Wednesday, September 15, 2010

Al-Fatihah | Opah ku dalam kenangan...

Assalamualaikum....
Innalillahi wa innaillaihi Roji'un.....

Telah Berpulang ke Rahmatullah Djawani; Tanggal 09 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431, jam 11.00 pagi merupakan detik penuh duka dan sedih bagi diri aku dan keluarga apabila Opah yang amat aku sayangi sudah pergi meninggalkan kami untuk mengadap Ilahi, buat selama-lamanya..

Aku pasti merindukan saat-saat bersama opah....ayam masak kicapnya menjelang aidilfitri, mengejar ayam sekitar kampung untuk dijadikan hidangan....pergh! penat-penat seronok!....uhmm....dan banyak lagi yang semuanya terus segar dalam memori aku...terima kasih opah kerna melengkapi dan memberikan peluang hidup-hidup aku di dunia ni untuk merasai kasih seorang opah terhadap cucu.

Yang membuat aku lagi terkilan, opah pergi meninggalkan aku dan keluaraga ketika kami sedang bersiap sedia untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelma..uhhh! terkilan

Semoga arwahnya diterima disisi Allah SWT dan dilapangkan kuburnya.... Dan semoga terlepas dari siksa kubur Amin Amin Amin ya Robbal Alamin...
Al-Fatihah.........
Related Posts with Thumbnails