Thursday, March 3, 2011

Match Report | Melangkah ke Old Trafford, Bendtner hat-trick

Arsenal 5 : 0 Leyton Orient
Marouane Chamakh ('7), Nicklas Bendtner ('30, '43, pen '62), Gael Clichy ('75) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Lee Mason



Match Report | Arsenal 5 - 0 Leyton Orient; FA Cup, 5th round (replay)

Awalnya pertemuan menentang Leyton Orient FC ini dalam jadual kita bukanlah satu game yang dihiraukan sangat! Tapi selepas kecuaian kita di minit-minit akhir pada 10 hari lalu Brisbane Road sehingga dipaksa seri 1-1 telah membawa kepada malapetaka tambahan dalam jadual perlawanan kita. Namun perlawanan ulang-siar ini menjadi 'tonik' sangat penting selepas kita kecewa teruk di Wembley lalu. Game ini secara tidak langsung menjadi pemangkin tahap tindak balas anak buah Wenger untuk kembali fokus kepada baki tiga saingan Piala yang masih dalam laluan kita. Dengan rentetan kecederaan yang mula menjangkiti kem Arsenal, Wenger dapat menggunakan peluang ini untuk mencuba skuad yang beliau ada!

Kecederaan yang menimpa van Perise, membuka laluan luas buat Nicklas Bendtner menampilkan aksi, beliau nyata tidak persiakan peluang tersebut dengan mencipta hat-trick, sekaligus membuka nostalgia selaku penjaring hatrik pertama di FA sejak kali terakhir dilakukan Ian Wright ketika menumbangkan Yeovil pada tahun 1993. Dan pada tahun tersebut juga The Gunners menjulang tropi FA. Diharap tuah itu akan kembali!

Line-up diturunkan Wenger.

---------------- Almunia ----------------
---Eboue--------Miquel--------Squillaci--------Gibbs----
--------Diaby (Clichy '65)-------------Denilson --------
---Bendtner (Wilshere '65)-----Rosicky (Nasri '62)-----Henderson----
--------Chamakh--------

Simpanan (tidak digunakan): Sagna, Djourou, Arshavin, Szczesny

Seperti jangkaan awal, Wenger mengubal kesebelasannya berbanding line-up yang diturunkan pada final Piala Carling lalu, dengan hanya Rosciky satu-satu sahaja yang ada dalam pasukan lepas, manakala Miquel sekali lagi berpeluang menyelesaikan tugasnya di Brisbane Road, selain Henderson mengecap debut pertama dalam skuad utama - kredit buat kedua mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, konifden level mereka juga sangat bagus! terutamanya Henderson yang dilihat sangat yakin menyimpan bola dan memperlihatkan keyakinan dirinya ketika mengambil free-kick di minit ke-38. Walaupun Rosicky ada dalam pasukan.

Arsenal akhirnya berjaya menunjukkan jalan keluar buat Leyton Orient dari saingan Piala FA dan menutupkan kisah dongeng yang ingin dicipta oleh pasukan yang dikenali julukan The O's ini untuk layak ke slot quarter-final dimana Manchester United sudah tersedia menanti di Old Trafford.

Marouane Chamakh melaku pesta jaringan selepas hanya tujuh minit perlawanan dan selepas itu ia tampak mudah buat Arsenal bagaikan pintu air yang sedang dibuka. The Gunners nyata menguasai penguasaan bola sepenuhnya. Bendtner kemudian mula membuka akaun hatriknya dengan jaringan kedua Arsenal menerusi tandukan yang melingkar menerjah masuk ke gawang dari tepi kawasan penalti. Tiada cara celebrate ala-Obafemi Martins diraikan Bendtner! Cool jerk, macam takde apa yang berlaku.

Bendtner kemudian menambah gol ketiga; tiga minit sebelum babak pertama ditamatkan, menerusi satu potongan cantik di sebelah kanan kotak penalti Orient seterusnya dari kaki kanannya merembat terus menghalakan bola jauh ke hujung kiri gol.


Striker gadang berbangsa Denmark itu memastikan hatriknya dengan sepakan penalti selepas Gibbs dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Revell sebelum digantikan Wilshere pada minit ke-65, Gael Clichy yang masuk mengantikan Diaby diminit ke-69, juga tidak malu-malu untuk mengukir nama selaku penjaring gol ke-5 Arsenal menerusi sepakan deras. Ia merupakan gol pertamanya musim ini sejak November 2008. Selepas itu, baki perlawanan nampak berat sebelah; The Gunners seperti sedang berada dalam tempo mood sesi latihan.

Sementara Orient nampak seakan berserah dan kembali berpijak ke bumi yang nyata, Kita telah menunjukkan mereka cukuplah menumpukan fokus pada League One dan siap sedia packing beg untuk perjalanan mereka ke Las Vegas, sebagai hadiah dari Chairman mereka Barry Hearn selepas layak ke pusingan replay ini. Enjoy!

Kemenangan 5-0 ini memastikan anak buah Wenger akan berpeluang dipertemukan lebih awal sebelum pertembungan 'Clash of Siapa Menang dia Juara EPL' kedua pasukan di saingan Barclays Premier League di Old Trafford pada 12 Mac.


MAN OF THE MATCH:
Nicklas Bendtner (Arsenal): Ketiadaan RvP menjadikan dia sebagai pilihan terbaik buat Wenger, mempunyai deria untuk mencuba dari kesempatan yang ada, berani melakukan cubaan-cubaan dari luar kotak penalti. Menarik hatriknya semalam apabila mempunyai tiga kombinasi - header, sepakan dari luar kotak dan sepakan penalti.

NEXT UP:
Arsenal vs Sunderland (home), Premier League, 05/03, 1500 GMT

2 comments:

alien said...

walawei bendtner~
sepak masuk gol .. gud2

MrZuRied said...

aku suka gol kedua...sepak ala ala henry tue..haha

Related Posts with Thumbnails