Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Arsenal 1 : 0 Stoke City Sebastian Squillaci ('8) : - Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Peter Walton
Match Report | Arsenal 1 - 0 Stoke City; English Premier League
Sebastian Squillaci muncul satu-satu penjaring pada awal pagi tadi sekaligus menuntut hak kemenangan buat Arsenal; tetapi kemenangan tersebut perlu ditebus dengan harga yang mahal buat The Gunners selepas Cesc Fabregas dan Theo Walcott ditimpa musibah kecederaan.
Selepas ini, Arsenal akan menempuh empat lagi perlawanan penting dalam dua minggu termasuklah pada minggu ini - Final Piala Carling dan leg kedua Champions League di Nou Camp menentang Barcelona. - tidak dapat tidak, Fabregas dan Walcott berpotensi besar terlepas aksi untuk game penting ini. Jadi apa 'pelan jangka hayat' Arsene Wenger seterusnya?
Aksi awal perlawanan ini bermula pantas, apabila Walcott menguji keeper Stoke, Begovic dari ruang sudut yang terhad ketika di minit kedua, gawang Stoke bocor jua, detik minit ke-8 bermula dari umpanan silang Nicklas Bendtner tepat mencari Squillaci yang membuat tandukan sekaligus membuka akaun gol awal untuk Arsenal memimpin perlawanan.
Selang enam minit kemudian, PenCinta Arsenal samada di Emirates mahupun yang menyaksikan secara langsung di kata TV mula gelisah apabila Fabregas segera dikeluarkan Wenger dan digantikkan Andrei Arshavin akibat masalah hamstring! tempo permainan Arsenal selepas itu kelihatan sedikit hilang arah, ia jelas memperlihatkan kepentingan kapten Arsenal itu untuk berada di padang sebagai 'penguat semangat', The Gunners dilihat seperti kapal kehilangan nakhoda.
Sementara itu, Fabregas meluahkan hasrat untuk melakukan apa saja yang termampu untuk kembali cergas, selain itu; Fabregas juga dipetik menulis di ruang Twitternya:-
"I've waited too long to captain a final for Arsenal and I won't give up till the last second."
Dari sudut Wenger; beliau dipetik berkata:
"Theo Walcott has an ankle sprain and he is out. For how long, I don't know, but he is definitely out of Sunday.
"Fabregas has a hamstring problem. It is impossible to see how serious it is. We will know on Thursday.''
Stoke cuba bertindak balas sekali-sekala, antaranya yang mengundang bahaya hadirnya pada 10 minit sebelum rehat babak pertama, bermula tindakan Walters Jonathan sebelum mengalihkan kepada John Carew yang terus melepaskan rembatan deras dari jarak 30 meter, namun Wojciech Szczesny pantas menolak cubaan tersebut sekaligus mengekalkan kedudukan 1-0 memihak Arsenal sehingga tamat babak pertama.
Bermula aksi selepas rehat, Stoke mula meningkatkan permainan mereka, Ryan Shawcross hadir mengepalai dengan cubaan awal ke kubu Arsenal selepas menerima cross dari Jermaine Pennant, tapi tandukannya gagal menemui tujuan! Di saat Stoke mempergiatkan inisiatif mereka untuk mencari gol penyamaan, namun digagalkan jentera Stoke sendiri yang tak mampu menemukan jaringan, ia termasuk cubaan Robert Huth pada minit ke-58 yang me'laut' tinggi melewati palang gol.
Arsenal juga mempunyai kesempatan untuk menambah gol terutamanya melalui Walcott selepas kerjasama baik bersama Arshavin di minit ke-65, namun tendangan kaki kanan Walcott 'pengkau' melebar jauh kekanan gol.
Rupanya, Itu juga menjadi sumbangan terakhir Walcott pada perlawanan tersebut, enam minit kemudian bintang England harapan Capello itu menurut jejak Fabregas apabila diusung keluar selepas mengalami kecederaan akibat cabaran yang dilakukan Dean Whitehead.
Kemenangan yang diraih ini, meletakkan Arsenal memperkukuhkan kedudukannya di tampuk kedua liga EPL, tetapi jurang mata kini berkurang kepada satu dengan pendahulu, Manchester United yang tidak bermain kerana terlibat dengan leg pertama Champions League menentang Marseille.
Dengan Manchester United akan dijadualkan bertemu Wigan (26 Feb), Chelsea (01 Mac) dan Liverpool (06 Mac) di EPL selepas ini. Aku dengan ini secara terang-terangan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Wigan dan Torres (sokong Torres sama jer cam sokong Chelsea ngan Liverpool..)....huhuhu!
Manakala, sebaliknya ada juga laporan yang bercanggah dengan laporan yang diterima yang mengatakan kerja-kerja pemulihan bek kita ini akan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini.
Kalau merujuk kepada kenyataan tuan punya badan, Vermaelen. Beliau sendiri bagi kata putus dia sudah sesuai untuk siap bermain ketika tiba pada leg kedua perlawanan di Liga Champions. Tapi itu kata tuan punya badan yang dah lama tak sepak terajang bola secara kompetitif sejak awal September.
Sementara kalau kita semak kenyataan Arsene Wenger! beliau sendiri tidak dapat memuktamadkan mengenai tarikh bila Vermaelen akan cukup cergas dari masalah kecederaannya. Jadi bolehlah kita jangkakan, ada kemungkinan tiga hingga lima minggu dari sekarang. apa yang pasti, kita tidak ingin melihat Vermaelen keluar dari belenggu kecederaannya secara 'paksa', tetapi hanya mampu bermain untuk satu atau dua game sahaja kemudian kembali terjebak dengan kecederaan yang lebih panjang.
‘This is the best team for me to be in. The bottom line is that I want to win trophies with Arsenal, not with anybody else. I know you can win trophies in many countries and in many ways, but I want to do that in our way and in an Arsenal shirt.’ Robin van Persie
Sedap betul bunyinya, bila kata-kata camni terkeluar dari mulut skorer gol semangat Arsenal ketika menewaskan Barcelona tempohari, Robin van Persie. Kan ker lagi best kalau Cesc Fabregas pun keluarkan kenyataan ayat mati camni, pasti hilang terus gosip-gosip liar beliau ke Barcelona.
Aku akan terlepas buat report untuk dua game penting melibatkan Arsenal iaitu Barcelona (16/2) di Champion League dan Leyton Orient (20/2) untuk Piala FA. Blog ini akan bertukun skit dalam beberapa hari. Time entri ini dilepaskan, aku dah pun melepas berlepas! Holiday
Arsenal menerima berita gembira, apabila top scorer saat ini dengan koleksi 14 gol, Samir Nasir sudah cergas untuk dimainkan dalam pertempuran "Clash of Mesti Tonton" di Liga Champions dengan Barcelona di Stadium Emirates.
Bos Arsene Wenger mendedahkan bahawa Nasri akan disenaraikan ke dalam skuad untuk perlawanan 16 pasukan di pusingan kalah mati. Ini tentu mendatangkan keceriaan berganda buat Wenger untuk merangka taktik lebih berkesan menentang skuad bimbingan Pep Guardiola nanti.
Nasri telah direhatkan sejak memperoleh kecederaan hamstring ketika melawan Huddersfield di Piala FA pada tarikh 30 Januari lalu.
Menurut sun uk, Wenger dipetik berkata:
"Samir is in the squad and the starting line-up will be decided tomorrow.
"I will take no medical risk. It's good to have him in the squad.
He added: "He's recovered quicker than expected. I said it would be 21 days but it will be only 17 days.
"Everybody's absolutely adamant that he's completely medically available. It's down to me to make the decision."
Lebih menyeronokkan lagi, Wenger menerima berita kepulangan Tomas Rosicky yang juga sedia selepas pulih dari kecederaan pangkal paha tetapi malang buat Abou Diaby yang dikhabarkan mengalami masalah betis.
Sekitar sesi training Arsenal sebelum turun menentang Barca:
Bek Barcelona, abang rambut ketak, Carles Puyol diyakini tidak mampu untuk pulih dari kecederaan lutut dan pastinya akan terlepas aksi pertembungan di Liga Champions melawan Arsenal. Aksi terakhirnya adalah pada 22 Jan, ketika menang 3-0 ke atas Racing Racing Santander di Spanish Primera División.
Dua pasukan ini akan disaingkan di Stadium Emirates pada Rabu malam ini di leg pertama bagi 16 pasukan di pusingan kalah mati, Barca tentu masih bermegah bersandarkan kepada kenangan musim lalu ketika menggulingkan The Gunners dengan kemenangan agregat 6-3.
Dengan ketiadaan Puyol, Eric Abidal akan memangku galas untuk berpasangan dengan Gerard Pique di pertahanan tengah kelab Catalan itu.
Bagi aku! pasukan Pep Guardiola pastinya terkesan dengan ketiadaan abang rambut ketak ini, kalau tak banyak pun skit lah! Ayuh, sebat peluang yang ada?
Arsenal 2 : 0 Wolverhampton Wanderers Robin Van Persie ('16 & '56) : - Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Chris J Foy
Match Report | Arsenal 2 - 0 Wolves, English Premier League
Kemenangan dengan Sang Serigala memang telah diduga. Mungkin ada diluar sana mensasarkan setakat 4-5 biji gol yang akan disental- takde masalah, kita pernah buat per! Cuma lepas apa yang mereka lakukan tempoh hari ada sikit risau - mungkin nafsu si serigala nak mengigit itu ada naik skit! Namun selepas nyaris aib di St James 'Park, timbul persoalan tentang kekuatan mental pemain kita, Ternyata Wenger sekarang boleh bernafas lega. Anak buahnya memberikan respon positif berbeza dengan perlawanan sebelum ini.
Tetapi dengan 2-0 itu sudah memadai. Yang penting kemenangan adalah moral untuk pemain kembali bangkit selepas mengalami keruntuhan akhlak pada minggu lalu di Newcastle dan kekal terus memberikan tekanan pada pendahulu liga, Manchester United yang menang pula hasil 'sepak beskal' Rooney. Malah jika dilihat ada peningkatan untuk semua pemain termasuk beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan seperti Song dan Djourou.
Corak permainan The Gunners semalam ada sedikit berubah dengan kemasukan kembali Alex Song yang memjadi benteng kepada back 4 kita. Wilshere yang berterusan diberikan puji-pujian selepas memperagakan aksi menyakinkan ketika menang dalam perlawanan persahabatan England menentang Denmark tempoh hari. Gandingan Wilshere - Song nampak lebih jitu bertahan dan tenang. Diharapkan gandigan ini akan mendapat tempo puncaknya ketika pertemuan dengan Barcelona nanti untuk menyekat Xavi dan Inesta.
1-0:selesai babak pertama, cukupkah?
