Wednesday, January 19, 2011

Preview Match | Leeds United vs Arsenal: Jangan Menghampakan!


Preview Match: Leeds United vs Arsenal, FA Cup 3rd Round (Ulangan)

Tak lepas perlawanan ini, Ngankung la jawabnya.....Takde kerja cari kerja! Tak pasal-pasal kena main tambahan perlawanan...

Elland Road, Leeds United
Khamis, 20 Januari 2011

Astro (ESPN Match) - Channel: 812

Online: 03:55 (waktu Malaysia)


* Pengadil Perlawanan: Mike Dean
* Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 1 Leeds United
* Pertemuan kedua pasukan: 44 Arsenal menang , 41 Leeds menang, 32 seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-S-S-K-M
* Prestasi terkini Leeds United: S-S-K-S-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Confirm! Ada perubahan dalam kesebelasan The Gunners?

Aku percaya akan ada potensi besar! Wenger akan membuat perubahan kesebelasan pemainnya untuk perlawanan ini?

  • Keeper:

  • Yang paling pasti! Lukasz Fabianski yang masih perlu disisihkan kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahunya, Wojciech Szczesny yang sudah memperagakan aksi dalam empat perlawanan berturut-turut akan terus diberikan kepercayaan mengisi slot penjaga gawang Arsenal. Dengan Fabianski dijangka tidak akan kembali sehinggalah selepas Piala Carling untuk leg kedua dengan Ipswich! Ada kemungkinan dia hanya akan mula kembali untuk pusingan keempat Piala FA (jika Arsenal meneruskan kemaraan). Manuel Almunia akan terus diperam sehingga ada pihak yang ingin membelinya keluar dari Emirates! Situasi itu, meletakkan James Shea akan berada dibangku simpanan. Pasti ada beberapa keraguan mengenai bagaimana Szczesny akan mengatasi 'provokasi' di Elland Road, tapi kita juga harus jangan lupa keeper muda kita ini sangat fokus! tidak mudah goyah! Ia berpandukan kepada persembahannya di Old Trafford bulan lalu.

  • Pertahanan:

  • Bacary Sagna akan kembali memperkuatkan benteng kanan kita selepas menyelesaikan pergantungan untuk tiga larangan bermain, jadi Emmanuel Eboue dijangka akan kembali mengisi slot di bangku simpanan. Dengan Sebastien Squillaci hanya kembali pada Februari dan Thomas Vermaelen sedang menjalani rawatan pada Achilles dijangka akan direhatkan antara 4 ke 6 minggu, kini di tangan Arsene Wenger hanya terikat kepada Laurent Koscielny dan Johan Djourou. Bagaimana kalau seorang dari mereka ini mengalami kecederaan pula? Ayuh Wenger! bawakan satu lagi bek tengah berkualiti! Sementara itu ada kemungkinan berlaku perubahan di benteng sebelah kiri, kita mungkin akan melihat Kieran Gibbs sementara merehatkan Gael Clichy.

  • Pemain Tengah (bertahan):

  • Peratusan untuk Aaron Ramsey berada di perlawanan ini mungkin ada! tapi aku jangka ia hanya akan bermula di bangku simpanan, Aku harapkan Ramsey dapat diturunkan ketika kita melawan samada Leeds atau Ipswich, mungkin ketika itu Arsenal sedang selesa mendahului lawan. Kita tidak boleh bereksperimen sangat ketika perlawanan yang genting sebegini! kita mahu layak ke peringkat seterusnya terutamanya Piala Carling! Untuk perlawanan ini, samada salah seorang antara Alex Song atau Jack Wilshere akan direhatkan! Ada kemungkinan juga dua-dua Wenger rehatkan! Antara yang akan bermula pastinya Denilson sekiranya Wenger mengambil langkah merehatkan salah seorang dari mereka. Abou Diaby masih belum cukup cergas untuk diturunkan, Tak perlulah untuk ambil risiko terhadap Diaby, Ia bakal tercedera kembali, biarlah kaki cukup-cukup keras dulu barulah dimainkan si Diaby ini.

