Monday, March 7, 2011

Pic Of The Day | Cesc Fabregas on training 7 March 2011

Cesc Fabregas kelihatan pada latihan dengan Arsenal pada 7 Mac 2011, prepare untuk pertembungan "Clash of Mesti Tonton II" menentang Barcelona di Champion League. Ini signal yang sudah cukup baik!


Selain kelihatan juga, kapten pasukan reserve; Ignasi Miquel yang turut sama berlatih dengan skuad utama Arsenal di London Colney pagi tadi sebelum berangkat esok ke Sepanyol.

Tidak cukup setakat itu, Paling mengujakan dalam sesi training yang berlangsung, kemunculan Robin van Persie yang telah membangkitkan sekelumit harapan akan kembalinya secara mengejut lebih awal dari dijangkakan dari masalah kecederaan ligamen lututnya, van Persie dilihat di dalam gambar yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi tampaknya mengikuti latihan penuh.

Menurut Talksport, Van Persie dilaporkan sudah mampu berlari kencang dan bergerak bebas dan selesa bersama dengan pelatih kecergasan Arsenal.

Walau apa pun, Wenger dan Arsenal masih belum mengeluarkan kata putus senarai skuad penuh mereka untuk selasa ini. Yeah!

Walaupun van Persie tidak diturunkan nanti, tapi dengan situasi yang berlaku sekarang ia cukup bagus, payah sekali sebenarnya untuk van Persie kembali awal selepas mengalami kecederaan. Syabas buat unit perubatan/fisio Arsenal.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails