Birmingham City 0 : 3 Arsenal
- : Robin van Persie ('13), Samir Nasri ('58) & Johnson ('65 og)
Vanue: St Andrew's, Birmingham
Referee: Peter Walton
- : Robin van Persie ('13), Samir Nasri ('58) & Johnson ('65 og)
Vanue: St Andrew's, Birmingham
Referee: Peter Walton
Seperti yang semua sudah tahu, permainan ini telah hampir 48 jam pun berlalu, tapi saya berharap anda semua mengetahui keadaan kelewatan entri untuk match report kali ini disebabkan kesibukan saya menghabiskan cuti-cuti yang ada ditambah pula cuti peristiwa kemenangan skuad bola sepak kita memenangi Piala AFF Suzuki 2010 lagi tambahan cuti sempena tahun baru 2011. Jadi harap maklumkan la yer! aku menggunakan segenap ruang waktu cuti yang ada ini dengan bermesra-mesra bersama keluarga dan insan-insan tersayang! huhuh! Untuk report ini, aku tidak menyeluruh sangat, lagipun beberapa rakan-rakan blog Arsenal lain sudah pun membuat ulasan yang lebih terperinci, tak best lak nak buat match report yang dah lama....huhu!
Untungnya, kita sambut tahun baru 2011 dengan hadiah bermakna dari prestasi skuad The Gunners yang kita cintai ini dengan membenamkan Birmingham City 3-0 di gelanggang keramat mereka dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea pun tidak mampu lakukan di Stadium St Andrew's, Birmingham itu. Saya juga sangat mengharapkan United dan City untuk drop mata, tapi sayangnya tidak terjadi pula, sekurang-kurang tahniah buat Villa yang berjaya mengikat juara bertahan musim lalu, Chelsea dengan 3-3.
Ini merupakan kutipan sepuluh mata dari 5 perlawanan dalam semua kejohanan di bulan Disember boleh dianggap satu keputusan yang cukup menarik dari skuad kesayangan kita ini. Dengan halangan yang tidak kurang besarnya menanti apabila menanti kunjungan Manchester City di Emirates pada hari Rabu ini. Aku tidak akan cuba untuk melebih-lebihkan kepentingnya perlawanan itu nanti. Tapi Wenger dan Arsenal telah pun menetapkan prestasi mereka dalam satu situasi dengan baik, dan jika mereka terus bermain seperti apa yang mereka lakukan pada hari Sabtu, atau Isnin ketika menentang Chelsea, pasukan ini boleh terus mara meniti 2011 dengan lebih cemerlang lagi. Tapi harus diingat juga, sebarang kesilapan besar boleh berlaku, sekiranya sikap terlalu yakin diri ada pada pemain yang boleh membawa malapetaka. Setiap perlawanan harus diberikan fokus yang sama rata, kerana kita boleh belajar dari perlawanan sebelum ini, selepas menang dengan Chelsea, kita cuba memandang mudah perlawanan dengan Wigan dan menyebabkan kita keciciran mata penuh.
Jadi, mari kita harapkan bahawa tiga mata lagi akan menyusul pada hari Rabu nanti.
Pada yang terlepas match untuk game dengan Birmingham, bolehlah tonton sedikit sedutan gol-gol yang dijaring serta beberapa kekasaran/ terjahan pemain lawan terhadap Fabregas dan Sagna. Nasib baiklah, ia tidak mengakibatkan pemain kita mengalami kecederaan serius!
0-1 Robin Van Persie
Tackle Rodger Johnson Terhadap On Fabregas
0-2 Samir Nasri
0-3 Johnson (Gol sendiri)
Buruk Perangai Bowyer terhadap Sagna
2 comments:
1st time tengok Nasri celebrate gol macam tu...smart tul....
sejak dua menjak ni, nasri kalo selebret gol mmg lain macam...eksaited dia lain macam skit...
Post a Comment