
Langkah Pertama Bergkamp Sebelum Melangkah ke Arsenal?
Legenda Terhangat Arsenal Dennis Bergkamp telah secara rasminya dinobatkan sebagai pengurus pasukan muda Ajax selepas pengendali sebelum ini Frank de Boer dipromosikan untuk mengendalikan 'hot seat' bagi pasukan senior.
Bekas pemain antarabangsa Belanda itu, Frank De Boer telah telah dilantik sehingga musim panas 2014 setelah Martin Jol melepaskan jawatannya bulan lepas.
Frank De Beor kini berusia 40 tahun itu sebenarnya telah pun mengambil alih jawatan tersebut sebagai pengurus sementara kelab sejak Jol meninggalkan kedudukannya.
Bergkamp yang banyak menghabiskan kerjaya di Arsenal selepas meninggalkan Inter Milan pada tahun 1995, sebenaranya pernah menyatakan secara terbuka keinginnan nya untuk kembali ke Arsenal dan menjadi staf di Arsenal sebagai pelatih bahagian serangan Arsenal. Sementara Wenger juga pernah meluahkan keyakinannya yang Bergkamp mampu untuk menjadi seorang 'jurulatih yang bagus'. Sama ianya secara kebetulan, selepas kenyataan dari Wenger itu, Bergkamp berjaya menyelesaikan dengan jayanya kursus kejurulatihan di Dutch FA bersama rakan yang pernah bersama-sama dalam pasukan negara seperti Phillip Cocu, Patrick Kluivert dan Michael Reiziger.
1 comments:
boleh jadi coach je la.. nak jadi manager atau assistant susah sket la sbb takut naik flight..
Post a Comment