Jangkaan awal Wenger akan merehatkan strikernya, van Persie nyata meleset. Apabila Wenger dilihat sanggup meletakkan risiko yang tinggi dalam perlawanan ini, al-maklumlah! kalau tercederalah striker harapan kita ini tak kena naya! Nyata van Persie kini memang berada dalam tempoh puncaknya telah kembali bertenaga dengan gol pembukaan di minit ke-16 dan 56.
Injed ker?:Boleh bawa bencana, van Persie segera diberikan rawatan medik selepas dikasari Zubar
Kiper dari Serigala, Wayne Hennessey boleh dinobatkan sebagai wira pasukannya kerana menampilkan beberapa aksi menyelamat keadaan yang berkelas tinggi untuk mengelakkan margin gol yang lebih besar antaranya menidakkan cubaan minit-minit akhir di babak pertama dari Van Persie. Entah! kenapa situasi ini sering berlaku; setiap kali bertandang di Emirates, keeper pasukan pelawat kerap kali bertindak diluar batasan dengan prestasi terhebat mereka. Adakah! cuba memikat Wenger?
Hal ini juga diakui Wenger:
"We created many chances, the only regret is that maybe we didn't score enough goals.
"Part of that is down to their goalkeeper - all the goalkeepers look very inspired here at the Emirates.
"The keeper had an outstanding game.
Keputusan ini, meletakkan skuad McCarthy kembali terperosok di dasar liga berikut comeback West Ham di West Brom dan kekal dengan 24 mata.
Berlaku keadaan sebegini tika bertemu Barcelona sok:van Persie dapat pelukan rakan-rakan selepas menjaring gol kedua
Dan setelah selesai melakukan apa yang sepatutnya di liga domestik, Arsenal kini boleh beralih fokus pada perlawanan Rabu ini di Liga Champions dengan Barcelona - tiada azimat yang special untuk perlawanan itu nanti; yang penting "kembali percaya kepada diri". Walaupun ramai pundit diluar sana yang meletakkan margin kemenangan lebih memihak kepada pasukan tuan rumah untuk mendominasi pelawanan.
Pakcik Wenger boleh menarik nafas sebentar, dan terpaksa melakar taktikal baru untuk misi getir di Champions League rabu ini menanti kunjungan Catalan. Menariknya kali ini, Wenger diberikan kesempatan untuk menggunakan hampir lengkap kesebelesan utamanya untuk menghadapi Barcelona, dimana skuadnya kali ini bebas dari kecederaan pemain utama cuma sedikit ralat kita tidak dapat menggunakan khidmat Vermaelen dan Nasri. Jadi kita mengharapkan van Persie dapat menunjukkan kebolehan beliau. Saya nampak sinar bakal terlakar untuk membuka sejarah baru untuk kita menumbangkan Barcelona selepas gagal melakukan dalam lima pertemuan (2 seri; 3 kalah) sebelum ini dan meneruskan langkah seterusnya. Go! Arsenal.
Ketika ditanya mengenai peluang Samir Nasri diturunkan menghadapi Barcelona, Wenger menjawab ringkas:
"I wouldn't say no chance. I would say there is a chance."
Sementara rakan sejawatnya, Mick McCarthy tidak punyai alasan dan hanya mengakui bahawa Arsenal bermain baik dari pasukan bimbingannya:
"There was a murder going on out there and we were the recipient of it unfortunately. They were better than us. We tried everything.
"They slapped us whether we've tried players, formations, kiss my a**e whatever and they've turned us over and I don't have one complaint at all."
Kesebeleasan yang diturunkan Wenger semalam:
Arsenal (4-2-3-1):
Pertukaran pemain: min '74 - Marouane Chamakh menggantikan Andrei Arshavin min '74 - Nicklas Bendtner menggantikan van Persie min '77 - Denilson menggantikan Jack Wilshere
Menurut thesun.uk - Pesta lawan harga sudah bermula, kali ini Real Madrid letak tag harga £54 juta untuk testpower Arsenal bagi menyaingi harga Chelsea untuk menandatangani Cesc Fabregas akhir musim ini.
Laporan yang biasanya tak berasas dari Sepanyol, Real juga harap Bos Arsenal, Wenger akan tergerak hati untuk menilai tawaran mereka disamping offer tukar suka sama suka dengan striker Perancis, Karim Benzema, 23 atau pemain tengah menyerang, Sergio Canales, 19.
Sementara Keeper Barcelona Victor Valdes juga membuat kenyataan mengenai tawaran Real itu:
"I sincerely cannot see Cesc in a Real Madrid shirt. His desire is to play for Barcelona."
Sebenarnya tidak sesuai langsung rumours-rumours camni keluar diwaktu kita sedang bersaingan untuk 4 kejuaraan musim ini. Mereka di luar ini memang suka menganggu keharmoniaan dan fokus pasukan kita! Dengki sungguh.
Walau apa-apa pun, kita harus bersedia sekiranya ini adalah musim terakhir kapten kita di Emirates! Tapi kita yakin Wenger tidak akan lepaskan dengan mudah, kita kasi bubuh harga kaw-kaw!
Preview Match | Arsenal vs Wolves, English Premier League
Dengan pertembungan adik beradik 'satu bapak lain mak' di antara Manchester United dan Manchester City akan berlangsung di Old Trafford, kita ada kesempatan lagi untuk merapatkan kedudukan! setelah melepaskan peluang di St James' Park. Tak kira la team yang mana satu akan pelingkup atau pun seri! Kita tidak boleh melepaskan peluang ini. Menang adalah matlamat, tak boleh seri, kalah tolak ketepi, kalau boleh takyah pikir langsung!. Pehtu terserah apa yang bakal berlaku!
