sedang dibina oleh legasi Florentino Perez, yang sedang ghairah membeli-belah di pasaran perpindahan pemain sekarang ini. Tempat yang bakal Rafael Van Der Vaart tuju adalah di Utara London iaitu Arsenal

Menurut sumber tersebut, Arsenal dikatakan juga tertarik untuk membawa pemain berusia 26 tahun itu ke England dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar €7 Million. Aku rasakan kalau nilai harga sekitar itu, tidak salahnya kalau Arsene Wenger membawa masuk Rafael Van Der Vaart, ia boleh diibaratkan menang membeli, menang memakai. huhuh!

Berikut adalah bibit-bibit kata pemain antarabangsa belanda itu:-

“I really want to come to England,

“There are a number of clubs with offers where I can go in Germany, Spain and Italy. I have also had a request from Martin Jol to go back to Ajax.

“But none of those options appeal to me.

“I want to go to the Premier League and I know where I want to play.”

Walau bagaimanapun, Aku rasa ia juga banyak bergantung kepada kemampuan Arsenal ketika berentap pada perlawanan play-off menentang Celtic pada 18hb nanti. Seperti yang berlaku tahun lalu, ketika mencapai pertengahan musim liga Arsenal kelihatannya menghadapi kesukaran untuk mencabar gara-gara kecederaan yang menyelubungi kem Arsenal sehingga disuatu ketika Arsenal nyaris sahaja kehilangan kedudukan ke-4 liga, sehinggalah kehadiran Andre Arshavin yang berjaya dibawa masuk disaat akhir oleh pengendali yang dikenali The Professor itu. Dimana kehadirannya telah menimbulkan impak yang tersendiri sehingga Arsenal berjaya semula mengejarkan slot terakhir ke Champions League.

Pada pandangan aku, Arsene Wenger sebenarnya perlukan kepada kemasukan player baru sebagai back-up sekiranya berlaku kecederaan yang berpanjangan kepada player tonggak Arsenal. Mengikut pemerhatian aku, player-player Arsenal ini boleh tergolong dalam kategori player ber'kaki kaca' kerana mereka agak mudah terdedah dengan masalah kecederaan samada berlaku ketika latihan mahupun selepas pulang dari perlawananan antarabangsa ketika mewakili negara masing-masing. Bagaimana pula pandangan fan-fan 'PenCinta Arsenal' tentang hal ini?

Apa-apa pun - in arsene we trust! huhuhu!

Match Report | Arsenal menembak karam Everton di Goodison Park

Everton 1 : 6 Arsenal
Saha (88') : Denilson (25'), Vermaelen (36'), Gallas (40'), Fabregas (47', 69'), Eduardo (88')
Venue: Goodison Park, Liverpool



Yang terbaik dari gudang senjata! Arsenal telah menunjukkan satu prestasi memukau pada pembukaan tirai 2009/10 dengan mengejutkan Everton 6 - 1 di Goodison Park. Sebelum bermulanya liga ramai pihak yang mula meragui kemampuan Arsenal untuk terus tersenarai dalam "Big 4" dalam EPL ini. Tapi dengan keputusan perlawanan pertama ini, Aku yakin Arsene Wenger berjaya menutup mulut pengkritik yang tidak mempercayai pendiriannya yang telah meletakkan kepercayaan tinggi terhadap kemampuan player mudanya.


Arsenal vs Everton Highlights 6-1

Dengan keputusan yang super-duper itu, Arsenal terus memanjat puncak tangga liga dengan kelebihan jaringan. Walaupun ada beberapa perlawanan yang bakal berlangsung yang melibatkan pasukan seperti Manchester United, Liverpool, Tottenham dan Birmingham selepas ini. Aku yakin kedudukan Arsenal ini akan bertahan.

Sementara itu, Thomas Vermaelen berjaya membuat debut pertama dan dipasangkan dengan rakan sejawat di bek tengahnya William Gallas. Hasilnya, sempena meraikan penampilan pertama mereka dipasangkan kedua bek tengah Arsenal ini telah menjaringkan gol pertama peribadi masing-masing pada separuh masa pertama. Secara tidak disengajakan juga kedua mereka menjaringkan gol tersebut menggunakan kepala. Apa yang dapat dilihat dari penampilan kedua bek tengah, positif! aku boleh katakan yang kita tidak perlu lagi risau selepas pemergian Kolo Toure ke Manchester City.

Thomas Vermaelen (no 5) meraikkan gol pertamanya untuk debut pertama dengan Arsenal bersama rakan seperjuang.

Walau bagaimanapun, Tirai pesta gol Arsenal telah dimulakan oleh Denilson pada minit ke-25, hasil gerak kerja yang dilaksanakan oleh Bentdner seterusnya melakukan hantaran kepada kapten Arsenal, Febregas; yang bijak melorongkan bola ke Denilson yang terus melakukan sepakan deras menuju terus ke sudut atas kanan gawang everton yang tidak mampu digapai oleh keeper Everton, Tim Howard. Kedudukan 3 - 0 selepas tamat separuh masa pertama telah meletakkan Arsenal terus dalam kedudukan yang selesa.

Masuk separuh masa kedua dimulakan, Arsenal terus menerus meletakkan tekanan ke atas Everton di depan penonton sendiri dengan Cesc Febregas telah menjadi "duri dalam daging" menghasilakan 2 gol yang masing-masing pada minit ke-47 dan ke-69, sebelum di gantikan A. Ramsey pada minit ke-73. Cesc Febregas juga telah dijulang sebagai "Man of the match" pada malam itu. Tahniah kapten...huhu!

Eduardo telah melengkapkan malam gilang gemilang Arsenal untuk pembukaan pertama EPL ini dengan jaringan minit ke-88, Ia berpunca sepakan dari Arshavin yang mengenai palang yang melantun terus ke kaki Eduardo seterusnya melakukan penyudah mudah. Everton akhirnya berjaya juga mencuri gol saguhati hasil dari L.Saha pada minit-minit terakhir masa kecederaan.


Kejadian sebenarnya formasi dari Arsene Wenger seperti berikut:- (4-2-3-1)

-----------------Almunia----------------
Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy
--------Song-----Denilson--------
-----Bentdner(Eboue'63)-----Fabregas(Ramsey'73)-----Arshavin-----
-----------------RVP(Eduardo'73)-----------------

Subs: Eduardo, Aaron Ramsey, Mikael Silvestre, Vito Mannone, Emmanuel Eboue, Kieran Gibbs, Fran Merida

Lain-lain perlawanan Premier League yang berlangsung pada Sabtu, 15 August 2009.

Chelsea 2 - 1 Hull City
Aston Villa 0 - 2 Wigan Athletic
Blackburn Rovers 0 - 2 Manchester City
Bolton Wanderers 0 - 1 Sunderland
Portsmouth 0 - 1 Fulham
Stoke City 2 - 0 Burnley
Wolverhampton Wanderers 0 - 2 West Ham United

Saturday, August 15, 2009

Eboue! Dulu Fioreontina, Kini Barcelona


Emmanuel Eboue - Player serba boleh Arsenal yang sebelum ini hangat dicanang-canangkan dengan rumous akan meninggalkan skuad Gunners dan akan beralih angin ke Fiorentina, yang mana menunjukkan minat mendalam untuk memilikinya. Tetapi akhirnya hajat Fiorentina itu tidak menjadi kenyataan dengan ura-ura yang dikatakan menyebabkan kegagalan perjanjian itu disebabkan permintaan harga yang tinggi dari Arsenal dan tidak mampu direalisasikan Fiorentina. Aku rasa permintaan harga yang tinggi itu sangat patut bukan saja pada Eboue tapi untuk player-player Arsenal lain terutama tonggak utama, kerana dengan nilai yuran yang tinggi kita akan mampu untuk menampung kekosongan player yang keluar dengan mengisi player baru yang berkualiti. Al-maklumlah kalau mahukan player yang berkualiti, harganya pun berjuta-juta, kalau nak harapkan kutipan duit stadium memang tak cukuplah. huhuh! Sementara itu, 1-2 minggu ini kem Arsenal dipanaskan pula dengan Barcelona cuba ingin memancing Kapten muda Arsenal, Cesc Febregas, tiba-tiba muncul pula nama Eboue dikaitkan dengan Barcelona.

Dengan tiada lagi signing baru untuk Arsenal, aku tidak fikir yang Arsene Wenger akan melepaskan player Arsenal yang ada sekarang ini keluar melainkan ada pertukaraan saling. Kerana bagi aku Eboue ini sangat penting dalam perancangan taktikal Arsene Wenger kerana dengan kemampuan yang ada pada Eboue yang mampu bermain di mana-mana posisi. Ia akan memberikan pilihan yang lebih luas untuk Arsene Wenger menempuh musim yang panjang tahun ini.

Menurut sumber berita, minat Barcelona itu adalah sebagai langkah dari pengendali Barcelona, Pep Guardiola yang ingin mengunakan eboue sebagai "sandarkan kepada kenangan" untuk back-up bek kanan pilihan pertama mereka Daniel Alves.

Spekulasi terbaru itu, telah juga menarik minat Eboue yang dipetik berkata di Skysport.com;

It is an honour to be linked with the best team in Europe, that means I am valued by people.

"I have lost my Arsenal place, and, while the papers talked about Fiorentina, nothing happened, so I don't know about Barcelona. Let's wait and see."

Aku harap rumours ini akan terus berlalu seperti air sungai yang berlalu tanpa penghujungnya, kerana bagi aku? Arsenal tidak boleh lagi kehilangan player di saat liga 2009/10 sudah bermula, Apa yang penting kita harus fokus untuk mengapai dan mencari kegemilangan mengucup tropi yang sudah 4 tahun tidak kita kecapi...Walaupun secara logiknya, Arsenal dah pun mengucup tropi baru-baru ini iaitu Emirates Cup. huhuh! Tapi maksud aku tropi-tropi utama terutamanya EPL Champion League. aku rindukan kejayaan Untouchable 2004 itu....Kembalikanlah!

Go! Gunners!!! Inilah tahunnya.

Pre-Match | Everton vs Arsenal



Anyway, Untuk pre-match pada perlawanan pembukaan hari ini yang menemukan Arsenal dengan Everton di Goodison Park. Berdasarkan kepada berderetan player-player Everton yang cedera antaranya:-

A Yakubu - Achilles Tendinopathy (13th Sep 09)
Jô - Ankle/Foot Injury (15th Aug 09)
V Anichebe - Knee Injury (30th Aug 09)
M Fellaini - Virus (15th Aug 09)
P Jagielka - ACL Knee Injury (Nov 09)
M Arteta - ACL Knee Injury (29th Aug 09)


Manakala di kem Arsenal pula juga tak kurangnya antara yang tersenarai dalam player yang tercedera adalah Theo Walcott, Johan Djourou, Lukasz Fabianski & Tomas Rosicky. Tapi berita yang mengatakan Vermaelen yang sudah pulih dari kecederaan amat mengembirakan dan ia bakal membuat debut pertama untuk Arsenal di EPL.

Aku meletakkan keyakinan yang agak tinggi juga untuk Arsenal memenangi perlawanan pembukaan hari ini. Ia bukanlah kepada faktor-faktor kecederaan yang mampu Arsenal manipulasikan. Tapi ia juga berdasarkan kepada rekod pertemuan kedua pasukan sebelum ini.
Yang mana Arsenal memiliki rekod yang lebih baik ketika bertemu Everton.

