Tuesday, February 22, 2011

Injury News | VerMERLIN



Apa kes sebenarnya yang terjadi pada orang besi kita, Thomas Vermaelen.

Laporan terkini menyatakan bek tengah kental kelahiran Belgium kita masih lagi menderita masalah Achilles dan dijangka berpeluang tipis atau lebih tepat tidak mampu cergas untuk leg kedua di Barcelona pada 8 Mac. Walaupun diwar-war sebelum ini boleh dipersiapkan untuk game tersebut? Apa sudah jadi!

Manakala, sebaliknya ada juga laporan yang bercanggah dengan laporan yang diterima yang mengatakan kerja-kerja pemulihan bek kita ini akan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini.

Kalau merujuk kepada kenyataan tuan punya badan, Vermaelen. Beliau sendiri bagi kata putus dia sudah sesuai untuk siap bermain ketika tiba pada leg kedua perlawanan di Liga Champions. Tapi itu kata tuan punya badan yang dah lama tak sepak terajang bola secara kompetitif sejak awal September.

Sementara kalau kita semak kenyataan Arsene Wenger! beliau sendiri tidak dapat memuktamadkan mengenai tarikh bila Vermaelen akan cukup cergas dari masalah kecederaannya. Jadi bolehlah kita jangkakan, ada kemungkinan tiga hingga lima minggu dari sekarang. apa yang pasti, kita tidak ingin melihat Vermaelen keluar dari belenggu kecederaannya secara 'paksa', tetapi hanya mampu bermain untuk satu atau dua game sahaja kemudian kembali terjebak dengan kecederaan yang lebih panjang.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails