Wednesday, March 23, 2011

Injury News | Djourou Beri Khabar Positif



Dalam kesuraman kita setelah dipaksa berkeputusan seri 2-2 ketika menentang West Brom tempohari, sementara saingan utama untuk kejuaraan Liga EPL kita musim ini, Manchester United pula mengutip tiga mata sekaligus menjarakkan jurang kepada lima mata. Jelas bahagian bawah kita nampak longgar dengan masalah kecederaan.

Tapi bukan segala-galanya sudah berakhir! Arsenal telah menerima khabar positif, apabila bek tengah tempat bergantung harap, Johan Djourou dikatakan mampu untuk kembali sebelum berakhir saingan musim ini selepas mengalami masalah kecederaan di bahunya.

Djourou yang menempah kecederaan pada babak kedua ketika tumpas 2-0 ke atas Man Utd di Old Trafford pada saingan Piala FA lalu. Awalnya diberitakan 'takde harapan' dan dikhuatiri akan terlepas aksi pada keseluruhan baki musim ini.

Nampaknya selepas di baikpulih dari kecederaan berpanjangan musim lalu, kini Djourou dilihat beberapa kali musim ini pantas pulih dari kecederaan yang dialaminya. Ini secara tidak langsung ada kena-mengena dengan unit fisio Arsenal yang melakukan tugas dengan baik. Mungkin DNA kerbau balau telah diberikan pada Djourou. Tahniah! Pastinya kita harapkan perkara yang sama juga boleh diperlakukan pada Thomas Vermaelen.

Hal ini juga disahkan dalam laman sesawang Arsenal.com dengan kenyataan yang mengatakan Johan tidak memerlukan econstructive surgery dan harus mampu kembali ke latihan dalam tempoh 4 minggu lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails