Arsenal 0 : 0 Manchester City
- : -
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: Mike Jones
- : -
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: Mike Jones
'Boring, boring City,' lagu yang berkumandang dari PenCinta Arsenal di Emirates, Dan ia sememang tidak salah pun!
Manchester City yang dilimpahi bintang-bintang segera, tampak tidak membawa apa-apa erti dalam permainan pagi tadi yang jelas membosankan apabila jelas senang menggunapakai formasi 'parking bas dabel daker' bernilai £200m di Emirates dan City menunjukkan tidak ada niat menyerang sama sekali dan nampaknya lebih dari senang untuk mencuba mencuri satu dengan keputusan seri tanpa jaringan gol, apabila Lukasz Fabianski banyak dilihat sebagai penonton di seluruh perlawanan. Berdasarkan statistik, Arsenal mendominasi hampir 62% penguasaan bola, dengan melakukan 15 percubaan ke arah gol sementara City hanya 5 percubaan.
Arsenal memulakan permainan dengan mencipta beberapa peluang ketika di awal babak pertama melalui rangkaian dari Robin van Persie dan Theo Walcott tetapi gagal menemui jaring lawan yang di kawal Joe Hart. Gunners dilihat kerap melancarkan serangan di kubu City tapi digagalkan dengan kecemerlangan Joe Hart yang menyelamat beberapa percubaan bahaya antara melalui Van Persie, selain itu, palang pagi tadi dilihat juga 'cemerlang' menyelamatkan jaring City dari dibolosi terutamanya cubaan dari Cesc Fabregas yang melepaskan rembatan deras sayangnya mengenai palang gol sebelum bola rebound semula tepat ke kaki Walcott, tindakan susulan dari Walcott juga mengalami nasib yang sama apabila juga menghentam palang gol.
Joe Hart sudah tertewas hasil sepakan Fabregas, tapi tiang 'perform' cemerlang untuk selamatkan City |
Arsenal bagaimana pun berterus menekan di babak kedua dengan Fabregas, Samir Nasri dan Jack Wilshere melancarkan serangan bertali arus ke kubu City, namun kekecewaan jelas terpancar diraut wajah jentera serangan Arsenal yang kian meningkat kerana cubaan mereka selalu digagalkan oleh keeper City, Joe Hart yang terus menampilkan aksi luar biasa dan merupakan hero pada pagi semalam. Joe Hart punya game nampak dah cam jelmaan keeper Malaysia lak, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex...huhuh!
Di minit-minit akhir perlawanan kedua pasukan berakhir dengan 10 pemain selepas pengadil perlawanan, Mike Jones memerintah Pablo Zabaleta dan Bacary Sagna keluar padang selepas dikenakan kad merah setelah didapati berlaga-laga kepala diluar garisan tepi padang.
Sentuhan kepala vs kepala yang mengakibatkan Sagna dan Zabaleta dilayangkan kad merah |
Walau apa-apa, keputusan 0-0 semalam menjadikan pemenang mutlak adalah Manchester United. Dengan ini, City terus kekal di belakang pendahulu liga ketinggalan dua mata sementara Arsenal juga kekal di kedudukan ketiga, di belakang lawan pagi tadi dan ketinggalan empat mata dengan penghuni pendahulu liga, Manchester United.
7 comments:
xdinafikan...mmg bapok pon..
ak kecewa permainan pagi td..
harapkan serangan kedua pasukan...
tension betul nak sangat arsenal menang, nampaknya masih di tangga ketiga dengan satu game lebih dari man city dan of course man utd masih megah di persada dengan 2 games in hand
MrZuRied - alangkah tak menarik game smlm, pasal team lawan takm main..
Sharinginfoz - tensen lagi kalo kalah..sib baik jugak
apa pun berbanding musim lalu...
kutipan mata kita bertambah ketika jumpa team bapok ni..
Liga EPL
musim lepas 2 game = 1 mata
musim ini 2 game = 4 mata
aku dah mula gembira bila chelsea dah semakin jatuh
aku dah mula senyum lebar bila liverpool asik2 kene bala
tapi arsenal ni lepas menang seri..lepas seri menang..lepas tu seri balik..lepas tu menang..
letih la.. adoyai~
alien - tul tu, mmg lengguh pungguk camni, tp kalo ikut statistik tu, pasni musti menang ekk..lawan leeds...Jgn jadi menda pelik udah...
Inilah sesatunya chance pengubat rindu untuk piala yg dah lama kita tak bawak masuk kabinet
\o/
permainan sampah man city halang arsenal utk menang kali..
Post a Comment