Wednesday, September 1, 2010

Edisi Khas Pukal 'Deadline Clock' News | Nacer Barazite, Armand Traoré, Mark Schwarzer & Manuel Almunia

Pada 6pm waktu UK bersamaan 1pagi waktu Malaysia maka tetingkap pemindahan pemain kini ditutup.

Pada akhirnya, tampaknya tidak ada sebarang kejutan seperti yang sering dilakukan Wenger pada sesi pemindahan pemain sebelumnya.

Berbicara mengenai pengurus kita. Arsene Wenger, dia sering membawa masuk pemain secara diam-diam, melalui kenyataan ketika jendela pemindahan pemain masih terbuka "we’ve maybe not finished”. Namun beralih kepada kenyataan susulan “as it is today, it is finished” bagi mengelakkan PenCinta Arsenal terus berharap akan ada muka baru yang bakal dibwa masuk ke Emirates.

Namun terdapat juga beberapa aktiviti pemindahan pemain yang berlaku dalam tempoh diakhir garisan jendela pemindahan pemain akan ditutup di kem Arsenal :-



Nacer Barazite sertai Vitesse Arnhem secara pinjaman



Nama : Nacer Barazite
Tarikh lahir : 27 Mei 1990
Asal : Nijmegen, Netherlands
Tinggi : 1.88 m (6 ft 2 in)
Posisi : Attacking midfielder, Striker

Arsenal telah membenarkan anak muda Nacer Barazite keluar dipinjamkan ke Vitesse Arnhem untuk musim ini.

Belum Bintang muda 20 tahun diberikan pelepasan untuk kembali negara asal ke Belanda berguru setelah gagal untuk menarik perhatian Wenger untuk berada dalam skuad utama di Emirates Stadium.

The Gunners merekrut anak muda Belanda itu pada tahun 2006 dari NEC Nijmegen, dan berkesempatan membuat tiga penampilan di Piala Carling.

Pada kempen 2008-09, Barazite hanya menghabiskan dipinjamkan di Liga Championship, Derby, di mana ia berjaya melakukan 30 penampilan dan mencetak satu gol.



Armand Traoré sertai Old Lady



Nama : Armand Traoré
Tarikh lahir : 8 Oktober 1989
Asal : Paris, France
Tinggi : 1.85 m (6 ft 1 in )
Posisi : Left back, Left Winger

Gergasi Serie A Itali Juventus mengesahkan telah berjaya menandatangani bek Armand Traoré di saat-saat akhir jendela pemindahan pemain di tutup.

Anak muda berbangsa Perancis berusia 20 tahun ini yang memilih untuk beralih angin ke Liga Itali selepas hanya memiliki kesempatan terbatas di Arsenal, juga menghabiskan satu musim dipinjamkan ke Portsmouth tahun 2008.

"Juventus have strengthened their left flank with the arrival of Traore. The player arrives on loan for the 2010-11 campaign,"
menurut kenyataan dari laman web rasmi Juventus.





Mark Schwarzer terus bersemadi di Fulham, "Tidak kulepaskan kau pergi", kata Hughes



Sementara pencarian Keeper baru no.1 Arsenal, menemui jalan buntu, apabila Mark Hughes dengan senang lebih rela menyemadikan Mark Schwarzer di Fulham.

Pemain antarabangsa Australia itu menjadi topik hangat dikaitkan bakal berpindah ke Arsenal sepanjang musim panas ini, dengan kedua-dua belah pihak hampir berusaha mencapai kesepakatan.

Namun, Fulham di saat akhirnya menolak untuk melepaskan keeper berpengalaman itu pergi kecuali dapat menjumpai galang ganti yang berpadanan.

Selepas gagal untuk membawa keeper yang sesuai di Craven Cottage, Schwarzer tetap menjadi sebahagian daripada rancangan Hughes dan akan terus bergantung harap terhadap kemampuan keeper berusia 37 tahun itu.

Mark Hughes dipetik berkata di Sky Sports News:
"We talked about Mark's situation on a number of occasions and ideally we wanted him to stay.

We understood that there was an interest from Arsenal but given our current goalkeeping situation there was no chance of him leaving."

The Gunners telah dilaporkan membuat satu usaha terakhir untuk membida Schwarzer keluar dari Craven Cottage dengan meningkatkan tawaran ke £4 juta, namun Hughes menegaskan tidak ada tawaran tersebut telah diterima.

tambah Hughes:
"No, it didn't. There were two real strong enquiries but there was never a bid today,"

Manuel Almunia masih No.1. Suka atau Tidak



Berdasarkan titik noktah di atas. Kita tidak boleh melakukan apa-apa lagi tentang hal itu.Maka sudah termaktub kejadiannya bergitu! huhu (ayat pujuk jiwa! huhhhuh)

Patutkah kita mengerang mahupun mengeluh dengan kita akan terus bergantung harap dengan Manuel Almunia yang akan terus menjadi benteng terakhir Arsenal musim ini.

Teruskanlah meletakkan sepenuh-penuh kepercayaan terhadap Almunia.

Kita selaku PenCinta Arsenal sekarang perlu terus berdiri memberikan sokongan tidak berbelah bagi di belakang Almunia sekarang. Ya, memang secara patutnya Wenger seharusnya menandatangani penjaga yang lebih baik tapi ia tidak berlaku. Tapi adakah menandatangani Mark Schwarzer itu lebih baik berbanding Manuel Almunia? Tapi sekurang-kurang tidak Lukasz Silapski......huhuhu!

Berdasarkan persembahan yang dipertontonkan ketika menentang Blackburn, Ya! Alumia masih boleh kita bergantung harap walaupun diselubungi dengan kemungkinan masa depannya di Arsenal agak goyah.

Itulah aksi Almunia yang sangat-sangat kita mahukan dan kita perlukan aksi konsisten sebegitu lebih banyak lagi! Almunia perlu mengembalikan kemampuan sebenarnya seperti apa yang ditonjolkan pada musim 2007/08 diwaktu ia bersaing hebat mengugat kedudukan no.1 di tangan Jens Lehman sehingga keeper berasal dari Sepanyol itu pernah dikatakan bakal menjadi keeper terbaik di Eropah. Tetapi dimanakah 'magic' itu menghilang...kenapa ia tidak digali semula....adakah kerana saingannya Lukasz Silapski...huhuh (dah salahkan Silapski plak aku ni...huhuh!)

Pastinya Almunia perlu sokongan dari PenCinta Arsenal dari seluruh dunia....Ayuh! Sokong Almunia! dan fokuskan tumpuan ka arah mengejar azam memenuhkan "Kabinet Piala Arsenal"....huhu

Marilah kita singkap detik-detik kehebatan yang pernah ditontonkan Manual Almunia kepada kita! Terima kasih Youtube! huhu



0 comments:

Related Posts with Thumbnails