Monday, August 31, 2009

Match Report | Diaby ranapkan rekod bersih Arsenal

Manchester United 2 : 1 Arsenal
Rooney (59' pen), Abou Diaby (64' own gol) : Arshavin (41')
Venue: Old Trafford


Hasil satu penalti dan satu gol ihsan dari Abou Diaby, rekod bersih Arsenal tercalar di Old Trafford. Kemenangan tuan rumah sabtu lepas lebih banyak berpihak atas faktor 'luck' semata-mata. Ini jelas sepanjang perlawanan berlangsung serangan dan mutu yang ditonjolkan skuad kendalian Arsene Wenger lebih mengancam dan menghiburkan, tetapi untuk meraih kemenangan itu bukanlah faktor utamanya. Walaubagaimanapun, Manchester United dilihat seperti 'kehilangan sesuatu' dalam permainan mereka selepas kehilangan bintang mereka, Cristano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid di awal musim ini.

"Hero to Zero"-sesuai benar buat Abou Diaby, selepas menampilkan permainan yang memikat minggu lepas dan menyumbang kepada gol menarik dari Andrei Arshavin yang melakukan rembatan bak bedilan meriam kira-kira 20m dari luar kotak penalti seterusnya menerjah jaring tanpa mampu dikuis keluar oleh Ben Foster, meletakkan Arsenal di depan memimpin perlawanan pada minit ke-41. Selepas itu, Diaby menjadi petualang pula dengan mencetakkan gol ke gawang sendiri.

Perlawanan ini juga 'dicemari' oleh tindakan 'berat sebelah' dari pengadil perlawanan Mike Dean, apabila ada beberapa keputusan yang dilakukan nampak tidak tepat. Antaranya terjahan yang dilakukan Darren Fletcher ke atas Arshavin yang sepatutnya dihadiah sepakan penalti tapi dipandang sepi seperti wisel itu telah ditelannya. Agak meriah dan berwarna-warni perlawanan sabtu lepas, apabila Mike Dean juga tidak kedekut dengan menawarkan 6 kad kuning berpihak kepada pemain Arsenal manakala 3 untuk pemain Manchester United.

Bersambung babak kedua, Manchester United mula mengiatkan serangan untuk mencari gol penyamaan, tetapi Arsenal juga melalui Robin van Persie terlebih dahulu memperolehi peluang, namun masih gagal mencetak nama sebagai penjaring sehingga setakat ini apabila peluang yang terhidang dihalang oleh Ben Foster dan palang 'durjana'.Sehingga pada minit ke-59, Rooney yang cuba melarikan bola masuk ke kotak penalti Arsenal telah cuba dihalang oleh Manuel Almunia dan dalam situasi 50-50 itu menyebabkan Rooney 'terjatuh'. Situasi itu terus mendapat sepenuh perhatian dari Mike Dean apabila wisel yang aku jangkakan sudah ditelan rupanya berbunyi pula dan isyarat penalti telah diberikan. Rooney berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil bantuan 'pemain Manchester United yang ke-12' itu.

Hari malang terus menimpa skuad Arsenal pada minit ke-64 apabila, berpunca dari sepakan lambung dari pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs ke kubu Arsenal, Diaby yang tidak dicabar ataupun disergah oleh mana-mana pemain 'setan merah' telah mengelabah menyondol masuk bola ke gawang sendiri yang seterusnya mengembirakan pemain-pemain Manchester United dan gol tersebut meletakkan Arsenal ketinggalan 2-1.

Skuad muda Arsenal tidak mudah mengalah apabila terus membedil ke kubu 'Setan Merah' sehingga pada 5 minit masa kecedaraan, Robie van Persie akhirnya berjaya menyumbat gol, namun gol itu tidak disahkan Mike Dean kerana Galas dikenalpasti berada pada kedudukan offside terlebih dahulu. Keputusan 2-1 yang berpihak kepada skuad 'Setan Merah' membolehkan mereka mendaki takhta liga ke kedudukan ke-3.

Kesebelasan yang diturunkan Arsenal yang diturunkan saling tak tumpah dengan kesebelasan yang aku bayangkan, manakala predict aku tepat angka cuma terbalik jer. huhu!

Next game: Adebayor dan Toure

Selingan: Tayangan dari youtube yang menunjukkan Wayne 'Shrek' Rooney yang 'dijatuhkan' Manual Almunia. saksikan! huhu


0 comments:

Related Posts with Thumbnails