Wednesday, September 8, 2010

Injury News | 1..2..3...Prakkk!!!

Arsenal mengesahkan bakal kehilangan Robin van Persie sehingga pertengahan bulan Oktober dengan kecederaan pergelangan kaki.

• Striker itu mengalami kecederaan ketika menentang Blackburn pada 28 Ogos lalu
• Samir Nasri akan meneruskan latihan penuh setelah pulih dari pembedahan
• Ramalan awal Fabio Capello, Theo Walcott tidak alami kecederaan serius

Habis semua nak injured, dah tu siapa pula yang nak main nie?? - DS@pencintaarsenalfc

Arsène Wenger telah menerima berita mengenai status kecederaan dengan perasaan bercampur-baur dengan Samir Nasri dilaporkan pulih dari operasi lutut, tetapi striker mudah injuredRobin van Persie dijadualkan akan terus direhatkan akibat masalah pergelangan kaki sehingga pertengahan Oktober.

Nasri dikatakan akan pulih lebih awal dari dijangkakan daripada kecederaan meniscal ketika menentang Liverpool pada perlawanan pembukaan musim Liga Premier. Pemain 23 tahun itu dijangka akan berehat selama satu bulan tetapi kini akan kembali ke latihan penuh dalam beberapa hari lagi.

Namun, kelegaan Wenger ke atas status Nasri tidak berpanjangan apabila hadir bersama berita bahawa kecederaan Van Persie adalah lebih buruk daripada yang imbasan awal. Striker Belanda itu, mengalami kecederaan pergelangan kakinya ketika menewaskan Blackburn Rovers pada 28 Ogos lalu dan tidak kembali sehingga pertengahan bulan depan. Menurut laporan sebelum ini, jangkaan awal menyatakan kecederaannya hanya akan mengambil masa sehingga 2 minggu sahaja untuk pulih tetapi selepas melakukan imbasan selanjutnya ia berlanjutan ke 6 minggu. Untuk membuat keadaan menjadi lebih ngeri dan seram, Nicklas Bendtner juga akan terus berada dalam pusat pemulihan akhlak dengan masalah kecederaan pahanya.

Adehh...Takde apa-apalah, cuma ada rasa pedih-pedih skit macam mencucuk lak!!!!, kata Walcott pada tukang tolak troli

Khabaran terbaru mungkin bakal menambah episod penuh luka buat Bos Arsenal mengenai tahap kecederaan bintang mudanya Theo Walcott.

Menurut kenyataan awal dari Fabio Capello, ia percaya kecederaan pergelangan kaki Theo Walcott tidak serius.

Pemain Arsenal itu hanya sempat beraksi selama 13 minit sebelum digantikan Adam Johnson, ketika England menang 3-1 ke atas Switzerland pada hari Selasa.

Walcott dikatakan terus dibawa ke hospital selepas insiden itu, namun laporan awal x-ray menunjukkan ia tidak mengalami masalah patah-riuk, walau bagaimanapun tahap kerosakan pada ligamen-nya masih belum dapat dipastikan.

Namun, Capello yang mempunyai kepakaran perubatan mengisyaratkan bahawa kecederaan itu tidak serius, ia dipetik berkata:

"It's a little problem or not so big problem,"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails