Wednesday, September 29, 2010

Match Report | Roar!!! Fabianski Mengiaww!!!

Partizan Belgrade 1 : 3 Arsenal
Cléo (pen '33) : Andrei Arshavin ('15), Marouane Chamakh ('71), Sebastien Squillaci ('82)
Vanue: Stadion FK Partizan
Referee: Wolfgang Stark


Match Report | Partizan Belgrade vs Arsenal, Champions League Group Matchday 2

Roar! Roar! Whofh! Whooffh! Meowww!!! Fuih! Keeper siapakah yang garang sangat tu? huhuhu! ehh..Paranormal mana yang merasuk Lukasz Fabianski?

Belum! Belum untuk aku mengatakan Fabianski sudah bersedia sepenuhnya mengenggam glove No.1 di Arsenal, aku tak kira berapa ramai atau beberapa blog lain yang mengatakan Fabianski harus diberikan peranan No.1 itu. Walau bagaimanapun, aku tetap akui dengan apa yang ditunjukkan Fabianski pada perlawanan semalam, Ia memang malam yang menjadi buat Fabianski. Satu permainan darinya yang sangat bagus! Kalau dah bagus! aku akan puji dan katakan ia memang bagus! Aku mahukan konsisten!

Satu malam yang serba menjadi buat Fabianski - menyelamatkan penalti Cleo

Setelah bencana Sabtu lalu, Arsenal memerlukan hembusan semangat baru, nafas baru!, yang tidak selalu semudah yang disangkakan ketika Wenger dan anak buahnya harus menempuh perjalanan yang panjang di kempen Liga Juara-Juara Eropah. Walau dalam suasana gundah-gulana kerana diselubungi beberapa tonggak utama yang tercedera, kita mampu mememenangi perlawanan di Serbia dengan pemain yang sedia ada yang bersedia menggalas tanggungjawab.

Arsene Wenger melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama berbeza dengan kesebelasan yang 'gagal' ketika tampil di Emirates menentang West Bromwich Albion hari Sabtu lepas. Berkat atau cuba meng'ada'kan kecederaan siku, Manuel Almunia memberikan Lukasz Fabianski bermula di gawang gol. Kieran Gibbs kembali dari cedera kaki dan bermula di benteng kiri kembali mengambil tempat Gael Clichy. Laurent Koscielny pula terperuk ke bangku simpanan bagi memberikan peluang buat Johan Djourou, satu percaturan mengejutkan lagi tidak dijangkakan dari Wenger. Abou Diaby tidak dibawa ke Serbia dan digantikan dengan Denilson, Jack Wilshere kembali diberikan peranan mengemudi jentera tengah mengambil tempat Emmanuel Eboue, dan Samir Nasri dikekalkan bagi membawa dimensi kreatif di bahagian serangan disamping menyokong Tomas Rosicky, yang dipertanggungjawabkan memakai lilitan kapten.

Nyatanya, Wilshere tampil dengan interaktif. Dialah yang menjadi creator kepada gol pembuka oleh Andrey Arshavin. "Aku mendapatkan bola dari Arshavin. Kemudian aku berusaha mengembalikannya. Ternyata ia berhasil," komen Wilshere untuk gol pertama Arsenal.

Tolakan ke belakang, sambil diperhatikan 5 pemain Partizan terkaku kagum! - Umpanan Jack Wilshere buat Arshavin untuk gol pertama

Arsenal sekadar mampu memimpin kira-kira lapan belas minit, Partizan pantas memanfaatkan peluang menyamakan kedudukan 1-1 selepas memperolehi sepakan penalti hasil belas ihsan Denilson. Cleo, striker dianggap maraberbahaya Partizan kelahiran Brazil, tenang melakukan tendangan ke sudut kanan sementara Fabianski gagal menduga tepat. Tidak ada kesalahan dari tindakan Fabianski itu, itu adalah merupakan sepakan penalti yang sempurna dari Cleo.

Arus mula membadai membawa bencana buruk buat pasukan tuan rumah pada minit ke-56, selepas Marouane Chamakh dikasari bek Partizan Marko Jovanovic seterusnya dikenakan kad merah. Menurut video ulang tayang, ia dilihat seperti satu bentesan kecil lagi lembut di antara kaki mereka, tetapi hanya pengadil yang menentu! kena pada kita redha la, kalau kena pada pihak lain begitu jugak kan! Partizan dipaksa meneruskan permainan dengan kekurangan seorang pemain. Bagaimanapun, Arsenal tidak bingkas mengambil keuntungan dari situasi tersebut, Andrei Arshavin gagal memainkan peranan selaku penendang sepakan penalti. Tak berkat kot! huhuhu!

Huh! Jatuh pun dalam kotak penalti...huhuu

Arsenal akhirnya berjaya juga memimpin lawan pada minit ke-70 selepas satu lambungan dari Rosicky tepat mencari kepala Marouane Chamakh. Tandukan Chamakh bagaimanapun tepat mengenai palang, tetapi ia melantun kembali dan diberikan kesempatan kedua Chamakh tidak mensia-siakan. Setelah itu, Chamakh digantikan oleh Carlos Vela.

Dari detik itu, Arsenal terus kekal kaku dengan 2-1 memimpin perlawanan tanpa adanya tambahan gol, walaupun memiliki penguasaan bola, tetapi masuk minit ke-82 satu sepakan sudut dari Samir Nasir pantas disambar Sebastien Squillaci dengan tandukan ke penjuru tiang, itu juga merupakan gol pertamanya sebagai The Gunner. dan kedudukan Arsenal mulai berubah memimpin 3-1.

Dua minit berselang, Partizan sekali lagi diberikan kesempatan merapatkan kedudukan, selepas pengadil perlawanan menunjukkan tanda sepakan penalti selepas Kieran Gibbs ditangkap melakukan kekasaran terhadap penyerang Partizan di kotak penalti. Ulang tayang video sekali lagi menunjukkan bahawa kekasaran itu terjadi di luar daerah, tetapi Wolfgang Stark, tetap bertegas pada keputusannya. Kali ini tidak buat penyokong Partizan untuk meraikan jaringan gol, apabila Fabianski kini sangat-sangat bersedia meneka ke kanan menghalang sepakan penalti Cleo.

Adeh! kan dah jatuh: Gibbs menjatuhkan pihak lawan di kotak penalti, jawabnya sepakan penalti la

Jadi, apa yang kita pelajari dari perlawanan di Stadion FK Partizan ini? Jack Wilshere sekali lagi, hebat, sementara Marouane Chamakh satu pembelian yang sangat berbaloi, memainkan peranan yang ditinggalkan Robin van Persie dengan baik, lagi pulak kakinya cukup keras dan kuat tak seperti van Persie - ini yang paling aku suka! Fabianski benar-benar berjaya menutupi dirinya dari di'kambing hitam'kan apabila menampilkan aksi yang penuh konfiden, tiada lagi mimik-mimik muka gelabahnya - konsisiten huh! Jangan satu hari hero esok lusa jadi zero! Kita tidak banyak masa sebelum berkunjung ke Stamford Bridge, perlu sedikit suntikan di benteng pertahanan dapat diselesaikan dengan kembalinya Thomas Vermaelen (tapi belum ada berita lagi Vermaelen bersedia untuk diturunkan ketika lawan Chelsea?) Apakah kita cukup belajar selepas melalui musim baru ini? Kesebelasan bagaimana dan corak pola apa yang bakal diguna pakai Wenger pada perlawanan penting ke Stamford Bridge pada hari minggu nanti.

Highlights setiap gol di Stadion FK Partizan. Enjoy!

Gol 1


Gol 1 - 1


Gol 1 - 2


Gol 1 - 3

Tuesday, September 28, 2010

Preview Match | Bangkit Kembali, Partikan Partizan


Preview Match | Partizan Belgrade vs Arsenal, Champions League Group Matchday 2

Stadium FK Partizan, Belgrade
Selasa, 28 September 2010

* Pengadil Perlawanan: Wolfgang Stark (Jerman)
* Pertemuan kedua pasukan: Tiada, ini adalah merupakan pertemuan kali pertama buat kedua pasukan
* Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M-S-K
* Prestasi terkini Partizan: M-M-M-M-M-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Predict Line-Up Arsenal


Kecederaan: Diaby (kecergasan rendah), Almunia (siku), Fabregas (hamstring), Vermaelen (Achilles), Walcott (pergelangan kaki), Van Persie (pergelangan kaki), Bendtner (pangkal paha), Ramsey (kaki patah), Frimpong (lutut)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Berita terbesar dalam kem Arsenal menjelang pertembungan ini adalah kecederaan siku yang menimpa oleh Manuel Almunia selepas hari Sabtu lalu. Tidak dinyatakan berapa lama Almunia akan kembali - tampaknya kita akan terus terpaksa rela samada mahu tidak mahu bergantung harap dengan kepercayaan tinggi Wenger yang gemar memilih Lukasz Fabianski.

