Tuesday, March 1, 2011

Injury News | Khabaran RVP + 'Si Capik' Vermaelen


Tropi yang melepas usah dikenang! Chis, baru nak recover dari dari mood duka! Keluar pula statement kacau emosi, penjaring gol penyamaan ketika Carling Cup kita, Robin van Persie pula dikhabarkan dalam situasi tak pasti, Ia dikatakan hampir pasti terlepas aksi pertemuan Arsenal di Champions League menentang Barcelona, selasa depan.

van Persie menerima musibah ketika di aksi Piala Carling, dari laporan awal van Perise mengalami kecederaan lutut kanannya dalam mencetak gol ke-13 peribadinya dalam 11 perlawanannya musim ini. Walau bagaimanapun, pasukan perubatan The Gunners ketika ini terus gigih menilai secara serius perkembangan striker on-form kita ini, mungkinkah ada keajaiban untuk beliau diterbangkan bersama-sama dalam perjalanan ke Sepanyol nanti. Kita mengharapkan kecederaan ini bukanlah kecederaan melarat untuk tempoh panjang! Tapi kita sangat paham, bintang kita ini kalau kena injed memang payah nak pulih cepat! Adanya van Perise dalam pasukan sangatlah penting dalam skuad Wenger ketika ini dalam situasi kecederaan dalam kem The Gunners yang mula membiak! Inilah penangan yang kita harus kita terima pabila berhadapan dalam jadual yang semakin memadat!

Sementara itu bek kental tahun lepas kita, Thomas Vermaelen masih tidak cukup cergas lagi untuk membuat comeback yang ditunggu-tunggu di perlawanan untuk skuad reserve ketika menentang West Ham pada hari Selasa ini. Maka, kempunan lagilah kita?

Nampaknya Wenger gagal untuk melihat kelibat Vermaelen diturunkan selepas tidak beraksi secara kompetatif sejak Ogos dengan kecederaan Achillesnya, penampilannya dalam skuad reserve di Bishop's Stortford pada hari Selasa ini adalah penting untuk Wenger menilai perkembangan Vermaelen, tetapi dengan laporan terbaru ini, Wenger perlu akur Vermaelen masih belum bersedia.

Benar error yang dilakukan Laurent Koscielny ketika menentang Birmingham mengundang kegagalan kita menamatkan penantian 6 tahun tanpa trofi, Tapi Wenger tidak cukup terdesak untuk segera mencampak Vermaelen kembali ke pasukan utama tanpa melihat aksi awalnya.

Dalam perkembangan lain, seharusnya kapten Cesc Fabregas dijangka harus pulih dari cedera hamstring selepas direhatkan pada aksi di Wembley, tapi Wenger mengeluarkan nada yang berbeza tentang Theo Walcott, adalah 'sangat majik' untuk beliau siap menghadapi Barcelona selepas 'terpeleot' pergelangan kaki ketika menang ke atas Stoke.

Arsenal selepas ini akan turun bertemu Leyton Orient dalam perlawanan replay pada hari Rabu untuk Piala FA. Jadi ini adalah perlawanan penting untuk melihat respon anak buah Wenger selepas frust dalam Piala Carling.

Bangkit The Gunners! Lupakan 'Mickey Cup'. Buang jauh-jauh mood kecewa! Jangan pasal terlepas satu ditangan yang tiga lagi juga keciciran! kerana kita masih relevan dalam tiga saingan lagi - Piala FA, Premier League dan Champion League! Semua tu telinga lebih besar dari yang kita lepaskan tempoh hari.

6 comments:

Firestarter said...

perghh..da jatuh ditimpa tangga..
mntk2 2 player ni x injured lama..

Dial-Square said...

ni bukan stakat ditimpa tangga..tp dah terhempap eskalator dah...

alien said...

ape la nasib ye
lepas bergkamp bersara
lepas henry keluar
arsenal misti sipi2 nak menang je
adei~

Anonymous said...

hi!,I like your writing so much! percentage we be in contact extra about
your post on AOL? I need a specialist in this
area to solve my problem. May be that's you! Having a look ahead to see you.
My web page ... european football transfer news

Anonymous said...

Good post! We will be linking to this particularly great article on our site.

Keep up the good writing.
Feel free to visit my webpage : football news college

Anonymous said...

Informative article, exactly what I wanted to find.
Feel free to surf my website ... english premier league transfer news january 2013

Related Posts with Thumbnails