Berikut kenyataan Bos, Arsene Wenger mengenai perlawanan ini:
"There is no Barcelona in mind. There is Wolverhampton in mind. That's what is important to us, the championship.
"We fought so hard to be in this position now that the most important thing is that we focus on the Premiership tomorrow."
Emirates Stadium, London Sabtu, 12 Februari 2011 Astro (Star Sports Match) - Channel: 813 Online: 22:55 (waktu Malaysia)
* Pengadil Perlawanan: Chris Foy * Pertemuan terakhir: Wolves 0 - 2 Arsenal * Pertemuan kedua pasukan: 55: Arsenal menang, 29: Wolves menang, 25: Seri * Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-S * Prestasi terkini Wolves: M-K-K-K-M M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
Selepas agak low-profile pada awal musim di pasaran pemain, Milion doller, pemilik Chelsea Roman Abramovich kembali menganas 'koyak buku cek' hampir £70 juta lebih untuk membawa masuk dua pemain dalam jendela transfer Januari lalu, Fernando Torres dan David Luiz sekaligus mencatatkan kerugian buat kelab juga menyamai angka yang sama - Tapi tidak terhenti setakat itu, belum lagi musim berakhir, Roman Abramovich awal-awal sudah sedia beratur di barisan depan untuk kali ini dengan tidak teragak-agak 'koyak buku cek'nya sebanyak £50 juta untuk merampas kapten Arsenal Cesc Fabregas keluar dari Emirates.
Melihatkan kepada kedudukan pasukannya belaannya kini terperosok di tangga keempat dalam Liga Perdana, selepas tewas 1-0 kepada Liverpool tempoh hari - ketinggalan 10 mata dari pendahulu liga terkini, Manchester United dan agak terumbang-ambing di peringkat kelayakan Champions League - Abramovich nampak sudah 'hilang sabar', apabila kembali ke tebiat asalnya 'koyak buku cek' tanpa had, dia dikatakan bersedia membuat tranformasi terhadap pasukannya 'tua'nya secara menyeluruh dan digantikan kepada muka baru yang lebih muda dan bernafsu.
Fabregas secara jelas terang-terang hanya mahukan kembali ke pasukan kegemaran dari zaman kanak-kanaknya, Barcelona. Tapi hasratnya kerap kali terbantut untuk kembali ke kelab raksaksa, Catalan itu. Walaupun, di awal musim lalu, impian Fabregas itu hampir-hampir terlaksana! Tapi Wenger bijak untuk mempertahankan haknya terhadap bintang pembikinannya itu. Antara beberapa sebab yang dikatakan mengagalkan proses perpindahan itu berlaku adalah faktor kos! Di mana menurut laporan, Barcelona yang bersedia menawarkan Arsenal dengan £35 juta tapi mainan harga yang dimainkan Wenger dengan meletakkan harga Fabregas sekitar £60 menamatkan percubaan itu.
Kali ini, Abramovich pula cuba test Wenger dan Arsenal dengan bermula dengan harga £50 juta, aku jangka Abramovich juga tidak teragak-agak untuk meningkat harga itu ke tahap yang tidak masuk akal. Mungkin akhir musim ini kita bakal kehilangan kapten kita ini? .........................
Sementara itu, berita lain - Keeper muda Arsenal berusia 19 tahun, James Shea dilaporkan sudah menyetujui untuk menandatangani perjanjian baru bersama Arsenal. Shea adalah merupakan keeper pilihan utama dalam pasukan simpanan Arsenal, musim ini adalah merupakan musim berharga buat Shea apabila berpeluang berada dalam skuad utama selepas kecederaan yang menimpa Lukasz Fabianski dan Manuel Almunia.
Awal musim ini juga, Shea berpeluang untuk menyertai latihan bersama skuad senior England untuk persiapan kelayakan Euro 2012 untuk menentang Bulgaria. Diharapkan Shea akan terus matang dan berkembang berada di Arsenal untuk terus bersaing merebut posisi keeper Arsenal di masa depan bersama Wojciech Szczesny dan Vito Mannone.
Newcastle United 4 : 4 Arsenal Joey Barton (pen '68 & pen '87'), Leon Best ('75) & Ismael Chiek Tioté ('87) : Theo Walcott ('42 sec.), Johan Djourou ('3), Robin Van Persie ('10 & '26) Vanue: St James' Park, England Referee: Philip Dowd
Match Report | Newcastle United 4 - 4 Arsenal; English Premier League
Itu dia entri report super lebam, semua sudah tahu keputusan kan, jadi ini report sudah basi, aku baru nak post! sibuk jugak kong xi fa chai.
Tak kesudah! Benda yang sama berlaku! Tatkala kita sudah patut sangat kutip tiga mata tambahan dengan bangga! Tapi kita gagal menghabiskan dengan episod 'happy ending', Tatkala kita sudah boleh sangat mengurangkan jurang dengan pendahulu liga, kita lepaskan peluang terhidang! sudah berapa kali camni...ada sesiapa di luar sana yang ada buat kira-kira!
Perlawanan hari itu bermula, memang aku happy giler! Buntut baru 42 sec duduk dah terangkat! Nah! ko, Theo Walcott berjaya membawa lari bola walaupun disaingi Fabricio Coloccini dan membawa masuk ke dalam kotak penalti sebelum menolak ke penjuru kiri bawah Steve Harper untuk gol awal selepas menerima umpanan dari Arshavin. Ia umpama signal awal yang Arsenal bakal menganas malam itu.
Ya! Ia memang berlaku! Di minit ke-3, bermula dari sepakan bebas Arshavin mencipta peluang buat Djourou yang melakukan tandukan 'ala Koscielny' menerjah jaring tuan rumah, yang merupakan gol pertamanya musim ini. Belum sempat pertahanan lawan bernafas memperbetul struktur benteng mereka! Arsenal merapu lagi, kali ini dari sepakan silang Walcott tepat mencari van Persie yang mudah menolak menggunakan kaki kanan untuk gol ketiga. Penonton Newcastle mula dilihat 'angkat punggung' dari stadium St James’s Park tanda tak puas hati. Masuk minit ke-26, van Persie kembali memahat nama selaku penjaring ke-4 untuk mengkoleksi gol ke-8 peribadinya musim ini, waktu itu aku mula merasakan, van Persie akan 'mengenggam 'hatrik' keduanya musim ini. Penonton Newcastle sudah dilihat 'menyumpah seranah' sementara pengendali Toon, Alan Pardew mula terperosok di kerusi 'mati akal' mengenang nasib pasukan juga dirinya!
Bayangan Andy Caroll yang melakukan perpindahan mengejut ke Liverpoll mula terbayang!
Frust habis!: Siapa yang tak frust kalau result dah 4-0....Tapi kalau dengan Arsenal smua tak mustahil.....
Siapa sangka! Kita sudah mendahului lawan dengan 4-0, akhirnya kita bawa pulang dengan 1 mata selepas diikat untuk seri 4-4. Sebenarnya aku tidak lah ralat sangat kalau kita alami situasi seperti kita seri 4-4 dengan Liverpool musim lalu tika Arshavin kita 'naik hantu' sumbat 4 gol. Masa tu gamenya memang sedap kita tengok lah! walaupun result tidak seperti kita mahukan! Dua-dua pasukan saling berbalas serangan ada 'give n take'! Tapi bukan cam game di St James’s Park tempoh hari, kita kena 'hayam' di babak kedua selepas Diaby dikenakan kad merah pada minit ke-50 atas tindakan 'tunjuk garang' tidak bertempatnya! Musibahnya pasukan yang terima akibat!
Syok tak!: Siapa yang tak terkinja-kinja, kalau separuh masa dah camni punya result....silap-silap mau lagi 4 bijik...Tapi? sapa yang kena
Bermula detik minit ke-50 itu, nasib Newcastle mula berubah secara mendadak, Barton memulakan malam kebangkitan 'terhebat' buat skuad 'Toon' selepas mencetak gol dari sepakan penalti setelah Laurent Koscielny dipersalahkan kerana mengasari Kevin Nolan dan striker mereka yang menggambil alih slot yang ditinggalkan Caroll, Best yang dilihat tidaklah se'best' mana pun, menambah gol kedua Toon pada minit ke-75.
Mulanya disini - Freedom (Seha)! : Ku kenali dirimu, Sehingga kini, Sehingga ke akhir waktu...Yang tak tahu...abaikan
Barton kembali sekali lagi melangkah 'tenang' mencetak gol juga hasil ihsan pengadil perlawanan, Dowd yang memberikan penalti di minit 83 dan comeback luar biasa dinoktahkan dengan sepakan deras Tiote dari jarak 30-ela di minit 88. Nyaris-nyaris kita putih mata, nasib baik percubaan terakhir dari Kevin Nolan di masa kecederaan tidak tepat menemui sasaran. Cam haremmmmm....
Sebelum ini pernah terdengar rungutan dari sahabat Arsenal kita, "Arsenal ini kalau dah score lawan 2 gol pun! kita Pencinta Arsenal belum tentu boleh lega lagi! Sebab kita boleh dikalahkan 3-2 selepas itu" Tapi sekarang dah score lawan 4-0 pun kita belum mampu kompomkan tiga mata milik kita!
Mungkin Diaby adalah salah satu punca kekalahan kita, tapi bagi aku semuanya salah! dari manager, pemain, sampai lah taktikal permainan Arsenal di babak kedua! Ingat! pemainan bola sepak ini bukan permainan perseorangan! Ini permainan berpasukan! Kita punya displin dan fokus pada permainan babak kedua ini hancus! Habis kita kena serang macam kisah 'bukit kepong', kena tembak dengan komunis sampai mati semua! melawan pakai 'mikrofon' jer.."Kami tidak akan menyerah, kami sanggup mati"...! Peluru habis. Kita patutnya ada persediaan untuk mengalami situasi genting sebegini jika kita berhadapan keadaan kekurangan pemain akibat dibuang padang! Ini bukan kali pertama kita bermain 10 orang! Nak cakap lebih pun tak guna dah! redha jer! bawalah satu mata, dari takde ye tak?
Berikut adalah rekod Arsenal musim ini bermain 10 orang. Ini bukan kali pertama tu? Takde la sampai lepas 4 gol...
15 Ogos 2010 - Liverpool 1 - 1 Arsenal - L. Koscielny (kad merah; min'90) 18 sept 2010 - Sunderland 1 - 1 Arsenal - A.Song (kad merah; min '55) 16 Okt 2010 - Arsenal 2 - 1 Birmingham - J.Wilshere (kad merah; min '90) 07 Nov 2010 - Arsenal 0 - 1 Newcastle - L. Koscielny (kad merah; min'90) 08 Dec 2010 - Arsenal 3 - 1 Partizan - B.Sagna (kad merah; min '85) 05 Jan 2011 - Arsenal 0 - 0 Manchester City - B.Sagna (kad merah; min '89) : time ini player city pun kena sama; P.Zabaleta min '89) 30 Jan 2011 - Arsenal 2 - 1 Huddersfield - S.Squillaci (kad merah; min '42)
Apa-apa pun kredit buat Newcastle yang menunjukkan kebangkitan amat dashyat pada babak kedua dan nyaris menuju kemenangan yang bakal diingati sepanjang hayat!