  • Kieran Gibbs kembali ke pangkuan skuad setelah mengalami cedera kaki ketika menang di kempen Piala Carling, aku mengharapkan Gibbs akan diberikan kesempatan untuk bermain hari ini, bagi merehatkan Clichy untuk persediaan menentang Chelsea.

  • Abou Diaby diragukan tahap kecergasannya apabila dilihat benar-benar tidak mampu untuk memperagakan aksi baiknya seperti sebelum dia mengalami kecederaan pergelangan kaki.

  • Berita yang enak didengarkan dari kem perubatan Arsenal, Ada "sedikit harapan" untuk Fabregas dipersiapkan bagi kunjungan ke Stamford Bridge hari Ahad ini.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Partizan Belgrade

  • Partizan layak ke babak kumpulan ini selepas melepasi dua perlawanan peringkat awal, termasuk apenentuan sepakan penalti ketika melawan kelab dari Belgium, Anderlecht.

  • Partizan telah tewas dalam perlawan pertama di peringkat ini di Shakhtar Donetsk, 1-0.

  • Mereka dipimpin striker Brazil, Cleo dan Stefan Savic di tunjang belakang mereka.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Partizan kali terakhir bertemu kelab Inggeris di St James 'Park, menundukkan Newcastle United keluar di babak kelayakan pusingan ketiga pada tahun 2003/04 melalui penentuan sepakan penalti.

  • Arsenal tidak pernah mengalahkan mana-mana kelab dari Serbia di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Wolfgang Stark

  • Pengadil adalah Wolfgang Stark dari Jerman.

  • Terakhir kali Stark mengendalikan perlawanan Arsenal ialah ketika, Lionel Messi mengamuk mencetak 4 gol bagi menyinggkirkan Arsenal di Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

  • Stark juga ada mengendalikan perlawanan Arsenal ketika menang 3-0 ke atas Villarreal di pusingan ke 2 suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009.

  • Stark juga mengendalikan tiga perlawanan di Piala Dunia Afrika Selatan.

  • Sekitar keputusan dan perlawanan lain yang melibatkan kelab di EPL

  • Selasa: Chelsea v. Marseille, Stamford Bridge, London

  • Rabu: Tottenham Hotspur v. Twente Enschede; White Hart Lane, London

  • Rabu: Valencia Manchester United v.; Valencia Stadium Mestalla,

  • Fabianski News | Lagi-Lagi Peluang Membuktikan diri buat Fabianski, PenCinta Arsenal pula sentiasa dihantui..Ohh! Tidak!


    Lagi Fabianski dapat Peluang Lagi dan Lagi, PenCinta Arsenal pula sentiasa dihantui..Ohh! Tidak


    "Adakah ia secara kebetulan" - Selepas aksi 'lunyai' dari Manuel Almunia ketika tewas mengejut di tangan West Brom, Kemudian terkeluar berita kecederaan yang menimpa keeper utama Arsenal itu, Ini seterusnya membuka ruang kesempatan yang tidak terhingga, sekali lagi kepada Fabianski untuk membuktikan dirinya. Sudah berapa kali mau bukti daaa! Aduyai! Aku dah tak sanggup dah ini. Keeper kelahiran Poland ini dijangkakan akan menjadi keeper utama ketika saat Arsenal bermain di Serbia menentang Partizan Belgrade (Rabu ini)

    Fabianski yang kini berusia 25 tahun, memang diakui mempunyai tahap kepercayaan diri sendiri yang sangat-sangat tinggi, begitulah juga tahap ketidakpercayaan dan keraguan PenCinta Arsenal di seluruh dunia juga sangat-sangat lah tinggi, Aksi terakhir yang dipertontonkannya ketika bersama Arsenal di Liga Champions ketika menghadapi Porto, dimana dia gugup dan jelas nampak kurang pengalaman untuk mengawal situasi diri dalam kancah yang lebih tinggi sehingga mengakibatkan Arsenal dibolosi dua gol mudah di kandang Porto.

    Demikian juga kesinambungan aksi longlainya berterusan apabila tidak cukup menyakinkan ketika menghadapi Wigan dan Blackburn di musim lalu dan aksi terakhirnya juga tidak mampu meletakkannya sebagai keeper utama masa depan Arsenal untuk mengisi slot No.1, Fabianski ketika menghadapi Tottenham beberapa minggu lalu dilihat tidak mampu menonjol aksi keeper berkelas dunia selepas gagal mengetis tendangan dari Robbie Keane - Dan membuat banyak orang khuatir.

    Tapi sang manager, Arsene Wenger terus mencuba 'menegakkan benang yang basah kuyup', apabila terus untuk membela keeper dalam simpanannya itu dengan mengatakan:

    "Posisi keeper sering menjadi bahan untuk melepaskan kekecewaan apabila berlaku sesuatu kekalahan, mereka [keeper] amat mudah dijadikan sebagai kambing hitam."

    "Walaupun banyak pihak yang berterusan mengatakan dia (Almunia) yang bersalah atas gol kedua (ketika lawan WBA), kita sebenarnya harus mempertanggungjawabkan kekalahan dibahu satu pasukan. Kita raikan kemenangan bersama dan menanggung kekalahan juga mesti bersama."

    "Saya tidak punyai masalah dengan Fabianski, hanya kalian (media) yang mempunyainya. Dia membuat kesalahan ketika melawan Porto, tapi dia akan dapat memperlihatkan kemampuan sebenarnya bahawa dia masih belajar dari kesalahannya."
    Bagi aku! kenapa tidak diberikan peluang kepada keeper ke-3 dan ke-4 (Vito Mannone & Wojciech Szczesny) kita kalau benar ingin memberikan mereka pengajaran, kalau Wenger berani mengambil risiko menerima hakikat berkemungkinan akan ada kesilapan dan kegugupan dari Fabianski, apa kata berikan peluang yang sama rata pada mereka yang lain.

    "Untuk Fabiansi ini akan menjadi satu kesempatan besar untuknya lagi. Sebagai manager anda harus bersedia memberikan kesempatan kepada pemain yang memiliki kemampuan yang bagus dan saya percaya dengan kemampuannya. Dia mendapat kesempatan kembali untuk membuktikan betapa bagusnya dia. Saya mahu dia segera membuktinya"

    Fabianski juga dijangkakan tidak hanya akan tampil di Liga Juara-Juara Eropah nanti, tapi dengan kecederaan siku tangan yang dialami Almunia, ada kemungkinan besar keeper kedua Arsenal ini akan terus diberikan kepercayaan besar untuk diturunkan ketika Arsenal mengunjungi Stamford Bridge pada hari minggu berikutnya (3 Oktober 2010) - Arghh! Aku makin gelabah dan goyang jika Silapski ini diturunkan di Stamford Bridge! Biarpun ada dua Vermaelen mengawal pertahanan tengah Arsenal...huhuh!

    Match Report | Kabinet Tropi di Stadium Emirates Untuk Dijual...Geram Siot!!!

    Arsenal 2 : 3 West Bromwich Albion
    Samir Nasri ('75) & ('91) : Peter Odemwingie ('51), Gonzalo Jara ('52), Jerome Thomas ('73)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Michael Oliver



    Match Report | Arsenal vs West Brom, English Premier League Pusingan ke-6


    "Sukar untuk diterima hakikat tetapi mudah untuk dijelaskan, gagal mempamerkan satu persembahan yang baik dan sebab itu kita kalah" - Arsenal bakal berdepan satu tugas sukar pada Pusingan 7 di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berkunjung ke Stamford Bridge untuk bertemu pendahulu liga, Chelsea selepas selesai tugas di Partizan Belgrade dalam kempen Liga-Liga Juara UEFA.

    Pergh! Lama masa untuk aku menulis match report kali ini, al-maklumlah kalah; kira macam aku tak dapat menerima kenyataan lah ini...huhu! Tapi sebenarnya aku terimpak maksima dengan bergelumang noda dek kerja sepenuh masa diluar maya ini...seriyes! Sambil menulis report ini, air mata, air hidung, air kencing dan segala air yang aku ada berlinangan habis keluar membasahi anggota tubuhku! huhuh! Tensen siot! dikala kalkulator melekat ditangan aku sedang berkira; kita sedang berpeluang untuk rapat menghimpit Chelsea dipersada liga dengan mereka mengalami kekalahan ditangan kelab Manchester 'Jutawan kaya Arab' City.

    Sokongan Tak Cukup, Musti Nak Kena Main Jugak:Trio pemain Arsenal yang mengalami kecederaan hadir memberi sokongan kepada teman sepasukan di Emirates iaitu Vermaelen, Fabregas dan Gibbs


    Diatas kertas sebelum perlawanan di Emirates, Arsenal dilihat sangat mengerikan dan 'mengetarkan kepala lutut' pihak lawan; benar-benar pasti untuk keluar sebagai sang pemenang. Ini adalah jenis perlawanan yang seharusnya menang jika kita menyimpan hasrat untuk menuntut gelaran Liga Perdana Inggeris. Ya! mungkin ada yang mengatakan kita masih ada 32 perlawanan lagi untuk bermain di musim yang panjang ini. Ini barulah di bulan September. Kekalahan dalam satu perlawanan tidak membuat kita adalah sebuah pasukan yang buruk. Tapi taknak la kalah awal sangat camni! Walau bagaimanapun semua harapan untuk mengecap kejuaraan masih tidak hilang. Namun. pada hari yang sama, kita dapat menyaksikan bagaimana Chelsea gagal dalam ujian sebenar pertamanya musim ini apabila tewas untuk kali pertama selepas megah dan ego dengan reputasi jaringan gol hebat mereka meratah pasukan yang mereka temui, Manchester United pula tampak lemau lagi selepas hanya mampu seri dalam pertemuan terbaru mereka dah mengharapkan ehsan gol terakhir dari Michael Owen, dan Tottenham Hotspur tewas untuk kali kedua dan sekarang mereka tahu bagaimana sukarnya untuk konsisten dalam 2 kejohanan besar! Cakap jangan besar lain kali...huhuh!

    Kredit buat The Baggies, Mereka datang ke Emirates, bermain bola sepak dengan baik, tidak mengenakan taktik yang jelek untuk dilihat, dan mereka benar-benar mendominasi sebahagian besar perlawanan. Top Class, West Brom. Aku bagi A+...Cemerlang mereka!

    Tahniah buat Bos West Brom Roberto Di Matteo yang juga merupakan bekas pemain Chelsea kerana berjaya membawa West Brom merasai pengalaman penuh indah untuk membawa pulang 3 mata dari Emirates, Di Matteo dipetik berkata mengenai kemenangan yang dikecapi anak buahnya terhadap Arsenal:

    “We got a hammering at Chelsea and it wasn’t a pretty week after that, but we’ve learned,”

    “We’ve cut out those mistakes and that gives us a chance to stay in a game and win things.

    “We go into games believing we can win. It was the way we won, we were not lucky. We played some tremendous football and defended well too.

    “I would say we deserved it, the way we played, the way we created chances, scored goals and played very well.

    “We pressed them very high, we pressed them all over the pitch. We managed not to let them play their usual way and, when we had the ball, we passed it very well and created chances ourselves.”

    Ada beberapa perubahan dalam kesebelasan utama yang diturunkan, dengan Cesc Fabregas terus direhatkan kerana terluka dan Jack Wilshere diletakkan di bangku simpanan untuk berehat; Emmanuel Eboue yang diragui kecergasannya mendapat tempat untuk melengkapkan slot di lini tengah dan Abou Diaby yang baru kembali dari cedera pergelangan kaki ketika perlawanan dengan Bolton juga diberikan kesempatan sama. Ia perjudian yang jarang sekali digunakan Wenger untuk menurunkan bintangnya yang baru pulih dari kecederaan. Ternyata perjudiaannya membakar diri dan membuatkan aku juga terbakar rentung, apabila kedua-dua pemain tersebut gagal mencapai tahap sebenar mereka yang diharapkan.

    Arsenal ketika bermula tampaknya lebih mengancam apabila awal-awal nyaris mencetak gol pertama ketika tendangan Andrei Arshavin menghentam tiang selepas menerima hantaran silang Eboue. Tetapi dilihat dari peringkat awal, nampak jelas bahawa ini bukanlah hari Arsenal. Trademark kita tidak ada disitu! Penguasaan kita tidak nampak tajam dan kadang-kala nampak seperti hilang sesuatu! Kita seperti kehilangan nakhoda yang memacu enjin untuk digerakkan, hampir tidak ada nilai kreativiti untuk 70 minit pertama perlawanan, dan pemain Arsenal dilihat seperti mereka hanya tersekat dengan sesuatu gerakan!

    West Brom mempunyai kesempatan terhidang untuk mendahului 1-0 sebelum babak pertama ketika dihadiahkan sepakan penalti; selepas Manuel Almunia dikesankan menjatuhkan Peter Odemwingie di dalam kotak penalti. Sayang! The Baggies tidak memanfaatkan peluang yang diberikan pengadil Michael Oliver, "Ku sangka langit yang cerah itu, takkan hujan sampai ke petang", Almunia muncul 'wira sebelum bencana' meneka dengan tepat tuju bola yang diarahkan Chris Brunt.

    Rasa sayang aku pada Almunia tika ini; huhu! Waktu Almunia menyelamatkan sepakan penalti Chris Brunt


    Tetapi dengan prestasi Arsenal di babak pertama yang tampak hina-miskin, Albion mula mebeduk diawal pertama lima minit selepas rehat. Jerome Thomas (bekas Arsenal) memperdayakan Bacary Sagna pada sisi garisan, kemudian mencari ruang dan terus melorong melepasi empat pemain Arsenal yang terjerat gagal mengesan kehadiran Odemwingie, yang tidak dikawal kemas; seharusnya dia dibawah jagaan Song. Mudah Odemwingie menjulur kaki dan memberikan pasukan pelawat mengejutkan PenCinta Arsenal di Emirates.

    Kemudian, Arsenal mulai alami detik yang semakin memburuk dua minit kemudian. Sedikit 'back heel' yang mengelirukan Song. Gonzalo Jara mengutip bola dan mara meluru terus ke arah gol dengan mudah menembusi kubu Arsenal dan diberi kebebasan yang luas untuk melancarkan rembatan. Itu bukan bukanlah satu rembatan yang cukup rumit untuk dipatahkan, tetapi melencong dari Almunia dan masuk ke gawang. Satu kesalahan besar mutlak buat Almunia juga terburuk. - Buwekkkk!!!!

    Ketinggalan 2-0, situasi mulai gelabah! Jack Wilshere dan Tomas Rosicky datang untuk menggantikan Eboue dan Diaby, tidak cukup setakat itu, Wenger kemudian memasukkan Carlos Vela bagi tujuan untuk menambahkan sengat menyerang dengan Laurent Koscielny ditarik keluar, dan Song diturunkan ke ke bawah lagi untuk mengawal barisan pertahanan. Ternyata percaturan Wenger itu tidak berhasil beberapa minit kemudian Thomas berjaya mencuri gol untuk West Brom kukuh mendahului tiga gol berbalas kosong. Gol berpunca setelah Almunia keluar dari kubunya untuk mencabar Brunt, ternyata pilihan Almunia kurang bijak dan tepat (masihkah kau ingat - ketika Ibrahimovic mencetak gol untuk Barcelona di suku akhir pertama Liga-Liga Juara UEFA tahun lepas), kemudian Brunt penuh tenang melorong tepat ke arah Thomas, yang selesa untuk melakukan tembakan ke sasaran dengan mudah Almunia di tewaskan setelah gawang dibiarkan tidak bertuan.

    Seronok sangat: Jerome Thomas meraikan jaringan bersama rakan West Bromwich Albion yang juga merupakan gol kemenangan mereka ke atas Arsenal


    Arsenal hilang arah (kecuali hanya Samir Nasri yang aku kagumi! prestasi hebatnya tenggelam akibat kekalahan ini) Nasri berusaha untuk membuat jaringan, dua golnya selanjutnya sedikit kurang memalukan Arsenal di atas kertas. Dua minit selepas gol Thomas, Nasri mula membuka akaun gol bagi meningkatkan semangat rakan sepasukan, apabila berjaya masuk ke dalam kotak penalti West Brom sebelum melepaskan rembatan daripada jarak enam meter walaupun ruang cuba ditutupi oleh sekitar empat pemain West Brom. Ketika pengadil keempat menunjukkan 5 minit tambahan masa kecederaan, Nasri muncul lagi memberikan sinaran harapan apabila menambah gol kedua Arsenal pada minit ke-91, dengan sisa-sisa baki permainan. Arsenal tidak berputus asa mengali gol penyamaan. Segala rencana dan serangan bertali arus di tempoh sisa itu gol penyamaan yang diinginkan gagal ditemui sehinggalah wisel penamat dibunyikan.

    Cemerlang: Gol kedua Samir Nasir yang masih gagal untuk menyekat West Brom keluar dari Emirates sebagai Sang Pemenang


    Nasri musim ini nampak garang dan tajam memburu gol! Almunia mula kembali 'mengerikan dan menakutkan' hidup PenCinta Arsenal di Malaysia dan seluruh dunia. Song kehilangan rentak, tidak berperanan seperti biasa, mungkin tidak keterlaluan aku mengatakan ini antara salah satu permainan terburuknya dalam sekitar dua tahun terkini (mungkin terencat pertumbuhan setelah ragu-ragu untuk mencabar dengan cara biasa setelah digantung satu perlawanan minggu lalu.) Diaby tidak konsisiten - prestasi yo-yo!. Sementara lain-lain pemain kelihatan biasa-biasa saja.

