Tuesday, March 15, 2011

Transfer Rumours | Lehmann Bakal Kembali?

Arsenal kini berdepan krisis keeper? Nampaknya tersebar rumour bahawa Arsenal dalam plan untuk kembali menandatangani bekas keeper yang masih sihat wal-afiat, Jens Lehmann.

Untuk rekod, Lehmann sudah mengabadikan diri lima tahun di Arsenal, Ia memulakan karier dengan musim 'Invincibles' dari 2003/04, selain juga memenangi Piala FA 2005 yang merupakan piala utama terakhir buat Arsenal, pastinya paling kita ingat tentunya masa beliau menyelamatkan sepakan penalti dari Paul Scholes.

Setelah posisi no.1 kepada Almunia selama 2007/08, Lehmann meninggalkan Arsenal pada akhir tahun tersebut dan bergabung dengan Stuttgart, di mana ia bermain untuk dua musim sebelum bersara musim panas lalu. Namun kini, dia dikatakan akan kembali menyarung glove? Mampukah Lehmann.

Lehmann yang bermain sebanyak 194 game untuk Arsenal dan memiliki 61 caps dengan Jerman.

Ketika ditemubual dengan Lehmann mengenai perkara ini, beliau menjawab:

“Arsenal currently have a goalkeeping crisis and I jumped at the chance to help them,”






Aku rasa pasukan bimbingan Wenger ini, memiliki segala faktor untuk menjadi juara, tapi apakah halangannya, Boleh dikatakan pasukan Wenger ini seperti masih lagi dibayangi pasukan 'Invincibles' 2003/04. Sememangnya memang berat berbudak ini untuk mengejar atau menyamai 'batu asas' yang telah ditinggal King Henry & Co. Paras yang ditinggalkan mereka ini terlalu hebat.

Dengan baki satu lagi kejuaraan yang tinggal, walaupun bermula dengan empat sebelum ini, kita masih perlu berusaha. kepulangan Lehmann sekiranya berlaku, mungkin bisa memberikan 'sesuatu' kepada berbudak yang ada dalam Arsenal ketika ini. Go! Gunners! Aku pula takkan terus gagal memberikan sokongan kepada kelab yang aku cintai ini.


Lehmann ketika melakukan rutin latihannya

1 comments:

alien said...

kamon pak leman~
kamon~

gua da sound wenger suh beli DM, defence n keeper baru.. dia tak mau

Related Posts with Thumbnails