Dari 184 pertemuaan dengan Everton

Arsenal memperolehi

Kemenangan: 88
Kekalahan: 57
Seri: 39

Jadi aku predict perlawanan hari ini akan berakhir dengan kemenangan Arsenal dengan 2 - 0. Dengan pasukan bayangan yang aku rasakan bakal Arsene wenger gunakan adalah seperti berikut:-

-----------------Almunia----------------
Sagna-----Vermaelen-----Gallas-----Clichy
Eboue-----Song-----Fabregas-----Arshvain
------------RVP-----Eduardo------------

Walau bagaimanapun, Aku yang mula tertawan dengan kelibat budak ajaib 17 tahun Jack Wilshere dalam Emirates Cup baru-baru ini, mengharapkan Wilshere akan memulakan aksi dalam kesebelasan utama.

Friday, August 14, 2009

Skuad No. Arsenal - 2009/10


Dengan tinggal tak sampai 24jam dari sekarang, Arsenal telah secara rasminya mengesahkan pemakaian nombor untuk player Arsenal bagi sesi 2009-2020. Dengan pengharapan yang semakin kelam untuk mengharapkan kemasukan player baru buat masa ini selain pembelian T.Vermaelen kali terakhir. Nampaknya Arsene Wenger terus akan mempercayai keupayaan player-player yang telah sedia ada dalam skuad sekarang. Tapi aku tetap mengharap sesuatu yang ajaib berlaku disaat akhir, Di mana Arsene Wenger akan bawa masuk 1-2 player baru...huhuhu!

Selain itu, Arsene Wenger juga telah menaik tarafkan 2 player dari skuad simpanan iaitu Fran Merida dan Wojciech Szczęsny untuk mengetuk pintu skuad utama Arsenal 2009/10.
Aku harap 2 player ini akan terus dapat berkembang maju di masa akan datang.

Berikut Butiran peribadi kedua player berkenaan.


Nama: Fran Merida
Lahir: March 04, 1990, Barcelona, Spain
Posisi: Midfielder
Skuad No.: 46
Menyertai Arsenal: January 10, 2007


Nama: Wojciech Szczesny
Lahir: April 18, 1990, Warsaw, Poland
Posisi: Goalkeeper
Skuad No.: 53
Menyertai Arsenal: August 01, 2007

Senarai penuh Skuad Utama Arsenal 2009/10 adalah seperti berikut:-

1. Manuel Almunia
2. Abou Diaby
3. Bacary Sagna
4. Cesc Fàbregas (c)
5. Thomas Vermaelen
6. Phillipe Senderos
7. Tomáš Rosický
8. Samir Nasri
9. Eduardo
10. William Gallas
11. Robin van Persie
12. Carlos Vela
13.
14. Theo Walcott
15. Denílson
16. Aaron Ramsey
17. Alexandre Song
18. Mikaël Silvestre
19. Jack Wilshere
20. Johan Djourou
21. Łukasz Fabiański
22. Gael Clichy
23. Andrey Arshavin
24. Vito Mannone
25.
26.
27. Emmanuel Eboue
28. Kieran Gibbs
29.
30. Armand Traoré
31.
32. Luke Ayling
33. Nacer Barazite
34. Kyle Bartley
35. Francis Coquelin
36. Thomas Cruise
37. Craig Eastmond
38. Jay Emmanuel-Thomas
39. Cedric Evina
40. Luke Freeman
41. Emmanuel Frimpong
42. Kerrea Gilbert
43. Conor Henderson
44. Gavin Hoyte
45. Henri Lansbury
46. Fran Merida
47. Rhys Murphy
48. Mark Randall
49. James Shea
50. Jay Simpson
51. Gilles Sunu
52. Nicklas Bendtner
53. Wojciech Szczęsny
54. Sanchez Watt

