Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Inter Milan dilaporkan telah gagal dalam usaha membuat bidaan hilang akal a.k.a 'gila' untuk memikat Cesc Fabregas dari gengaman Arsenal selepas tawaran yang mereka kemukakan di tolak mentah Arsene Wenger, menurut Sportmediaset.it.
Pengarah sukan Inter Marco Branca dilaporkan membuat tawaran kepada The Gunners ditambah pakej yang kononnya menarik bersama pemain kelahiran antarabangsa Ghana Sulley Ali Muntari.
Namun Wenger tidak cukup 'termakan umpan gula-gula' dengan tawaran sebegitu murah dari gergasi Serie A itu.
Bidaan itu hanya hadir beberapa jam selepas Rafael Benitez bercakap secara terbuka tentang keinginannya untuk membawa bintang berkelas dunia ke kelab dengan memberikan penekanan pada pemain tengah setelah ia menyaksikan Javier Mascherano lebih berminat ke Barcelona.
Ini tampaknya merupakan usaha 'berani mati' oleh Rafa Benitez untuk berhasrat membawa Cesc Fabregas ke Milan tapi ia sepatutnya lebih awal menyedari yang usaha ini akan gagal, atau ini adakah spekulasi media Itali untuk mencuri tumpuan ke Liga serie A.
Sedangkan secara terang-terangan diketahui umum bahawa kapten Arsenal jelas mempunyai hubungan 'mistik' dengan Barcelona dengan potensinya untuk berhijrah ke Nou Camp, tampaknya tidak ada sebab yang relevan untuk pengendali dari Sepanyol ini mampu menarik minat Fabregas untuk ke San Siro walaupun megah bersama status juara Champions league.
Inter Milan tampak sangat terdesak ketika tewas 2-0 menentang Atletico Madrid tempoh hari dalam perebutan Piala Super Eropah; dan bekas bos Liverpool kelihatan terdesak untuk menurut jejak pengendali sebelum ini seperti Jose Mourinho dan sebelumnya Roberto Mancini.
Bintang muda Arsenal Jack Wilshere telah ditahan kerana terlibat dalam satu pergaduhan yang mengakibatkan wanita patah lengan tangan dan seoang lelaki cedera di muka dalam pertelingkahan di luar kelab malam.
Wilshere, yang baru merasai nikmat debut antarabangsa bulan ini bersama England, dilihat meninggalkan kelab malam bersama tiga orang teman ketika pergaduhan itu berlaku.
Sebagai lelaki yang tidak suka melihat wanita yang dizalimi, pemain berusia 18 tahun, dipercayai mengambil inisiatiif bertindak sebagai pedamai bagi menghalang petelingkahan itu dan cuba menyelamatkan wanita itu dari terus disakiti oleh lelaki-lelaki 'kaki botol' di bulan ramadhan ini.
Walaubagaimanapun, hero tamil Arsenal, Jack Wilshere itu dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.
adehh!..Dush! Dush! Dushum! cam filem aksi...amik obat penaya wanita ekkk...
Pemilik baru no.10 Arsenal yang paling sebati, Robin van Persie, yang menurut jejak lejen pemilik no.10 sebelum ini William GallasDennis Bergkamp.
Sudah pasti van Persie mengharap nombor ini akan membawa tuah kepadanya. Dia memiliki segalanya sebagai pemain terbaik dunia, tetapi begitu banyak menderita akibat kecederaan dan terbaru bakal diistirehatkan selama dua minggu selepas berlaga di Blackburn.
Arsenal yang ketinggalan 11 mata di belakang Chelsea musim lepas, seandainya mahu terus merapati, mengejar serta menamatkan mengecap kejuaraan selepas 5 tahun, relevannya memerlukan Persie terus cergas dan fit. Itu tidak boleh kita pertikaikan walaupun kita sudah memiliki Marouane Chamakh!
Percayakan Persie
Kenyataan Robin van Persie juga tidak perlu diragui apabila mengatakan ia adalah 'gooner'.
Ketika striker berusia 27 tahun menandatangani penyambungan kontrak jangka panjang setahun yang lalu bersama Arsenal, Van Persie menegaskan bahawa
“My heart is with Arsenal and I just can’t picture myself in a different shirt.”
Ia dibuktikan klip video di bawah ini, Striker berbangsa Belanda tidak hanya bercakap kosong mengatakan ia begitu menyanjungi dan setia bersama Arsenal (tidak seperti sesetengah orang).
Menurut sebuah filem dokumentari pendek yang dibuat khas mengenai hari-hari zaman mudanya di Feyenoord, Van Persie jelas mengenakan dan mengidamkan jersi no. 10 dan ingin bersama Arsenal ketika mudanya, mula menampakkan keistimewaannya di peringkat awal beliau dengan dunia bola sepak.
Pada akhir video (01:58), dia mendedahkan bahawa
“I dream of playing for Arsenal or Barcelona”.
Dengan kemampuan besar yang dimilikinya, ramai yang akan membayangkan apa yang akan Robin sumbangkan ke dunia bola sepak hari ini khasnya buat Arsenal seandainya ia mampu cergas sepanjang kerjayanya.
Dan meskipun berdepan rekod catatan kecederaan yang sering menghalanyanya, Van Persie masih mampu merekodkan 'magic' sebagai Gunner dan merupakan top scorer sepanjang zaman Arsenal dalam skuad saat ini dengan menghasilkan 73 gol di 140 penampilan - lebih dari 50% scoring rate, manakala Cesc Fabregas di tangga kedua dalam kategori dengan mengumpul 48 gol.
Gergasi Serie A Itali, Juventus dikhabar menaruh minat untuk menyunting bek kiri pilihan ke-3 Arsenal Armand Traoré.
Traoré, sebelum ini dilihat berpotensi berhijrah ke Benfica tetapi ia terbatal selepas perbincangan gagal mencapai kata putus kedua pihak. Ini adalah merupakan musim ketiganya sebagai pasukan utama di Arsenal, tetapi dengan dibayangi Gael Clichy dan Kieran Gibbs di depannya, Secara logiknya pemain muda berusia 20 tahun berkelahiran Perancis ini dijangkakan sukar untuk lebih kerap memperagakan aksi dalam skuad The Gunners.
Traoré yang ditandatangani dari Monaco pada tahun 2005, telah membuat 30 penampilan dalam skuad utama untuk Arsenal dan menghabiskan musim 2008/09 dipinjamkan ke Portsmouth. Sementara itu, dalam sidang akhbar baru-baru ini, Arsene Wenger mengatakan bahawa satu-satunya kemungkinan pemain meninggalkan pasukan adalah sebelum jendela pemindahan ditutup pada hari Selasa ini.
Sky Sports pula dipetik melaporkan; Juventus sangat sibuk di bursa perpindahan pemain musim panas ini dibawah pimpinan bos baru Luigi Del Neri yang dalam pelan pembikinan membentuk semula pasukan selepas mengalami kempen mengecewakan musim lalu.
Traoré dipercayai berada dalam radar Del Neri di saat ia cuba untuk membuat sentuhan akhir terhadap skuadnya sebelum tamat jendela pemindahan pemain.
Menurut Pengarah sukan Giuseppe Marotta of Traore:
"He's an interesting player but nothing is decided yet,"
Blackburn Rovers 1 : 2 Arsenal Mame Biram Diouf ('27) : Theo Walcott ('20) & Andrei Arshavin ('51) Vanue: Ewood Park, England Referee: C Foy
Match Report | Blackburn Rovers vs Arsenal
Arsenal peroleh kemenangan yang kedua, sementara permainan yang dipamerkan tidaklah begitu baik - walaubagaimana ia menonjolkan ciri-ciri juara tidak boleh dipertikaikan. Saya berpendapat permainan ini menunjukkan kepada kita bahawa Arsenal telah mempelajari beberapa pelajaran dan membuat banyak penambahbaikan berbanding musim lepas.
Sebelum sepak mula terdapat sedikit keraguan di benteng pertahanan Arsenal. Kita semua sedia maklum apa yang Blackburn mampu lakukan dengan gaya primitif dengan ciri-ciri fizikal yang ada pada pemain mereka, ia tidak menghairankan bagi sesiapa pun. Tahun lalu Arsenal lembik di'ragbi'kan di Ewood Park dimana anak buah Wenger tidak mampu menyaingi susuk fizikal yang diterapkan dalam permainan tuan rumah.
Sementara Fabio Capello yang hadir pada perlawanan ini untuk menonton dari kaca matanya sendiri aksi Theo Walcott, selepas terlepas melihat secara live aksi menarik dari Walcott minggu lepas - ia pasti akan mengukuhkan lagi tempatnya dalam barisan Capello dengan aksi yang dipamerkan. Manakala Bos Arsenal sudah pasti senang dengan pemainnya, walaupun Blackburn dilihat memberikan tentengan hebat untuk menyekat peluang Arsenal, tetapi barisan Arsenal telah mempergunakan segenap peluang yang terbatas itu untuk membolehkan 3 mata dibawa pulang ke Emirates.
Sam Allardyce dan Arsene Wenger saling 'perang mulut' menjelang pertemuan di Ewood Park dengan melemparkan kata-kata di media, kedua-dua pengurus dilihat bermula dengan formasi yang sama 4-3-3. Pengurus Blackburn terus menurunkan bintang 'pinjaman' Mame Diouf, selepas beliau menampilkan hat-trick dalam Piala Liga pada pertengahan minggu lalu.
Wenger pula terus menurunkan man of the match minggu lepas Walcott, yang juga menampilkan hat-trick ketika membenam Blackpool akhir minggu lalu. Cesc Fabregas juga dibenarkan memulakan aksi dalam kesebelasan utama untuk terus mengemudi di pusat tengah. Laurent Koscielny dimasukkan kembali ke dalam line-up selepas terlepas perlawanan menentang Blackpool akibat pergantungan.
Tuan rumah memulakan ancaman diawal permainan apabila cuba memberi tekanan pada Almunia, dari semua sudut set-piece, sehinggakan petahanan tuan rumah, Christopher Samba dilihat banyak terlibat melancarkan serangan menyerang dari dead-balls yang cuba ingin mengambil kesempatan dari masalah kecil yang dikatakan terdapat dalam Arsenal, tetapi dengan kemasukan Squallaci pasti kali ini masalah yang dikatakan ada pada Arsenal ini akan dapat dibendung.
Dalam giat Blackburn memberikan tekanan pada pertahanan Arsenal, hasil kesempatan dari serangan balas; bola yang diarahkan ke arah Robin Van Persie, sebelum membuat hantaran terus ke Theo Walcott yang terus tenang mengawal bola dan menghantar bola ke gawang tuan rumah yang dikawal Paul Robinson, walaupun ia dari sudut yang kelihatan sukar dengan sedikit ruang diberikan Robinson. Nampaknya Walcott mula meningkatkan finishingnya dengan ketenangan dan kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya.
Arsene Wenger dipetik berkata mengenai persembahan Walcott:
"Theo was not on the ball as much this time, but what do you want from a striker?"
"You want him to make the most of the chances that come his way. We had fewer opportunities than last week, but he was still sharp and he supplied a clinical finish. It looks to me like Theo is playing with more confidence."
Tidak memerlukan waktu yang panjang, Blackburn bingkas menyamakan kedudukan. Hasil larian pintar El-Hadji Diouf dari sebelah kiri berjaya melepasi kawalan Laurent Koscielny sebelum melakukan hantaran ke arah Mame Diouf yang mudah menolak ke gawang gol tanpa dikawal selepas Manuel Almunia yang keluar gagal menyekat.
Selesai babak pertama, kedudukan terikat 1-1
Di babak kedua, Arsenal tampak lebih tenang mula mendominasi penguasaan bola dengan melakukan beberapa hantaran berkelas tinggi tetapi Blackburn dilihat masih dapat melakukan beberapa ancaman dari usaha jarak jauh terutamanya melalui peluang dari Morten Gamst Pedersen yang hampir-hampir meletakkan tuan rumah memimpin perlawanan.
Namun Arsenal tidak berputus asa mengatur strategi sehingga pada minit ke-51, walaupun dalam keadaan agak kebetulan, ketika Andrei Arshavin meletakkan Arsenal mendahului 2-1 dalam perlawanan. Ia berpunca dari serangan balasan pantas Arsenal, hasil rembatan Cesc Fabregas yang tekena ke Walcott sebelum melantunkan dan tepat ke arah Arshavin, yang mengambil kesempatan tesebut dengan satu sentuhan menewaskan Paul Robinson buat kali kedua yang merupakan gol kemenangan bagi Arsenal.
Arsene Wenger kelihatan belum ceria walaupun sudah mendahului perlawanan ketika itu. adakah beliau risau corak fizikal Blackburn yang bakal menyebabkan kecederaan anak buahnya seterusnya merosakkan perancangannya mengenggam kejuaraan.
Blackburn walau bagaimanapun tidak mahu menyerah rekod baik di gelanggang mereka - mereka hanya tewas tiga kali di Ewood Park musim lalu - dengan masa yang mencemburui tuan rumah, 'Rovers' melakukan beberapa pendekatan dengan mengarahkan Chris Samba beralih ke kedudukan yang lebih ke hadapan dengan harapan, fizikal gorilla besar yang ada padanya boleh membuka jalan bagi Blackburn mencari gol penyamaan. Taktikal yang diterapkan hampir memberikan hasil apabila headernya yang jatuh ke David Dunn, malangnnya Dunn tidak dapat memanfaatkan peluang terhidang apabila Almunia berjaya menyelamatkan keadaan tersebut.
Pada minit masa kecederaan Blackburn terus menekan Arsenal, terutama dari set-piece, tapi Arsenal terus kebal mempertahankan kedudukan untuk melonjak sementara waktu ke takhta Premier League sebelum dipintas semula Chelsea yang melakar kemenangan selepas itu. Blackburn boleh mengatakan bahawa mereka kurang bernasib baik untuk mengikat kedudukan, tetapi mereka harus akur Arsenal telah menampilkan mutu kelasnya yang tersendiri. Dengan 2 peluang yang dimanfaatkan dengan baik disamping beberapa pembaikan dari segi ketahanan dalam menyerap tekanan, apa yang dipaparkan semalam, diyakini "kabinet Piala The Gunner's 'mungkin tidak kosong terlalu lebih lama lagi.
Antaranya penambahbaikan yang saya nampak adalah:-
Walau begitu, ada beberapa kelemahan yang harus diperbetulkan seperti:-
Bek baru Arsenal Sebastien Squillaci bersedia berpandangan ke depan selepas berpindah ke Liga Perdana Inggeris, ia menegaskan ini merupakan cabaran baru dalam kerjayanya
Squillaci menyimpulkan dengan mengatakan bagaimana ia bergabung dengan Arsenal pada usia 30 adalah sesuatu perkara yang biasa, ia akan benar-benar memfokuskan dan ingin menempatkan pengalamannya di dalam pasukan Arsenal dan secara jelas mendedahkan ia mampu untuk mengerahkan khidmat bermain selama sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum mempertimbangkan untuk 'gantung but'.
Sesi bergambar mesra bersama jersi Arsenal no.18, Sah miliknya!
Squillaci dipetik berkata ketika diwawancara Arsenal TV Online:
Yes, I do like the duels. I feel it is one of my qualities and here in England there are many duels and it is good to be able to respond physically.
I have played in France, I have played in Spain for two years, I have played internationals and in the Champions League, I am 30 and I have a bit of experience.
Now I am going to discover a new league. I have played against English teams like Chelsea, Manchester United and Liverpool so I know what to expect.
I know it will take some time to adapt to new team-mates and the new game but I hope that it will happen quickly. It is a very difficult league but when you play for Arsenal, you play for titles and cups.
It is very difficult to be the champions but that is why you need that ambition. Arsenal are a very respected team who qualify every year for the Champions League so why not one day be at the top?
I hope I will be able to play for another four or five years. It is true that there are many young players here and to arrive at 30 is unusual.
But I left France quite late, at 28, to join Sevilla. I played for two years in Spain and now I am playing here.
It is an unusual career path but I regret nothing. The most important thing is that it is happening today and I will be playing for Arsenal
Tidak banyak sebenarnya video melibatkan aksi Squillaci, Ini adalah salah satu kompilasi-kompilasi aksinya di La Liga:-
Dalam serba kekurangan faktor gadget, demi kecintaan terhadap Arsenal seperti jua anda, ku cuba mengupdate blog tak seberapa ini untuk match preview esok! kat kampung ini sukar la skit! kalau tak update tu, harap maaf la yer? Bizkin, huh! aku dah update pakai henpon nie...huhu
Ewood Park, Blackburn Sabtu, 28 August 2010
* Pengadil Perlawanan: Chris Foy * Pertemuan terakhir: Blackburn Rovers 2 - 1 Arsenal * Rekod pertemuan: 56 kemenangan memihak Arsenal, 29 kemenangan memihak Blackburn, 30 berakhir seri * Prestasi terkini Arsenal: Seri-Menang * Prestasi terkini Blackburn: Menang-Tewas
Aku tidak memilih untuk menonton secara live pengundian bagi Champion League, Letih lah!. Tapi dalam kes apapun, Arsenal telah diundi dan diletakkan dalam Kumpulan H musim ini, seperti mana tahun sebelumnya.
Dari Pot 2, Arsenal telah diundi bertemu juara Ukraine Shakhtar Donetsk, ia juga merupakan pasukan dimana Arsenal melepaskan Eduardo bulan lepas dengan yuran perpindahan sebanyak £6 juta. caranya masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya setiap pasukan dari setiap pot akan menempuh perjalanan antara satu sama lain (timbal balik), Pastinya, Eduardo akan melangkah kaki kembali ke Emirates (hari sebelum Arsenal menentang Chelsea di Stamford Bridge.
Shakhtar Donetsk merupakan sesatu pasukan yang pernah ditemui Arsenal dalam peringkat kumpulan di Champion League 2000-01. Arsenal menang 3-2 di Highbury, namun tewas 3-0 di Ukraine.
Shakhtar Donetsk juga pernah mengecap kegemilangan dengan memenangi Piala UEFA (sekarang dikenali UEFA Europa League) pada tahun 2009.
Dari Pot 3, Arsenal telah diundi bertemu Sporting Braga dari Portugal, sebuah pasukan yang digelar "The Arsenalists" kerana jersi hampir mirip gaya untuk jalur The Gunners '. Braga layak selepas mengalahkan Sevilla dari Sepanyol dalam perlawanan mendebarkan dengan agrerat 5-3. Braga merupakan naib juara liga di Portugal musim lalu di belakang juara Benfica. Arsenal akan bermain Braga pada pertengahan bulan Oktober dan awal November. Ini juga merupakan penyertaan kancah pertama Braga ke babak penyisihan peringkat kumpulan.
Untuk rekod, Arsenal pernah menghadapi persaingan dari kelab Portugal pada tahun lalu Champion League, dengan menumbangkan FC Porto dengan agregat 6-2 dalam Pusingan 16, dimana Bendtner berjaya melakukan hat trick.
Dari Pot 4, Arsenal diundi bertemu dengan juara Serbia Partizan Belgrade. Partizan telah selamat melalui ranjau panjang selepas menempuh tiga babak kelayakan untuk maju ke babak penyisihan peringkat kumpulan ini. Pada babak kualifikasi kedua, Partizan menang dengan agregat 4-1 ke atas juara Armenia Pyunik. Pada babak kualifikasi ketiga, mereka menumbangkan kelab dari Findland HJK Helsinki dengan agregat 5-1, dan di babak play-off memastikan tempat ke babak penyisihan peringkat kumpulan selepas membenam juara Belgium Anderlecht melalui sepakan penalti. Arsenal akan membuka kempen Champion League di Belgrade pada pertengahan September, selepas itu menjadi tuan rumah kepada Partizan pada akhir November.
Tidak dilupakan jiran kita yang bercakap besar sebelum undi dengan mencanangkan mampu mara lebih jauh berbanding Arsenal dalam Kempen sulung mereka di Champion League ini, mari kita semua lihat kemaraan Tottenham itu...mereka telah diundi bersama Juara bertahan Inter Milan, Werder Bremen, dan kelab dari Belanda FC Twente dalam kumpulan mereka....huhuhu! Simpati plak! huhu! (Jauhi Takbur!)
Berikut adalah keputusan penuh setiap kumpulan 2010-11 UEFA Champions League:
Maka terang lagi bersuluh, Arsenal akhirnya telah selesai memeterai bek Perancis Sebastien Squillaci dari Sevilla.
Sevilla telah secara 'lapang dada' menerima tawaran untuk Squillaci, 30, beberapa hari lalu Squillaci telah selesai menjalani ujian perubatan dan selanjutnya tanpa berlengah terus menandatangani kontrak dengan The Gunners.
Arsene Wenger mengulas ketika dalam sidang akhbar sebentar tadi:
"We needed a centre-back of quality and experience if possible, and at the right price - he was all of that.
"He is a real defender and is good in the one against one, good in the air, and can score goals on set-pieces as well. I believe he will be suited to the English game.
"He will train with us tomorrow morning, but will not be involved on Saturday."
Squillaci, yang sebelumnya ini pernah menimba pengalaman bermain untuk Toulon, Monaco dan Lyon, beliau pastinya layak tersenarai dan memenuhi syarat untuk menyarung jersi Arsenal dalam Champions League selepas menolak untuk disenaraikan ketika perlawanan yang melibatkan kelab sebelumnya, Sevilla ketika Champions League play-off menentang Sporting Braga.
tambah Wenger lagi.
"I made a bid on the day Sevilla played in the Champions League, so he did not play as he was waiting for the transfer,"
Arsenal juga dilaporkan berharap untuk terus memperkasakan kubunya dengan cuba memikat keeper baru sebelum berakhirnya jendela pemindahan, Wenger dikatakan telah membuat dua tawaran terhadap Fulham untuk membawa Mark Schwarzer ke Emirates. Namun, Wenger masih terus membiarkan PenCinta Arsenal berteka-teki mengenainya.
Wenger dipetik berkata:-
"We are where we are - we have four great 'keepers and it is important we give confidence to them for the next game,
"I do not rule it out, but at the moment I say I am not in a position to sign anybody. At the moment, it is all dead."
Selesai sudah 2 perlawanan Primier League awal musim ini, Para pengulas, pengkritik, penganalisis yang mengikuti Primier League mula menganalisa statistik setiap pasukan dan pemain.
Berdasarkan kepada statistik yang diberikan Gardenia Guardian, yang sangat menarik adalah mengenai statistik yang melibatkan pemain bek tengah Arsenal, Thomas Vermaelen sepanjang 180 minit permainan ketika menentang Liverpool dan Blackpool. Ia menunjukkan ke semua 69 hantaran bolanya kepada rakan sepasukan tepat dengan kata lain ia tidak terbabas tersasar ke pemain lawan.
Dari statistik yang anda dapat lihat dari diagram ihsan Guardian ini, Vermaelen telah menyasarkan sebahagian besar hantarannya ke lapangan kawasan tengah padang dan mencipta serangan Arsenal.
Pundit Guardian Football Michael Cox berkata:
” He started last season with four goals in his first five games and often charged forward to join attacks in open play. His confidence on the ball can be demonstrated by his passing statistics in Arsenal’s first two games of this season, against Liverpool and Blackpool. He has attempted 69 passes, and is yet to give the ball away,”
Lihat rajah statistik di bawah ini dan apa komen anda. -
Pandang dari sudut aku;
Vermaelen merupakan tunjang pertahanan Arsenal musim ini, ditambah pula bek tengah kita yang lain muda-mudi sementara Sebastien Squillaci tidak lulus lagi ujiannya...benak betul si Squillaci ni...huhu! Vermaelen tak ambil masa yang panjang untuk membuahkan impak kepada Arsenal seperti apa yang dilakukan Andrey Arshavin, tapi Arshavin agak tidak konsisten mungkin disebabkan faktor kecederaan atau faktor cukai terhadap gajinya...huhu! Walau bagaimanapun apa yang diharapkan Vermaelen tidak mengalami kecederaan yang panjang. kalau boleh tak payah cedera langsunglah...huhuh
Bintang baru Arsenal Marouane Chamakh dilihat semakin mengukuhkan reputasi semenjak berpindah ke Utara London, terbaru Chamakh telah dijemput sebagai bintang dalam video terbaru Nike untuk mempromosi produk terbaru dari Nike iaitu Nike Air Max 90 footwear, diharapkan penglibatan sebagai bintang video ini akan menjadi batu loncatan untuk beliau mempertingkatkan motivasi kerjayanya bersama Arsenal.
Dah Jadi Selebriti, Jangan Lupa Diri yer Chamakh! Training kuat-kuat lagi...
Bintang Sevilla Didier Zokora percaya rakan sepasukannya Sebastien Squillaci yang semakin hampir memeterai perjanjian bersama Arsenal dijangka tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan corak permainan di Premier League.
Pemain Perancis ketika ini sudah berada di London untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas bersetuju dengan tawaran dari The Gunners.
Zokora yang sangat arif mengenai Premier League, selepas pernah mengabadikan diri selama tiga musim dengan Tottenham sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Sevilla, dan dia percaya Squillaci akan mudah menyesuaikan diri dengan mudah ke dalam gaya permainan Arsenal.
Pemain tengah Sevilla mengatakan bekas bek tengah Lyon itu sangat berbakat dari segi teknikal juga mempunyai kemampuan untuk bersaing dengan gaya permainan Inggeris.
Squillaci - bek yang cukup kuat yang diperlukan Arsenal Zakora berkata kepada Sky Sports News:
"He is a very strong defender, he wins every duel. He is a very good defender because he plays for the French national side.
"I think if he plays for Arsenal he will play easy because Arsenal play very easy football.
"For him, I think it is a very good option."
Dia menambah:
"He plays very simple but he wins every duel, he is a very strong defender."
Mantan bintang Arsenal Robert Pires telah menolak peluang untuk menamatkan kerjayanya di China dengan Shanghai Shenhua, menurut laporan di L'Equipe. Pires saat ini sedang mencari-cari kelab baru yang sesuai setelah kontraknya dengan kelab Sepanyol Villarreal berakhir.
Beliau yang sudah 36 tahun adalah difahami telah ditawarkan kontrak dua tahun yang sangat menguntungkan di China, tetapi tetap tegas mempertahankan keinginan untuk bermain di luar Eropah di hari-hari terakhir kariernya. Desas-desus telah hangat melaporkan pada awal musim panas yang Pires bakal bergabung semula menyertai bekas rakan sepasukannya di Gunner Thierry Henry di New York Red Bulls, tetapi sehingga setakat ini kepastian untuk Pires merealisasikan hasratnya bermain di Liga MLS tampak samar.
Beliau yang memiliki rekod peribadi selaku juara dunia 1998, juara Eropah 2000 dan merupakan skuad "Invincible" 2003/04 dibawah kendalian Arsene Wenger, dijangkakan Pires tidak sukar untuk mendapat tempat baru untuk bermain.
Sedangkan Pires sendiri masih melihat dirinya mampu bermain bola sepak di tahap tertinggi seperti di Liga Juara, berkemungkinan kelab seperti Marseille, dan beberapa kelab yang kurang ternama seperti Caen atau Saint-Etienne akan menjadi destinasi berikutnya. Selamat maju jaya Pires!
Maka terjawablah, kelab mana yang mampu membayar gaji tinggi yang dimahukan Gallas.
William Gallas mengakui kecurangannya ke Tottenham dari Arsenal bukan keputusan yang mudah diambil tetapi bersumpah akan memberikan segalanya untuk kelab barunya.
Gallas menjadi pemain berprofil tinggi yang menyeberangi Utara London sejak kali terakhir dilakukan Sol Campbell.
Gallas dipetik berkata ketika di laman rasmi kelab barunya itu, www.tottenhamhotspur.com:- "Ini bukan keputusan yang mudah tapi saya di sini sekarang dan saya akan memberikan yang terbaik saya,"
'It was not an easy decision but I am here now and I will give my best,'
Pemain berusia 33 tahun ini juga dengan tanpa ragu-ragu mengeluatkan kenyataan 'beli jiwa' dengan menyatakan ia yakin ia telah bergabung dengan sebuah kelab yang mampu memenangi Barclays Premier League musim ini.
Gallas juga menambah:-
'Finishing fourth last season shows Spurs have improved a lot and I hope this season we are going to finish even higher, maybe even win the Premier League,'
'We just have to believe in ourselves. We have got young players with great quality. 'They just have to believe in their capacity to do something and I hope we can achieve this."
Berikut perbualan Gallas bersama Crouch ketika sesi latihan pertamanya; Crouch: Kat sini kehidupannya cam Syurga, nanti aku kenalkan ko dengan pompuan seksi yer. Gallas: Iskh! Malulah aku....uuhuhuuhu (tersenyum manja)
Menurut DailyMail UK, Sevilla telah mengesahkan mereka telah menerima tawaran dari Arsenal untuk bek tengah Sebastien Squillaci. Pemain berbangsa Perancis berusia 30 tahun itu, saat ini sedang dalam perjalanan ke Utara London untuk sesi pemeriksaan kesihatan dengan tujuan untuk memeterai sebagai penandatangan terbaru langsung juga merupakan permata baru ke-3 yang dibawa masuk ke Emirates sebelum tirai perpindahan pemain ditutup Selasa depan.
Menurut laporan, pemergian Sebastien Squillaci itu juga disahkan oleh laman web Sevilla Fc sendiri:-
Ia dilaporkan melibatkan perjanjian sekitar £5 juta lebih. Penghijrahan Squillaci ini mula hangat diperkatakan selepas Squillaci dikatakan telah menarik diri dari skuad Sevilla yang menghadapi Braga di pertembungan pertama play-off Liga Champions Rabu lepas. Ia merupakan langkah kelab Sepanyol untuk tidak mahu merosakkan perbincangan yang sedang berjalan dan mengelakkan nama Squillaci terikat dalam kempen Liga Champions.