    Sekarang, mari kita berdoa dan mengharapkan kepulangan Kapitan Fabregas dan Vermaelen cukup cergas untuk Chelsea minggu depan.

    Full highlights...Enjoy! Larat ker nak Enjoy! huhuhu

    Friday, September 24, 2010

    Preview Match | Brom! Brom! Brommmm!!...Rapati Chelsea


    Preview Match | Arsenal vs West Brom, English Premier League

    Emirates Stadium, London
    Sabtu, 25 September 2010

    * Pengadil Perlawanan
    : Michael Oliver
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 0 West Brom (16 Ogos 2008)
    * Pertemuan kedua pasukan: 61 kemenangan berpihak Arsenal, 35 kemenangan berpihak West Brom, 28 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M-S
    * Prestasi terkini West Brom: K-K-K-S-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas



    >Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Suasana berita kecederaan mula rancak di kem Arsenal! nampaknya senarai sudah mula panjang.

  • Abou Diaby dijangka cergas untuk diturun malam ini, Tapi, jangan mengharapkan ia akan memulakan aksi; seperti yang kita kenal! Arsene Wenger jarang sekali untuk melemparkan pemainnya yang baru kembali dari kecederaan untuk turun sebagai kesebelasan utama.

  • Cesc Fabregas (hamstring) dan Thomas Vermaelen (Achilles) masing-masing akan kehilangan sekurang-kurangnya dua perlawanan lebih (Sabtu dan Selasa di Partizan Belgrade.), Apa jadi dengan Vermaelen ini, Harap unit perubatan Arsenal sila pemantauan rapi pemulihan/kecederaannya! Musim kita masih panjang ini!Kita tidak mahu Vermelen ini akan menuruti pemain-pemain lain yang rapuh kaki, mudah cedera seperti Rosicky, RvP, Djourou dan beberapa lagi....Minta dijauhkan bencana sebegini! huhuh!

  • Khabar baik tentang kecederaan kaki yang menimpa Kieran Gibbs selepas perlawanan selasa lepas, adalah tidak mengusarkan apabila ia disahkan ia tidak melibatkan patah tulang metatarsal, seperti kecederaan yang dialaminya pada musim lalu, ia hanya diklasifikasikan kecederaan "jangka pendek." -Syukur!

  • Tomas Rosicky (pergelangan kaki) dan Emmanuel Eboue (lutut) disahkan dalam ujian kecergasan. Pastinya tidak akan turun menentang West Brom.

  • Khabar kecederaan pada senarai sebelum ini melibatkan pemain tetap sama: Pertengahan Oktober untuk Walcott, van Persie, dan Bendtner, mungkin November untuk Ramsey, sementara bisik-bisik kedengaran bahawa pemulihan ligament Frimpong dijangka lebih pantas dari dijadualkan sebelum ini.

  • Arsenal ketika ini tidak terkalah lagi dalam perlawanan kompetitif musim ini (juga tidak terkalah pada perlawanan tidak kompetitif, satu perkembangan baik setakat ini, harap ia berterusan. Yeah!)



  • Info Terkini Disebalik Tabir West Brom

  • West Brom mendapatkan semula trio pemain yang akan kembali dari kecederaan: Ismail Miller (paha), Marek Cech (kaki), dan Joe Mattock (pergelangan kaki)

  • James Morrison pula akan kembali dari pergantungan tiga perlawanan.

  • The Baggies telah kalah 6-0 di Chelsea dan 1-0 di Liverpool.

  • West Brom tidak terkalah dalam tiga perlawanan terakhir. Mereka berjaya mengikat Spurs 1-1, mengalahkan Birmingham City 3-1, dan menewaskan Manchester City di Piala Carling 2-1 pada hari Rabu lepas.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal menang dalam tiga pertembungan terakhir mereka ke atas West Bromwich Albion di Premier League. West Brom 1-3 Arsenal (03/03/2009), Arsenal 1-0 West Brom (16/08/2008) dan Arsenal 3-1 West Brom (15/04/2006).

  • Arsenal mengalahkan Baggies di Emirates 2-0 di babak ketiga Piala Carling musim lalu.

  • The Baggies kali terakhir mengalahkan Arsenal pada 15 Oktober 2005, 2-1 di The Hawthorns. (kita harus terus memperpanjangkan lagi rekod ini..huhuhu! - Wajib)



  • Info menarik pengadil perlawanan, Michael Oliver.

  • Referee adalah Michael Oliver.

  • Ini adalah merupakan penampilan ketiganya di Liga Premier secara rasmi dalam kerjayanya. Oliver tidak pernah mempunyai sejarah peribadi mengendalikan perlawanan melibatkan Arsenal.

  • Musim lalu, Oliver pernah mengendalikan dua perlawanan melibatkan West Brom di Championship. West Brom menang 4-1 atas Bristol City dan seri 1-1 dengan Barnsley.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Manchester City v. Chelsea, City of Manchester Stadium, Manchester
  • <--- diklasifikan 'Perlawanan Tumpuan'
  • Sabtu: Birmingham City v. Wigan Athletic; Birmingham St Andrew's,

  • Sabtu: Blackpool Blackburn Rovers v.; Jalan Bloomfield, Blackpool

  • Sabtu: Fulham v. Everton, Craven Cottage, London

  • Sabtu: Sunderland v. Liverpool, Anfield, Liverpool

  • Sabtu: West Ham United v. Tottenham Hotspur, Boleyn Ground, London

  • Ahad: Bolton Wanderers Manchester United v.; Stadium Reebok, Bolton

  • Ahad: Wolverhampton Wanderers Aston Villa v.; Molineux, Wolverhampton

  • Ahad: Newcastle United v. Stoke City; St James 'Park, Newcastle upon Tyne

  • Thursday, September 23, 2010

    Match Report | Harry Redknapp vs Pembantu Wenger, Itu pun Tak Terlawan

    Tottenham Hotspur 1 : 4 Arsenal
    Robbie Keane ('49) : Henri Lansbury ('15), Samir Nasri ('92) & ('96), Andrei Arshavin ('105)
    Vanue: Stadium White Hart Lane
    Referee: Lee Probert



    Match Report | Tottenham Hotspur vs Arsenal, Carling Cup; Pusingan ke-3

    Arsenal berjaya melakarkan tiga gol dalam masa tambahan kecederaan untuk menguburkan Spurs seterusnya mematikan langkah Spurs dalam Kempen Piala Carling ini.

    Samir Nasri menuai dua gol hasil dari dua penalti dan satu gol dari Andrei Arshavin selepas perlawanan terikat selesai 1-1 dalam tempoh 90 minit.

    Huh! Stadium Bajet Murah: Apa ni line tepon pun payah nak dapat, Wifi Takde, 3G Pun Takde! huh, Wenger merungut!

    Henri Lansbury berjaya melakukan gol pertamanya buat Arsenal sepanjang karier profesionalnya di Arsenal dalam peringkat tertinggi ini meletakkan Arsenal memimpin perlawanan sebelum Robbie Keane masuk dan menyamakan kedudukan selepas berehat.

    Woi! Dengar: Ayah korang, Wenger sukar dapat isyarat telefon di White Hart Lane ini, Jadi aku jer yang bagi arahan taw, begitulah kata-kata Pat Rice.

    Tapi tuan rumah yang gemar 'bercakap besar' diketuai Harry Redknapp harus segera bermuhasabah diri dan menelah kata-kata 'tak sedar dirinya itu' selepas dilihat gagal untuk menyaingi Arsenal. Sudah jelas "kita berada dalam dua dunia yang berbeza", Jadi cubalah berpijak di bumi yang nyata duhai Redknapp.

    Baru bermula 11 minit, Arsenal sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti ketika Benoit Asso-Ekkoto jelas nampak menyenggol Lansbury. Tapi permintaan Lansbury serta rakan-rakan tidak diendahkan pengadil perlawanan, Lee Probert - Ia tidak memakan masa yang lama, kalau sudah termaktub disitu resekinya (jaringan gol), anak muda itu Lansbury tidak berputus harap, kerja kerasnya berhasil apa hasil umpanan kerja Jack Wilshere - Lansbury menemui sasaran gol

    Pavlyuchenko kemudian hampir melatakkan Spurs mengikat kedudukan, malangnya bola tendangnya tersasar dan tidak bersarang ke dalam gawang Arsenal.

    Harry Redknapp mengerah kepala tuanya, akhirnya mengambil keputusan memasukkan Keane dsn Lennon di babak kedua - nyata percaturannya membuahkan hasil.

    Kejutan: Wenger langgar 'pantang' apabila memasukkan dua tonggak pasukan utama; Marouane Chamakh & Andrei Arshavin.


    Keane yang secara jelas kalau dilihat dari siaran ulang tayang berada dalam kedudukan offsaid, tetapi pembantu pengadil merelakan offsaid itu, sementara Fabianski jelas-jelas lemah untuk melakukan sesuatu yang setaraf keeper berkelas dunia seperti "apa yang selalu dia gemburkan bahawa dirinya cukup hebat sebagai keeper yang layak menyarung jersi No.1 Arsenal" - Aduyai! Silapski tidak salah untuk kau berkonfiden diri melambung sehingga ke langkat ke tujuh, ia baik bagi memupuk diri kita supaya cukup kental dan percayai diri sendiri, tapi laksanakan lah dengan perbuatan dan tindakan...bukan cakap cam tin kosong!

    Selepas kedua pasukan masih buntu untuk menemui sasaran gol sehingga 90 minit perlawanan, maka tambahan masa menjadi penentu untuk mencari pemenang bagi meneruskan langkah ke peringkat seterusnya.

    Kiri Satu Kanan Satu: Kedudukan sepakan penalti ke arah gol yang disudahkan sempurna Samir Nasri.

    Sebastien Bassong dan Steven Caulker keduanya pastinya tidak dapat memaafkan kesalahan mereka yang membawa kepada punca Spurs 'karam' dan dimalukan di White Hart Lane kerana menghadiahkan Arsenal dua sepakan penalti dalam masa 6 minit masa tambahan berlangsung, Nasri ternyata tidak menghadapai kesukaran besar untuk menewaskan keeper Spurs Stipe Pletikosa dalam kedua-dua sepakan penalti yang diambilnya. Andrei Arshavin kemudian meletakkan Arsenal terus kukuh dengan jaringan keempat meletakkan The Gunners di sisi gembira dan senyum girang balik ke Emirates. - Ini adalah kemenangan terbesar Arsenal di White Hart Lane sejak 32 tahun lalu.

    Sedutan Highlights : Sini

    Transfer Rumours | "Bawalah aku...bawalah aku" - Vertonghen

    Jan Vertonghen sedang berbaris ke Arsenal pada jendela pemindahan pemain bulan Januari

    Aik! lambat lagilah, dah ada khabar angin pasal jendela perpindahan pemain bulan Januari nanti, layannnnnn.........

    Bos Arsenal Arsene Wenger mempertimbangkan membuat tawaran untuk membawa masuk bekas rakan sepasukan Thomas Vermaelen di Ajax juga rakan seibu pertiwi Belgium, bek Jan Vertonghen pada tertingkap perpindahan pemain yang bakal dibuka pada bulan Januari nanti.

    Setelah kemaruk terkesan dengan betapa cepatnya Vermaelen beradaptasi di Liga Inggeris dan pantas muncul selaku pilihan pertama bek tengah Wenger di Arsenal, tetiba dalam seminggu dua ini dilaporkan Wenger 'mula memendam rasa' untuk mengandingkan sekali lagi kedua pemain ini di Stadium Emirates pula.

    Dilaporkan ketika ini juga Wenger sedang berkira-kira membuat penyelidikan terperinci terhadap Vertonghen untuk membawanya keluar dari kepompong Liga Belanda.

    Secara matematiknya, Arsenal masih belum melengkapkan sepenuhnya senarai di posisi bek tengah - mempunyai kekosongan slot selepas ketiadaan tiga veteran iaitu William Gallas, Sol Campbell dan Mikael Silvestre pada musim panas ini - dengan kedudukan 'uncang' yang tengah lebat, bos Arsenal ini dijangka akan kembali sekali lagi membawa 'rombongan meminang' ke Ajax pada jendela perpindahan yang akan dibuka kembali lebih kurang tiga bulan dari sekarang.

    Vertonghen, 23, dan Vermaelen, 25, membentuk gandingan sepusat yang cukup 'solid' di posisi tengah di Arena Amsterdam, Belgium dan Vertonghen juga dikatakan pernah meluahkan perasaan untuk di'jodohkan' kembali dalam satu pasukan.

    Sejak menyertai Arsenal musim panas lalu Vermaelen pantas melakukan impak dengan mutu persembahannya dengan segala kekuatannya, kemampuannya, mempunyai rasa dan cekap menghidu peluang menjaringkan jaringan - tujuh gol yang dikumpul di musim pertamanya di Premier League. Pergh! Memukau!

    Vertonghen juga dijangka memerlukan Gunners untuk mengeluarkan kos dalam sekitar £ 8 juta seperti ketika membawa Vermaelen.

    Namun, jika kesannya boleh membantu memperkasakan bahagian bek Arsenal dan memiliki kemampuan yang hampir seimbang seperti Vermaelen yang ketika ini baru pulih dari kecederaan Achilles - disamping mampu menutup masalah 'mudah cedera' yang dialami dalam pasukan Arsenal, harga tersebut boleh dikatakan 'apa la sangat!' kerana ianya berbaloi-baloi.

    Ayuh! kita lihat sendiri kelibat Vertonghen...anda nilaikan sendiri!

    Wednesday, September 22, 2010

    Vela News | Carlos Vela 'Nakal' Di Gantung 6 Bulan


    Penyerang muda Arsenal warga Mexico Carlos Vela telah digantung dari bermain untuk pasukan kebangsaan itu selama 6 bulan, setelah disabitkan kesalahan tatatertib mengadakan pesta selepas perlawanan ramah-tamah ketika meraikan kemenangan 1-0 mereka atas Colombia minggu lalu.

    Laman sesawang Mexican La Aficion sports melaporkan:

    Players last night denied they had paid vice girls - and insisted they had innocently hired a hotel ballroom for a celebration with family and friends after abandoning a planned night out due to security fears.

    Walaubagaimanapun, tiada lagi komen balas dari Vela mengenai hal ini.

    Sementara itu, Decio de Maria Serrano, Setiausaha Mexican FA, dipetik berkata:

    "We will carry out an evaluation and collect information.

    "Nobody is justifying (what happened), but nor should we make it bigger than it is. We are public personalities and must behave properly because there are people who will evaluate us and make judgements."

    Iskh! ko ni Vela tak senonoh tul, bulan-bulan baik ni buat kerja camni, ko tu kan public figure, tapi kalo kena banned ini pun ada bagusnya tak payah lah ko wakil negara ko dalam 6 bulan ini, Jadi mengurangkan risiko kecederaan, huhuhu! Tumpu kat Arsenal jerk! Patut lah malam semalam main takde jiwa....huhu!

    Carling Cup Highlights | Tottenham vs Arsenal

    Tottenham Hotspur 1-4 Arsenal - English Carling Cup

    Arsenal henyak Tottenham Hotspur 4-1 dalam kempen English Carling Cup pusingan ke-3. Enjoy! dulu highlights ni!

    Lansbury 15′ (0-1)


    Keane 49′ (1-1)


    Nasri 92′ (1-2)


    Nasri 96′ (1-3)


    Arshavin 105′ (1-4)

    Tuesday, September 21, 2010

    Preview Match | Ujian Pertama Spurs, Kasi Test Dengan Budak PLKN Arsenal

    Preview Match | Tottenham Hotspur vs Arsenal, Carling Cup; Pusingan ke-3

    White Hart Lane, London
    Selasa, 21 September 2010

    Ayoh! Mari PenCinta Arsenal di Malaysia berganding kita ke kedai mamak a.k.a mapley dan menjadikan malam ini sebagai bukti cinta kita buat Arsenal, anak muda remaja PLKN kita memerlukan sokongan kita...Gegarkan gerai mamak itu! huhuh!

    let’s sing our hearts out for Arsene and the lads.! Victory Through Harmony

    Sejarah Hebat Lampau:Liam Brady meraikan jaringannya dalam kemenangan 5-0 atas Tottenham di White Hart Lane - 1978

    * Pengadil Perlawanan: Lee Probert
    * Pertemuan terakhir: Tottenham 2-1 Arsenal; 14 April 2010
    * Pertemuan keseluruhan kedua pasukan : 68 kemenangan memihak Arsenal, 51 kemenangan memihak Tottenham , 44 berkedudukan seri
    * Pertemuan keseluruhan di Piala Liga: Arsenal memenangi 5, 3 kemenangan berpihak kepada Tottenham menang, 3 berkedudukan seri
    * Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M-S
    * Prestasi terkini Tottenham: S-M-K-S-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kenyataan kata rasmi mengenai kecederaan melibatkan Cesc Fabregas belum disahkan, tapi ia dilaporkan mengambil masa "2 minggu" dalam akaun Twitternya. Tidak juga pengesahan lanjut mengenai kebenaran autoriti kebenaran akaun Twitter itu kepunyaan Fabregas, tetapi kakaknya mem'follownya'. Dan berkemungkinan ianya benar kan...huhuh?

  • Alex Song, pula akan digantung satu perlawanan selepas menenrima dua kad kuning pada perlawanan Sabtu lepas.

  • Mem'predict'kan skuad Arsenal yang bakal diturunkan pada perlawanan ini amatlah sukar, kerana kebolehpercayaan dan polisi Arsene Wenger pada anak-anak muda remajanya untuk bermaindi Piala Carling. Bahkan kecederaan Arsenal bukan hanya terhenti pada pasukan utama sahaja, malah ia juga berjangkit pada pasukan mudanya yang pastinya Conor Henderson dan Havard Nortdveit tidak akan muncul dalam pertemuan ini.

  • Laporan menunjukkan berkemungkinan besar Wenger akan mempunyai kepercayaan untuk menurunkan tiga nama dalam kesebelasan utama berikut Jay Emmanuel-Thomas, Henri Lansbury, dan Craig Eastmond.

  • Ini bererti Lukasz Fabianski (aku ada perasaan goyang skit! ni..huhuh) akan diberikan kesempetan untuk mengawal gawang gol dan tidak untuk Wojciech Szczesny.

  • Ada kemungkinan juga beberapa pemain di bangku simpanan pasukan utama mendapatkan peluang untuk bermain termasuk Fabianski. Ini bermakna Johan Djourou juga hampir pasti diturnkan. Carlos Vela juga mungkin diturunkan bergandingan di depan dengan JET. Kieran Gibbs harus akan diturunkan, dan ada kemungkinan juga Emmanuel Eboue dan Denilson.

  • Dengan Thomas Vermaelen kembali cergas, Wenger pasti hanya mungkin menggunakan Sebastien Squillaci di pusat tengah pertahanan berpasangan dengan Djourou.

  • Aku mengharapkan satu pasukan yang bakal diturunkan Wenger nanti memiliki kekuatan mampu mengejutkan Tottenham.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Kita tidak pernah suka akan Tottenham dan Tottenham adalah musuh yang terus berperasaan setahap kita. Ohh! No..No..No! Kenapa lah diorang taknak declare diorang setahap Boocelona ker, Real Madrid ker...al-maklum la baru rembat player dari Real Madrid...huhuhu!

  • Kita perlu memusnahkan Totentham, dan menewaskan mereka dengan pasukan muda kita adalah satu kejayaan berganda buat kita. Ayuh!! Lakukan.

  • William Gallas diturunkan, dan itu kita tak peduli! Kita sudah ada rekrut baru Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Lee Probert.

  • Pengadil adalah Lee Probert.

  • Musim lalu, Probert betugas ketika mengendalikan Arsenal menang 3-1 atas Birmingham City di Emirates dan 0-0 ketika menentang Aston Villa di Villa Park.

  • Untuk Tottenham musim lalu, di bawah kendalian Probert, Spurs tewas 1-0 di laman sendiri ke atas Stoke City.
  • Monday, September 20, 2010

    Wenger News | Arsene Wenger Ber'Lapang Dada' Berdepan Kecederaan Fabregas & Tindakan Tatatertib FA


    Bagai "Sudah Jatuh Pehtu Terhimpap Kren", begitulah musibah yang menimpa Arsene Wenger tika ini yang sedang menantikan penuh debar bak 'menanti kelahiran anak sulung' hasil keputusan imbasan keatas kecederaan hamstring kapten kesayangannya Cesc Fabregas dan tindakan berbentuk bagaimana yang bakal dikenakan Football Association terhadapnya berikut tindak tanduknya di Sunderland tempoh hari.

    Arsenal ketika ini masih menunggu keputusan akhir scan pada Fabregas, yang disyaki menghadapi masalah hamstring selepas memberikan Arsenal mendahului unggul 1-0 dengan gol pertama 'anehnya' hasil kerjasama 'baik' dengan bek Sunderland Anton Ferdinand.

    Cesc Fabregas dikeluarkan segera Wenger selepas dilihat 'kakinya berjongkang-jongkit' ketika baru beraksi 29 minit bagi mengelakkan kecederaan yang lebih memburukkan.

    Dan Wenger bakal menghadapi kesulitan berganda seandai didapati bersalah oleh bahagian bertindak FA setelah ia dilihat bertindak 'sinis' menepuk atau boleh kita klasifikasi sebagai 'babab-babab sayang' pada bahagian bahu belakang pengadil rasmi keempat Martin Atkinson, refleks tidak langsung Wenger selepas Alex Song diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning ke-2.

    Wenger dilihatkan tidak hipokrit sekali lagi menunjukkan ketidakpuasan hatinyanya terhadap tindakan pengadil perlawanan Phil Dowd, dan Atkinson dijadikan 'kambing hitam' untuk melancarkan ketidakpusannya ketika Darren Bent menyamakan kedudukan di minit kelima masa kecederaan - selepas 'terang-terang' papan masa yang di tunjukkan Atkinson hanya empat minit baki tambahan masa yang diberikan.

    Samada tindakan bakal dikenakan terhadap Wenger terserahlah kepada FA tapi bagi Wenger sendiri ia mengakui kegagalan pasukannya meraih 3 mata penuh di Stadium of Light disumbangkan oleh kesilapan mereka sendiri yang gagal mematikan sisa-sisa perjuangan Sunderland lebih awal walaupun memiliki beberapa kesempatan yang mampu menghasilkan jaringan gol.

    Arsene Wenger dipetik berkata:

    ‘We had chances to kill the game but we didn’t do it. I believe the back four did well but we made a mistake on the goal.’

    Sunday, September 19, 2010

    Match Report | Dowd buat Onar, PenCinta Arsenal Tak Tidur Lena

    Sunderland 1 : 1 Arsenal
    Darrent Bent (90 +'5) : Cesc Fabregas ('13), Tomas Rosicky (pen miss '74)
    Vanue: Stadium of Light, Sunderland
    Referee: Phil Dowd


    Match Report | Sunderland 1 - 1 Arsenal : Barclays Premier League

    Nampaknya Arsenal terus dihantui mitos kucing hitam, apabila sekali lagi kucing hitam [Darrent Bent] terus meranapkan impian Arsenal untuk membawa pulang mata penuh dari Stadium of Light! Darren Bent sentiasa mempunyai nasib yang baik ketika bertemu Arsenal sejak tiga pertemuan di laman sendiri dan semalam ia berulang kembali apabila beliau berjaya menyamaratakan kedudukan seterusnya meletakkan Sunderland berkongsi 1-1 tatkala menentang 10 pemain Arsenal di Stadium of Light.

    Senarai pemain yang diturunkan kedua-dua pasukan semalam.

    Disamping itu, pihak yang dikecam [wenger] dan pihak yang mengecam [Sam Allardyce dan Owen Coyle], semuanya sepakat sehati sejiwa apabila memperolehi keputusan seimbang 1-1 untuk pasukan masing-masing semalam! Jadi tiada apa yang nak dicemburu dan didengkikan lagi...huhuu!

    Berbalik kepada perlawanan semalam, Meskipun Sunderland dikejutkan dengan jaringan awal The Gunners, selepas pengunjung menempa gol 'tidak diduga' untuk mendahului perlawanan berpunca dari clearance yang cuba dilakukan Anton Ferdinand disekat oleh Cesc Fabregas lalu bola melantun melingkar dari jarak 30-meter di atas kepala Simon Mignolet. - membuat Mignolet terpinga-pinga tanpa mampu melakukan apa-apa refleks!

    Asak: Jack Wislhere tidak hiraukan tubuh kecilnya ketika mengasak Danny Welbeck...Good job bro!

    Song dan Arshavin masing-masing gagal menemui sentuhan gol walaupun mempunyai peluang untuk menggandakan gol bagi mematikan langkah Sunderland yang semalam nampaknya lebih menguasai perlawanan, malang muncul tiba apabila dengan tidak semena-mena kapten Fabregas dilihat terhencot-hencot di tengah padang disyaki ia adalah masalah hamstring dan Bos Arsenal segera mengeluarkannya dengan memasukkan Tomas Rosicky.

    Statistik perlawanan selepas babak pertama memperlihatkan Sunderland lebih menguasai perlawanan

    Standard biasa apabila seseorang pemain itu mengalami kecederaan hamstring ia dijangkakan memerlukan dua atau tiga minggu untuk menyembuhkannya, jika hal ini benar-benar terjadi (ketika ini tidak ada pengesahan), kemungkinan Fabregas mampu untuk diturunkan ketika melawan Chelsea di Stamford Bridge pada hari Ahad 3 Oktober! timing yang tepat! tapi kalau lebih dari dua minggu...babai la!

    Gagal: Chamakh gagal melakukan placing ke atas Simon Mignolet! Tapi kalau Carlos Vela yang berada dalam situasi ini pasti lain ceritanya! huhu! Chamakh belajar dengan Vela okeh!