Sunday, August 9, 2009

Celtic halangan pertama


Akhirnya terjawab sudah, team mana yang bakal bertemu Arsenal pada Pusingan Kelayakan Champions League 09/10. Pengundian yang dilakukan itu, telah mempertemukan Arsenal dengan Celtic dari Liga Scotland, Ia telah digembar-gemburkan sebagai 'Battle of Britian'

Walau bagaimanapun keyakinan aku tetap tinggi untuk Arsenal memenangi perlawanan dengan Celtic ini. Tapi perlu diingat? Skuad Gunners ini tak boleh memandang enteng terhadap Celtic ini kerana mengikut rekod, team dari Liga Scotland ini juga memiliki rekod yang agak baik ketika bermain di Champions League. So! Aku harap Arsenal akan meneruskan kemaraan...Yeahhhh!!!

Pertembungan pusingan pertama akan berlangsung di Celtic pada 18 / 19 Ogos kemudian disusuli seminggu selepas itu pada 25 / 26 Ogos, Celtic pula akan bertandang di Emirates Stadium.

Saturday, August 8, 2009

Kelab PenCinta Arsenal FC dalam Bahasa Malaysia @ Melayu....Finally..

Maka dengan ini Lahirlah Blog Kelab PenCinta Arsenal FC di muka bumi alam maya ini, secara tidak langsung menjemaahkan Blog Arsenal FC di Malaysia. Hopefully you will enjoy reading this as much as I enjoy writing it. huhuhuhu!

So today, I'll pen down regular Arsenal songs. ENJOY!

Arsenal!

We love you Arsenal, we do.
We love you Arsenal, we do.
We love you Arsenal, we do.
Oooh, Arsenal we love you!


And it's Arsenal. Arsenal FC.
We're by far the greatest team.
The world has ever seen...
(repeat)

Oooh to. Oooh to be. Oooh to be a... Gooner!

Good old Arsenal, we're proud to say that name.
While we sing this song we'll win the game.

Iklan Murah di PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Arsenal Malaysia

Syarat-Syarat Mudah Pengiklanan

PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Arsenal Malaysia kini berbesar hati untuk menjual petak iklan di blog ini dengan harga paling murah berbanding blog-blog lain yang setarafnya berdasarkan syarat-syarat mudah di bawah.

- Banner iklan tidak mengandungi ayat atau gambar lucah.

Pakej Iklan: Untuk pengiklanan di single page. Bermakna iklan anda akan kelihatan di sisi kiri setiap posting entri di blog ini.



Saiz Iklan: 150 x 150 (pixel)

RM5 – 2 bulan
RM8 – 3 bulan

Jika berminat, terus sahaja hulurkan Email yang di’attach’kan dengan banner, Web Address, Cusor Hover Text dan bukti pembayaran kepada PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Arsenal Malaysia.

Letakkan Subjek Email: Pengiklanan di Blog PenCinta Arsenal

Cara Pembayaran



Maybank Account No: 1141 6068 1426
* Gunakanlah online banking untuk memudahkan urusan anda di internet.
* Pemindahan dari ATM juga tiada larangan bagi pihak kami.

Jika tidak mempunyai akaun Maybank, anda bebas menggunakan mana-mana bank untuk membuat pemindahan wang ke maklumat akaun yang tertera di atas. Apapun, sila hubungi kami terlebih dahulu.

Mengenai pembayaran atau sebarang perkara lain melibatkan iklan, sila emailkan ke PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Arsenal Malaysia.

Saya sedia menjawab sebarang pertanyaan anda. Masa pengiklanan korang akan bermula melalui tarikh dan saat iklan itu diletakkan di blog ini dan akan berakhir mengikut pakej yang anda ambil. Email akan dihantar memberitahu anda bila iklan tersebut sudah berjaya diletakkan.

Mudahkan! Jadi jangan segan-segan, jangan rengang-rengang, mari rapat-rapat! beriklanlah bersama PEnCinta Arsenal FC (Malaysia).
Related Posts with Thumbnails