Monday, September 6, 2010

Al-Kisah News | Promosi ade-Talk Mobile: CAKAP BANYAK-BANYAK


Sempena Promosi Aidilfitri ade-talk Mobile: CAKAP BANYAK-BANYAK, BAYOR TAK BLIH KURANG

Striker dalam bangku simpanan Eastlands yang ketika ini punya masa terluang mula mencari publisiti dengan mendakwa bahawa 'Manchester City lebih besar dari Arsenal'

Striker berbangsa Togo 26 tahun itu terus percaya bahawa Eastlands akan meninggalkan skuad anak muda Arsene Wenger di belakang City musim ini.

Adepoyobayor yang diketika ini agak terdesak untuk menembusi kesebelasan utama dalam pasukan Manchester City musim ini dengan Roberto Mancini lebih gemar memilih untuk memulakan Carlos Tevez selaku 'penyerang tunggal'.

Adepoyobayor jelas tampak 'panas punggung' apabila mulai mencari pintu keluar selama transfer musim panas selepas City menandatangani striker baru Mario Balotelli dari Inter Milan.

Namun, Adebayor masih terus akan diberikan peranan 'memanaskan bangku simpanan' dalam perancangan Mancini apabila tersenarai dalam skuad 25 orang pemain untuk Liga Premier.

Striker berlagak diva itu, berterus-terusan menabur keyakinan bahawa dengan dilimpahi wang berguni dan menambah masuk pemain-pemain berkaliber pada musim ini di Eastlands, Manchester City adalah kelab lebih besar duit dalam bank dari Arsenal dengan Adepoyobayor mengakui:

"Yeah, it does feel like that."

"With the great new players we've got we have a wonderful chance to make history.

"But it's all about results.

"If we can win ten games in a row, people will class Manchester City as bigger than Arsenal."

Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat berbeza tentang apa itu kelab besar, samada berdasarkan faktor sejarah atau sebagainya, Bagi pendapat saya, ia berdasarkan piala. Juara tetap Juara, tempat ke-2 atau ke-3 tidak membawa apa-apa. Arsenal pernah mengecapi pentas akhir CL 2006 tapi ia tidak bererti apa-apa sama sekali kerana kita gagal membawa pulang piala tersebut ke Utara London untuk dikongsi dan mengelilingi kota london dengan 'bas dabel daker' bersama Pencinta Arsenal. Ditinggal 4 mata di di musim 2007/08 di Premier League dan berakhir di tangga ke-3 di belakang United dan Chelsea, ini juga tidak memberikan apa-apa makna kerana 5 tahun dan terus bertambah Arsenal kemarau piala....Aduyai...jangan jadi 6 yer!. United, Milan, Barca, Madrid, Liverpool adalah kelab lebih besar dari kita kerana mereka telah memenangi kejuaraan lebih banyak dari kita.

Tidak ada trofi untuk dimenangi dengan memenangi 10 perlawanan berturut-turut lah, duhaiii.........Adepoyobayor. Arsenal menempuh 42 game tanpa terkalahkan dan meletakkan The Gunners dalam muka sejarah Premier League untuk menjadi juara tanpa terkalah, tentu itu yang terhebat! sukar sebenarnya untuk mengulangi tapi tidak mustahil.

Tapi nampaknya Adepoyobayor ini sukar untuk menutup mulutnya, limpahan duit poket yang ditabur City masih tidak dapat menutup mulutnya.

Tiga atau empat minggu yang lalu dia bergegar-gegar berbicara tentang keinginannya berpindah ke Juventus, dan seminggu selepas itu mula meletakkan dirinya sendiri untuk dijual kepada sesiapa saja yang berhajat membawanya keluar dari City. Deyyyyyy!!!!

2 comments:

yan gunner said...

Padan muke Adepoyo tu!! dulu lau dye x main kat Arsenal, dye xkn jadi star cam skang la... (star ke dye tu?!!) mmg mate duitan!!
i Hate Adepoyo 4ever!!

Dial-Square said...

datang dari monaco dgn takde apa2 reputasi....
bela, didik, tampung, belai..
dah blih star skit...reputasi star lom cukup konsisten...

sudah tumbuh belang kat badan...
sudah rasa diri bak harimau
tuan yg bagi ajar pun dia mau gigit..

ni lah tanggang versi togo.....

Related Posts with Thumbnails