Kehadiran Squillaci, 30, pasti akan menguatkan tunjang belakang dan memperlengkapkan faktor pengalaman di bahagian pertahahanan Arsenal selepas mendapat kritikan dan tindak balas hebat dari PenCinta Arsenal kerana bahagian tersebut kelihatan agak kurang berpengalaman selepas pemergian William Gallas, Mikael Silvestre, Sol Campbell dan Philippe Senderos yang meninggalkan hanya Thomas Vermaelen sebagai pemain berpengalaman disamping 2 pemain muda yang cetek pengalaman antarabangsa Koscielny serta Johan Djourou yang sering dilanda masalah kecederaan.
Arsenal 6 : 0 Blackpool Theo Walcott ('12), Andrei Arshavin (pen '32), Theo Walcott ('39), Abou Diaby ('49), Theo Walcott (,58) & Marouane Chamakh ('83) : - Vanue: Emirates Stadium Referee: Michael Jones
Enam dentuman meriam kedengaran di Emirates, dengan Theo Walcott menjadi wira apabila menyumbang hat-trick buat Arsenal dan masing-masing satu dari Arshavin, Diaby dan Chamakh menenggelam pasukan yang baru dinaik taraf Blackpool. Tambah perit apabila dipaksa bermain 10 orang hanpir lebih separuh dari keseluruhan 90 minit perlawanan menjadikan Blackpool lemas dalam kolam mereka sendiri selepas Ian Eevatt diperintah keluar padang.
Walcott yang tersingkir di saat akhir ketika pemilihan mewakili England ke Piala Dunia Afrika Selatan 2010 memperagakan aksi yang bertenaga pada perlawanan ke-2 Premier League, Penampilan bertenaganya itu mungkin satu tindak balas positif kepada pengendali England dan menunjukkan tindakan Fabio Capello menyingkirkannya adalah satu kerugian dan kesilapan besar kepada England.
Walcott dipetik berkata kepada BBC Sport:-
"This is the season where I have to push on, so hopefully I will get more opportunities to play,"
"It has been very good criticism at times, because it has been an extra boost for me."
beliau menambah:
"Last season I was unlucky with the injuries, but I had a good break during the summer, and just want to show people what I can do, prove a few people wrong, to play well for Arsenal and England.
"That is all I can do, I will keep my feet on the ground as I always do and look forward to every single game."
Berbalik kepada perlawanan semalam, Arsenal jelas mengawal keseluruhan permainan meninggalkan pasukan pelawat jelas terkontang-kanting dan tidak dapat menunjukkan corak permainan mereka seperti apa yang mereka lakukan ketika membenam Wigan tempoh hari.
Anak buah Ian Holloway yang hadir dengan reputasi tinggi di Emirates selepas melakukan kejutan ke atas Wigan 4-0 minggu lalu. Tapi di Emirates, mereka dikejutkan hanya selepas tempoh 12 minit bermula menerusi gol Walcott pada sudut sukar di dalam kotak penalti dan merembat rendah melepasi kawalan keeper Blackpool Matthew Gilks dan selepas itu Arsenal mula menguasai permainan dan meluntur semangat melawan Blackpool dengan segala bentuk serangan Blackpool kerap mudah dipatahkan benteng pertahanan Arsenal yang diketuai Thomas Vermalen.
Walcott terus menunjukkan taring dan kuku cekamnya selepas itu dengan kesinambungan larian pantasnya memporak-peranda kubu lawan dengan beberapa umpanannya kepada Andrei Arshavin dan Maroune Chamakh nyaris membuahkan hasil tapi malang ia tidak dapat disempurnakan untuk menambah jaringan gol.
Keutuhan benteng The Tangerines @ The Seasiders tidak bertahan lama, apabila asakan demi asakan jentera serangan The Gunners akhirnya membuahkn hasil tapi ia menjadi titik hitam buat bek Blackpool Ian Evatt setelah tindakannya melakukan bentesan keras dari belakang ke atas Chamakh mendatangkan kecelakaan buat dirinya setelah dilayangkan kad merah dari pengadil perlawanan Mike Jones, meskipun kekasaran itu tampak berlaku di luar kotak penalti, tapi siapa yang berani menindakkan keputusan pengadil, yang terus menunjukkan ke arah titk putih yang ia sepakan penalti. Arshavin yang diamanahrayakan tidak mensialkan-sialkan mensiakan-siakan peluang terhidang dan mengubahkan kedudukan ke 2-0 memihak Arsenal.
Arsenal selepas itu makin bermaharaja lela mengendalikan tempo permainan, hasilnya Walcott sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring ke-3 untuk gol peribodi ke-2nya pada minit ke-39 selepas menyambut umpanan dari Jack Wilshere, Walcott yang berada dalam kotak penalti memperagakan kawalan bola sambil men'terbalikkan' badannya 90% seterusnya melepaskan rembatan menerjah gawang tengah Blackpool.
Blackpool walau bagaimanapun masih tidak putus berharap untuk membiarkan perlawanan berakhir tanpa melawan. dalam keadaan kalah dalam jumlah pemain mereka kelihatan cuba mencipta ancaman dari kesempatan yang jelas terhad antara ancaman yang mampu menghadirkan jaringan adalah melalui Gary Taylor-Fletcher yang berjaya menanduk selepas menerima umpanan silang dari Crainey, malangnya bola melencong sedikit di sisi kiri gawang Arsenal. Namun usaha Blackpool selepas tidak membuahkan hasil apabila terus ketinggalan 3-0 mengakhiri babak pertama perlawanan.
Memasuki babak kedua, Arsenal terus mencari inisiatif-insiatif baru menambah jaringan gol, Ia berhasil jua pada minit ke-49 berkat gol Abou Diaby selepas menyambut kemas umpanan dari Bacary Sagna, Dari tengah kotak penalti lawan, Diaby melepaskan sepakan terus kaki kanan membuatkan bola bersarang di gawang Blackpool.
Mendahului 4-0, Anak buah Wenger kelihatan terus fokus kepada perlawanan dengan konsisten melancarkan asakan ke kubu lawan. Pada minit ke-58, Walcott terus mengasah tajam penyudahnya di dalam kotak penalti apabila melengkapkan hatriknya selepas menerima umpanan dari Diaby.
Mendahului dengan kedudukan selesa 5-0, Wenger mula memasukkan 2 finalis Piala Dunianya Cesc Fabregas dan Robin van Persie memperagakan aksi dan ia nayata mengembirakan PEnCinta Arsenal yang berada di Emirates dengan memberikan tepukan gemuruh kepada pemain kesayangan Wenger mereka itu. Kemasukan 2 tonggak Arsenal itu membuatkan Blackpool mula menggunakan alternatif lain dengan usaha-usaha mula digemblengkan dengan mula berkubu di kawsan sendiri bagi mengurangkan keagresifan anak buah Wenger yang laparkan tambahan gol.
Sayang, usaha murni mereka itu, masih tidak cukup berbaloi untuk mengagalkan gol ke-6 Arsenal dari dijelmakan pada minit ke-83. Hasil sepakan sudut dari pemain gantian Robin van Persie, Marouane Chamakh bingkas melonjak tinggi menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal di kempen Primier League menerusi trademarknya menjaringkan gol menggunakan tandukan. Berbaki tempoh masa selepas itu, beberapa serangan dilancarkan tapi gagal untuk menambahakan jumlah jaringan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. kemenangan 6-0 ke atas Blackpool melonjakkan Arsenal ke posisi tangga ke-2 liga dengan kutipan 4 mata di belakang Chelsea yang juga berjaya membenamkan Wigan dengan jumlah jaringan yang sama. Kedudukan pasti berubah selepas perlawanan yang akan berlangsung hari ini (22/08/2010)
Full highlights...Enjoy!
Barisan yang diturunkan kedua-dua pasukan seperti berikut :-
Nampaknya tidak perlu lagi aku membuat preview lelebih pasal perlawanan esok kerana Octopus PeCaL singkatan PECinta ArsenaL dah pun melaksanakan tugasnya...huhuhuh!
Sedikit preview esok:-
- Referee: Mike Jones - Rekod pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 0 Blackpool (20 Mac 1971) - Lama ni siot! - Rekod sepanjang zaman antara kedua pasukan: 42 kemenangan memihak Arsenal, 15 kemenangan memihak Blackpool, 24 seri - oit...biar betik! takkan takde kalah!
Barisan bayangan yang aku jangkakan bakal diturunkan di Emirates nanti:-
Bos Arsenal dipaksa rela berbahas mengenai William Gallas yang bakal 'angkat kaki' ke jiran tertangga Tottenham, dan mengenai perlawanan pasukannya menentang Blackpool, serta spekulasi 'hangat' kemasukan keeper baru saat ini akan menjejaskan Manuel Almunia.
Wenger secara ringkas mengatakan bahawa dia "sangat memahami" keputusan Gallas untuk meninggalkan Arsenal untuk ke rival London Utara, walaupun pastimya hal itu mengejutkan. - apa maksud Wenger dia "sangat memahami", adakah kerana Gallas ingin membalas dendam setelah Wenger tidak turut permintaan untuk dia terus kekal di Arsenal, yang menyebabkan ia terus membawa diri? Serkap Jarang melaporkan ....huhuh
Ketika ditanya tentang perlawanan seterusnya Arsenal menentang Blackpool, pengurus Perancis itu tidak kedekut menaburkan pujian terhadap lawannya yang baru dipromosikan ke Premier League itu.
Dia memuji anak buah Ian Holloway yang mengecap kemenangan 4-0 di Wigan minggu lalu, pasukan yang terkenal dengan gelaran The Tangerines @ The Seasiders ini dikatakan memiliki corak permainan terbuka yang mampu membuatkan mereka berbahaya kepada pasukan lawannya.
Wenger juga memberikan respon ketika diajukan soalan-soalan mengenai situasi ketahanan mental Manuel Almunia saat ini dengan adanya spekulasi-spekulasi baru mengenai masa depan kiper itu di Arsenal, dan laporan mengatakan bahawa ia telah menjadi semakin gelisah dan tidak senang duduk.
Wenger dipetik berkata penuh ringkas dengan makna yang mendalam:-
"Competition is our world, we have to accept that. I understand completely that it is not always easy, but it is our world"
Sudah naik jemu melihatkan kelab lain sibuk bawa troli mengangkut seorang demi seorang pemain Arsenal, kini tiba giliran Arsenal pula bawa troli menyoping pemain orang pulak, kali ini siap sedia nak shopping sekaligus 2 pemain, ye ke idak ni? huhuhu...yang menjadi perhatian dan dalam proses tawar-menawar, mereka itu adalah Sebastian Squillaci merupakan pemain pertahanan tengah dari kelab La Liga, Sevilla dan keeper berbangsa Australia, Mark Schwarzer tapi dilaporkan tawaran Arsenal sebanyak £ 2.5 juta telah ditolak Fulham.
Menurut laporan, Arsenal dikatakan telah membuat tawaran £ 2.5million kali kedua untuk Mark Schwarzer, tapi ia ditolak mentah-mentah oleh Fulham yang mengharapkan Arsenal meningkatkan tawaran ke £ 4.5M
Walaubagaimana pun, Arsenal masih membisu dan belum berhasrat 'pecah tabung' untuk meningkat jumlah tawaran ke atas Mark Schwarzer, ini membuatkan Fulham dibiarkan bingung terpinga-pinga dengan taktik penuh ekonomi dari Arsenal, dimana Wenger sedar keeper berusia 37 tahun itu juga sangat menginginkan untuk berhijrah ke Emirates dan meminta untuk ia dilepaskan segera.
Sementara Fulham pula dikatakan tertarik untuk membawa keeper Manchester City, Shay Given sebagai pengganti walaupun sebagai pinjaman seandainya Schwarzer benar-benar ke Arsenal tetapi sehingga kini belum ada lagi pendekatan formal yang dilakukan Bos baru Fulham, Mark Hughes.
Selain itu Wenger dilaporkan juga sudah bersiap sedia dengan pilihan selanjutnya seandainya tiada kesepakatan dalam perbincangan bersama Fulham dengan beralih perhatian kepada keeper kiper Ajax, Maarten Stekelenburg,
Berbalik kepada Sebastian Squillaci, menurut laman web Sevilla Arsenal telah membuat tawaran rasmi dan sedang dalam proses untuk mencapai kata putus hasil suatu kompromi dengan Sevilla dengan menetapkan nilai sekitar £ 6.5 juta ke atas bintang Perancis berusia 30 tahun itu.
Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Pengarah Sukan Sevilla, Ramon Gonzalez mengenai ketiadaan bek tengah tersebut pada perlawanan play-off Champions League ketika Sevilla menentang Sporting Braga di Portugal.
"The player asked not to play because of the offer from such a big team, but, for the moment, we believe the offer is insufficient and Squillaci is still a Sevilla player,"
Berita lain, Marseille dilaporkan dalam langkah untuk mengikat mantan Manchester United dan Arsenal, Mikael Silvestre.
Bos Marseille Didier Deschamps menginginkan beberapa pengalaman untuk menyeimbangkan barisan pertahanannya, dan Silvestre yang belum mengikat kontrak dengan mana-mana kelab selepas dilepaskan Arsenal pasti tergoda dengan tawaran untuk berpindah ke negara asalnya dan berkesempatan untuk bermain di Champions League.
Ayuh! kita intai video mengenai Sebastian Squillaci:-
huh! kan dah kata, baru lepas aku tanyakan, siapakah yang bakal cedera selepas Samir Nasri selepas perlawanan Blackpool, rupanya time training lagi dah cedera seorang lagi pemain Arsenal...Aduyaiii!
Arsenal terus cemerlang dengan rentetan rekod kecederaan yang melanda pemainnya, khabaran yang melaporkan Emmanuel Frimpong akan terkeluar sebelum sempat memperagakan aksinya di awal musim ini selepas robek ligamen lututnya yang diterimanya semasa latihan bersama pasukan simpanan Arsenal di Dublin ketika mengadakan perlawanan ramah-tamah yang merangkumi Shamrock Rover dan skuad simpanan Manchester United.
Berita ini disahkan Arsenal dan Wenger hanya sehari selepas pemain sayap Arsenal Samir Nasri diumumkan akan berehat selama 1 bulan selepas menjalani pembedahan kecil pada lutut mudah rabak yang juga akibat kecederaan.
Anak muda remaja Emmanuel Frimpong ini juga telah membantu skuad Arsenal Bawah 18 tahun memenangi gelaran Premier Academy League musim lepas, beliau telah mencuri tumpuan selepas diberikan kesempatan bersama rakan sebayanya Jack Wilshere beraksi di bahagian tengah dalam tiga perlawanan pra-musim yang melibatkan AC Milan, Celtic and Legia Warsaw.
Bos Arsenal Arsene Wenger pastinya terkesan dengan hal ini selepas memasang hajat untuk memberikan Frimpong lebih banyak peluang beraksi.
Bercakap kepada Arsenal TV Online, Wenger dipetik berkata:
"We have had another blow with Emmanuel Frimpong.
"He has done his cruciate in training. That is a massive blow.
"A cartilage is three to four weeks, but a cruciate like that one Frimpong did is six to nine months.
"I rate him highly and I still have a lot of faith in him, but we will miss him for six to nine months."
Wenger menambah, yang beliau juga kagum dengan aksi yang ditonjolkan bintang muda berusia 18 tahun itu ketika kempen Emirates Cup.
"Frimpong has done really well,"
"He is a bit less of a dribbler, but he is a fighter and he is a winner.
"Here you have a boy who can choose between England and Ghana, so if I was in your place I would have no hesitation and invite him very quickly to play for England.
"I think he will have a big future."
Berita lain, Arsenal semakin jelas menampakkan ia sebagai Pusat Pemborong MyDin dengan terus menjana pendapatan dengan menjual anak kapalnya, tidak dipastikan berapa jumlah keuntungan jualan yang diperolehi atau Jay diberikan secara free sempena Ramadahan, berita yang baru diterima dan telah didedahkan Arsenal.com, Striker Jay Simpson secara sah telah menandatangani kontrak bersama Hull City seterusnya menamatkan hubungan 'cintanya' yang panjang dengan The Gunners selepas mula bersama semenjak di Akademi Arsenal ketika berusia 9 tahun.
Untuk rekod, Jay banyak diberikan kesempatan menimba pengalaman berharga dari hasil ketika beliau dipinjamkan dalam tempoh tiga musim terakhir. Musim lalu dia telah memberikan impak bersama QPR dengan lapan gol dari 15 perlawanan yang dilaluinya. Pada 2007/08, Jay menghabiskan kempen dengan Millwall dan dianugerahkan 'Player of the Year' bagi League One. selain di West Bromwich Albion pada musim 2008/09.
Pastinya PenCinta Arsenal mengharapkan Jay akan beroleh kerjaya yang terbaik di masa depannya.
Berita yang tidak dapat dipastikan kesohehan samada benar atau tidak, Tapi menurut laporan bintang Muda Arsenal terus laku bak 'Juadah Bazaar Ramadhan' apabila kali ini Leed United cuba ingin melamar Henri Lasbury.
Jual-Jual, Jual-Jual! Sini bang! Sini kak....Dik!...mai....maiii Arsenal aku tengok dah cam Pemborong MyDin Plak? Dah abis Player tua tolak free, fuh! kaya...kaya! Player Budak Sana Jual, Sana Loan, Lelama Sok! Dengan Stadium Pun Jual,
Al-Maklumlah Wenger kan pandai meniaga... Sudah-sudahlah oiiii, dah banyak yang keluar dari kapal, anak kapal kita dah makin kurang, yang di'rekrut' 2 jer...Aduyai! - DS
Skysports.com melaporkan bahawa bintang muda berusia 19 tahun yang sudah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal dan dianggap sebagai prospek bernilai untuk masa depan mula menarik perhatian bos Leeds, Simon Grayson's selepas memperagakan aksi yang mengesankan ketika dalam tempoh pinjaman di Watford musim lepas.
Lanbury yang kemudiannya pulang semula ke pangkuan Arsenal selepas selesai e'dah tempoh pinjaman dan berkesempatan diturunkan pada perlawanan terakhir ketika menentang Fulham. Beliau juga sempat diturunkan ketika perlawanan pra-musim ketika Arsenal membenamkan Legia Warsaw di Poland
Seperti juga rakan sebayanya, Sanchez Watt, yang tidak tersenarai dalam perancangan Arsene Wenger akibat persaingan sengit untuk merebut tempat dalam 25 pemain utama Arsenal. Lasbury dijangka akan menemani Watt yang sedang dipinjamkan di Leeds nanti
Leeds selaku naib juara League One musim lepas dilaporkan dalam rangka untuk menguatkan skuad mereka setelah dinaikkan gred ke Championship. Bagi perlawanan pembukaan musim ini, Leeds hanya berjaya memperolehi 1 mata dari 2 perlawanan setelah terikat dengan Derby dan tewas di tangan Nottingham.
Arsenal terus dirundang malang dengan masalah kecederaan pemainnya yang tidak bernoktah, dan yang terbaru pemain tengah antarabangsa Perancis, Samir Nasir pula akan 'ketuk pintu' pusat rawatan Arsenal bagi memenuhkan senarai pemain Arsenal yang cedera. Samir Nasri dilaporkan mengalami masalah kecederaan lutut dan akan melupakan aksi dipadang selama 1 bulan.
Sumber Arsenal dipetik mengeluarkan kenyataan:
"Arsenal midfielder Samir Nasri will undergo minor surgery on his knee following a meniscal injury sustained during the match against Liverpool on Sunday. Nasri, who has been in impressive form, will be out of action for a month."
Samir Nasri dijangka bakal terlepas lima perlawanan berikutnya; dengan berita kecederaan terbaru ini ia akan menambahkan lagi magrain untuk bos Arsene Wenger yang sudah pun kehilangan beberapa tonggak pemain tengah Alex song, Denilson dan Aaron Ramsey akibat kecederaan, sementara kecergasan semasa kaptain, Cesc Fabregas yang beransur pulih selepas direhatkan ketika menentang Liverpool tempoh hari pasti melegakan Wenger dan Pencinta Arsenal, kapten Arsenal itu dijangkakan cukup cergas dan mungkin bakal diturunkan di Emirates ketika menanti kunjungan Blackpool.
Minggu depan lepas lawan Blackpool, Siapa pulak cedera? Teka....Teka....
Lukaz Silapski tiba-tiba muncul bak 'hero tamil' di sebalik media massa hangat mengatakan Arsenal mungkin membawa masuk samada Mark Schwarzer dari Fulham atau Shay Given dari Manchester City ke Emirates, apabila terus mencanangkan diri untuk mengambil alih peranan Keeper No.1
Ini merupakan strategik yang boleh dianggap bijak dari Lukaz Silapski yang cuba menangguk di air yang keruh, sedang Arsene Wenger dikhabarkan sedang hangat meneroka mencari keeper baru No.1 Arsenal, kerana sudah tawar hati dengan Manuel Almunia. Kononya dengan cara ini dapatlah Wenger membuka mata yang Keeper No.1 yang ingin dicarinya sudah ada didepan mata.
Dengan rentetan 'rekod hebat' peribadi melakukan kesilapan, kesalahan, kegugupan, kegoyahan, kegayahan tahap profil tinggi - termasuk ketika tewas kepada Chelsea pada semi final Piala FA 2009 yang juga pada hari yang sama sambutan ulangtahun kelahirannya dan ketika dalam kempen Champions League di Porto musim lalu - Lukas Silapski terus mendapat kepercayaan penuh kasih sayang lagi dibelai manja dari Wenger.
Mari kita lihat video 'kehebatan' Lukaz Silapski itew, untuk kita sama -sama nilaikan; bukanlah tidak boleh buat silap langsung, tapi agak-agaklah, ini banyak sangat ni, kerap sangat ni, dah tu kesilapan tahap 'chap ayam'lah...Aduyai! ni kang aku mengata banyak lagi kang, memang wajib aku kena minum air jer kang...bulan puasa camni kena banyak sabar....sabar..sabar!
"Arsenal Bring Me & All Arsenal fans in the World...Cup! Cup!...K.A.P....bukannya cupcake....huhuhu"
Lukas Silapski yang digelar Pencinta Arsenal dengan pelbagai gelaran seperti Flappyhandski, Flipskipping, Silap-silap Skit itu FlapSki...tapi terus bertekad dan mengharapkan suatu masa nanti dia akan berjaya memenangi 'jiwa dan perasaan Pencinta Arsenal dan mendiamkan para pengkritik yang sering tidak mempercayai kebolehannya. termasuklah aku, jujur woo.., ni bulan ramadhan...huhu
Fabianski dipetik berkata di Arsenal TV Online:
"As a player you have to prove you deserve a chance.
"I can understand every single shout against me and it can only motivate me to play better and work harder.
"But of course I am going to do everything in my power to show that I deserve to be respected, then maybe they [the Arsenal fans] will start singing my name - that would be wonderful."
Dilaporkan inilah lagu yang bakal hangat dinyanyikan 'Pencinta Arsenal' buat Lukaz Silapski:-
Liverpool 1 : 1 Arsenal David Ngog ('46) : Pepe Reina (og'90+1) Vanue: Anfield Stadium Referee: Martin Atkinson
SERI yang biasanya sinonim dengan sesuatu yang bercahaya, bersinar, keindahan sehingga mampu dizahirkan ke pantun:
Marouane Chamakh jambul tercacak, Disergahnya si Reina, dapat gol seri 1 sama; Hati di dalam rasa nak kocak, Rasa nak balik ke janda lama.
Tapi perlawanan yang ditonjolkan barisan Arsenal, tiada yang bersinar, yang indah dengan barisan yang tidak cukup sifat kerana masalah-masalah kecederaan dan kesihatan yang sering membelenggu kem Arsenal, sehingga gagal untuk mendapatkan 'first eleven' yang lengkap.
Baru 9 minit sepak mula, Wenger sudah kelihatan gusar, apakah dia sudah dapat membaca kesukaran yang bakal dihadapi anak buahnya? Tapi ngape tak lakukan sesuatu? Apasal sayang sangat duit tabung tu? Aduyaiii...
Berikut adalah skuad yang diturunkan Wenger yang hampir 90% sama klik sini dengan apa yang aku bayangkan...huhu
Anak buah wenger sepatutnya harus mengucapkan sekalung terima kasih pada Papa Reina kerana sudi menghasilkan gol ihsan selepas tertampan bola ke gawang sendiri, Ini mungkin disebabkan ingin menarik perhatian Wenger yang sebelum ini bertiup rumours dikhabarkan menaruh perasaan terhadap Papa Reina ini untuk dibawa ke Emirates, Jadi dengan tindak balas dari Reina ini, adalah Wenger akan membuka mata? huhu
Tampanan bola ke gawang sendiri dari Reina pada minit ke-90, membantu Arsenal untuk mengikat kedudukan 1-1 di Anfield, berkongsi 1 mata adalah keputusan yang cukup bernasib baik buat Arsenal berbanding berputih mata.
Sedutan video jaringan gol Arsenal hasil usaha Papa Reina...Terima kasih Papa :-
Arsenal sering menguasai perlawanan seperti apa yang berlaku musim lepas, tapi ia tidak mampu dijelmakan dengan kemenangan, Walaupun dengan kelebihan beraksi seorang pemain selepas 'Messi Leverpool', kata Gerrard; dihadiahkan kad merah oleh pengadil perlawanan Martin Atkinson pada minit-minit akhir masa penamat babak pertama selepas melakukan asakan keras terhadap Laurent Koscielny, Penampilan pertama Joe Cole bersama Liverpool pasti tidak akan diingatinya!
Adakah tindakan pengadil, Martin Atkinson menghadiahkan kad Merah kepada Joe Cole patut?
Koscielny ketika diusung akibat terjahan keras Joe Cole, fuh! lega oiii...nasib baik budak kaki Koscielny ni bukan jenis rapuh macam budak Arsenal yang lain
Berikut rekod Martin Atkinson ketika mengendalikan perlawanan samada Arsenal dan Liverpool:-
* Musim lalu, dia adalah pengadil yang menghadiahkan kad merah kepada Thomas Vermaelen, ketika Arsenal menang 2-0 menentang West Ham. * Atkinson juga bertugas ketika Arsenal menang 1-0 di Fulham, tewas Piala FA di Stoke City, dan tewas 2-1 di Blackburn pada bulan Mei. * Liverpool pula menang hanya satu perlawanan dengan Atkinson musim lepas, tewas dua dan seri tiga.
Namun Arsenal tidak menggunakan segenap peluang 45 minit menentang 10 pemain Liverpool selepas itu, malah Arsenal pula yang tersentak dengan jaringan pantas yang berkualiti dari David Ngog selepas babak ke dua baru sahaja bermula. Pada pandangan aku, jaringan itu sepatutnya mampu digagalkan sekiranya Arsenal memiliki seorang keeper yang berkualiti dan 'Top Class', Tapi kita harus akur kesalahan 100% tidak boleh diletakkan kepadanya, itulah tahap yang ada pada Manuel Almunia, semenangnya telah diketahui oleh Pencinta Arsenal yang Almunia tidak menepati tahap yang sepatutnya untuk mengengam peranan selaku keeper No.1 di Arsenal selepas aksi tidak konsisten musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya, dia tidak cukup bagus untuk Arsenal sebenarnya.
Wenger sebenarnya yang bertanggungjawab diatas faktor ini, selepas petikannya ketika ditemubual sebelum berangkat ke Liverpool:-
"whoever was in goal today would be our “No.1” keeper."
Nampaknya Pencinta Arsenal akan terus dihidangkan dengan aksi dari Almunia sepanjang musim ini kerana dia keeper No.1 Arsenal ketika ini, melainkan ada muka baru yang akan dibawa masuk Wenger sebelum jendela perpindahan pemain tamat.
Percaturan Wenger meletakkan Jack Wilshere sebagai kesebelasan utama, tidak menampakkan ia pertaruhan yang diharap-harapkan kerana Wilshere dilihat gagal untuk menampilkan aksi yang diharapkan seperti mana yang ditampilkan ketika kempen Piala Emirates. Tapi, ia baik untuk Wilshere bagi proses kematangannya..Pergh! aku cam Wenger siot! huhuh! Namun kemasukan Rosicky menggantkan Wilshere mula merubah corak serangan Arsenal yang kelihatan bernyawa, Rosicky nyaris menemui sentuhan gol tetapi tidak bernasib baik apabila cubaan beliau berjaya digagalkan Papa Reina. Secara keseluruhan Arsenal jelas merindui sentuhan emas ketua pasukan, Cesc Fabregas yang dikhabarkan belum cukup cergas untuk diturunkan, sementara Robin van Persie yang dilaporkan tidak cukup cergas juga turut diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75, tapi ia belum cukup melakukan impak dalam perlawanan semalam kerana tempoh masa yang terhad. Ironinya, rakan senegara Persie di Liverpool, Kuyt boleh pula menempoh aksi 90 minit!
Selang beberapa minit selepas Roy Hodgson memasukkan Juara Piala Dunianya, Torres, Wenger bingkas tidak mengalahkan membawa masuk Naib Juara Piala Dunianya pula, Robin van Persie....Yeah!!! Terjah!
Arshavin, bintang yang ku harap akan buat 'magic' nampaknya tidak menjadi, Ia sekadar menjadi 'dukun hujan'...Come on! Cebin, please kambek bro!!!
Koscielny yang menunjukkan penampilan pertama dengan Arsenal juga menerima nasib yang sama seperti Joe Cole apabila dilayangkan kad merah selepas menerima 2 kad kuning, walaupun telah menghidangkan aksi yang cukup baik berganding bersama Vermalen, dan akan terlepas perlawanan seterusnya. Jadi siapakah pilihan wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Koscielny untuk perlawanan di Emirates nanti? Lawan yang akan ditentang adalah merupakan adik tiri Liverpool iaitu Bladifool Blackpool yang baru saja dinaikkan taraf dan telah menampilkan aksi memukau ketika membenam Wigan 4-0. Awas! salah percaturan kita bakal berputih mata....amakkk!!!!