Saturday, August 28, 2010

Preview Match | Sejarah Hitam di Ewood Park Harus Dihapuskan

Preview Match | Blackburn Rovers vs Arsenal

Dalam serba kekurangan faktor gadget, demi kecintaan terhadap Arsenal seperti jua anda, ku cuba mengupdate blog tak seberapa ini untuk match preview esok! kat kampung ini sukar la skit! kalau tak update tu, harap maaf la yer? Bizkin, huh! aku dah update pakai henpon nie...huhu

Ewood Park, Blackburn
Sabtu, 28 August 2010


* Pengadil Perlawanan: Chris Foy
* Pertemuan terakhir: Blackburn Rovers 2 - 1 Arsenal
* Rekod pertemuan: 56 kemenangan memihak Arsenal, 29 kemenangan memihak Blackburn, 30 berakhir seri
* Prestasi terkini Arsenal: Seri-Menang
* Prestasi terkini Blackburn: Menang-Tewas

Predict barisan Arsenal di Ewood Park


Kecederaan: Nasri (lutut), Bendtner (pangkal paha), Ramsey (kaki patah), Frimpong (lutut)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Syukur ya! Arsenal tidak mempunyai masalah kecederaan baru dalam minggu ini, diharapkan ia berterusan. Cukup la! senarai kecederaan pemain yang kita ada sekarang, jangan ditambah lagi. Berkenaan Nasri, beliau akan tetap berehat sehingga akhir September setelah selesai menjalani pembedahan lutut minggu lalu dan kembali Ramsey mengalami patah kakinya akan terus diistirahatkan dan dijangka mula berlatih bulan November.

  • Bintang Arsenal berkasut pink, Nicklas Bendtner dijangka akan terus menambah cuti rehatnya, walaupun dinyatakan Arsene Wenger pada awal bulan ini, Bendtner akan kembali dalam jangka empat minggu lagi. Tetapi dari sebuah wawancara minggu ini, Bendtner sendiri meletakkan sasaran dia dijangka pulih sepenuhnya dalam masa enam minggu dari sekarang. Hal ini meletakkan Bendtner hanya akan memulakan aksi semula pada pertengahan Oktober.

  • Sementara, berita yang paling melegakan PenCinta Arsenal seluruh dunia, Arsenal telah selesai menandatangani bek tengah Sebastien Squillaci dari Sevilla, walaupun bagaimanapun ia tidak berkesempatan disenaraikan dalam pertemuan di Ewood Park. Squillaci, bagaimanapun, tidak terikat dengan syarat cup-tied, dan layak disenaraihitamkan bemain untuk Arsenal di Champions League.

  • Laurent Koscielny yang digantung 1 perlawanan minggu lalu akibat kad merah yang diterimanya pada perlawanan pembukaan tirai English Premier League bertemu Liverpool. Minggu ini, menentang Blackburn Rovers, Koscielny akan kembali dan PenCinta Arsenal akan melihat apakah Koscielny bersedia bertarung dalam sisi fizikal Premier League kerana seperti yang kita kenali Blackburn bermain dalam corak permainan berfizikal.




  • Fakta entah menarik entah tidak? Pertemuan Blackburn - Arsenal

  • Musim lalu, Arsenal mula garang membenam Blackburn 6-2 di Emirates awal musim, tetapi pada pertembungan timbal balik di Ewood Park, Fabiański gagal menghalang set pieces, menyebabkan Arsenal tewas 2-1.

  • Merupakan tugasan pertama kali Arsene Wenger ketika menjawat jawatan selaku pengurus Arsenal pada Oktober 1996. Ian Wright menghadiahkan kemenangan sulung buat Wenger; Arsenal menang 2-0.

  • Fakta menarik, sebaris bersama Arsenal, Chelsea, dan Manchester United, Blackburn Rovers adalah merupakan satu-satunya pasukan lain yang memenangi gelaran Premier League.

  • Info menarik pengadil perlawanan, Chris Foy

  • Foy mengendalikan empat perlawanan terakhir melibatkan Arsenal: Seri 2-2 di West Ham United, di Piala Carling tewas 3-0kepada Manchester City di mana skuad dilimpahi billion dan dipenuhi skuad supernya itu mengalahkan Arsenal yang pada dasarnya membariskan skuad bawah 18 tahun, tewas kepada Manchester United 3-1, dan menang 3-1 atas Burnley, nampaknya di bawah kendalian Foy ini, tidak banyak kenangan manis la digelanggan lawan...aduyai! fuh! fuh! jampi skit

  • Untuk Blackburn: menang 3-2 atas Burnley, seri 0-0 di Hull, tewas 4-1 di City, dan menang 3-0 ke atas Bolton. alamak! ada 'ong' plak! fuh! fuh! jampi tarik 'ong'...huhu!

  • Minggu lalu, Foy membuat kontrovesi apabila gagal mengesahkan gol penyamaan Stoke City melawan Tottenham. perlawanan berakhir memihak Spurs 2-1.

  • Sekitar perlawanan lain

  • Blackpool vs Fulham; Bloomfield Road, Blackpool

  • Chelsea vs Stoke City; Stamford Bridge, London

  • Tottenham Hotspur Wigan Athletic v.; White Hart Lane, London

  • Wolverhampton Wanderers Newcastle United v.; Molineux, Wolverhampton

  • Manchester United vs West Ham United, Old Trafford, Manchester

  • Bolton Wanderers vs Birmingham City, Reebok Stadium, Bolton

  • Liverpool vs West Bromwich Albion; Anfield, Liverpool

  • Sunderland vs Manchester City; Stadium of Light, Sunderland

  • Aston Villa vs Everton, Villa Park, Birmingham
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails