Friday, February 11, 2011

Preview Match | Arsenal vs Wolves, 1st priority, Wuf! Wuf!..Barcelona tu jangan dok pikir lagi...



Preview Match | Arsenal vs Wolves, English Premier League

Dengan pertembungan adik beradik 'satu bapak lain mak' di antara Manchester United dan Manchester City akan berlangsung di Old Trafford, kita ada kesempatan lagi untuk merapatkan kedudukan! setelah melepaskan peluang di St James' Park. Tak kira la team yang mana satu akan pelingkup atau pun seri! Kita tidak boleh melepaskan peluang ini. Menang adalah matlamat, tak boleh seri, kalah tolak ketepi, kalau boleh takyah pikir langsung!. Pehtu terserah apa yang bakal berlaku!

Berikut kenyataan Bos, Arsene Wenger mengenai perlawanan ini:

"There is no Barcelona in mind. There is Wolverhampton in mind. That's what is important to us, the championship.

"We fought so hard to be in this position now that the most important thing is that we focus on the Premiership tomorrow."

Emirates Stadium, London
Sabtu, 12 Februari 2011
Astro (Star Sports Match) - Channel: 813
Online: 22:55 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Chris Foy
* Pertemuan terakhir: Wolves 0 - 2 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: 55: Arsenal menang, 29: Wolves menang, 25: Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-S
* Prestasi terkini Wolves: M-K-K-K-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Szczesny
Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
Denilson - Wilshere
Walcott - Fabregas - Arshavin
Chamakh

Simpanan: Almunia, Gibbs, Djourou, Song, Eboue, Bendtner, van Persie
Denda: Diaby (pergantungan pertama dari tiga perlawanan)
Kecederaan: Nasri (hamstring), Fabiański (bahu), Vermaelen (Achilles), Rosicky (???)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Mujur tidak ada yang ter'peleot'/ tergeliat selepas pulang dari tugas antarabangsa! Hurray!

  • Cesc Fabregas dan Robin van Persie telah sembuh dari masalah kesihatan masing-masing dan membuatkan mereka terlepas dari tugas antarabangsa.

  • Alex Song (paha) dan Johan Djourou (lutut) dikatakan hari ini akan berhadapan ujian kecergasan dan Arsene Wenger optimis bahawa mereka akan berada dalam skuad. Tapi! 90%. Aku jangkakan Wenger akan mengambil langkah merehatkan mereka cukup-cukup, persediaan untuk perlawanan cakrawala menentang Barcelona?

  • Denilson (tak pasti sebelum ini apa masalahnya dia, paha ker? hamstring?) Apa-apa pun dengan Wolves dia dijangka boleh diturunkan, sementara Abou Diaby masih menjalani proses pergantungan.

  • Samir Nasri sudah boleh kembali dalam latihan dalam satu atau dua minggu ini, pehtu boleh diturunkan. Sayang-sayang! kita tak dapat menggunakan khidmatnya pada leg pertama di Barcelona. Dan Thomas Vermaelen! Huh! berapa minggu lagi? Kejap dua minggu, tiga minggu, empat minggu? Letihhhh.....

  • Arsenal kini sudah melalui tujuh perlawanan berturut-turut tanpa kalah dalam semua kejohanan, dan tak terkalahkan dalam sepuluh perlawanan terakhir di Emirates.

  • Breaking news! khabar terbaru, Rosicky dilaporkan mengalami kecederaan ketika mewakili Republik Czech menentang Crotia.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Wolves

  • Masalah kecederaan yang menimpa Stephen Hunt (betis) dan Dave Edwards (kaki) dilaporkan sudah pulih, tetapi mungkin 50-50 untuk diturunkan.

  • Bek Kevin Foley yang sebelum ini mengalami masalah kecederaan pergelangan kaki dijangkan sudah cergas untuk turun di Emirates nanti.

  • Wolves juga tidak lepas dari masalah kecederaan jangka panjang yang melibatkan pemainnya iaitu Michael Kightly (tendon di lututnya) dan Adlene Guedioura (patah kaki).

  • Wolves mendapat julukan 'giant killers' di Molineux setelah me'mangsa'kan kelab-kelab besar di England bermula dengan Manchester City, Chelsea, dan yang terbaru, Manchester United. Tapi, Arsenal telah terlepas dari di mangsakan, selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wolves di Molineux pada 10 Nov lalu. Tapi, AWAS! Wolves juga mengejutkan Liverpool 1-0 di Anfield.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal menewaskan Wolves 'straight' 11 kali dalam semua kejohanan terakhir kini bermula 29 Ogos 1983.

  • Marouane Chamakh muncul wira selepas mencetak gol pembuka dan penutup tirai perlawanan kedua pasukan, selepas mencetak gol seawal 37 saat dan di masa kecederaan minit ke-92 di Molineux pada bulan November lalu.

  • Di Emirates tahun lalu, Arsenal memerlukan sehingga ke minit terakhir perlawanan melalui Nicklas Bendtner untuk mengesahkan kemenangan.

  • Kemenangan terakhir yang diraih Wolves terhadap Arsenal datangnya di Highbury dengan skor 3-2 pada 29 Sept 1979.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil adalah Chris J Foy (Merseyside).

  • Musim ini, Chris Foy sudah mengendalikan dua perlawanan melibatkan Arsenal, ketika Arsenal membenamkan Blackburn 2-1 dan Fulham juga 2-1. Menariknya kedua-dua perlawanan tersebut tiada pemain Arsenal yang dikenakan sebarang kad.

  • Foy tidak pernah mengendalikan perlawanan melibatkan Wolves musim ini. kali terakhirnya adalah ketika seri 0-0 dengan Stoke pada bulan April.

  • Sehingga kini, Foy sudah mengendalikan 22 perlawanan, sudah mengeluarkan 50 kad kuning; tapi tiada lagi kad merah.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Manchester United vs Manchester City, Old Trafford, Manchester
  • Sabtu: Birmingham City vs Stoke City; St Andrew, Birmingham
  • Sabtu: Blackburn Rovers vs Newcastle United, Ewood Park, Blackburn
  • Sabtu: Blackpool vs Aston Villa, Jalan Bloomfield, Blackpool
  • Sabtu: Liverpool vs Wigan Athletic, Anfield, Liverpool
  • Sabtu: West Bromwich Albion vs West Ham United; The Hawthorns, West Bromwich
  • Sabtu: Sunderland vs Tottenham Hotspur; Stadium of Light, Sunderland
  • Ahad: Bolton Wanderers vs Everton, Stadium Reebok, Bolton
  • Isnin: Fulham vs Chelsea, Craven Cottage, London
  • 1 comments:

    <> said...

    semoga meriam akan tembak serigala...dgn 3 das tembakan..

    Related Posts with Thumbnails