Tuesday, February 1, 2011

Preview Match | Arsenal vs Everton; Kedua kelab Percaya pada skuad yang ada!


Preview Match | Arsenal vs Everton, English Premier League

Emirates Stadium, London
Selasa, 2 Februari 2011
Astro (SuperSport 3 Match) - Channel: 817
Online: 03:40 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Lee Mason
* Pertemuan terakhir: Everton 1 - 2 Everton (14 Nov 2010)
* Pertemuan kedua pasukan: 95: Arsenal menang, 58: Everton menang, 41: Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-M
* Prestasi terkini Everton: M-M-S-S-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Szczesny
Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Arshavin
Robin van Persie

Subs: Almunia, Eboue, Gibbs, Denilson, Diaby, Bendtner, Chamakh
Denda: Squillaci (pergantungan satu perlawanan)
Kecederaan: Nasri (hamstring), Fabiański (bahu), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Samir Nasri yang mengutip kecederaan hamstring pada perlawanan menentang Huddersfield Town dijangka akan direhatkan antara dua atau tiga minggu. Aduyai! Kalau gini gayanya memang Champion League (leg pertama) jumpa Barcelona, 16hb ini, Nasri tak main la? Rosak program!

  • Lukasz Fabianski mungkin memerlukan 'surgery' untuk kecederaan bahunya. Jadi! Almunia kembali memiliki peluangnya. Welkam back!

  • Denilson dikatakan juga mengalami kecederaan hamstring pada hari ahad lalu, tetapi di'sesah' Wenger sehingga 90 minit perlawanan. Jadi dari segi teknikalnya, Denilson tidak akan diturunkan malam ini?

  • Sebastien Squillaci dikenakan pergantungan untuk satu perlawanan.

  • Bacary Sagna sudah pulih dari masalah 'gegaran otak' selepas perlawanan dengan Ipswich.

  • Arsenal sudah menang lima perlawanan berturutan dalam semua kejohanan bermula 15 Jan 2011.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Everton

  • Tim Cahill sudah pulang dari tugasan antarabangsanya, tapi gagal membawa Australia selaku juara Piala Asia selepas tewas 1-0 kepada Jepun. Ia dikhabar sudah kembali ke England tetapi mungkin tidak cukup cergas untuk diturunkan hari ini.

  • Victor Achebe dan Tony Hibbert akan menjalani ujian akhir kecergasan hari ini samada cukup cergas untuk diturunkan. Ross Barkley masih kekal direhatkan akibat kecederaan patah kaki.

  • Everton kini hanya mencatatkan 5 kemenangan dari keseluruhan 23 perlawanan dan berada pada kedudukan ke-14 di carta Liga Perdana 2010/11.

  • Kelab julukan 'The Toffees' mengumpulkan 12 keputusan seri setakat ini dan merupakan terbanyak di antara 20 pasukan yang bertanding.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Di Goodison Park, Arsenal memerlukan gol dari Sagna dan Fabregas sebelum Cahill memberikan gol saguhati di minit ke-89 pada 14 Nov 2011. Perlawanan berakhir 1-2.

  • Kemenangan terakhir di raih Everton ke atas Arsenal adalah pada 18 Mac 2007 dengan 1-0 di Goodison Park, sumbangan Andrew Johnson pada minit ke-90.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Lee Mason (Lancashire).

  • Ini adalah perlawanan pertama kendalian Lee Mason buat Arsenal musim ini. Sepatutnya Manson patut mengendalikan perlawanan Arsenal menentang Stoke City, tapi ia dibatalkan kerana salji.

  • Untuk Everton, Manson telah mengendalikan dua perlawanan tahun ini, keduanya di Goodison Park: seri 1-1 dengan Wolves dan kekalahan 4-1 dengan West Brom.

  • Dalam 18 perlawanan yang dikendalikan musim ini (12: Premier League, 3: Championship, 1: League Two, 1: Piala Liga dan 1: Piala FA), Mason telah mengeluarkan 73 kad kuning dan 5 kad merah.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Selasa: Sunderland vs Chelsea, Stadium of Light, Sunderland
  • Selasa: Manchester United vs Aston Villa, Old Trafford, Manchester
  • Selasa: West Bromwich Albion vs Wigan Athletic, The Hawthorns, West Bromwich
  • Rabu: Birmingham City vs Manchester City, St Andrew, Birmingham
  • Rabu: Blackburn Rovers vs Tottenham Hotspur, Ewood Park, Blackburn
  • Rabu: Blackpool vs West Ham United, Bloomfield Road, Blackpool
  • Rabu: Bolton vs Wanderers Wolverhampton Wanderers; Stadium Reebok, Bolton
  • Rabu: Fulham vs Newcastle United; Craven Cottage, London
  • Rabu: Liverpool vs Stoke City, Anfield, Liverpool
  • 0 comments:

    Related Posts with Thumbnails