Saturday, September 19, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Wigan Athletic

Minggu ini Arsenal kembali semula fokus pada persaingan Liga Perdana apabila menjadi tuan rumah kepada kunjungan Wigan - diharap selepas pulang dari Belgium tempoh hari, anak buah Arsene Wenger akan menemui kembali cara-cara untuk meraih kemenangan mutlak ekoran 2 kekalahan berturut di Liga Perdana kepada kedua-dua kelab dari Manchester.

Berita kembalinya Robin van Persie selepas tercedera gara-gara terjahan 'bengong' budak dungu Togo dari Man City. Ia pasti amat melegakan 'The Professor', Melihatkan kepada senarai pemain-pemain Arsenal yang tercedera seperti:-

Andrey Arshavin yang dikatakan hanya memiliki 10% peluang untuk turun esok, tetapi berkemungkinan besar Arshavin akan diletakkan dibangku simpanan. Memenuhi senarai pemain cedera lain adalah Manuel Almunia (illness), Lukasz Fabianski (knee), Johan Djouro (knee), Denilson (back), Theo Walcott (back), Samir Nasri (leg) dan Carlos Vela (ankle) yang pasti kekal diketepikan.

Dengan kedua-dua orang penjaga utama tidak mampu untuk beraksi, keeper muda gelabah Arsenal, Vito Mannone akan menjadi taruhan terakhir bakal menyarung jersi sebagai benteng terakhir Arsenal untuk kita bergantung harap. Walaubagaimanapun kemampuan Mannone, belum benar-benar diuji ketika perlawanan dengan Liege, dengan pendedahan yang lebih banyak Mannone diharapkan akan bertambah yakin apabila beraksi dan akan bertambah meningkat mutu permainannya, Proses kematangan Mannone sangat penting untuk tempoh jangka panjang kepada Arsenal.

Di barisan pertahanan dengan Bacary Sagna dilihat agak hilang sentuhan emasnya sejak kebelakangan ini, Emmanuel Eboue mungkin jawapannya dan Gael Clichy juga sering dilihat kehilangan arah apabila melakukkan overlapping seperti apa yang berlaku ketika perlawanan di Man City. Di pertahanan tengah gabungan dilihat semakin boleh diyakini daripada William Gallas dan Thomas Vermaelen yang berjaya membina satu rangkaian kesefahaman dan sudah mengumpul lima gol antara mereka untuk Arsenal musim ini.

Di jentera tengah, Abou Diaby yang dikatakan 'jelmaan Patrick Viera' oleh The Professor, aku masih tidak nampak impak yang bebetul konsisten dan menyakinkan dari segi permainannya walaupun membuat sumbang penting kepada gol yang dihasilkan Nicklas Bendtner pada hari Rabu lepas, Aksinya masih belum dapat menarik perhatian aku, sampai bila Arsene Wenger akan memberikan peluang kepadanya untuk progress - Sudahlah tu! Cukup menyedihkan. Berilah kesempatan pula untuk Aaron Ramsey untuk lebih melakukan penampilan. Dia adalah pemain muda yang kadang-kadang ada hilang bola, tetapi mutu kerjanya di padang lebih baik dan hebat dimana ia sering berkerja keras dan sering berkeinginan untuk melakukan tugas-tugas defensive apabila diperlukan untuk berundur ke bawah untuk membantu bahagian pertahanan.

Cesc Fabregas pula akan tetap dikerah keringat untuk mengepalai skuad muda Arsenal ini walaupun mengalami sedikit kecederaan ketika di Man. City, tapi Arsene Wenger tidak memiliki pilihan banyak apabila melihatkan kepada limpahan pemain-pemain yang mengalami kecederaan. Bagi aku, kapten muda Arsenal ini, sangat perlukan rehat yang cukup untuk ia kembali pulih dan lebih segar bagi penampilannya pada perlawanan yang akan datang kerana kita tidak mahukan kepada sebarang kecederaan yang boleh berlaku kepada Fabregas. Ini akan menjadi berita buruk buat kem Arsenal sekiranya Fabregas perlu berehat panjang.

Kemunculan Rosicky juga tepat pada masanya dengan 2 penampilannya di Arsenal semenjak pulih dari kecederaan yang lama, Dengan rekod Wigan yang dilihat tidak baik di awal musim ini Arsenal sebenarnya tidak patut gagal untuk meraih mata penuh dalam perlawanan ini, tapi Arsene Wenger dan anak buahnya tetap perlu berhati-hati kerana kalau mengikut kepada rekod musim lepas, Arsenal seringkali kehilangan mata-mata penting kepada kelab-kelab di pertengahan dan bawahan.

Berikut adalah skuad bayangan aku yang bakal menanti kunjungan Wigan:-

-------------Mannone-------------
-----Eboue----Gallas----Vermaelen----Clichy-----
-------------Song-------------
--------Ramsey-------Fabregas--------
-----RvP-----Eduardo-----Rosicky-----

Predict aku: 2 - 0

0 comments:

Related Posts with Thumbnails