Wednesday, August 4, 2010

Transfer Rumours | Emir Spahic Dalam Bajet Mampu Milik 'The Prof'

Terdapat beberapa perkembangan dibahagian bek tengah Arsenal hari ini ...

Terdedah sebelum ini maklumat yang diterima bahawa Arsenal sedang mengintai untuk membawa Petr Mertesacker ke Stadium Emirates, walaubagaimana pun terdapat target-target lain yang berkemungkinan, Antara yang digembar-gemburkan sedang serius dalam proses tawar-menawar. Ia adalah Emir Spahic - kapten Bosnia yang merupakan pertahanan untuk kelab Montpellier yang menampilkan aksi berkesan di Ligue 1 musim lepas - ia tidak menuntut harga tinggi dan sesuai sangat untuk perbelanjaan bajet yang diutamakan Arsene.

Berita ini mungkin sedikit membuat 'kipas susah mati' Arsenal agak kurang teruja ... melihat situasi pada nilai wajah yang dipunyai pemain berusia 29 tahun ini yang belum didengari oleh kebanyakan 'kipas susah mati' Arsenal sebelum ini, ia dikhabarkan beraksi untuk kelab Montpellier yang baru dipromosikan musim lalu, dan tidak terdedah pada tahap bola sepak yang cukup kompetatif dalam kerjayanya untuk seseorang pemain seusianya. Mampukah Emir Spahic bersaing dengan pemain seperti Didier Drogba mahupun Rooney? Siapa tahu ... Tapi, jika ia tiba - kita seharusnya memberinya kesempatan kepadanya? Kerana kita sering didedahkan oleh pemain yang didatangkan oleh Wenger entah siapa-siapa tah? Tapi dibawah asuhan Wenger, ia mampu meningkat dan menjadi seorang pemain yang baik.

Ini bermakna bahawa kemungkinan menandatangani Per Mertesacker tampaknya akan reda. Belum pun ada jawapan kepada tawaran yang diajukan untuknya sehingga kini. Condong ke arah Emir Spahic sebenarnya cukup hampir dengan menyetujui perjanjian bersama Arsenal - andai berdasarkan kepada faktor 'bajet' tersebut.

Seandainya penandatanganan Spahic ini menjadi nyata, Jelas pasti Wenger akan bergantung harap untuk memasangkan Koscielny dan Vermaelen sebagai pasangan teraju utama pertahanan tengah Arsenal musim ini, dengan Spahic dan Djourou akan cuba mencabar bagi mengisi slot dibahagian tersebut, kerana dengan kedatangan Mertesacker ia boleh menghalang perkembangan baik Djourou dan Koscielny - yang sangat dipenting 'The Professor' adalah perkembangan pemain muda.

Sedikit sedutan video ihsan dari youtube mengenai Emir Spahnic, nampak cam garang; sesuai jadi abang long untuk adik-adik di Arsenal...kurang ajar jer lempang....huhuhu (lempang skit jer tumbang...huhuhu...berlakon!!) Enjoy!

Gol jaringan minit-minit akhir Spahic ketika mewakili Montpellier.

Salam 1Arsenal...huhuhu

1 comments:

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Related Posts with Thumbnails