    Arsenal dilihat mula memperkemaskan pasukan yang lebih baik di babak kedua, namun tempahan kad kuning pertama Alex Song selepas perlanggaran di babak pertama terpaksa dibayar mahal apabila dia sekali mengumpulkan kad kuning ke-2 seterusnya membawa kepada kad merah selepas melakukan satu halangan terhadap Steed Malbranque. Melihatkan keadaan itu, Wenger lantas mengeluarkan Arshavin dan memasukkan Denilson untuk mengisi slot yang ditinggalkan Alex Song.

    Hadangan Alex Song ke atas Steed Malbranque yang membawa kepada kad kuning ke-2

    Ternyata ia percaturan yang berhasil baik, dengan Arsenal kekurangan seorang pemain dalam keseluruhan babak kedua, anak buah Wenger masih utuh terus mempertahankan kedudukan sedia ada dan masih mampu menyaingi lawan dan kegagalan mengambil kesempatan terbaik gagal dilaksanakan apabila pengadil perlawanan Dowd yang baik hati menghadiah sepakan penalti buat Arsenal selepas Ahmed Al Muhammadi menjatuhkan Samir Nasri di dalam kotak penalti, Tomas Rosicky yang diamanahkan, gagal apabila sepakannya melambung tinggi.

    Budi baik dari pengadil perlawanan Dowd berterusan dan terus pandai-pandai melewatkan perlawanan yang membawa kepada jaringan minit-minit akhir apabila kucing hitam [Bent] yang berada hampir di sudut gol melepaskan rembatan padu melepasi jangkau Manuel Almunia dan halangan Laurent Koscielny seterusnya menghancurkan hati PenCinta Arsenal dan Wenger.

    Gembira sakan: Pemain-pemain Sunderland mengerumuni kucing hitam [Bent] meraikan golnya bak menang Piala Dunia kekdahnya...huhu!

    Sementara itu, Arsene Wenger dijangka bakal menghadapi tindakan dari Football Association selepas dilihat mencetus ketidakpuasan hati dengan cuba menciut pengadil rasmi keempat Martin Atkinson selepas Arsenal dikecewakan selepas jaringan dramatik Bent disahkan di minit ke-95 malam tadi walaupun setelah Atkinson menunjukkan 'papan masa' tambahan minimum empat minit sahaja.

    Kau tengok jam aku ni cantik tak? begitulah sindiran Wenger! (agak aku lah), Wenger dilihat cuba main cocok dengan pengadil! Ala! takkan itu pun nak ngadu kat FA (gambar kecil)

    Arsene Wenger dipetik mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan itu menyebut:
    'I know it's a minimum of four minutes but nothing happened in those four minutes to justify them adding more,'
    'But there's nothing I can do.'
    Manakala Bos Sunderland Steve Bruce ketika mengulas mengenai tindakan Phil Dowd dipetik berkata:

    "We found it more difficult against 10 men but by the letter of the law Song had to go. I feel for Arsene, it's never easy to take when you concede so late on. I know how he feels.

    'The complaint is that we played 15 seconds over but to be fair to the referee we had to get the ball out of the stands for the corner, so the referee's well within his prerogative to play more. It's a minimum of four minutes. You have to play to the whistle.'
    Ok! Jom tengok highlight jaringan gol-gol di perlawanan semalam...



    Saturday, September 18, 2010

    PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Ferdinand Kagumi Wenger; Ikhlas Ekk!!!


    Disebalik kesepakatan rakan 'tag-team' dari Bos Bolton Sam Allardyce dan rakan sejawatnya Bos Bolton Owen Coyle menghentam Arsene Wenger beberapa minggu ini, tiba-tiba muncul kenyataan sebaliknya dari bek Sunderland Anton Ferdinand yang merupakan adik sekandung kepada Rio Ferdinand yang menyatakan kekagumannya terhadap bos Arsenal Arsene Wenger menjelang pertemuan Sabtu malam itu Barclays Premier League antara kedua-dua pasukan di Stadium of Light.

    Aku ada sikit keraguan aku terdapat Bos Bolton Owen Coyle ini? Adakah bidas-bidasan yang dibuatnya kebelakangan ini tak banyak tapi sikitlah berpunca Arsene Wenger tidak mahu melepaskan Jack Wilshere kepadanya secara pinjaman musim ini...huhu! Ini sebab bengang ker? huhu! bak kata bidalan bagai berjasa lepaskan buaya yang tersepit batang pokok, batang pokok kita alihkan, kita pulak yang nak digigitnya! ni kes tak kenang jasa ni (ada ker bidalan ni...huhu)

    Bos Arsenal itu jelas menjadi 'main target' untuk diamukkan di media oleh kedua Bos bunguk Bolton Sam Allardyce dan Bos bunguk Bolton Owen Coyle selepas Wenger menyuarakan kegusaran, ketakutan, keprihatinannya terhadap anak buahnya dengan corak permainan yang diperlakukan oleh pihak lawan. Al-maklumlah kita sedia maklum dengan sejarah hitam yang menimpa Arsenal setelah mengalami dua pengalaman ngeri patah kaki melibatkan Eduardo dan Ramsey. Sehingga Eduardo agak sukar untuk mengembalikan reputasi hebatnya didepan gol seperti sebelum beliau dipatahkan kaki, akhirnya Eduardo telah dilepaskan keluar berhijrah ke Shakhtar Donetsk. Maunya tidak fobia orang tua tu, baru-baru ini nasib sama telah menimpa pemain tengah Manchester United Antonio Valencia apabila diterjah oleh pemain Rangers dalam kempen UEFA Champion League.

    Namun, Ferdinand dan pasukannya pasti akan terus dikerah berusaha untuk mengekang bedilan The Gunners yang semakin menganas agar tidak dimalukan dengan jaringan besar di pertembungan malam ini.

    Ferdinand dipetik berkata: "Adapun Arsene Wenger, tidak ada sesiapa yang mampu mempersoalan apa yang telah dicapai di Arsenal kerana ia luar biasa.

    Adakah ini merupakan taktik memujuk Arsene Wenger untuk menyuntingnya....harap Ferdinand ikhlas dengan kenyataannya...huhu! Thanks bro!

    "Saya ada berbicara dengan beberapa teman di Arsenal, dan sepanjang yang saya tahu ketika berada di London, dan mereka tidak ada memperkatakan tentang yang tidak baik tentang dirinya [Wenger], samada tentang dia sebagai peribadi, cara dia sebagai pelatih, sebagai pengurus, dan semuanya.

    "Mereka tidak punyai kata yang buruk untuk mengatakan tentang dia [wenger].

    "Bagi saya, anda juga tidak punyai mandat untuk persoalkan Mr Wenger dan pemain yang dibeli, ia adalah cara dia melakukan bisnesnya.

    "Anda pasti mengimpikan dengan cara mereka bermain bola sepak. Mereka bermain bola sepak dengan cara bola sepak harus dimainkan.

    "Sekiranya anda berbicara dengan setiap pencinta atau penggemar bola sepak di England dan bertanya cara yang paling mereka berharap untuk bermain, dan aku yakin dan pasti sebahagian besarnya pasti akan berkata Arsenal kerana cara mereka bermain bola sepak, dan itu kredit buat Arsene Wenger."

    Ferdinand menambah: "anda harus mengagumi mereka [Arsenal]. anda juga harus mengatakan Arsene Wenger ini seorang yang bijak (genius), dengan cara dia melakukannya di Arsenal.

    "Dia tidak mempunyai dana [seperti tokey cetak duit Chelsea mahupun Manchester City] yang lain memiliki, tapi ia telah berjaya mengubah kelab dari Highbury ke Emirates - ini pasukan yang dianggotai anak muda hebat yang indah yang selalu hebat untuk ditonton....('hebat' tu aku tambah...huhuhu)

    "Hal yang besar adalah mereka tidak memenangi apa pun untuk empat atau lima musim terakhir ini - ini menunjukkan betapa sulitnya cabaran di Liga Premier, bila mana anda berada dalam satu liga yang juga ada pasukan seperti Chelsea dan Manchester United untuk dikalahkan."

    Darren Bent merupakan sesatunya penyerang tunggal di Stadium of Light musim lalu yang menjadi senjata Sunderland yang sudah cukup ampuh untuk memburu gol, dan Ferdinand serta rakan pasukannya berharap untuk mengulang kali ini. Ohhh...tidak! Ferdinand, Jangan sesekali kau harap pisang akan berbuah sekali lagi dipokok yang sama...huhu

    bek itu terus menambah: "Arsenal mempunyai detik yang sukar ketika mereka bertandang ke Stadium of Light dan kita harus memastikan bahawa detik sukar itu berterusan.

    "Tahun lalu, kami mempunyai keputusan yang besar terhadap mereka, tapi kali ini ia merupakan satu tahun yang berbeza dengan pasukan yang juga berbeza dari sebelumnya.

