Tuesday, September 28, 2010

Match Report | Kabinet Tropi di Stadium Emirates Untuk Dijual...Geram Siot!!!

Arsenal 2 : 3 West Bromwich Albion
Samir Nasri ('75) & ('91) : Peter Odemwingie ('51), Gonzalo Jara ('52), Jerome Thomas ('73)
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Michael Oliver



Match Report | Arsenal vs West Brom, English Premier League Pusingan ke-6


"Sukar untuk diterima hakikat tetapi mudah untuk dijelaskan, gagal mempamerkan satu persembahan yang baik dan sebab itu kita kalah" - Arsenal bakal berdepan satu tugas sukar pada Pusingan 7 di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berkunjung ke Stamford Bridge untuk bertemu pendahulu liga, Chelsea selepas selesai tugas di Partizan Belgrade dalam kempen Liga-Liga Juara UEFA.

Pergh! Lama masa untuk aku menulis match report kali ini, al-maklumlah kalah; kira macam aku tak dapat menerima kenyataan lah ini...huhu! Tapi sebenarnya aku terimpak maksima dengan bergelumang noda dek kerja sepenuh masa diluar maya ini...seriyes! Sambil menulis report ini, air mata, air hidung, air kencing dan segala air yang aku ada berlinangan habis keluar membasahi anggota tubuhku! huhuh! Tensen siot! dikala kalkulator melekat ditangan aku sedang berkira; kita sedang berpeluang untuk rapat menghimpit Chelsea dipersada liga dengan mereka mengalami kekalahan ditangan kelab Manchester 'Jutawan kaya Arab' City.

Sokongan Tak Cukup, Musti Nak Kena Main Jugak:Trio pemain Arsenal yang mengalami kecederaan hadir memberi sokongan kepada teman sepasukan di Emirates iaitu Vermaelen, Fabregas dan Gibbs


Diatas kertas sebelum perlawanan di Emirates, Arsenal dilihat sangat mengerikan dan 'mengetarkan kepala lutut' pihak lawan; benar-benar pasti untuk keluar sebagai sang pemenang. Ini adalah jenis perlawanan yang seharusnya menang jika kita menyimpan hasrat untuk menuntut gelaran Liga Perdana Inggeris. Ya! mungkin ada yang mengatakan kita masih ada 32 perlawanan lagi untuk bermain di musim yang panjang ini. Ini barulah di bulan September. Kekalahan dalam satu perlawanan tidak membuat kita adalah sebuah pasukan yang buruk. Tapi taknak la kalah awal sangat camni! Walau bagaimanapun semua harapan untuk mengecap kejuaraan masih tidak hilang. Namun. pada hari yang sama, kita dapat menyaksikan bagaimana Chelsea gagal dalam ujian sebenar pertamanya musim ini apabila tewas untuk kali pertama selepas megah dan ego dengan reputasi jaringan gol hebat mereka meratah pasukan yang mereka temui, Manchester United pula tampak lemau lagi selepas hanya mampu seri dalam pertemuan terbaru mereka dah mengharapkan ehsan gol terakhir dari Michael Owen, dan Tottenham Hotspur tewas untuk kali kedua dan sekarang mereka tahu bagaimana sukarnya untuk konsisten dalam 2 kejohanan besar! Cakap jangan besar lain kali...huhuh!

Kredit buat The Baggies, Mereka datang ke Emirates, bermain bola sepak dengan baik, tidak mengenakan taktik yang jelek untuk dilihat, dan mereka benar-benar mendominasi sebahagian besar perlawanan. Top Class, West Brom. Aku bagi A+...Cemerlang mereka!

Tahniah buat Bos West Brom Roberto Di Matteo yang juga merupakan bekas pemain Chelsea kerana berjaya membawa West Brom merasai pengalaman penuh indah untuk membawa pulang 3 mata dari Emirates, Di Matteo dipetik berkata mengenai kemenangan yang dikecapi anak buahnya terhadap Arsenal:

“We got a hammering at Chelsea and it wasn’t a pretty week after that, but we’ve learned,”

“We’ve cut out those mistakes and that gives us a chance to stay in a game and win things.

“We go into games believing we can win. It was the way we won, we were not lucky. We played some tremendous football and defended well too.

“I would say we deserved it, the way we played, the way we created chances, scored goals and played very well.

“We pressed them very high, we pressed them all over the pitch. We managed not to let them play their usual way and, when we had the ball, we passed it very well and created chances ourselves.”

Ada beberapa perubahan dalam kesebelasan utama yang diturunkan, dengan Cesc Fabregas terus direhatkan kerana terluka dan Jack Wilshere diletakkan di bangku simpanan untuk berehat; Emmanuel Eboue yang diragui kecergasannya mendapat tempat untuk melengkapkan slot di lini tengah dan Abou Diaby yang baru kembali dari cedera pergelangan kaki ketika perlawanan dengan Bolton juga diberikan kesempatan sama. Ia perjudian yang jarang sekali digunakan Wenger untuk menurunkan bintangnya yang baru pulih dari kecederaan. Ternyata perjudiaannya membakar diri dan membuatkan aku juga terbakar rentung, apabila kedua-dua pemain tersebut gagal mencapai tahap sebenar mereka yang diharapkan.

Arsenal ketika bermula tampaknya lebih mengancam apabila awal-awal nyaris mencetak gol pertama ketika tendangan Andrei Arshavin menghentam tiang selepas menerima hantaran silang Eboue. Tetapi dilihat dari peringkat awal, nampak jelas bahawa ini bukanlah hari Arsenal. Trademark kita tidak ada disitu! Penguasaan kita tidak nampak tajam dan kadang-kala nampak seperti hilang sesuatu! Kita seperti kehilangan nakhoda yang memacu enjin untuk digerakkan, hampir tidak ada nilai kreativiti untuk 70 minit pertama perlawanan, dan pemain Arsenal dilihat seperti mereka hanya tersekat dengan sesuatu gerakan!

West Brom mempunyai kesempatan terhidang untuk mendahului 1-0 sebelum babak pertama ketika dihadiahkan sepakan penalti; selepas Manuel Almunia dikesankan menjatuhkan Peter Odemwingie di dalam kotak penalti. Sayang! The Baggies tidak memanfaatkan peluang yang diberikan pengadil Michael Oliver, "Ku sangka langit yang cerah itu, takkan hujan sampai ke petang", Almunia muncul 'wira sebelum bencana' meneka dengan tepat tuju bola yang diarahkan Chris Brunt.

Rasa sayang aku pada Almunia tika ini; huhu! Waktu Almunia menyelamatkan sepakan penalti Chris Brunt


Tetapi dengan prestasi Arsenal di babak pertama yang tampak hina-miskin, Albion mula mebeduk diawal pertama lima minit selepas rehat. Jerome Thomas (bekas Arsenal) memperdayakan Bacary Sagna pada sisi garisan, kemudian mencari ruang dan terus melorong melepasi empat pemain Arsenal yang terjerat gagal mengesan kehadiran Odemwingie, yang tidak dikawal kemas; seharusnya dia dibawah jagaan Song. Mudah Odemwingie menjulur kaki dan memberikan pasukan pelawat mengejutkan PenCinta Arsenal di Emirates.

Kemudian, Arsenal mulai alami detik yang semakin memburuk dua minit kemudian. Sedikit 'back heel' yang mengelirukan Song. Gonzalo Jara mengutip bola dan mara meluru terus ke arah gol dengan mudah menembusi kubu Arsenal dan diberi kebebasan yang luas untuk melancarkan rembatan. Itu bukan bukanlah satu rembatan yang cukup rumit untuk dipatahkan, tetapi melencong dari Almunia dan masuk ke gawang. Satu kesalahan besar mutlak buat Almunia juga terburuk. - Buwekkkk!!!!

Ketinggalan 2-0, situasi mulai gelabah! Jack Wilshere dan Tomas Rosicky datang untuk menggantikan Eboue dan Diaby, tidak cukup setakat itu, Wenger kemudian memasukkan Carlos Vela bagi tujuan untuk menambahkan sengat menyerang dengan Laurent Koscielny ditarik keluar, dan Song diturunkan ke ke bawah lagi untuk mengawal barisan pertahanan. Ternyata percaturan Wenger itu tidak berhasil beberapa minit kemudian Thomas berjaya mencuri gol untuk West Brom kukuh mendahului tiga gol berbalas kosong. Gol berpunca setelah Almunia keluar dari kubunya untuk mencabar Brunt, ternyata pilihan Almunia kurang bijak dan tepat (masihkah kau ingat - ketika Ibrahimovic mencetak gol untuk Barcelona di suku akhir pertama Liga-Liga Juara UEFA tahun lepas), kemudian Brunt penuh tenang melorong tepat ke arah Thomas, yang selesa untuk melakukan tembakan ke sasaran dengan mudah Almunia di tewaskan setelah gawang dibiarkan tidak bertuan.

Seronok sangat: Jerome Thomas meraikan jaringan bersama rakan West Bromwich Albion yang juga merupakan gol kemenangan mereka ke atas Arsenal


Arsenal hilang arah (kecuali hanya Samir Nasri yang aku kagumi! prestasi hebatnya tenggelam akibat kekalahan ini) Nasri berusaha untuk membuat jaringan, dua golnya selanjutnya sedikit kurang memalukan Arsenal di atas kertas. Dua minit selepas gol Thomas, Nasri mula membuka akaun gol bagi meningkatkan semangat rakan sepasukan, apabila berjaya masuk ke dalam kotak penalti West Brom sebelum melepaskan rembatan daripada jarak enam meter walaupun ruang cuba ditutupi oleh sekitar empat pemain West Brom. Ketika pengadil keempat menunjukkan 5 minit tambahan masa kecederaan, Nasri muncul lagi memberikan sinaran harapan apabila menambah gol kedua Arsenal pada minit ke-91, dengan sisa-sisa baki permainan. Arsenal tidak berputus asa mengali gol penyamaan. Segala rencana dan serangan bertali arus di tempoh sisa itu gol penyamaan yang diinginkan gagal ditemui sehinggalah wisel penamat dibunyikan.

Cemerlang: Gol kedua Samir Nasir yang masih gagal untuk menyekat West Brom keluar dari Emirates sebagai Sang Pemenang


Nasri musim ini nampak garang dan tajam memburu gol! Almunia mula kembali 'mengerikan dan menakutkan' hidup PenCinta Arsenal di Malaysia dan seluruh dunia. Song kehilangan rentak, tidak berperanan seperti biasa, mungkin tidak keterlaluan aku mengatakan ini antara salah satu permainan terburuknya dalam sekitar dua tahun terkini (mungkin terencat pertumbuhan setelah ragu-ragu untuk mencabar dengan cara biasa setelah digantung satu perlawanan minggu lalu.) Diaby tidak konsisiten - prestasi yo-yo!. Sementara lain-lain pemain kelihatan biasa-biasa saja.

Sekarang, mari kita berdoa dan mengharapkan kepulangan Kapitan Fabregas dan Vermaelen cukup cergas untuk Chelsea minggu depan.

Full highlights...Enjoy! Larat ker nak Enjoy! huhuhu

2 comments:

alien said...

tah pape main
ngeri aku tgk drg passing bola
ngeeeri~
bukan macam Arsenal

Dial-Square said...

dah cam tengok JKr kelantan, felda united main plak!

Related Posts with Thumbnails