Arsenal 0 : 0 Sunderland
- : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Anthony Taylor
Match Report | Arsenal 0 - 0 Sunderland; English Premier League |
Punyalah berkoyan peluang, haram jadah satu pun tak singgah dalam jaring gol! adoi...Adakah Arsenal tak boleh skor kalau takde van Persie. Sampai bila nak jadi camni?
Line Up diturunkan Wenger |
Semalam! Arsenal mempunyai banyak peluang untuk mencetak gol, terutama sekali di sekitar 20 minit terakhir, Bolehkah ini dikatakan takde nasib! anda tentukanlah sendiri! Tapi kerap sangat berlakunya pun! seperti kebiasaannya, asal datang Emirates jer, keeper pasukan pelawat
time-time itulah jugaknya nak perform melampau-lampau. Begitulah yang terjadi pada Simon Mignolet. Referee pun satu sebab, penentu segala keputusan di atas padang. Kita tak punya pemain ke-12 diatas padang seperti mana Man United punya Howerd Webb dan Chelsea punya Martin Atkinson.
Nicklas Bendtner yang sebelum ini diangkat sebagai sang pewira selepas hatriknya menentang Leyton Orient, gagal untuk melaksanakan tugas, peluang dalam masa sebelum tamat permainan, satu lambungan dari Rosicky (kalau tak silap), tandukan Bendtner di depan pintu tidak cukup mengancam dan padu, mudah buat Mignolet.
Black Cats juga boleh dikatakan bernasib baik, gol dari Andrei Arshavin yang dicipta di minit-87 tidak dikira kerana dikatakan
offside. Walaupun dari ulang-tayang, tidak nampak cacat celanya berlaku
offside itu! Tapi referee membuat keputusan.
Sunderland juga punyai peluang terhidang yang mampu menghukum
The Gunner pada minit ke-84, namun seperti mahu melakukan ala-Obafemi Martin melakar nama selepas dimasukkan, sepakan pemain gantian, Danny Welbeck berjaya ditampan cemerlang Wojciech Szczesny untuk mengelakkan tragedi menconteng arang berlaku di Emirates. Kemudian hasil dari sepakan sudut, Szczesny sekali lagi bertindak pantas menghalang.
Pada minit ke-80, Nasri membuat
passing yang hampir sempurna untuk Arshavin yang pantas membawa bola masuk ke dalam kotak penalti, namun dalam masa detik menjanakan sepakan beliau telah ditolak dari belakang oleh Titus Bramble yang menyebabkan keseimbangannya tidak terkawal lalu sepakannya mencondong jauh dari gol, tapi jelas pengadil 'buta hati' membiarkan ketidakadilan berlaku di situ, tidak ada sepakan penalti atau isyarat berlaku kekasaran di situ. Nasib kita semalam kita diberikan jenis 'Masuk air' punya referee dan pembantunya skali!
Di minit ke-62, Marouance Chamakh yang masuk menggantikan Diaby, cepat membuat kehadirannya di padang terasa. Dari satu hantaran silang tepat pada Arshavin, tapi tolakan Arshavin sekadar tepat kedakapan Mignolet! Selepas itu beliau pula punyai kesempatan, namun tandukannya di minit-75 mengenai palang atas gol walaupun Mignolet sudah tertewas hasil umpanan dari sayap kiri oleh Jack Wilshere. Sangat menarik untuk aku menyaksikan performance yang ditonjolkan Wilshere, sikap dan
attitude beliau untuk mendapat kemenangan sangat tinggi.
Nasri jelas menjalankan peranan selaku enjin The Gunners untuk menutup segala kepincangan selepas ketiadaan Cesc Farbregas dan Robin van Persie. Nyata beliau sudah melakukan segalanya, kombinasi gelecek, gentelan dan larian pantas memecah kubu lawan dipertonjolkan pada minit ke-35, aksinya yang menyelinap masuk dengan mengelecek lawan di depannya sehingga ke sudut garisan gawang sebelum melepas sepakan, sangat menarik!
Tapi apalah ertinya semua itu dengan kesempatan demi kesempatan, peluang demi peluang, harapan demi harapan, tapi gol gagal dicernakan. Kemenangan gagal dizahirkan! Kita sekali lagi gagal untuk mehimpit pendahulu liga, Manchester United. Kita memang perlukan Liverpool menyekat Manchester United malam ini, tapi sebenarnya kita sendiri lebih sepatutnya menjalankan 'kerja sendiri' untuk tidak mensia-siakan saki baki 30 mata di 10 perlawanan EPL selepas ini.
Dalam nada yang lebih positif dari Wenger ketika ditemubual BBC Sport, beliau dipetik berkata:
''We have played 11 games, with eight wins and three draws, so we are quite consistent with our results,''
''Today's result comes at a bad moment. Will it psychologically have such a big impact on the championship? I don't think so.''
The Gunners kini dijarakkan tiga mata di belakang Manchester United, yang akan berkunjung ke Anfield menentang Liverpool hari ini, jika menang, anak buah Ferguson akan terus berjaya melebarkan kedudukan ke 6 mata. Inikah yang kita mahukan....Arghhh!
Pastinya! semua mamak dan sekutu akan berpakat menyiarkan perlawanan team kegemaran mereka, si setan merah! Jadi marilah kita memeriahkan mamak stall beramai-ramai, menyaksikan
game Man United dan Liverpool malam ini, dan memberikan sokongan geli-geli buat si 'bangau' demi menyedapkan hati kita buat kesenangan kita juga di
game akan datang nanti.