Heran tak?: Full time; Akhirnya yang berlaku
Keputusan seri ini juga mendapat perhatian dari bekas tokoh sejarah kita, skipper berusia 34 tahun, Patrick Viera, berikut petikan dari kenyataannya:
"It does show that in football if you don't work hard until the last minute, if you don't have 100% commitment, anything can happen. Newcastle is still a difficult place to go to.
"I think Arsenal is still a great side, a fantastic team to watch.
"The fans have been a bit disappointed in the last few years but they have to keep believing in themselves because they're still a good side."
Lagi satu yang aku teringin nak sentuh! Kita tidak ada kapten berkarakter 'perlindung' semacam era Viera ini, kapten yang keras kepala dan nakal semacam ini juga amat perlu dalam situasi permainan yang genting camni!
Waktu sebelum Wojciech Szczesny dikenakan kad kuning, akibat menghalang Barton nak merayakan jaringan gol penaltinya, Szczesny yang 'nakal' skit cuba menghalang dengan menyorokkan bola dari diambil Barton, kemudian Nolan masuk campur dan 'grip' kepala Szczesny. Time ini siapa pemain kita yang cuba 'membantu' keeper muda kita ini. Kalau time Viera ini, mahunya si Viera mengamuk sakan melindung anak buahnya! Kapten kita kini, Fabregas bukan camtu! Mungkin 'cakap belakang' dalam terowong pemain. bolehlah! Dia masih muda! Dan itu caranya! Tapi sikap 'dahaga'kan untuk membawa pasukan ke arah kemenangan setiap perlawanan tetap setara dengan apa yang dipamerkan oleh kapten-kapten terdahulu.
Full match highlights Newcastle United 4-4 Arsenal; tak enjoy!
Walau apa pun, minggu ini tetap memberikan sedikit keceriaan buat diri aku! Saat yang amat ku nantikan, muncul tiba, Manchester United tumbang di bumi Molineux dengan 2-1 di tangga pasukan di tangga terbawah sekali, Wolves. Sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah mereka musim ini, secara tidak langsung mengagalkan impian mereka untuk menjejaki sejarah terhebat pasukan 'Invincibles 2003/04' kita. Terima kasih Wuf! Wuf! Wuf!
Tapi apa pun, cukup setakat itu, Arsene Wenger dan pemain harus kembali fokus pasal perlawanan berikutnya kita akan temui pasukan Wolves ini, dan kita tidak mahukan nasib kita seperti itu! Kali ini peluang kutip tiga mata tidak boleh kita gagalkan, sekali lagi peluang merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Manchester United mungkin ada! Ia bakal hadir apabila Manchester United akan bertembung dengan Manchester City untuk perlawanan berikutnya. Jadi sebarang kemungkinan akan berlaku! samada salah satu kelab akan keciciran mata atau kedua-duanya berkongsi mata!
Apa Arsenal perlu buat game berikutnya! Kerja mereka - Lawan dan fokus sehingga wisel penamat dengan Wolves; tiga mata harus digengam.
Sebuah lagi kelab yang juga berada di landasan bersaing mengejar kejuaraan Liga musim ini, Chelsea juga gagal! Mencuri Torres dari tangan Liverpool dengan kos £50 juta masih tidak cukup untuk memberikan tiga mata buat mereka ketika bertembung sesama sendiri di Stamford Bridge. Chelsea tewas 0-1 kepada Liverpool.
Apa-apa pun aku bukanlah pencinta tegar team Perancis, tetapi memandangkan hal ini ada kena mengena dengan Arsenal aku layankan jer!
Penjaring gol kemenangan ketika menentang Everton tempoh hari, Laurent Koscielny menerima berita gembira selepas pelatih team kebangsaan Perancis, Luarent Blanc dengan rasminya mengumumkan skuad yang akan tampil untuk melayani Brazil di perlawanan persahabatan pada 9 Februari nanti. Dalam senarai tersebut, tidak ada nama Patrice Evra, tetapi muncul nama baru yang mengisi slot pertahanan skuad Les Bleus itu ialah bek tengah Arsenal, Laurent Koscielny
Blanc tidak dapat menyenaraikan nama Evra atas sebab dia kini sedang menjalani hukuman pergantungan lima perlawanan antarabangsa dari Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) setelah terlibat dalam mogok latihan di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan lalu.
Koscielny yang dibawa ke Emirates dari Lorient musim ini, sering menjadi pilihan tetap Wenger dalam musim pertamanya selepas kecederaan yang menimpa Vermaelen. Beliau yang sememang menyimpan hasrat dan impian yang tinggi untuk menyarung jersi kebangsaan Perancis. Dengan bermain dengan Arsenal, dia yakin peluang itu akan terlaksana.
Berikut adalah kenyataan yang dipetik pada ogos lalu mengenai impiannya untuk bermain dalam pasukan Perancis:-
'When you play for such a big club as Arsenal, it helps you to reach the international level quicker.
'I don't want to lose a chance of playing for France. That is my priority. I want to play in the French national team.'
Dengan ini, bek berusia 24 tahun itu akan menurut jejak rakan Arsenal yang lain Bacary Sagna, Gael Clichy dan Abou Diaby. Kalau ada peluang bermain, janganlah sampai injed plak!
Berikut susunan pemain Perancis:
Penjaga gol: Hugo Lloris (Olympique Lyonnais), Steve Mandanda (Olympique Marseille), Cedric Carrasso (Girondins Bordeaux)
Pertahanan: Anthony Reveillere (Olympique Lyonnais), Gael Clichy (Arsenal), Philippe Mexes (AS Roma), Adil Rami (Lille OSC), Mamadou Sakho (Paris St Germain), Bacary Sagna (Arsenal), Eric Abidal (Barcelona), Laurent Koscielny (Arsenal)
Entri kali ini ada berbaur jeles skit! Tapi biarlah!...Sezen ini semakin lama semakin hampir ke penghujungnya! Tapi yang mencuri tumpuan adalah pendahulu liga ketika ini, Manchester United yang masih 'kebal' belum dikalahkan lagi....Aku kalau boleh memang cukup mengharap supaya Manchester United ada catatkan kekalahan dalam Liga Perdana musim ini, biarpun walau sekali...lebih dari itu pun lagi bagus! Pasukan kita pula harus kekal dengan 'kerja' mereka jangan lepas dari konsisten mengutip mata. Tapi pasukan manakah yang akan merosakkan impian mereka itu?
Berikut adalah maklum balas mengenai kemampuan Manchester United menurut jejak kita untuk melakar 'new invincibles'.
I believe we're capable of finishing without a single defeat. - Dimitar Berbatov (Manchester United)
“It would be a fantastic achievement but there’s still a long way for them to go through the season unbeaten.
“I think they believe they can do it. When you look at the last game they played against Blackpool they were 2-0 down and won 3-2. - " - Kapten Pasukan Lejen; Patrick Viera
"Comparing the Arsenal of 2003-04 with the United of today, both are excellent, experienced sides, but I think we had the better team."Manchester United have a chance to emulate our Invincibles. They have gone 20 games without defeat in the league, so are more than halfway there. But I expect them to lose at some stage because this is such a hard division and twists and turns are inevitable. - Pasukan lejen Invincibles, Ray Parlour
"I hope we can go the whole season unbeaten,"
"We are in a great position. We have been doing so well. We have to keep working hard and doing the same things. - Nani (Manchester United)
It’s vital to keep looking at yourself, because we all know Chelsea’s schedule and Manchester United’s schedule but the main thing is to look at our own schedule, we have a tough opponent on Saturday in Newcastle away.
I’m confident Manchester United will drop points – 100 per cent. They’ve got big games coming up, the derby, Chelsea and other big games. - Robin van Persie (Arsenal)
Manakala, bagi pandangan The Prof kita, Arsene Wenger menurutnya:
‘They been a bit lucky until now? Certainly, but we’ll see. I believe it is too long to go to say they will do it, but you cannot rule it out.’
United have 17 games to go and their record after the first 21 is similar to Arsenal's from 2003-04; United have nine draws while Arsenal had seven. Moreover, there has been the element of good fortune that Wenger knows, from experience, is crucial.
United have struggled at times away from home and their 2-1 win at West Bromwich Albion, when Peter Odemwingie missed a 63rd-minute penalty with the score at 1-1, could easily have gone the other way. Arsenal might have lost in September 2003 at Old Trafford but the United striker Ruud van Nistelrooy missed an injury-time penalty in the 0-0 draw.
Aku pula memang percaya Manchester United tidak mampu mengekalkan rekod 'tak terkalah' dalam Liga Perdana musim ini. Berdasarkan jadual perlawanan yang 'mengila' dan game-game mereka yang semakin 'tough' selepas ini antaranya bertemu Manchester City (12 Feb), Chelsea (01 Mac & 07 May), Liverpool (06 Mac) dan perlawanan yang sangat kita nanti dimana Alex Ferguson dan Rio Ferdinand, Rooney, Berbatov & co akan bertandang ke Emirates pada 30 April. Takkan takde kalah kot! Tak logik la (dengki lagi!) huhuhu....
apa kata rakan kita:
yup..aku pon percaya MU mampu dikalahkan musin nie..sekali diorg kalah pasni mesti moral down..pastu drop lg point..huhu..(dengki gak) - MrZuRied
aku yakin diorg kalah.diorg terlalu overconfident.dulu kita tak macam ni.susah nk konsisten.diorg 2 sandar pada nasib ngn reff.akhir skali F!#k man u..haha - Firestarter
aku tak kisah kalau dia org nak jadi invicible...janji game dia org banyak seri,so arsenal dapat champion cup....lagi malu dia org,unbeaten tapi tak dapat menang cup - Hisham Syndikate
Sehari selepas penutupan tetingkap transfer Januari, Arsene Wenger secara 'halus' rupanya berjaya menandatangani kontrak lima tahun bernilai £75,000 per-minggu untuk menyimpan Samir Nasri di Emirates. Ia dianggap sebagai signing terbaru Arsenal di bulan Januari ini.
Dianggarkan jumlah keseluruhan perjanjian melibatkan Samir Nasir mencecah angka £19.5 juta, kedegilan Wenger untuk tidak membawa masuk muka baru dalam tingkap perpindahan Januari ini ke Arsenal rupanya berasas. Ini penting sebagai pelan rancangan Wenger untuk misi mengejar gelaran Liga Premier yang menjadi matlamat utamanya.
Agen Nasri, Jean-Pierre Bernes, menegaskan bintang yang dibawa dengan nilai £15.8 juta dari Marseille mahu terus kekal bersama Arsenal.
Menurut Bernes, mengenai alasan kuat Samir Nasir untuk komited terus kekal di Arsenal:-
“He’s happy at the club,”
“The coach believes in him, the directors believe in him as well.
“He said to me, ‘You won’t believe the great atmosphere in the changing room, I’ve rarely experienced anything like this’.
"Samir has done his three seasons with Arsenal and the wise thing to do is to stay with this club."
Arsenal 2 : 1 Everton Andrei Arshavin ('70), Laurent Koscielny ('75) : Louis Saha ('25) Vanue: Emirates Stadium, London Referee: Lee Mason
Match Report | Arsenal 2 - 1 Everton, English Premier League
Ada Watak Sang Juara! Kemenangan ke atas Everton boleh diklasifikasikan sebagai 'tanda aras' ditahap mana mentaliti anak buah asuhan Wenger untuk menyerap tekanan ketika ketinggalan. Namun, bukan impian kita untuk ketinggalan dalam mana-mana permainan selepas ini! Kalau blih tak payahlah ketinggalan-ketinggalan ini, buat menyesakkan nafas jer!
Perlawanan pagi semalam jelas bukanlah persembahan terbaik yang disajikan The Gunners, tetapi ia sudah cukup untuk kita kekal merekodkan kemenangan ke-6 berturut-turut dalam semua kejohanan.
1st Eleven: Senarai barisan pemain yang diturunkan Wenger!
Arsenal terlebih dahulu dikejutkan pasukan pelawat hadir dari keputusan kontroversi pengadil Lee Mason. Ia bermula dari umpanan Seamus Coleman yang mengenai kaki Koscielny yang cuba mengeluarkan bola, tetapi gagal! - lalu bola tepat ke arah Louis Saha. Saha yang ketika itu berkedudukan offsaid mudah menolak masuk menewaskan Wojciech Szczesny untuk memberikan pasukan pelawat mendahului permainan di minit ke-25. Namun mungkin ada rasa 'was-was', Manson cuba mendapatkan khidmat nasihat pembantu pengadil, Tapi haram! setelah berbincang, mereka kekal dengan keputusan asal 'gol disahkan'. Jaringan awal itu nyata mengecewakan pemain Arsenal sekaligus menganggu 'tempo' pemainan Arsenal selepas itu.
Offsaid ke tak?: Tu hah, pengadil garisan belah sana, buta ker apa? apa pun keputusan pengadil adalah muktamad!
Masuk babak kedua, Arsenal mula kembali tenang selepas rehat untuk menuntut kemenangan berharga dengan melakukan 'superb second half comeback' untuk mengesahkan kemenangan 2-1 di Emirates. Kedua gol yang masing-masing hadir pada minit ke-70 melalui Arshavin dan 75 dari Koscielny. Dalam perlawanan pagi tadi juga, Wenger telah menggunakan kesemua tiga slot pertukaran di babak kedua melibatkan:-
min '45 - Abou Diaby menggantikan Alex Song min '62 - Andrei Arshavin menggantikan Tomas Rosicky min '69 - Nicklas Bendtner menggantikan Jack Wilshere
Adeh!: Djourou rebah selepas bertembung dengan Saha ketika cuba merebut bola tinggi.
Andrei Arshavin yang sebelum ini dikritik kerana prestasinya yang merudum, pantas mengubah corak serangan Arsenal dengan beberapa umpanannya yang mampu membuka peluang gol! namun gagal diterjemahkan dengan jaringan gol antaranya hantaran lambungnya kepada van Persie, tapi entah apa yang tidak kena, van Persie yang hanya berhadapan Howard gagal menyudahkan tugasnya seperti biasa.
Buang peluang: Robin van Persie menyepak liar, umpanan dari Arshavin seminit selepas dimasukkan.
Selang 8 minit selepas itu, bermula dari tindakan bijak Fabregas yang mengesan kedudukan Arshavin pantas menghalakan bola lambung, tetapi bijak pula dibaca Jack Rodwell yang cuba mengeluarkan bola tapi tandukan kurang kemasnya jatuh tepat pada Arshavin, tenang si cilik Rusia menewaskan Howard, menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Selepas itu, Arsenal kembali memperkemaskan serangan ke kubu The Toffees, Robin van Persie sekali lagi berpeluang untuk melebarkan kedudukan dari satu sepakan percuma di luar kotak penalti tapi berjaya ditidakkan oleh ketangkasan Howard yang menolak bola keluar.
Hasilnya Arsenal dihadiahkan sepakan penjuru, Robin van Persie yang melakukan sepakan tepat menemui Koscielny dan melakukan tandukan untuk gol kedua yang terus meranapkan impian Everton untuk sekurang-kurang mencuri satu mata di Emirates.
Konfiden: Aksi Szczesny menyelamat tandukan jarak dekat Leon Osman. Entah mengapa! aku rasa gawang Arsenal sangat selamat dibawah kawalan Szczesny!
Dengan kemenangan terbaru ini, ia menguatkan lagi keyakinan Wenger bahawa pasukannya kini mempunyai watak untuk meneruskan pemburuan dalam 4 trofi kejuaraan musim ini.
Full time: Arsenal menang 2-1 ke atas Everton
Kemenangan ini melanjutkan kedudukan Arsenal kekal ketinggalan 5 mata dari pendahulu liga, Manchester United.
Kehadiran penonton: 60,014
Perlawanan berikutnya: - Arsenal vs Newcastle, Premier League - 05 Feb 2011
Berikut adalah sedutan klip-klip video gol semalam, Enjoy!