  • Pemain Tengah (Meyerang):

  • Slot dibahagian ini yang banyak menyukarkan pemilihan bila Wenger mahu melakukan perubahan! kerana jika kita kekal dengan kombinasi Cesc Fabregas, Samir Nasri, dan Theo Walcott aku yakin jentera kita mampu mengerunkan dan menghuru-harakan mana-mana pertahanan lawan. Namun, bila Wenger memilih untuk merehatkan kombinasi ini, kita akan dapat menyaksikan nama Tomas Rosicky akan kembali tersenarai.

    Walau bagaimanapun menurut BBC, Rosicky dikatakan sedang dijangkitikan virus (mungkin demam atau selesema...tidak pasti). Selain itu, Nicklas Bendtner, Carlos Vela dan Andrei Arshavin mungkin boleh bermula juga; Diharapkan sekiranya salah seorang dari mereka sekiranya di turunkan nanti akan menggunakan peluang ini untuk kembali memperagakan aksi terbaik mereka seterusnya kembali mencuri perhatian PenCinta Arsenal yang dilihat mula meragui kemampuan mereka sejak kebelakangan ini terutamanya Arshavin.

  • Penyerang:

  • Robin van Persie dilihatkan sudah kembali menemui prestasi dan rentak permainannya, sementara Marouane Chamakh kelihatan gagal menyinar ketika perlawanan dengan Leeds Sabtu lalu dan dikeluarkan pada minit ke-68. Chamakh yang dimasukkan dari bangku simpanan di Ipswich juga dilihat gagal mencari rentaknya seperti diawal kemasukkannya di Arsenal. Untuk perlawanan 'HARUS MENANG' ini, dijangka Wenger akan memulakan RVP bagi menembusi gawang lawan dan mungkin Chamakh keluar dari bangku simpanan di babak kedua perlawanan itu nanti.



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Jay Emmanuel-Thomas telah dipinjamkan ke Cardiff City untuk baki musim ini.

  • Kemenangan yang diraih Arsenal di West Ham pada Sabtu adalah kemenangan pertama selepas gagal dalam tiga perlawanan sebelum ini. namun, sejak tahun 2011 ini, The Gunners hanya tewas sekali sahaja dalam lima perlawanan untuk semua kejohanan yang dilalui setakat ini.

  • Arsene Wenger mempunyai 'rekod hebat' apabila tidak pernah disingkirkan dari pusingan ke-3 di Piala FA dalam kerjayanya di Arsenal. Sheffield United adalah kelab terakhir yang berjaya menyingkirkan Arsenal daripada pusingan ini, itu pun berlaku pada musim 1995/96.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Leeds United

  • Luciano Becchio dilaporkan dalam situasi 50-50 untuk diturunkan pada perlawanan ini setelah mengalami kecederaan di bahagian pinggul ketika menentang Scunthorpe minggu lalu.

  • Sanchez Watt dijanjikan tempat dan berpeluang untuk menentang majikannya (Arsenal).

  • Leeds telah mengakhiri musim kemaraunya, selepas menang 4-0 ke atas Scunthorpeminggu lalu selepas gagal meraihkan kemenangan dari enam perlawanan sebelum ini.

  • Leeds juga belum pernah terkalah di Elland Road sejak akhir Oktober lalu.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal telah memenangi tiga perlawanan sebelum ini ketika bertemu Leeds sebelum seri 1-1 di Emirates. Kemenangan terakhir Leeds terhadap Arsenal diraih di Highbury pada tahun 2003 dengan 3-2.

  • Ini adalah pertembungan di Piala FA untuk kali kelapan di antara kedua-dua belah pihak, Arsenal telah memenangi lima daripadanya.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mike Dean (Wirral).

  • Untuk rekod, samada musim ini dan musim lalu, Arsenal gagal untuk memenangi perlawanan dari enam perlawanan yang dikendalikan Dean.

  • Ini adalah tugasan pertama Dean untuk perlawanan melibatkan Leeds sejak perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dengan Luton Town pada musim 2007/08.

  • Sekitar keputusan penuh perlawanan di pusingan ke-3 Piala FA

  • Selasa: Wolverhampton Wanderers 5 - 0 Doncaster Rovers; Molineux, Wolverhampton
  • Selasa: Manchester City 4 - 2 Leicester City, City of Manchester Stadium, Manchester
  • Selasa: Cardiff City 0 - 2 Stoke City; Cardiff City Stadium, Cardiff
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails