Wednesday, August 11, 2010

Transfer Rumours | William 'Emosi' Gallas & Tomas Ro'sick'ý


Menurut laporan, Tottenham dikatakan dalam plan membuat kejutan 'lu kena beb' untuk menyambar bekas kapten penuh 'emosi' Arsenal William Gallas.

Pemain yang berusia 33 tahun yang sekarang sedang bebas selepas eksen menolak kontrak setahun yang ditawarkan Arsenal, sedang menarik perhatian Harry Redknapp untuk disunting bagi mengurangkan kesengsaraan defensif Tottenham.

Redknapp difahamkan mempunyai kecuakan terhadap kecergasan Ledley King dan Jonathan Woodgate yang mengalami kecederaan jangka panjang, memandangkan Spurs akan menempuh kempen 'Liga Champions' musim ini.

Gallas yang hangat diperkatakan sedang dikaitkan berpindah ke Paris Saint-Germain dan Juventus, tetapi difahamkan pemain 'beremosi' ini masih menyimpan hasrat dilubuk hatinya ingin terus menetap di liga Inggeris.

Namun, yang menjadi 'batu marhalah' bagi kelab-kelab di EPL yang menginginkan khidmatnya, bekas janda Chelsea ini dilaporkan menuntut gaji sekitar £ 90.000 per minggu, dan Spurs harus merombak struktur dalaman gaji mereka sekiranya tetap dengan pendirian untuk mengakomodasi pemain antarabangsa Perancis ini.

Seandainya transaksi ini berpotensi untuk berlaku, dijangka Gallas akan membangkitkan kemarahan penyokong Arsenal, kerana prospek bekas kapten 'emosi' mereka ini berpaling tadah dengan menyertai saingan jiran tertangga.

Walau apa yang berlaku pada Gallas, apa yang penting Arsene Wenger perlu memberikan prihatin lebih khusus dengan masalah bahagian pertahanan skuad 'The Gunners', dengan kehilangan Gallas, Mikael Silvestre dan Sol Campbell bererti Wenger perlu segera menambah 'enjin baru' dibahagian ini.

Buat masa ini, Arsenal telah dikaitkan dengan semua pemain yang berpotensi, antaranya stopper Fulham, Brede Hangeland, Man City, Micah Richards serta kapten West Ham, Matthew Upson. Tapi sorang pun tak melekat lagi selepas Laurent Koscielny.

Berita lain, dilaporkan pemain tengah Czech Tomas Ro'sick'ý bakal 'angkat kaki' untuk meninggal Emirates.

Tapi segera dipadamkan spekulasi tersebut kepada Sport.cz; Ro'sick'ý dipetik berkata:

"It (speculation) is a normal thing in the football business,

"I must thank everyone for showing interest because it flatters me, but I must repeat myself - I am satisfied to be with Arsenal. 



"And as long as the club want me to stay, I am not interested in moving elsewhere."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails