Thursday, February 24, 2011

Match Report | Arsenal 1 - 0 Stoke City; Kemenangan diratapi malang buat Fabregas dan Walcott

Arsenal 1 : 0 Stoke City
Sebastian Squillaci ('8) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Peter Walton


Match Report | Arsenal 1 - 0 Stoke City; English Premier League

Sebastian Squillaci muncul satu-satu penjaring pada awal pagi tadi sekaligus menuntut hak kemenangan buat Arsenal; tetapi kemenangan tersebut perlu ditebus dengan harga yang mahal buat The Gunners selepas Cesc Fabregas dan Theo Walcott ditimpa musibah kecederaan.

Line-up diturunkan Wenger.

---------------- Szczesny ----------------
---Sagna--------Squillaci--------Djourou--------Clichy----
--------Song-------------Wilshere --------
---Walcott (Denilson '71)-----Fabregas (Arshavin '14)-----Nasri----
--------Bendtner (Chamakh '80)--------

Simpanan (tidak digunakan): Almunia, Rosicky, Eboue, Gibbs.

Jumlah kehadiran: 60,041

Selepas ini, Arsenal akan menempuh empat lagi perlawanan penting dalam dua minggu termasuklah pada minggu ini - Final Piala Carling dan leg kedua Champions League di Nou Camp menentang Barcelona. - tidak dapat tidak, Fabregas dan Walcott berpotensi besar terlepas aksi untuk game penting ini. Jadi apa 'pelan jangka hayat' Arsene Wenger seterusnya?

Aksi awal perlawanan ini bermula pantas, apabila Walcott menguji keeper Stoke, Begovic dari ruang sudut yang terhad ketika di minit kedua, gawang Stoke bocor jua, detik minit ke-8 bermula dari umpanan silang Nicklas Bendtner tepat mencari Squillaci yang membuat tandukan sekaligus membuka akaun gol awal untuk Arsenal memimpin perlawanan.


Selang enam minit kemudian, PenCinta Arsenal samada di Emirates mahupun yang menyaksikan secara langsung di kata TV mula gelisah apabila Fabregas segera dikeluarkan Wenger dan digantikkan Andrei Arshavin akibat masalah hamstring! tempo permainan Arsenal selepas itu kelihatan sedikit hilang arah, ia jelas memperlihatkan kepentingan kapten Arsenal itu untuk berada di padang sebagai 'penguat semangat', The Gunners dilihat seperti kapal kehilangan nakhoda.

Sementara itu, Fabregas meluahkan hasrat untuk melakukan apa saja yang termampu untuk kembali cergas, selain itu; Fabregas juga dipetik menulis di ruang Twitternya:-

"I've waited too long to captain a final for Arsenal and I won't give up till the last second."

Dari sudut Wenger; beliau dipetik berkata:

"Theo Walcott has an ankle sprain and he is out. For how long, I don't know, but he is definitely out of Sunday.

"Fabregas has a hamstring problem. It is impossible to see how serious it is. We will know on Thursday.''

Stoke cuba bertindak balas sekali-sekala, antaranya yang mengundang bahaya hadirnya pada 10 minit sebelum rehat babak pertama, bermula tindakan Walters Jonathan sebelum mengalihkan kepada John Carew yang terus melepaskan rembatan deras dari jarak 30 meter, namun Wojciech Szczesny pantas menolak cubaan tersebut sekaligus mengekalkan kedudukan 1-0 memihak Arsenal sehingga tamat babak pertama.

Bermula aksi selepas rehat, Stoke mula meningkatkan permainan mereka, Ryan Shawcross hadir mengepalai dengan cubaan awal ke kubu Arsenal selepas menerima cross dari Jermaine Pennant, tapi tandukannya gagal menemui tujuan! Di saat Stoke mempergiatkan inisiatif mereka untuk mencari gol penyamaan, namun digagalkan jentera Stoke sendiri yang tak mampu menemukan jaringan, ia termasuk cubaan Robert Huth pada minit ke-58 yang me'laut' tinggi melewati palang gol.

Arsenal juga mempunyai kesempatan untuk menambah gol terutamanya melalui Walcott selepas kerjasama baik bersama Arshavin di minit ke-65, namun tendangan kaki kanan Walcott 'pengkau' melebar jauh kekanan gol.

Rupanya, Itu juga menjadi sumbangan terakhir Walcott pada perlawanan tersebut, enam minit kemudian bintang England harapan Capello itu menurut jejak Fabregas apabila diusung keluar selepas mengalami kecederaan akibat cabaran yang dilakukan Dean Whitehead.

Kemenangan yang diraih ini, meletakkan Arsenal memperkukuhkan kedudukannya di tampuk kedua liga EPL, tetapi jurang mata kini berkurang kepada satu dengan pendahulu, Manchester United yang tidak bermain kerana terlibat dengan leg pertama Champions League menentang Marseille.

Dengan Manchester United akan dijadualkan bertemu Wigan (26 Feb), Chelsea (01 Mac) dan Liverpool (06 Mac) di EPL selepas ini. Aku dengan ini secara terang-terangan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Wigan dan Torres (sokong Torres sama jer cam sokong Chelsea ngan Liverpool..)....huhuhu!

Gol Squillaci min'8



Insiden kecederaan Walcott

2 comments:

Anonymous said...

Hmm is anyone else experiencing problems with the
images on this blog loading? I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any feedback would be greatly appreciated.
Here is my website :: chelsea transfer news ronaldo

Anonymous said...

Heya i am for the first time here. I found this
board and I find It truly useful & it helped me out a lot.
I hope to give something back and help others like you aided me.
Take a look at my homepage :: latest transfer rumours goal.com

Related Posts with Thumbnails