    "Kami dikedua belah pihak mempunyai pemain baru, pemain baru dalam pasukan, jadi ia akan menjadi satu permainan yang berbeza."

    Sunderland seperti diketahui umum akan menanti kunjungan The Gunners tanpa kelibat kapten Lee Cattermole dan bek Michael Turner akibat kecederaan, sementara John Mensah masih dalam keraguan untuk bermain.

    Preview Match | Hapuskan Takhyul Kucing Hitam


    Preview Match | Sunderland vs Arsenal, English Premier League

    Selesai sudah tugasan pertama di Champion League dengan penuh menenangkan hati...Semua PenCInta Arsenal pun gembira kan!, kita kita akan kembali mengalih semula tumpuan ke Liga domestik (EPL) dengan fokus untuk terus relevan mengejar kedudukan terbaik di carta liga dikala musim masih muda seperti dikatakan rakan kita TNZ..Kali ini kita akan ditemukan pasukan Sunderland yang dikenali 'Black Cats' a.k.a Kucing Hitam, Masihkah kau Ingat, kita pernah hampir mereng tak dapat terima akal apabila kehilangan mata di Stadium of Light musim lepas..uhuhu!

    Merujuk kepercayaan mitos a.k.a tahyul
    Apabila ada kucing hitam melintas di depan anda, hal itu bererti kesialan atau kecelakaan akan menimpa diri anda, untuk mencegahnya, anda harus segera meludah tepat saat anda menyedari kucing hitam itu melintas. Apabila ada kucing hitam yang hadir itu ke rumah anda dan berdiam di sana, maka hal itu adalah pertanda baik.

    Tak percaya: Cesc Fabregas dan rakan tertunduk selepas tewas 1-0 di Stadium of Light, gambar ihsan Daily Mail

    Jadi, sebagai langkah berhati-hati; haruslah anak-anak muda Wenger berwaspada dengan pesanan ini, memang ada sekor kucing hitam yang sangat marbahaya di Sunderland itu yang merujuk kepada Darren Bent...huhu! walaupun ada beberapa kucing hitam lain ini termasuk kucing hitam baru yang dibawa masuk Asamoah Gyan...huhu! Seandainya dia melintasi kotak penalti kita, segeralah meludahnya seandainya disedari...pastikan tidak dilihat refree bertugas...huhuh! tapi kalau si Bent itu hanya menunggul sahaja...itu petanda baik; maknanya dia takkan menjaringkan gol hari itu seperti apa yang dilakukannya ke kita musim lepas dan atas Manchester City baru-baru ini (29/08/2010)

    Stadium of Light, Sunderland
    Sabtu, 18 September 2010

    * Pengadil Perlawanan: Phil Dowd
    * Pertemuan terakhir: Sunderland 1 - 0 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 52 kemenangan berpihak Arsenal, 49 kemenangan berpihak Sunderland, 36 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M
    * Prestasi terkini Blackburn: S-K-M-S
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Predict barisan Arsenal di Stadium of Light

    Kecederaan: Vermaelen (Achilles), Diaby (pergelangan kaki / tulang kering), Walcott (pergelangan kaki), Bendtner (pangkal paha), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (kaki patah), Frimpong (lutut)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Abou Diaby dan Thomas Vermaelen (masing-masing mengalami kecederaan pergelangan kaki dan Achilles) akan absen pada perlawanan malam ini dan ada kemungkinan untuk layak dipermainkan pada minggu depan dalam Piala Carling, tapi kebiasaanya Carling Cup ini Wenger akan bagi peluang kepada pasukan simpanan untuk diberikan kesempatan bermain diperingkat tertinggi, jadi besar kemungkinan keduanya akan sihat cergas ketika melayan West Bromwich Albion.

  • Kecederaan yang menimpa Vermaelen akan memaksa Arsene Wenger hanya mempunyai Johan Djourou di bangku simpanan, walaupun Djourou tidak memiliki kecergasan 100% untuk bermain dalam pasukan utama.

  • Tetap "Pertengahan Oktober" untuk Theo Walcott, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner, "November" untuk Aaron Ramsey, dan "Mei" untuk Emmanuel Frimpong, yang pastinya akan terus melupakan untuk muncul musim ini akibat kecederaan pada Cruciate Knee Ligament.

  • Ini bermakna tidak akan ada banyak perubahan dalam skuad yang ditampil Wenger seperti perlawanan Rabu lalu ketika menentang SC Braga dan mungkin ada sedikit perubahan seandainya Wenger berhasrat merehatkan pemainnya.

  • Arsenal ketika ini tak terkalahkan dalam lima perlawanan kompetitif musim ini dan muncul pemenang dalam empat perlawanan, terpanjang mereka sejak menang tujuh perlawanan berturut-turut musim lalu bermula perlawanan dengan Standard Liege (16/09/09) sehingga Birmingham (17/10/09)

  • Dengan Chelsea hanya akan turun bermain pada hari Ahad, satu kemenangan Arsenal malam ini akan menempatkan The Gunners di puncak takhta liga, setidak-tidaknya bertahan selama 22 jam atau lebih....huhuh!



  • Info Terkini Disebalik Tabir SC Braga

  • The Black Cats akan tampil tanpa empat pemain akibat masalah kecederaan: Michael Turner (pergelangan kaki), Craig Gordon (lengan), sementara Fraizer Campbell dan David Meyler kecederaan jangka panjang dengan masing-masing kecederaan lutut.

  • Sunderland juga pasti akan beraksi tanpa kapten mereka, Lee Cattermole, selepas menerima pergantungan dua perlawanan akibat kad merah yang diterimanya pada perlawanan sabtu lepas ketika 1-1 menentang Wigan Athletic.

  • Bek John Mensah ada keraguan untuk diturunkan setelah dilaporkan mengambil kecederaan dalam latihan pada pagi Khamis.

  • Pada lima perlawanan kompetitif musim ini, Sunderland hanya tewas sekali sahaja ditangan West Bromwich Albion.

  • Sunderland masih tak terkalahkan di tiga perlawanan di laman sendiri tahun ini, termasuk kemenangan hasil penalti ketika membenamkan kelab kaya-raya Manchester City dan memenangi perlawanan di kempen Piala Carling menentang kelab di League One, Colchester United.

  • Terakhir Sunderland tewas di Stadium of Light adalah pada perlawanan akhir musim lalu, ketika tewas 1-0 kepada Manchester United.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal tidak menang pada pertembungan terakhir terkini mereka dalam dua kali ke Stadium of Light, tewas 1-0 (21/11/09) tahun lalu dan dipaksa 1-1 (04/10/08 ) tahun sebelumnya.

  • Musim lalu, Darren Bent menjaringkan gol pada minit ke-71 untuk memberikan 'Kucing Hitam' menang 1-0. Itu adalah perlawanan pertama Arsenal selepas kehilangan khidmat Robin van Persie akibat cedera selepas tugasan antarabangsa.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Phil Dowd.

  • Pengadil Phil Dowd (Staffordshire).

  • Musim lalu, Dowd mengendalikan perlawanan Arsenal ketika menang 3-0 atas Aston Villa dan menang 2-0 ke atas Bolton di Reebok.

  • Untuk Sunderland pula, Dowd mengendalikan perlawanan ketika mereka tewas dalam sepakan penalti selepas terikat 0-0 dalam Piala Carling ke atas Aston Villa, tewas 2-0 kepada Everton di Goodison Park (27/01/10), dan tewas 3-0 kepada Liverpool di Anfield (28/03/10).

  • Jadi, berdasarkan fakta yang anda lihat, Sunderland dilihat tidak berjaya mencetak sebarang gol dalam perlawanan yang dikendalikan oleh pengadil Dowd di musim lalu dan diharapkan statistik 'baik' Dowd ketika mengendalikan perlawanan melibatkan Sunderland ini berterusan...huhuu.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Stoke City v. West Ham United; Britannia Stadium, Stoke-on-Trent

  • Sabtu: Aston Villa v. Bolton Wanderers; Villa Park, Birmingham

  • Sabtu: Blackburn Rovers v. Fulham; Ewood Park, Blackburn

  • Sabtu: Everton v. Newcastle United; Goodison Park, Liverpool

  • Sabtu: Tottenham Hotspur v. Wolverhampton Wanderers; White Hart Lane, London

  • Sabtu: West Bromwich Albion v. Birmingham City; The Hawthorns, West Bromwich

  • Ahad: Manchester United v. Liverpool; Old Trafford, Manchester
  • <--- diklasifikan 'Perlawanan Tumpuan'
  • Ahad: Wigan Athletic v. Manchester City; DW Stadium, Wigan

  • Ahad: Chelsea v. Blackpool; Stamford Bridge, London

  • Related Posts with Thumbnails